You are on page 1of 10

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TONG HUA

東 華 中 學
PETI SURAT 52,
96507 BINTANGOR,
SARAWAK, MALAYSIA.
Tel : 0198596302 email : smktonghua@live.com
Ruj. Kami : JPS(W)/SMKTH(KK)/153/05/02/12/Jld.1 (46)
Tarikh : 15 JUN 2022

Kepada :
Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei
Pegawai Pendidikan Daerah Meradong
Pegawai Pendidikan Daerah Julau
Pengetua SMK Bandar Bintangor Pengetua SMK Pakan
Pengetua SMK Bandar Sarikei Pengetua SMK Sarikei Baru
Pengetua SMK Julau Pengetua SMK Sg. Paoh
Pengetua SMK Julau No.2 Pengetua SMK St. Anthony
Pengetua SMK Kai Chung Pengetua SMK Tinggi Sarikei
Pengetua SMK Meradong Pengetua SM Ming Lik

Tuan,

JEMPUTAN KE KEJOHANAN BOLA JARING MSS BAHAGIAN SARIKEI 2022


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa SMK TONG HUA diamanahkan untuk mengelolakan KEJOHANAN
BOLA JARING MSS BAHAGIAN SARIKEI 2022. Sehubungan itu, pihak kami dengan segala hormatnya ingin menjemput
sekolah tuan untuk menyertai kejohanan tersebut.

3. Bersama-sama ini disertakan Maklumat Kejohanan, Peraturan Kejohanan dan Borang Penyertaan Kejohanan
untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

4. Borang Penyertaan hendaklah sampai kepada pihak kami sebelum atau pada 30 Jun 2022 (Khamis) jam 3.00
petang. Pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus perkara ini ialah Encik Ling Harn Song di talian
0138020601.

5. Kerjasama dan sokongan pihak tuan bagi menjayakan kejohanan ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(LAW SIE NGO)


Pengetua,
SMK Tong Hua, Meradong.

s.k.. 1. Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pembangunan Bakat Murid, PPD Sarikei (u.p Cikgu Augustine Lim Entoi)
2. Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pembangunan Bakat Murid, PPD Meradong (u.p Cikgu Mohammad Syahril bin Ali)
3. Pengerusi Teknik & Pembangunan Bola Jaring SM & SR MSS Bahagian Sarikei.
MAKLUMAT KEJOHANAN BOLA JARING MSSB SARIKEI 2022
BIL PERKARA CATATAN

Tarikh : 05 - 08 JULAI 2022


1 Tarikh / Tempat
Tempat : Dewan Arena Ding, SMK Bandar Bintangor

Perempuan 18TKB (lahir 2004 & selepas)


2 Kategori Dipertandingkan Berpasukan Perempuan 15TKB (lahir 2007 & selepas)
Perempuan 12TKB (lahir 2010 & selepas)

30 JUN 2022 (Khamis) Jam 3.00 petang


3 Tarikh dan Masa Tutup Penyertaan
Mohon dikembalikan “pulangan kosong” sekiranya tiada penyertaan

Tarikh : 30 JUN 2022 (Khamis)


Masa : Pukul 3.00 ptg
Tempat : SMK TONG HUA

• Kehadiran tuan / puan amat dihargai. Sekiranya


Mesyuarat Pengurus Pasukan / Jurulatih
4 tuan / puan tidak dapat hadir, sila hantar seorang
& Cabutan Undi
wakil.

• Pasukan yang tidak hadir dimohon untuk


memberi mandat kepada Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan @ Wakil untuk cabutan undi.

5 Makan / Minum / Pengangkutan Diuruskan oleh setiap pasukan masing-masing.

Tarikh : 08 JULAI 2022 (Jumaat)


6 Majlis Penutupan Rasmi Masa : Akan dimaklumkan kemudian
Tempat : Dewan Arena Ding, SMK Bandar Bintangor

LING HARN SONG


Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Tong Hua, Meradong
No. Tel : 0168588158
Whatsapp : 0138020601
email : lingharnsong@hotmail.com
KIEU KEE CHING
7 Pertanyaan
Pengerusi Teknik & Pembangunan SM
Kejohanan Bola Jaring MSSB Sarikei 2022
No. Tel : 0138287138
WONG SIEW NGA
Pengerusi Teknik & Pembangunan SR
Kejohanan Bola Jaring MSSB Sarikei 2022
No. Tel : 0198381690

1
KEJOHANAN BOLA JARING MSS BAHAGIAN SARIKEI 2022

PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN

Pengelola : SMK Tong Hua, Meradong


Tarikh Tutup Penyertaan : 30 Jun 2022 (Khamis)
Tarikh Pertandingan : 05 - 08 Julai 2022
Tempat Pertandingan : Dewan Arena Ding, SMK Bandar Bintangor.

