You are on page 1of 4

MESYUARAT KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG ZON PERKASA BIL 1/2015

TARIKH:30.JAN.2015
M\HARI:JUMAAT
MASA:9.00PG
TEMPAT :BILIK MESYUARAT SMK GAMBANG
KEHADIRAN:
1. EN.IBRAHIM B MAT AKIL PENGETUA SMK GAMBANG
2. TN.HJ MANSOR B PENDEK-PKKK SMK GAMBANG
3. EN.SAIFUL ROSNI B MOHAMAD-SU SUKAN SMK GAMBANG
4. PN.NOOR EDDIANIE BT KAMAR ZAMAN
5. PN.SITI NOORAINI BINTI ZAMAN-WAKIL SMK PANDAN
6. EN.ZAINAL BIN ABDULLAH-WAKIL SMK SERI PANCHING
7. EN.MOHD AZMAN B ALI WAKIL SMK LEPAR HILIR
8. PN. FONG YEN MIN_WAKIL SMK SG ISAP
9. EN. WAN FAIZAL B MOHD NORZAN-WAKIL WMK SG ISAP
10. EN.AZIZ B DALI_WAKIL SMK GUDANG RASAU
11. PN.NUR IZZZATI BINTI ABD JALIL-WAKIL SMK SERI DAMAI
12. PN.UMI NORHIDAYAH BT ABDUL SHUKOR-WAKIL SMK MAT KILAU
13. EN.ZAINUDDIN BIN MD TAHAR_WAKIL SEMSAS
14. EN.AJMAD RAHIMEE B HJ YUSOFF-WAKIL SMK PAYA BESAR
15. EN.MOHAMAD SYAHRUL NIZAM B MOHD SUPIAN-WAKIL SMI ALIRSYAD
16. PN.NUR ASIMAH BT MAT DAUD
TIDAK HADIR:
1.WAKIL SMK SERI MAHKOTA

1. Ucapan Pengerusi.
1.1
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir pada mesyuarat
hari ini. Pengerusi mengedarkan senarai penuh Jawatankuasa Kejohanan Balapan dan Padang

Zon Perkasa 2015. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua wakil dari setiap sekolah Zon
Perkasa 2015.
1.2 Selaku tuan rumah, Pengerusi mengucapkan terima kasih dan memohon kerjasama dari
semua wakil agar bersama berganding bahu memikul tanggungjawab hingga membuatkan
pengurusan setiap Kejohanan tersebut berjalan lancar dan baik.
2. AGENDA 2:PELANTIKAN DAN AGIHAN TUGAS AJK KEJOHANAN.
2.1. Mesyuarat seterusnya disambung oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK
Gambang Tn. Hj Mansor B Pendekuntuk mempericikan agihan tugas AJK
Kejohanan.Kejohanan ini dipengerusikan oleh Pengetua SMK Gambang iaitu En. Ibrahim b
Mat Akil.Beliau berharap supaya semua wakil setiap sekolah Zon Perkasa berpuas hati
dengan agihan tugas tersebut.Hasil perbincang bersama tarikh Kejohanan Balapan Dan
Padang Zon Perkasa 2015 ialah pada 10.Februari.2015 yang akan diadakan di Sekolah Sukan
Negeri Pahang yang terletak di Gambang.
Makluman:semua wakil zon perkasa
2.2. Pengerusi menetapkan tarikh bagi mesyuarat kedua kejohanan ialah pada
06.Februari.2015 (Jumaat).Semasa mesyuarat tersebut semua AJK akan melaporkan kepada
Urusetia Kejohanan tentang perkembangan dan persiapan terakhir yang telah dilaksanakan
sebelum kejohanan berlangsung.Beliau berharap supaya semua wakil dan guru Zon Perkasa
bersatu hati dalam menjayakan kejohanan supaya zon perkasa menjadi lebih baik dan hebat
perkasa.
Maklumann:semua wakil Zon Perkasa
3.
AGENDA 3:YURAN PENYERTAAN
3.1. Pengerusi memaklumkan bahawa yuran penyertaan setiap sekolah Zon Perkasa pada
tahun lepas ialah RM 50.00.En. Saiful Selaku urusetia kejohanan meminta kebenaran supaya
yuran tersebut di naikkan kepada RM 80.00.Semua wakil yang hadir setuju dengan
permohonan tersebut.Bagi sijil untuk semua permainan zon perkasa diuruskan oleh Sekolah
Menengah Sains Sultan Hj Ahmad Syah(SEMSAS)
Maklumann:semua wakil Zon Perkasa
4.
AGENDA 4:POST-MORTEM 2014
4.1. Bagi penambahbaikan pada tahun ini, semua wakil setiap sekolah zon perkasa boleh
merujuk jadual pertandingan seperti yang diedarkan pada mesyuarat hari ini.Senarai pegawai
kejohanan yang akan bertugas semasa kejohanan hendaklah diserahkan kepada sekolah
terlibat iaitu SEMSAS.Senarai nama pegawai perlu dihantar lebih awal kerana SEMSAS
perlu menghnatar senarai tersebut ke urusetia.Naib Pengerusi meminta supaya senarai nama
peserta perlu disediakan sebanyak 3 salinan dimana setiap satu ialah untuk sekolah pengelola,
penamat dan data.En. Aziz memohon supaya disediakan alat walkie-talkie untuk 2 bahagian
yang penting semasa kejohanan berlangsung iaitu pelepas dan penamat.
Maklumann:semua wakil Zon Perkasa

