You are on page 1of 10

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Pertandingan Catur

Daerah Kinta Selatan 2023

Tarikh : 14 Jun 2023


Masa : 2:30 – 4:00 petang
Tempat : Dewan SK St. Bernadette’s Convent
Agenda
1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Ucapan Pengerusi Teknik (PT) Kejohanan Catur
3.0 Makluman tentang Peraturan Pertandingan
4.0 Kewangan
5.0 Hal hal lain.

Kehadiran : Rujuk Lampiran 2

Agenda 1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pn Saliza bt. Said, Guru Besar SK St. Bernadette’s Convent merangkap Pengerusi
Pengelola Kejohanan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana hadir pada
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Pertandingan Catur Daerah Kinta Selatan
tahun ini.

1.2 Beliau berharap agar semua guru dapat bekerjasama dan berharap agar mesyuarat
berjalan dengan baik demi kepentingan murid-murid semasa kejohanan berlangsung.

Agenda 2.0 Ucapan Pengerusi Teknik (PT) Kejohanan Catur

2.1 En. Mohd Zulfakar bin Mohd Napiah, mengedarkan QR code kehadiran kepada guru-
guru.

2.2 Beliau juga merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada SK St. Bernadette’s
Convent kerana menjadi tuan rumah pada tahun ini.

Agenda 3.0 Makluman Pertandingan dan Peraturan Pertandingan.

3.1 En. Mohd Zulfakar bin Mohd Napiah memaklumkan bahawa pertandingan catur akan
diadakan pada ketetapan berikut :

Pertandingan Catur bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah


Tarikh : 12 & 13 Julai 2023
Hari : Rabu dan Khamis
Masa : 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat : Dewan SK. St. Bernadette’s Convent

3.1.1 Pertandingan Catur akan diuruskan sepenuhnya oleh Pengerusi Teknik Catur
Daerah iaitu En Mohd Zulfakar bin Mohd Napiah bersama Jawatankuasa
Pembangunan Sukan Catur Daerah Kinta Selatan serta sekolah pengelola
kejohanan SK St. Bernadette’s Convent dan SMK St. Bernadette’s Convent.

3.2 Penyertaan
3.2.1 Individu Lelaki dan Perempuan Bawah 19 tahun
Individu Lelaki 18 tahun
Individu Perempuan 18 tahun
Individu Lelaki 15 tahun
Individu Perempuan 15 tahun
Individu Lelaki 12 tahun
Individu Perempuan 12 tahun

3.2.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk membolehkan sekolah menghantar


jumlah pemain tanpa had mengikut kategori yang telah ditetapkan.

3.2.2 Sekolah-sekolah seperti SMK Sultan Yusuf, SMK Sri Teja dan SMK Sri
Kampar yang mempunyai pelajar Tingkatan 6 dijemput menyertai-kejohanan
ini dan menghantar sekurangnya 10 peserta.

TINDAKAN: SEMUA GURU


3.3 Yuran Penyertaan

3.3.1 RM15 bagi setiap peserta.


3.3.2 Pembayaran penyertaan sekolah yang mengambil bahagian adalah seperti
berikut:

Cek atas nama : SEK KEB ST BERNADETTE’S CONVENT


Nombor Akaun : 800 485 1401
Bank : CIMB

3.3.3 Resit rasmi akan diberikan selepas pembayaran.


3.3.4 Yuran penyertaan dibayar menggunakan akaun sekolah ke dalam akaun
Sekolah Pengelola menggunakan cek.
3.3.5 Sumber kewangan bukan dari akaun sekolah TIDAK DIBENARKAN
membuat penyerahan atas talian (online transfer) ke akaun sekolah
pengelola.
MAKLUMAN DAN TINDAKAN: SEMUA GURU

