You are on page 1of 3

SPSK PK 07/3

Sekolah Kebangsaan Sungai Judah (A)


42960 Pulau Carey, Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan
bba1013@btpnsel.edu.my
MINIT MESYUARAT KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2015
Tarikh

: 20 Mei 2015

Masa

: 2.30 petang

Tempat

: . Bilik Pemulihan Khas Murid Orang Asli (PKMOA)

Kehadiran :
Bil
Nama
1. Encik Abd Rahman bin Ahmad
2. Encik Norwan Zain bin Badul Wahid
3. Encik Zamri bin Shariff
4. Encik Shamsurizal bin Hassan
5. Encik Mohd Halimi bin Harun
6. Encik Khairul Azhan bin Salleh
7. Encik Hazambi bin Che Hasan
8. Encik Mohd Safwan Helmi bin Jaafar
9. Encik Azhar bin Salamon
10. Encik Shahrulazam bin Ibrahim
11. Encik Ahmad Kamal Ariffin bin Abdullah
12. Pn. Azlina bt Arshad
13. Pn. Rodziah bt Abdul Taib
14. Pn. Siti Sabariah bt Abd Rahman
15. Pn. Neng Emiliah bt Mohd Sabar
16. Cik Nor Azurah bt Julaini
17. Cik Priyatharisini A/P Jeyabalan
18. Cik Netty Azieanna bt Mohd Ayob
19. Cik Suaidah bt Johari
20. Cik Wan Nor Syahira

Jawatan
- Guru Besar
- Guru Penolong Kanan KoKurikulum
- Guru Penolong Kanan Pentadbiran
- Guru Penolong Kanan HEM
- Guru SU Sukan
- Guru
- Guru
- Guru
-Guru
-Guru
-Guru
-Guru
-Guru
-Guru
-Guru
-Guru
-Guru
-Guru Pemulihan
-PPM
-Guru ganti

Tidak Hadir (Bersebab)


1. Pn.Maisita bt Udang

-Guru (Cuti bersalin)

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1
GPK Ko-Kurikulum selaku pengerusi En. Norwan Zain bin Abdul Wahid
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar, semua GPK dan
guru-guru atas kehadiran mesyuarat.
1.2
Perjumpaan ini adalah bertujuan bagi memaklumkan berkaitan pelaksanaan
kejohanan sukan sekolah yang bakal diadakan pada 31 Mei 2015 nanti.
1.3
Butiran lanjut berkenaan pelaksanaan kejohanan sukan akan dibentangkan
oleh Setiausaha Sukan, iaitu En.Mohd Halimi Bin Harun.
Tindakan : Makluman

No. Keluaran
02

Tarikh Keluaran
01 NOVEMBER
2011

No. Pindaan
00

Tarikh Pindaan

PERUTUSAN GURU BESAR


2.1
Harapan daripada Guru Besar agar Kejohanan Sukan pada tahun ini akan
berjalan dengan lancar.
2.2
Berharapan semua guru dapat memberi kerjasama kepada pihak pelaksana
agar kejohanan sukan ini menjadi menarik dan lancar.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA KEJOHANAN SUKAN


3.1. Kejohanan sukan pada tahun ini bertemakan haiwan pemangsa iaitu rumah
Singa, Rumah Helang dan Rumah Jerung.
3.2. En. Safwan mencadangkan agar warna rumah ditukar kembali kepada warna
asas iaitu merah,kuning dan biru.
3.3. SU Sukan memaklumkan bahawa guru-guru akan diundi bagi mendapat rumah
sukan masing-masing dan murid-murid akan diagihkan oleh En.Mohd Halimi.
3.4. Jawatankuasa Pelaksana.
- En.Mohd Halimi selaku SU Sukan memaklumkan kepada semua guru
berkenaan jawatankuasa pelaksana adalah dibuat berdasarkan undian yang
telah dilaksanakan.
- Berharap agar semua ketua unit dapat memberi kerjasama kepada
jawatankuasa induk bagi melicinkan pelaksanaan kejohanan sukan ini nanti.
- Perjumpaan di antara jawatankuasa induk pelaksanaan dengan ketua-ketua
unit akan diadakan bagi membincangkan bidang tugas dan peralatan yang
diperlukan.
Tindakan: AJK pelaksana
3.5. Kewangan/Perbelanjaaan
- Peruntukkan bagi perbelanjaan baju sukan murid adalah RM 1500
- Semua guru boleh merujuk kepada kertas kerja yang telah diedarkan kepada
semua berkenaan perbelanjaan.
- Jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan adalah RM 2700
- En.Mohd Halimi memaklumkan juga, Puan Khatijah pengusaha kantin sekolah
bersetuju untuk menyumbangkan sebanyak RM 200.
Tindakan: Makluman
3.6. Tentatif Program
- Tentatif program boleh dirujuk di dalam kertas kerja yang telah diedarkan.
- Acara akan bermula pada pukul 8.00 pagi dan akan berakhir pada pukul
12.00 p.m
- En. Norwan Zain mencadangkan agar pihak sekolah menjemput En. Daiman
Peron, Tok Batin Kampung Sg. Judah bagi merasmikan Kejohanan sukan itu
nanti.
- Semua guru bersetujuan dengan cadang En.Norwan Zain dan surat jemputan
akan disediakan oleh SU sukan dan dihantar kepada Tok Batin dengan kadar
segera.
- Acara-acara yang akan dipertandingan dipecahkan kepada sukaneka dan
balapan.
- En. Hazambi mencadangakan agar acara bagi komuniti juga diadakan bagi
penduduk kampung Sg. Judah.
Tindakan: SU Sukan

No. Keluaran
02

Tarikh Keluaran
01 NOVEMBER
2011

No. Pindaan
00

Tarikh Pindaan

3.7. Format Pertandingan


- Markah akan dikumpulkan bagi menentukan juara kejohanan tersebut.
- En.Mohd Halimi mencadangkan agar pertandingan Cheer rumah sukan
diteruskan seperti tahun lepas.
- Sukantara akan dijalankan seminggu sebelum kemuncak kejohanan sukan
diadakan.
- Setiap ketua rumah sukan perlu memastikan murid-murid di bawah selian
mereka agar datang menyertai sukantara itu nanti.
- Hal ini kerana setiap penglibatan ahli rumah sukan akan diberi markah dan
akan dikumpulkan dan di bawa ke hari kemuncak untuk menentukan juara.
- Acara sukantara yang akan dipertandingan sepak takraw, bola tampar, bola
jarinng dan balapan.
- Setiap ketua rumah akan diberi jadual pertandingan sukantara yang akan
dibina oleh SU Sukan nanti.
Tindakan: SU Sukan & Ketua rumah sukan

4. HAL-HAL LAIN
4.1 En.Norwan Zain mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana
sudi menghadiri perjumpaan ini.
4.2 Harapan daripada AJK induk agar kejohanan kali ini berjalan dengan lancar
dengan kerjasama semua guru.
4.3 Sebarang kekeliruan dan masalah berkenaan pelaksanaan kejohanan ini boleh
merujuk kepada En. Norwan Zain dan En. Mohd Halimi.
Tindakan: Makluman
5. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh

.
(MOHD HALIMI HARUN)
Setiausaha Sukan
SK Sungai Judah

No. Keluaran
02

...................................
(En Norwan Zain Bin Abd Wahid)
GPK Kokurikulum
SK Sungai Judah

Tarikh Keluaran
01 NOVEMBER
2011

No. Pindaan
00

Tarikh Pindaan

You might also like