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan
mengikut Undang-undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (INF).

1.2 Sekiranya timbul keraguan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris
yang terkini akan dipatuhi.

1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan
seperti berikut:-

1.3.1 Sebarang kejadian am akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Majlis Sukan
Sekolah Malaysia dan Jawatankuasa Pengelola yang sedang berkuatkuasa.

1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada undang- undang
Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (INF).

1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan pertandingan adalah MUKTAMAD.

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan berpasukan antara sekolah-sekolah menengah dalam Bahagian Sarikei (SM) &
antara daerah untuk sekolah rendah.

2.2 Kategori yang dipertandingkan :

2.2.1 Perempuan Bawah 18 Tahun


2.2.2 Perempuan Bawah 15 Tahun
2.2.3 Perempuan Bawah 12 Tahun

3. PENDAFTARAN PASUKAN

3.1 Pemain
3.1.1 Tiap-tiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 12 orang pemain.
3.1.2 Tiap-tiap pemain diwajibkan bermain dalam peringkat umurnya sahaja.
3.1.3 Semua peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan
Kad Pengenalan / My Kid / salinan Sijil Kelahiran yang telah disahkan oleh Guru Besar /
Penolong Kanan sekolah masing-masing. Kad Pengenalan dan Surat Pengesahan
hendaklah diserahkan kepada Pengelola semasa pendaftaran pasukan.

2
4. KELAYAKAN PEMAIN

4.1. Had Umur Peserta

Perempuan 18TKB (lahir 2004 & selepas)


Perempuan 15TKB (lahir 2007 & selepas)
Perempuan 12TKB (lahir 2010 & selepas)

4.2 Taraf kelayakkan pemain adalah tertakluk kepada Peraturan 3 (Kelayakan dalam Peraturan AM
MSSM Lampiran B).

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Cara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D)

5.1.1 Pusingan Pertama


a) Sekiranya dua belas (12) atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah
dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan
dijalankan secara liga.

b) Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan
ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :

Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C
Keempat - Kumpulan D

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan


cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.

c) Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka


pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

5.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)


a) Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan
pertandingannya akan dijalankan secara kalah mati.

b) Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :


i. Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama KUMPULAN akan didahulukan untuk
ditempatkan di kedudukan 1,3,5 dan 7.

ii. Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua KUMPULAN untuk ditempatkan di


kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan Pemenang Pertama KUMPULANnya telah diundi
dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan Pemenang Kedua
yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.

iii. Pasukan-pasukan yang menang pada Perlawanan Separuh Akhir akan memasuki
Perlawanan Akhir bagi menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN, sementara pasukan-
pasukan yang kalah akan diiktiraf sebagai TEMPAT KETIGA BERSAMA.

3
5.2 Secara Liga Tiga Kumpulan (A, B dan C)

5.2.1 Pusingan Pertama

a) Di mana penyertaan mengandungi sembilan (9) hingga sebelas (11) pasukan, maka
pertandingan di Peringkat Awal akan dijalankan secara LIGA satu pusingan dalam
TIGA kumpulan A, B dan C.
b) Johan, Naib Johan, dan Ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan
dalam kumpulan seperti berikut :

Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut dengan


cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.

c) Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka


pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

5.2.2 Pusingan Kedua

a) Johan dan Naib Johan Kumpulan A, B dan C adalah layak memasuki Pusingan Kedua
yang juga akan dijalankan secara LIGA dalam dua kumpulan iaitu Kumpulan X dan
Kumpulan Y.

b) Johan setiap kumpulan akan diundi untuk ditempatkan di kumpulan-kumpulan


tersebut. Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan X, dan 2 ditempatkan ke
kumpulan Y. Naib Johan Kumpulan akan di tempatkan di kumpulan yang berlainan
dengan Johannya.

5.2.3 Pusingan Akhir

a) Johan X akan bermain dengan Johan Y dalam pusingan akhir umtuk menentukan
pemenang Johan dan Naib Johan. Manakala Naib Johan Kumpulan X dan Y akan
diiktiraf sebagai Tempat Ketiga Bersama.