3.4 Pendaftaran Pemain

3.4.1 Borang pendaftaran catur dan minit mesyuarat akan dihantar melalui Group
‘WhatsApp’ dan Telegram Kejohanan CATUR MSSD Kinta Selatan.
3.4.2 Jumlah bayaran hanya berdasarkan jumlah pemain yang didaftarkan.
3.4.3 Nama pemain bersama butiran diri yang lengkap hendaklah sampai kepada
Pengerusi Teknik selewat-lewatnya pada atau sebelum 10 Julai 2023 (Isnin)
melalui group kejohanan. Salinan yang lengkap borang ROI/MO1 dan
RO2/MO2 yang boleh didapati di dalam Telegram diserahkan semasa
pendaftaran peserta.
3.4.4 Borang RO1/MO1 dan RO2/MO2 yang telah disahkan oleh pihak sekolah perlu
dihantar semasa pendaftaran hari kejohanan.
3.4.5 Makluman pendaftaran yang diterima akan dibalas melalui email/WhatsApp.
Nama pemain hendaklah disusun mengikut rating FIDE (Jika ada).
3.4.6 Guru pengiring juga perlu mendaftar dan melengkapkan Borang RO2/MO2
untuk menerima sijil penyertaan.
3.4.7 En Mohd Zulfakar bin Mohd Napiah menjemput En Mohd Syahril Nizam bin
Abdul Rasyid (Penolong PTPS Catur Kinta Selatan) untuk menerangkan
peraturan pertandingan. (Rujuk Lampiran)
3.4.8 Sebarang pertukaran pemain atau tambahan pemain selepas pusingan
pertama dijalankan adalah tidak di benarkan.
3.4.9 Jika terdapat sekoIah yang tidak hadir ke mesyuarat tetapi ingin menyertai
pertandingan, permohonan pernyertaan dibenarkan.

MAKLUMAN DAN TINDAKAN: SEMUA GURU


3.5 Alatan dan Jadual Pertandingan

3.5.1 Peralatan catur akan disediakan oleh Pengelola Kejohanan.


3.5.2 Jadual Pertandingan 1 Hari untuk SK-12 Julai 2023 (Rabu) dan 1 Hari untuk
SM-13 Julai 2023 (Khamis).
3.5.3 Tempoh permainan bagi empat pusingan pertama semua kategori ialah 20
minit bagi setiap pemain.
3.5.4 Tempoh permainan bagi 3 pusingan terakhir adalah 25 minit bagi setiap
pemain.

Rujuk Lampiran 1- PERATURAN PERTANDINGAN CATUR

3.6 Peraturan Pertandingan Catur pula dilampirkan bersama minit mesyuarat, pihak
sekolah boleh merujuk pada Lampiran 1 yang dibekalkan.
3.7 Peralatan teknikal yang akan digunakan:

Bil Perkara Bilangan Unit


1 Set Catur dan Papan Catur 120 set x 1 hari
2 Komputer / Laptop / printer 2 Unit ( disediakan oleh pengelola)
3 Jam Catur 120 set x 2 hari
4 Meja Murid 120 buah x 2 hari
5 Kerusi 132 buah x 2 hari
6 Alat Tulis Kertas A4, Salotape, Kad Manila.

3.8 Hadiah dan sijil peserta akan disediakan oleh pihak PPD Kinta Selatan dan pihak
pengelola pertandingan.

3.8.1 Hadiah hanya untuk individu tempat pertama hingga ke-10 semua
kategori. (Jumlah 10X6 = 60).
3.8.2 Sijil Kepujian akan diberi kepada pemain yang mendapat tempat
pertama hingga sepuluh.
3.8.3 Sijil Penyertaan (e-cert) diberikan kepada semua pemain kecuali
pemenang diberikan sijil kepujian.
3.8.4 Sijil tempat ke-4 dibuat bersama sijil tempat ke-3 untuk mengisi PAJSK. Sijil
penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang mengambil
bahagian.
3.8.5 Sijil penghargaan akan diberikan kepada guru pengiring dan
pengurus pasukan.
3.9 Peralatan set catur akan dipinjam daripada Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan jika
ada pihak yang boleh mendapatkan pinjaman dari pihak yang lain boleh maklumkan
kepada Pengerusi Teknik.

