You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAI CHEE,

JALAN MESJID,
86800 MERSING,
JOHOR DARUL TAZIM.
Telefon :07 - 7991466
Fax :07 - 7997784
_____________________________________________________________________________
Ruj. Kami :
JEB 4045/600-5/ 1/ 1/ ( )
Tarikh
:
22 Januari 2016
Kepada,

Semua Pengetua dan Guru Besar


Sekolah-sekolah Daerah Mersing
Tuan/Puan,
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KEJOHANAN PING PONG L/P 12, 18
TAHUN DAERAH MERSING TAHUN 2016
Adalah dengan hormatnya perkara diatas dirujuk.
2.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat ini telah diadakan
seperti berikut:
Tarikh : 26/1/2016 ( Selasa )
Masa : Jam 2.30 4.00 petang
Tempat : Bilik Profesioanl SMK Pai Chee Mersing
3.
Bersama-sama ini dilampirkan minit mesyuarat berkenaan untuk makluman dan
rujukkan tuan sekalian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

Tuan Haji Yusof Bin Ahmad


GPK Kokurikulum
SMK Pai Chee, Mersing.

MINIT MESYUARAT BIL 1/1016


Mesyuarat Pengurusan Kejohanan Ping Pong L/P 12 dan 18 Tahun MSSD Mersing Tahun
2016
Tarikh
Hari
Masa
Tempat
Pengerusi

: 26 Januari 2016
: Selasa
: 2.30 4.00 petang
: Bilik Mesyuarat SMK Pai Chee, Mersing.
: Tn. Hj. Yusof Bin Ahmad
(GPK Kokurikulum SMK Pai Chee)

Kehadiran

:
1. Tn. Hj. Yusof Bin Ahmad
(Pengerusi Mesyuarat Kejohanan Ping Pong MSSD Mersing 2015)
2. En. Wee Yinn Sheng
(Setiausaha merangkap Pengerusi Teknik Ping Pong MSSD Mersing)
3. Mochamad Ali Bin Hendra (SMK Pai Chee (CF)).
4. Muhammad Adna@ Adnan Yaacob (SMK(F) Tenggaroh)
5. Khoo Liang Kok (SMK Sri Mersing)
6. Hafidz Zulkeply(SK Bandar Mersing)
7. Junita Ahmad (SMA Mersing)
8. Aziz B. Kasim (SK LKTP Nitar 1)
9. Ramidah Bt Jabar (SK LKTP Nitar 2)
10. Eh Hoo San (SJKC Jemaluang)
11. Nik Sabariyah Bt Nik Hussin(SMK Nitar )
12. Nurul Hidayah Bt. Mohd Nor (SM Sains Sultan Iskandar)
13. Zainul Akramin (Maktab Rendah Sains Mara Mersing)
14. Sehakumar Naraisamy (SRJK Tamil)

1.0 Perutusan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran dan berterima kasih kepada semua
pengurus pasukan yang mengambil bahagian dalam Mesyuarat Pengurusan
Kejohanan Ping Pong MSSD L/P 12 Dan 18 Tahun 2016.
1.2 Pertandingan diadakan di SJKC Pai Chee bagi kategori Lelaki/Perempuan 12
tahun pada 1 Februari dan 2 Februari di SMK Pai Chee untuk kategori
Lelaki/Perempuan 18 tahun.
1.3 Terdapat 7 buah sekolah menengah dan 7 buah sekolah rendah yang akan
mengambil bahagian dalam kejohanan berdasarkan kehadiran pada mesyuarat

ini. Berharap akan terdapat penyertaan semua sekolah bagi memeriahkan lagi
kejohanan pada tahun ini.
1.4 Pendaftaran kejohanan akan dilakukan pada jam 8.00 pagi.

2.0 Taklimat Undang-undang Permainan oleh Pengerusi Teknik Daerah.


2.1 Sila rujuk lampiran Undang-Undang Permainan.
Makluman : Sekolah yang mengambil bahagian
3.0 Undian
3.1 Persetujuan daripada semua pengurus yang hadir ke mesyuarat bahawa undian
akan dilaksanankan oleh pihak penganjur dan tiada bantahan lagi selepas
undian dijalankan.
Makluman : Sekolah yang mengambil bahagian
4.0 Pengadil
4.1 Setiap sekolah diwajibkan membawa satu (1) orang pengadil untuk bertugas
sepanjang masa kejohanan berlangsung.
4.2 Persetujuan daripada semua pengurus yang hadir ke mesyuarat bahawa
sekolah yang tidak dapat menyediakan pengadil akan didenda sebanyak RM
50.00.\
Makluman : Sekolah yang mengambil bahagian
5.0 Pendaftaran
5.1 Yuran pendaftaran sebanyak RM 50.00 untuk sebuah sekolah. Wang ini akan
digunakan untuk perbelanjaan pengursan kejohanan.
5.2 Setiap sekolah dikehendaki membawa bersama sekotak bola ping pong (putih)
semasa pendaftaran.(Rujuk pada alatan pertandingan perkara 8 undangundang permainan.)
5.3 Pakaian peserta mestilah selain daripada warna putih. Warna putih tidak
dibenarkan sama sekali.
Makluman : Sekolah yang mengambil bahagian
6.0 Hal-hal Lain

6.1 Setiap sekolah dikehendaki membawa bersama sekotak bola ping pong (DHS
Tiga Bintang-Cell Free 40mm Putih) semasa pendaftaran.
6.2 Perbelanjaan makan dan minum peserta kejohanan bawah tangungjawab
sekolah masing-masing hanya untuk pengadil sahaja diediakan makan dan
minum.
6.3 Pengurus sekolah mengharapkan PPD Mersing dapat mengeluarkan sijil bagi
semua peserta kejohanan ini.
6.4 Surat panggilan kejohanan beserta surat kenyataan membawa pengadil akan di
serahkan kepada sekolah-sekolah di laman web PPD Mersing.
6.5 Masa pendaftaran adalah pada pukul 8.00 sehingga 8.30 pagi. Taklimat
pengurus pasukan akan diadakan pada pukul 8.30 pagi. Pertandingan bermula
pada pukul 9 pagi.
6.6 Had Penyertaan setiap kategori adalah seramai 6 orang peserta berdasarkan
persetujuan kesemua pengurus sekolah di dalam mesyuarat ini.
Makluman : Semua sekolah yang mengambil bahagian
Mesyuarat ditamatkan pada jam 4.00 petang
Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

(WEE YINN SHENG)


Setiausaha,
Pengurusi Teknik Daerah Mersing

(TN. HJ. YUSOF BIN AHMAD)


Pengerusi,
GPK Kokurikulum SMK Pai Chee

You might also like