6. CARA MEMBUAT KEPUTUSAN

6.1 Cara Liga

6.1.1 Cara memberi mata :

 Menang : 3 mata
 Seri : 1 mata
 Kalah : 0 mata

Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan
seperti berikut :

4
a) Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan
dengan jumlah gol yang kena.

b) Jika Purata Gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara PERBEZAAN
GOL iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena.

c) Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol terbanyak akan
diisytiharkan sebagai pemenang.

d) Sekiranya kedudukan masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan pasukan


tersebut dikira sebagai pemenang.

e) Jika sekiranya kedudukan masih seri, maka penentuan pemenang akan ditentukan
secara lambungan duit.

6.2 Cara Kalah Mati

Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika keputusan pertandingan berakhir
dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut :

a) Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan diberi masa rehat selama dua (2) minit.

b) Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap bahagian akan dimainkan. Masa
tambahan bagi pusingan klasifikasi ialah selama dua (2) x lima(5) minit.

c) Pasukan akan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan
yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.

d) Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa selepas rehat satu (1) minit.

e) Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan, permainan akan diteruskan sehingga satu
pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.

7. PAKAIAN

7.1 Pemain

7.1.1 Pemain-pemain diwajibkan memakai bib mengikut Peraturan Gabungan Persekutuan


Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA).

7.1.2 Tiap-tiap pasukan dikehendaki membawa 2 set bib.

7.1.3 Pemain-pemain hanya dibenarkan memakai skirt atau seluar trek secara berpasukan
sahaja.

7.1.4 Jika kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, penentuan dibuat
dengan pasukan pertama mengikut jadual pertandingan akan menukar bib.

5
7.2 Pegawai Pasukan / Pegawai Pertandingan / Pegawai Teknikal & Pembantu Teknikal.

7.2.1 Pegawai Pasukan hendaklah memakai pakaian yang melambangkan pasukannya.

7.2.2 Pakaian Pegawai Pertandingan hendaklah mematuhi etika pakaian seperti


berikut:

i. Tidak terlalu ketat.


ii. Tidak mencolok mata
iii. Baju T tidak terlalu pendek dan mesti berlengan.

7.2.3 Pegawai Teknikal dan Pembantu Teknikal hendaklah memakai pakaian yang
seragam dan berlainan daripada Pegawai Kejohanan.

8. GELANGGANG / ALATAN

8.1 Rujuk kepada Undang-Undang Rasmi Bola Jaring (INF).


8.2 Tinggi tiang gol untuk 12, 15 dan 18 tahun dan ke bawah ialah 3.05 meter atau 10 kaki.
8.3 Saiz bola untuk semua peringkat umur ialah saiz 5.

9. MASA BERMAIN

9.1 Masa bermain untuk semua kategori umur ialah empat (4) suku dengan masa permainan selama
10 minit bagi tiap-tiap suku dan masa rehat selama 3 minit di antara suku pertama dengan suku
kedua dan suku ketiga dengan suku keempat. Masa rehat separuh masa ialah selama 5 minit.
Masa rehat boleh dilanjutkan oleh Pengadil untuk menguruskan sebarang luar jangkaan atau
kecemasan. Pasukan hendaklah bertukar Kawasan Gol pada akhir setiap suku.

9.2 Masa bermain untuk semua kategori umur bagi pusingan ‘loosers pool ‘ ialah dua (2) separuh
dengan masa permainan selama 10 minit bagi tiap-tiap separuh dan masa rehat selama 3 minit
di antara separuh pertama dengan separuh kedua, Masa rehat boleh dilanjutkan oleh Pengadil
untuk menguruskan sebarang luar jangkaan atau kecemasan.

10. HADIAH DAN SIJIL BERPASUKAN

10.1 Tempat pertama hingga Keempat akan menerima medal dan sijil pemenang.
10.2 Semua pasukan yang menyertai kejohanan akan menerima sijil penyertaan.
11.3 Hadiah dan Sijil Individu akan diberikan kepada:

i. Penjaring Terbanyak (dikira dari peringkat suku akhir)


ii. Pemain Penghadang Terbaik (berdasarkan perlawanan akhir)
iii. Pemain Penyerang Terbaik (berdasarkan perlawanan akhir)
iv. Pemain Terbaik Kejohanan (berdasarkan perlawanan akhir)

12. KELEWATAN

Sepuluh (10) minit diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas itu sesebuah pasukan yang tidak dapat
hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) pemain, pasukan itu dikira menyerah kalah dengan sengaja.
6
13. MENARIK DIRI

13.1 Jika sesuatu pasukan menarik dari daripada satu perlawanan, maka pasukan itu tidak dibenarkan
meneruskan pertandingan di kejohanan ini.