MAKLUMAN SEMUA GURU


Agenda 4.0 Kewangan

4.1 Guru-guru membuat undian sama ada urusan makan dan minum murid-murid (para
peserta) diuruskan oleh guru pengiring atau sekolah pengelola. Selepas undian
berlangsung,majoriti guru bersetuju bahawa makanan murid-murid (para peserta)
diuruskan oleh guru pengiring sekolah masing-masing.

Agenda 5.0 Hal- hal lain

5.1 En Mohd Zulfakar bin Mohd Napiah meminta agar pemain-pemain yang bakal
bertanding diberi pendedahan mengenai peraturan dan cara bermain yang betul.
Beliau juga ada memberi penerangan mengenai peraturan-peraturan ringkas yang
ada dalam permainan catur.

5.2 Bagi peserta kelainan upaya (OKU) akan disediakan dua (2) set meja khas di
bahagian sisi dewan bagi memudahkan pergerakkan peserta kelainan upaya (OKU)
tersebut.

5.3 Peserta lawan akan bergerak ke meja khas jika pairing bersama peserta kelainan
upaya (OKU).

5.4 Perlantikan AJK seperti AJK Pendaftaran , AJK Peralatan, AJK Kawalan dan
AJK Disiplin akan dipilih oleh Pengerusi Teknik En. Mohd Zulfakar.

5.5 Tempahan makanan tengahari akan diuruskan oleh pengurus pasukan masing-
masing. Pengurus pasukan boleh menghubungi wakil kantin SK St Bernadette’s
Convent untuk tempahan makanan tengahari (Pn Saodah : 017-559 7893).

5.6 Pihak pengelola telah menyediakan tandas untuk guru-guru pengiring, peserta lelaki
dan peserta perempuan pada hari kejohanan. Peserta juga digalakkan untuk
memakai pelitup muka.

5.7 Kenderaan yang membawa peserta dibenarkan parking di kawasan lapang


berhadapan pagar utama SK St. Bernadette’s Convent. Pengawal keselamatan
akan membantu dalam menguruskan tempat letak kenderaan yang membawa
peserta pada hari kejohanan.

5.8 Sebarang masalah mengenai kejohanan ini bolehlah berhubung dengan PTPS
Daerah, En Mohd Zulfakar bin Mohd Napiah, SK Gopeng Jalan Ilmu, 31600 Gopeng,
Perak (010-5454440).

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4:00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………................................. ...........................................................
(FARIDAH A. AMIN BINTI MAT AMIN) (JULIZA AKMAR BINTI AHMAD ZUKHI)
Setiausaha Kejohanan Catur Penolong Kanan Kokurikulum
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah SK St. Bernadette’s Convent
Kinta Selatan 2023

Disahkan oleh,

……………………......
(SALIZA BINTI SAID)
Guru Besar
SK St. Bernadette’s Convent
Merangkap Pengerusi Kejohanan Catur
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah
Kinta Selatan 2023
Lampiran 1
UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN CATUR MSSD 2023, KINTA SELATAN

1. Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Federation International Des Eches


(F.I.D.E.)(touch move, check, stalemate)

2. Pertandingan ini merupakan Kejohanan Perseorangan / Individu.

3. Hanya pelajar-pelajar yang belajar di sekolah-sekolah di daerah ini serta berdaftar dan
menjelaskan yuran MSSPk dibenarkan menyertai pertandingan ini.

4. Kejohanan Perseorangan ini akan dijalankan mengikut Sistem Swiss. Pertandingan adalah
sebanyak enam/tujuh pusingan:

Masa Setiap Pusingan (12/7/2023)

R1=8.50-9.30 R2=9.40-10.20 R3=10.30-11.10


R4=11.20-12.00 12.00-1.30: Rehat R5=1.30-2.20
R6=2.30-3.20 R7=3.30-4.20 TAMAT

Masa Setiap Pusingan (13/7/2023)

R1=8.30-9.10 R2=9.20-10.00 R3=10.10-10.50


R4=11.00-11.40 R5=11.50-12.40 12.40-2.20: Rehat
R6=2.20-3.10 R7=3.20-4.10 TAMAT

5. Pemasangan pusingan pertama: Utk saringan pemain-pemain dipasangkan mengikut abjad.


Surname untuk Melayu adalah Bin/Binti XX, India adalah a/l / a/p XX. Untuk Cina dua
perkataan terakhir dianggap surname (Xxx Xxx Xxx walaupun surname Cina di
hadapan)Pemasangan Penentuan adalah mengikut standing perlawanan saringan. Untuk
akhir, pemasangan manual mengikut ranking.

