You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN

D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SIMUNJAN,


94800 SIMUNJAN, SARAWAK
MALAYSIA

Tel : 014-8838184(GB)
emel : sk_klait@yahoo.com

Ruj Tuan :
Ruj Kami : SKK.600-3/1/4/(01)
Tarikh : 15 September 2022

Kepada : Rujuk Senarai Lampiran

Tuan/Puan,
JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI ACARA BALAPAN SEMPENA KEJOHANAN SUKAN
TAHUNAN PERINGKAT SK KLAIT 2022.
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk

2. Merujuk perkara di atas, sekolah kami akan mengadakan Kejohanan Sukan Peringkat
SK Klait, Simunjan pada 12 Oktober 2022. Namun, acara jemputan untuk murid akan
diadakan pada 14 Oktober 2022 jam 8.00 pagi.
3. Untuk makluman Tuan, berikut disenaraikan acara jemputan yang akan
dipertandingkan semasa itu nanti.

Acara Penyertaan
100 meter Lelaki dan Perempuan 12 TKB
200 meter Lelaki dan Perempuan 12 TKB
4 X 100 meter Lelaki dan Perempuan 12 TKB
4 X 200 meter Lelaki dan Perempuan 12 TKB
4. Diharap dengan penyertaan pihak tuan nanti, majlis ini akan menjadi lebih meriah.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai dilantik untuk acara jemputan ini iaitu
Encik Abg Muhammad Azizzuddin bin Abg Zainal Abidin di talian (0198448911).

Sekian, Terima Kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah

.................................................
(ABG SAWLI BIN ABG NAWI)
GURU BESAR,
Sekolah Kebangsaan Klait
Senarai Lampiran

1. Guru Besar, SK Tuanku Bagus, Sebuyau


2. Guru Besar, SK Chung Hua Sebuyau
3. Guru Besar, SK Raba
4. Guru Besar, SK Lunying
5. Guru Besar, SK St Andrew
6. Guru Besar, SK Bulan Jeragam
7. Guru Besar, SK Tebelu
8. Guru Besar, SK Bajong
KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA SEKOLAH JEMPUTAN
SUKAN TAHUNAN SEKOLAH SK KLAIT YBA8321 SIMUNJAN TAHUN 2022

A. PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN
1. Kelayakan
1.1 Peserta adalah murid yang menuntut di Sekolah Kebangsaan yang dijemput.
2. Acara-acara yang dipertandingkan:
2.1 100 Meter Lelaki 12tkb
2.2 100 Meter Perempuan 12tkb
2.3 200 Meter Lelaki 12tkb
2.4 200 Meter Perempuan 12tkb
2.5 4X100 Meter Lelaki 12tkb
2.6 4X100 Meter Perempuan 12tkb
2.7 4X200 Meter Lelaki 12tkb
2.8 4X200 Meter Perempuan 12tkb
3. Syarat Pertandingan
3.1 Sebuah sekolah dibenarkan menghantar seorang peserta bagi acara individu.
3.2 Seorang peserta hanya boleh menyertai dua acara individu. Tiada had bagi
acara berpasukan.
3.3 Semua acara adalah peringkat akhir tertakluk kepada penyertaan.
4. Menentukan pemenang
4.1 Mata kepada pemenang bagi acara individu dan berpasukan adalah:
Pertama - 7 mata
Kedua - 5 mata
Ketiga - 3 mata

4.2 Pasukan yang mengumpul mata terbanyak diisytiharkan johan keseluruhan dan
seterusnya.
4.3 Sekiranya mata pungutan adalah sama banyak,ianya ditentukan melalui pasukan
yang banyak memenangi pingat emas dan seterusnya. Sekiranya masih lagi
sama, Pihak Penganjur akan menentukannya berdasarkan pungutan pingat
emas dalam acara individu.
4.4 Pemilihan Olahragawan dan Olahragawati adalah berdasarkan jumlah pungutan
pingat emas dalam acara individu. Sekiranya terdapat persamaan, pihak
penganjur akan menentukan keputusan berdasarkan kutipan pingat emas dalam
acara berpasukan.
5. Hak Jawatankuasa pengelola
5.1 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tiada
termaktub dalam peraturan.
5.2 Keputusan Hakim Kejohanan adalah MUKTAMAD.

B. PERKARA AM
1. Sekolah yang bertanding hendaklah membawa bendera sekolah untuk upacara
Pembukaan Rasmi.
2. Pihak Penganjur akan menyediakan makanan kepada peserta yang bertanding.
3. Borang penyertaan hendaklah diisi dalam dua salinan. (satu salinan dihantar terus
kepada pihak pengelola pada atau sebelum 7 OKTOBER 2022 & satu salinan lagi
untuk rujukan pihak tuan)
4. Pengesahan penyertaan ke kejohanan boleh dikemukakan kepada pihak pengelola
dengan mengisi Lampiran Pengesahan atau menghubungi terus:

En. Abg Muhammad Azizzuddin Bin Abg Zainal Abidin


Melalui Talian : 019-8448911

5. Pihak pengelola menyediakan pingat-pingat untuk pemenang Tempat Pertama, Kedua


dan Ketiga sahaja.

‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’

Disediakan oleh;
Jawatankuasa Pengelola,
Kejohanan Olahraga Antara Sekolah Jemputan,
SK Klait YBA8321 Simunjan.
LAMPIRAN PENGESAHAN PENYERTAAN

Jawatankuasa Pengelola,
Kejohanan Olahraga Antara Sekolah Jemputan,
Sekolah Kebangsaan Klait,
Simunjan.

Tuan,

PENGESAHAN MENYERTAI KEJOHANAN SUKAN ANTARA SEKOLAH


JEMPUTAN ANJURAN SK KLAIT TAHUN 2022

Dimaklumkan bahawa sekolah kami ________________________________________


mengesahkan bahawa akan menyertai Kejohanan Olahraga Antara Sekolah Jemputan
Anjuran SK Klait yang akan berlangsung pada ________________________ di SK
Klait, Simunjan.

Dikepilkan bersama Borang Penyertaan Kejohanan untuk tindakan lanjut pihak tuan.

Sekian,harap maklum.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Disahkan Oleh;

Nama
Jawatan:
Tarikh: Cop Sekolah
BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA SEKOLAH JEMPUTAN
SUKAN TAHUNAN SEKOLAH SK KLAIT, SIMUNJAN 2022

Sekolah : _________________________________________________
Guru Pengiring : _________________________________________________
_________________________________________________
Bil. Peserta Lelaki : _____________
Bil. Peserta Perempuan : _____________

Bil. Acara Nama Peserta


1. 100 Meter 12TKB Lelaki 1.
2. 100 Meter 12TKB Perempuan 1.
3. 200 Meter 12TKB Lelaki 1.
4. 200 Meter 12TKB Perempuan 1.
5. 1.
4X100 Meter 12TKB Lelaki 2.
3.
4.
6. 1.
4X100 Meter 12TKB Perempuan 2.
3.
4.
7. 1.
4X200 Meter 12TKB Lelaki 2.
3.
4.
8. 1.
4X200 Meter 12TKB Perempuan 2.
3.
4.

Nama: Cop Sekolah


Jawatan:
Tarikh:

You might also like