13.2 Pasukan yang keluar gelanggang semasa pelawanan diberhentikan kerana sesuatu kecederaan
akan dikira kalah tanpa menimbangkan mata yang diperolehinya. Pasukan ini dikira menarik diri
daripada keseluruhan kejohanan ini.

13.3 Pasukan yang melakukan kesalahan di para 13.1 dan 13.2 dianggap tidak menyertai
pertandingan dan semua jaringan atau mata yang telah diperolehi dibatalkan.

14. PENGADILAN

14.1 Semua perlawanan akan diadili oleh pengadil yang dilantik oleh jawatankuasa pengelola atau
cadangan oleh MSSB Bahagian

14.2 Pengadil kejohanan yang dilantik hendaklah terdiri daripada pegawai wanita yang berkhidmat di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.

14.3 Keputusan Pengadil setiap perlawanan adalah muktamad.

15. BANTAHAN

Peraturan AM (12) MSSM

15.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang Pegawai Pasukan berdaftar hendaklah
diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya tidak lewat
satu (1) jam selepas tamat perlawanan dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM100.00
(RINGGIT MALAYSIA : SERATUS SAHAJA).

15.2 Tempoh penyerahan Bantahan Rasmi tertakluk kepada peraturan dan Undang-Undang Bola
Jaring.

15.3 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan yang dibuat ditolak.

15.4 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu hendaklah dijalankan
dengan keadaan bermain dalam bantahan.

15.5 Juri Rayuan hendaklah mengadakan mesyuaratnya selepas Jawatankuasa Pengelola


Pertandingan mendapati bantahan yang dibuat perlu dipertimbangkan sejam selepas bantahan
diterima.

15.6 Keputusan Juri Rayuan hendaklah disampaikan secara rasmi kepada pasukan berkenaan dan
keputusannya adalah muktamad.

7
16. PENANGGUHAN PERLAWANAN

16.1 Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang ditangguhkan


oleh Pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

16.2 Gangguan teknikal / cuaca

16.2.1 Sekiranya berlaku gangguan elektrik atau apa-apa sahaja yang berkaitan
dengan gelanggang sewaktu permainan sedang berlangsung, pengadil/pegawai
teknikal bertanggungjawab memberhentikan permainan sehingga masalah
diselesaikan.

16.2.2 Jika masalah berlarutan dan keadaan tidak pulih seperti biasa maka:

i. sekiranya permainan telah berlangsung dalam separuh masa kedua maka


keputusan terkini sewaktu permainan dihentikan akan diambil kira.

ii. sekiranya permainan baru berlangsung di separuh masa pertama permainan


akan diteruskan sebaik masalah gangguan selesai pada hari yang sama.

iii. Permainan yang dihentikan / ditangguhkan dan disambung pada hari


berikutnya , maka permainan akan dimainkan semula.

17. JURI RAYUAN

17.1 Juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang minimum / 7 orang maksimum iaitu :

i) Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / wakilnya


ii) Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pembangunan Bakat Murid, PPD Sarikei
iii) Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pembangunan Bakat Murid, PPD Meradong
iv) Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pembangunan Bakat Murid, PPD Julau
v) Pengerusi Teknik Permainan Bola Jaring MSSB Sarikei
vi) Pengurus Pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan yang dibuat.
(Sila rujuk Peraturan Am (13) MSSM)

18. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

18.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Permainan
berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan
keputusannya adalah muktamad.

8
BORANG PENYERTAAN

KEJOHANAN BOLA JARING MSS BAHAGIAN SARIKEI 2022


TARIKH : 05 - 08 JULAI 2022
TEMPAT : DEWAN ARENA DING, SMK BANDAR BINTANGOR

NAMA SEKOLAH
PENGURUS PASUKAN
JURULATIH
KAPTEN PASUKAN
KATEGORI P12 P15 P18

PEMAIN-PEMAIN:
BIL NAMA PEMAIN NO KAD PENGENALAN POSISI

10

11

12

Bahawasanya, saya faham peraturan dan syarat-syarat kejohanan yang telah ditetapkan dan kami akan menyertai
kejohanan ini dengan semangat kesukanan yang tinggi. Pasukan kami tidak akan menuntut sebarang tuntutan terhadap
pihak penganjur di atas sebarang musibah/kemalangan sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

Tandatangan Pengurus Pasukan : ........................................................... Cop Sekolah

Tarikh : ...........................................................
9

You might also like