6. Jika jumlah pemain dalam pertandingan adalah nombor ganjil, maka akan terdapat seorang
pemain yang tidak dapat dipasangkan dalam setiap pusingan. Pemain ini dipanggil pemain
menanti dan akan diberi keputusan ‘bye’.

7. Pemain menanti (Bye) dianggap sebagai memperolehi warna buah catur putih dalam
pusingan yang berkenaan.

8. Pemain yang lemah sahaja akan diberi ‘bye’ dan setiap pemain hanya boleh diberi ‘bye’ sekali
sahaja.

9. Semua peserta wajib mencatatkan pergerakan permainan sama ada dalam borang catatan
pergerakan ataupun dalam kertas kosong yang akan dibekalkan.(Peserta boleh berhenti
mencatat apabila jam caturnya tinggal lima minit atau kurang).
10. Selepas pusingan pertama, pemasangan pemain akan berpandukan perolehan mata pemain-
pemain.

11. Pemain dikehendaki memastikan mereka tidak bermain dengan lawan yang sama dalam
pusingan seterusnya.
12. Sekiranya pemain tidak dapat dipasangkan dengan pemain lawan yang mempunyai mata
yang sama, pemain itu akan dipasangkan dengan pemain yang mempunyai mata yang
berhampiran dengannya.

13. Mata perlawanan adalah seperti berikut:


Menang 1 mata
Seri ½ mata
Kalah 0 mata

14. Keputusan pertandingan akhir dikira berdasarkan:

(a) Jumlah mata yang diperolehi


(b) Markah Buchoff
(c) Markah Soneborn-Berger (S.B.)
(d) Kumulatif
(e) Keadaan perjumpaan dengan pemain lawan
(f) Play off 5 minit sebelah

15. Jam catur akan digunakan. Bagi setiap pusingan, setiap pemain diperuntukkan masa
sebanyak 20/25 minit untuk menghabiskan perlawanan pusingan tersebut. Pemain yang
bendera jam caturnya jatuh dahulu dianggap sebagai kalah masa. Sekiranya jam tidak
mencukupi, maka jam akan diturunkan dari meja pemain yang habis terdahulu dan masa yang
tinggal akan dibahagi sama rata. Walau bagaimanapun, masa minima yang akan diberi ialah
5 minit sebelah.

16. Pemain yang lewat lebih daripada 10 minit dikira kalah.

17. Bercakap dan tunjuk-menunjuk buah catur adalah dilarang sama sekali semasa perlawanan
catur.

18. Peraturan “touch-move” diguna pakai. Perhatian: kecuali ada keadaan menggerakkan buah
“pin” atau Raja bergerak ke tempat kena “check” (kesalahan kepada yg melakukan dan
amaran diberi)

19. Guru pengiring, jurulatih dan peserta tidak dibenarkan memerhati permainan.

20. Strategi seri secara persetujuan hanya akan diterima selepas lima langkah dijalankan oleh
kedua-dua pemain terlibat. Pemain perlu tanda tangan keputusan seri kedua-dua borang
dan berjabat tangan di hadapan arbitor yang bertindak sebagai saksi untuk sah seri.

