You are on page 1of 2

1.

PERKARA-PERKARA BAHARU

1.1 BAP
1.1.1 Pn Zurina mengucapkan syabas dan tahniah rakan guru dapat
melaksanakan agihan dengan baik. Terdapat 32 orang murid belum
mengambil BAP. Pemberian murid yang tercicir ini akan dilaksanakan pada
bulan April 2023 bersama-sama dengan murid tahun 1 2023/2024.
1.1.2 Beliau menambah, tiada aduan yang diterima berkaitan dengan BAP.
Makluman semua
1.2 SPBT
1.2.1 Pemberian dan pulangan buku teks tahun 2 hingga tahun 6 selesai. Bagi
tahun 1 2023/2024 akan diberi pada 25.3.2023 (Sabtu). Pada hari tersebut,
waktu pagi akan berlangsung slot Pejabat Kesihatan Daerah Klang,
pengukuran baju sukan, sumbangan PIBG dan sebagainya.
1.2.2 Walaupun pelaksanaan pemberian dan pulangan buku teks berjalan lancar,
Puan Zurina meluahkan rasa ralat dan kecewa kerana ada ibu bapa yang
mengadu mendapat buku teks rosak. Berkaitan hal ini, adalah menjadi
tanggungjawab guru kelas untuk memastikan perkara ini tidak terjadi lagi.
1.2.3 Beliau juga menegaskan jika guru kelas tidak memahami arahan terus
berjumpa dengan Penyelaras atau PK HEM. Masih terdapat guru kelas
yang tidak memulangkan Fail Borang G kepada unit SPBT.
Tindakan & makluman Unit SPBT dan guru kelas

1.3 Fail Peribadi Murid, Buku Daftar Murid & APDM


1.3.1 Fail Peribadi telah dikemaskini. Guru bersama-sama dengan murid telah
menyusun Fail di Bilik Fail. Satu salinan senarai nama perlu diletakkan.
1.3.2 Terdapat maklumat murid baharu (2017) yang masih lagi tidak didaftarkan
di dalam Buku Daftar Murid.
1.3.3 Maklumat ibu bapa/ penjaga seperti gaji dan no telefon hendaklah sentiasa
dikemaskini jika terdapat perubahan.
Tindakan guru kelas & Penyelaras Tahun

1.4 Disiplin Murid


1.4.1 Syabas diucapkan kepada unit Disiplin kerana telah melaksanakan program
dan tindakan yang pantas terhadap setiap salah laku yang terjadi di
sekolah.
1.4.2 Program seperti Intan Kemilau dan lain dilaksanakan dengan jayanya.
Begitu juga dengan Majlis Apresiasi Pemimpin Muda yang telah
dilaksanakan penuh gemilang.
Makluman semua
1.5 Guru Kelas
1.5.1 Guru kelas tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan no telefon ibu
bapa kepada ibu bapa yang lain. Jika berlaku sebarang insiden di kawasan
sekolah yang melibatkan murid perlu dirujuk kepada pihak pentadbir.
Tindakan guru kelas
1.6 Kantin
1.6.1 Tahniah dan syabas kepada AJK Unit Kantin dan Skuad Kantin yang
menjalankan tugas dengan cemerlang.
1
1.6.2 Waktu rehat akan kembali sebelum PKP iaitu hanya 20 minit. Murid akan
berada di kantin dan selepas membaca doa selepas makan baru bergerak
ke Dewan Kejora.
Makluman & tindakan Unit Kantin
1.7 Penempatan Tingkatan 1
1.7.1 Surat Penempatan Tingkatan 1 telah mula dicetak pada hari ini. Surat ini
akan diedarkan pada hari Rabu.
1.7.2 Terdapat 3 Feeder School iaitu SMK Rantau Panjang, SMK Taman Klang
Utama dan SMK Tinggi Klang.
1.7.3 Guru kelas akan mengedarkan surat penempatan tingkatan 1 pada hari
Rabu bermula jam 10.00 pagi.
Tindakan guru kelas tahun 6
1.8 Kecerian Tandas
1.8.1 Akhir-akhir ini keadaan tandas tidak memuaskan. Pihak sekolah akan
mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan kebersihan.
1.8.2 Keceriaan tandas adalah di bawah tanggungjawab guru.
Tindakan : Makluman dan tindakan Unit Bilik Cerna

You might also like