4.2. En. Saiful memaklumkan bahawa pada tahun lepas acara lambat dimulakan kerana
terdapat sedikit masalah.Disini beliau mencadangkan supaya En. Mokhtar supaya memulakan
acara pertandingan sekiranya terdapat pegawai yang lambat datang bagi mengelakkan
kelewatan acara bermula.Perlantikan itu dipersetujui oleh Timbalan Pengerusi Kejohanan.
4.3. En. Aziz juga mencadangkan supaya hanya wujudkan Jawatankuas Teknikal sahaja
dengan.Ini adalah kerana pegawai setiap sekolah akan terlibat dengan kepegawaian semasa
kejohanan tersebut.Taklimat keegawaian akan dilaksanakan oleh sekolah masing-masing.
4.4. Bagi acara balapan, SMK Gudang Rasau memohon setiap sekolah menghantar dua
pegawai dari sekolah masing-masing.Terdapat 5 buah sekolah bagi acara balapan dan setiap
sekolah hantar dua orang pegawai.SMI Al-Irsyad adalah sekolah baru yang dimasukkan
dalam zon perkasa.En. Saiful selaku urusetia dikehendaki memastikan semua jawtankuasa
menjalankan tugas dengan baik.
4.5. Borang keputusan rasmi kejohanan akan dibuat olej SMK Gudang Rasau dan akan
diedarkan kepada bahagian statistik iaitu SMK Lepar Hilir.En. Ahmad Rahimee
memaklumkan supaya urusetia bertindak menyampaikan maklumat mesyuarat kepada JK
Pertandingan iaitu Wakil SMK Seri Mahkota sebelum mesyuarat pelaporan yang kedua
nanti.Ini adalah supaya JK tersebut dapat membuat persiapan pelaporan semasa mesyuarat
nanti.
4.6. Terdapat cadangan dari SMK Gudang Rasau supaya setiap sekolah menyediakan
kanopi masing-masing semas kejohanan tersebut.Peemohonan ini depersetujui oleh semua
ahli mesyuarat.SMK Pandan merupakan JK Persiapan Tempat supaya menyediakan meja
kepada JK Pencatat dan Penamat.
4.6. Pengurus kejohanan menetapkan bahawa setiap sekolah perlu manghantar 2 peserta
bagi setiap acara.Senarai tersebut perlu dihanatr pada mesyuarat kedua iaitu pada
6.Februari.2015 (Jumaat) dalam borang yang telah diedarkan kepada semua wakil sekolah zon
perkasa.

5.AGENDA 5:HAL-HAL LAIN


5.1. En. Aziz dari SMK Gudang Rasau meminta kepada semua sekolah yang terlibat
dengan acara padang supaya menyerahkan nama dua orang pengawai yang akan bertugas
pada kejohanan tersebut.
5.2. SMI Al-Irsyad diletakkan dibawah senarai pegawai kejohanan balapan dan padang.
5.3. Setiap wakil sekolah zon perkasa dikehendaki menghantar borang pendaftaran peserta
selewat-lewatnya pada 6.Februaru.2015 (Jumaat) kepada urusetia sebagai dokumentasi kelak.
5.4. Disini juga Timbalan Pengerusi memaklumkan sekira terdapat perkara berbangkit
post-mortem perlu diadakan dan sekiranya tiada perkara berbangkit pos-mortem tidak perlu di
adakan.

Mesyuarat dirangguhkan pada jam 11.30pg.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

...............................
(NUR ASIMAH BT MAT DAUD)

..............................

................................

SETIAUSAHA KEJOHANAN

TIMB..KEJOHANAN

PENGERUSI KEJOHANAN

You might also like