21. Apabila pemain melakukan kesalahan, amaran akan diberikan. Apabila amaran ketiga diberi,
pemain dikira kalah.
Lampiran 2
KEHADIRAN MESYUARAT CATUR MSSD KINTA SELATAN 2023

BIL NAMA GURU NAMA SEKOLAH


1 SALIZA BINTI SAID SK ST BERNADETTE'S CONVENT
2 MOHD ZULFAKAR BIN MOHD NAPIAH SK GOPENG JALAN ILMU
3 MOHD SYAHRIL NIZAM BIN ABDUL RASYID SK SENTOSA
4 ESAH BINTI OMAR KHAN SMK ST BERNADETTE’S CONVENT
5 JULIZA AKMAR BT AHMAD ZUKHI SK ST BERNADETTE'S CONVENT
6 RUHIL AZHANA BINTI JA'AFAR SMK ST BERNADETTE’S CONVENT
7 RINAWATI BINTI ZULKIFFLI SK ST BERNADETTE'S CONVENT
8 AHMAD FIRDAUS BIN ABDULLAH LUTFI SK GUNUNG PANJANG
9 NOORSYAHIDA BINTI MHD SUHAIMI SK METHODIST ACS KAMPAR
10 ADIBAH KHAIRIAH BT ADNAN SK TOH INDERA WANGSA AHMAD
11 NUZIANI BINTI ABD RAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN SIPUTEH
12 RAJESWARAN A/L RAJA SAGARAN SJKT TRONOH
13 RAFEAH BINTI SAPARI @PARDI SMK IDRIS SHAH GOPENG
14 YOGEMALAR A/P CHELLAMUTHU SJKT LADANG KOTA BAHROE
15 HASNIZATUL PATAHIAH BINTI HASSAN SK PENGKALAN BAHARU, KG KEPAYANG
16 CHOOI WING LOCK SJKC SUNGAI DURIAN
17 HO KIN SING SMJK PEI YUAN
18 DR. RIINAH PERIASAMY SJKT CHANGKAT, BATU GAJAH, PERAK
19 SEE MIN CHIH SMK YUK KWAN
20 LITHIYA A/P SUKUMARAN SJKT GOPENG
21 JUNAIDAH BINTI ABD RASHID SK SERI TRONOH
22 NOOR AZURA BINTI ABDUL WAHAB SMK MALIM NAWAR
23 ROSLINA BT CHE RAUS SMK SERI KAMPAR
24 RASYIDAH BINTI SUMARI SK SENTOSA
25 MOHD SOBRI BIN MOHAMMAD ISA SBP INTEGRASI GOPENG
26 JUANA BINTI ALANG OTHMAN SK KAMPUNG SERI RAHMAT
27 NURUL AZURA BINTI HAMIL SK ST PAUL
28 CIK NOORAYU YUSLIZA BINTI CHE ZAMANI SMK SENTOSA
29 ROSLINDA BINTI SHARIFF SK TG. TUALANG
30 SHUBASHINI A/P SUBRAMANIAN SMK METHODIST ACS KAMPAR
31 LAILATUL ISTIQLAL BT AHMAD LOTFI SK AYER PAPAN
32 NURHAFIZAH BINTI HASAN SMK SULTAN YUSSUF
33 MAWIYATUN SAâAYAH BINTI ABDUL SAMAT SMK DATO BENDAHARA CM YUSUF
34 SURAYA BINTI HARUN SK GOPENG TMN GOPENG BARU
35 HASLIZA BINTI MOHAMAD HASSAN SK SERI JAYA
36 ROZIAH BINTI OTHMAN SMK SERI TEJA GOPENG
37 ARUNA A/P THULUGANAM SJKT MAMBANG DI AWAN
38 GNANA JOTHY A/P CHIDAMBARAVELU SJKT METHODIST, MALIM NAWAR
39 KALARANI A/P KANNAN SJKT KINTA VALLEY
40 NURUL AZURA BINTI HAMIL SK ST PAUL
41 MOHD SOBRI BIN MOHAMMAD ISA SBP INTEGRASI GOPENG
42 SHUBASHINI SMK METHODIST ACS KAMPAR
43 NOOR AKMAR BINTI ZAINAL MOKHTAR SK SULTAN YUSSUF
44 AZALINDA BINTI UMAR SK MALIM NAWAR
45 FARAHIAH BINTI ROSLI SMK TRONOH
46 SOLEH BIN MAT ALI SMK SENTOSA

You might also like