You are on page 1of 3

TOKOH SUKAN 2022/2023

Mohon izin hadirin sekalian untuk saya membacakan biodata Tokoh Sukan
2022/2023

Tokoh ini merupakan anak ke dua daripada tiga orang adik -beradik.Dilahirkan
pada 3 Ogos 2010 di Hospital UMRA Shah Alam. Anak kecil yang dilahirkan ini
mempunyai minat dan kecenderungan dalam bidang sukan. Justeru itu, tiada
hairanlan sekiranya tokoh ini memasang niat untuk menjejakkan kaki ke
sekolah sukan. Mengimpikan ke Menara Gading , Universiti Pertahanan
Negara atau maktab Tentera untuk merealisasikan cita-citanya menjadi
seorang tentera dan juga ahli sukan.

Tokoh ini yang gemar mengisi masa lapangnya dengan aktiviti sukan dan
bermain bola sepak, bergiat cergas dan aktif dalam sukan olah raga,bola sepak
dan Ragbi rimau. Antara penyertaan dan pencapaian dalam sukan ialah;

- Johan Tokoh Murid PPda Sekolah Rendah 2022 Peringkat Negeri


Selangor.
- Johan bagi acara 4 x 100m dan 4 x 200m MSSM 2022 (peringkat
kebangsaan)
- Mewakili negeri Selangor bagi acara 100m, 200m, 4 x 100m & 4 x
200m , MSSM 2022
- Johan 100m, 200m, 4x 100 dan 4 x 200m , MSSD 2022
- Johan – larian 100 m Sukan Sekolah 2018, larian 80 m Sukan Sekolah
2019, johan dalam acara lompat jauh, 4 x 100m , & 200 m dalam Sukan
Sekolah 2022 sehingga dinobatkan sebagai Olahragawan Sekolah 2022
- Terlibat mewakili pasukan bola sepak dan hoki dalam MSSD Klang 2022.
- Bergiat aktif dalam mewakili pasukan ragbi rimau iaitu;
-MSSD Rimau Ramble 2019- tempat kedua.
-Ranger 7 Sebelah Rugby Tounament 2019 – tempat ketiga
-Teluk Pulai Rimau Ramble (TPRC) 2019 – tempat kedua.
-MSSD Klang Rugby 2018- tempat ketiga
-Wawasan 7 Sebelah Ragby 2017 – tempat ketiga

- Selain aktif dalam bidang sukan,tokoh ini juga seorang yang


berketrampilan dan aktif dalam unit beruniform . Menggalas
tanggungjawab sebagai seorang bendahari dalam Unit Beruniform TKRS
dan penerima Kenaikkan Pangkat Koperal TKRS 2022.Penampilannya
yang sentiasa bersih dan kemas telah menerima Anugerah Murid
Berketerampilan 2018. Bukan itu sahaja… dengan ketokohan dalam
bidang sukan, sikap ringan tulang yang suka membantu guru , tokoh ini
telah dijadikan Ikon PPda SK Batu Belah dan telah dipilih menjadi Johan
Tokoh Murid PPda Sekolah Rendah 2022 Peringkat Negeri Selangor.

Ketokohan dan kewibawaan tokoh ini serta sikap menghormati guru, rakan-
rakan, memberi impak yang sangat besar untuk ditabalkan sebagai tokoh
Sukan bagi tahun 2022/2023.

Murid yang dimaksudkan ialah…

MUHAMMAD AIRIEL NABIL BIN RAZIZ

Tahniah diucapkan
Majlis mempersilakan ibunda dan ayahanda MUHAMMAD AIREL NABIL ( En.
Raziz dan Pn Siti Maisarah) naik ke pentas untuk menerima anugerah dan
merakamkan gambar kenangan,

You might also like