You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KOKURIKULUM 3/2018

Tarikh : 2 Julai 2018


Hari : Isnin
Masa : 1:30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud

Kehadiran:

1. Seraya binti Sulaiman (Pengetua)


2. Norudin bin Haji Mashidi (PK Akademik)
3. Usti bin Dolhan (PK HEM)
4. Nor Seri bin Merias (PK Kokurikulum)
5. Zulfikar Izzat bin Ahmad (Setiausaha Kokurikulum)
6. Yusman bin Alin (Setiausaha Sukan)
7. Shahida binti Giri (Setiausaha Koperasi)
8. Mustapha bin Ismail (Setiausaha Majalah Sekolah)
9. Mohd Fauzi bin Rozak (Penyelaras Persatuan Badan Beruniform)
10. Fuad Hanif bin Ahmad Hamidi (Penyelaras Sukan & Permainan)
11. Mohd Fadhli bin Azrin (Penyelaras Kelab & Persatuan)
12. Rozana binti Besiri
13. Sharifah Norjailinawati binti Ahmad
14. Nor Anizan binti Zainuddin
15. Nurbaini binti Muhammad Amin
16. Mashitoh binti Berahim
17. Siti Nurfarhana binti Mat Nor
18. Siti Habsah binti Kamaludin
19. Hazwani binti Zakaria
20. Rosidah binti Hasimi
21. Tina binti Julaihi
22. Siti Asma binti Mohamad
23. Rohaini binti Kasan
24. Norhirina bt A.Rahim
25. Tengku Noormunira binti Tengku Kamarulzaman
26. Siti Hasrat Nurbani binti Kameri
27. Muhd Amir Farhan bin Khalid
28. Mataludin bin Narawi
29. Kamel bin Bujang
30. Ahmad Fauzy Mighfaza
31. Fuad Jabbar
32. Mawardi DJa’far
33. Aziz bin Ah Hee
34. Khairul Anuar bin Abdul Wahab
35. Zulhakim bin Bustami
36. Karim bin Wahab
37. Khairuddin
38. Dono Solihin
39. Hassan bin Hossen
40. Hozira Stephen
41. Ahmad Fitri Rabbani bin Abdullah

1
42. Mohd Hazmiedan bin Umar
43. Naruddin bin Suleiman
44. Tanuja bin Bawi
45. Ismail bin Adam
46. Ketino bin Gapor
47. Muhammad Hanif bin Mat Ail
48. Abbas bin Abdullah
49. Sarrie bin Suot
50. Roslim bin Man
51. Hanisah binti Hamdan
52. Yoshidah bin Hosin

Tidak Hadir Bersebab:

Agenda Mesyuarat

1. Kata Aluan Pengerusi


2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara berbangkit
4. Laporan daripada Penolong Kanan Kokurikulum
5. Laporan daripada Penyelaras Sukan dan Permainan
6. Laporan daripada Penyelaras Kelab dan Persatuan
7. Laporan daripada Penyelaras Badan Beruniform
8. Laporan daripada Setiausaha Majalah Sekolah
9. Laporan daripada Setiausaha Koperasi
10. Laporandaripada Setiausaha Sukan
11. Hal-hal lain

1.0 Kata Aluan Pengerusi

1.1 Mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Kokurikulum.

1.2 Taklimat Kejohanan Olahraga Tahunan akan disampaikan oleh Setiausaha Sukan.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas

Dicadangkan Oleh : Hozira Stephen


Disokong Oleh : Aziz bin Ah Hee

3.0 Perkara-perkara Berbangkit

2
3.1 Perkara 4.2 akan dibincangkan di dalam mesyuarat.

3.2 Perkara 4.3 akan dilaksanakan pada tahun 2019 dan perkara 4.5 tidak dapat dijalankan atas
faktor Hari Mengundi dan cuti pada bulan Ramadhan. Cadangan perlaksanaan adalah selepas
Pentaksiran Tingkatan 3 dan tidak akan melibatkan murid tingkatan 5.

3.3 Bagi perkara 5.1, 2 orang murid SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud(SMK PATMa)
berjaya mewakili Samarahan, dan SMK PATMa diamanhakan sebagai AJK hadiah.

3.4 Perkara 6.3, SMK PATMa berjaya mewakili Sarawak ke peringkat Kebangsaan.

4.0 Laporan Penolong Kanan Kokurikulum

4.1 Mengucapkan Terima kasih atas kehadiran semua guru.

4.2 Menyatakan bahawa sekolah akan menganjur Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-13

4.3 SMK PATMa akan memegang amanah sebagai AJK Hadiah bagi dua pertandingan Peringkat
Negeri iaitu Pertandingan KOMSAS dan Pertandingan Memanah MSSM.

4.4 Bagi pertandingan KOMSAS, tugas akan diserahkan kepad Ketua Bidang Bahasa dan
Pertandingan Memanah, PKKK sendiri yang akan menjalankan tugas.

4.5 Rabu minggu ini merupakan perjumpaan Sukan dan Permainan, bermakna, tiada perhimpunan
tetapi akan diadakan perjumpaan rumah sukan pada jam 2.00 petang.

4.6 Perhimpunan rasmi akan diadakan pada hari Jumaat (6 Julai 2018)

5.0 Laporan dari Penyelaras Sukan dan Permainan

5.1 Tiada Laporan rasmi dari Penyelaras.

6.0 Laporan Penyelaras Kelab dan Persatuan

6.1 Tiada Laporan rasmi dari Penyelaras Kelab dan Persatuan.

7.0 Laporan Badan Beruniform

7.1 Perkhemahan Kokurikulum akan dilaksanakan untuk semua murid.

8.0 Laporan Setiausaha Majalah Sekolah

3
8.1 Tiada laporan rasmi dari Setiausaha Majalah Sekolah.

9.0 LaporanSetiausaha Koperasi

9.1 Tiada laporan rasmi dari Setiausaha Koperasi


10.0 Taklimat Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-13 dan Merentas Desa oleh Setiausaha
Sukan

10.1 Menerangkan tentang AJK Merentas Desa SMK PATMa 2018 dimana AJK dikekalkan dan
akan mengalami sedikit perubahan.
Makluman: Semua Guru

10.2 Pertandingan akan diadakan pada 17 Julai 2018 sebelah pagi sahaja iaitu ja 7 hingga 11 pagi.
Pada sebelah petang adalah untuk persediaan akhir bagi Kejohanan Olahraga Tahunan
(KOT) kali ke-13

10.3 Bagi AJK KOT-13, telah disediakan dan semua guru perlu maklum akan tugas masing-
masing.

10.4 Perubahan untuk pengacara majlis di mana Cik NurHirina akan digantikan dengan Puan Siti
Nurfarhana.

10.5 Bagi Jadual latihan rumah sukan, ia telah disediakan dan pada hari Rabu (4 Julai) ini akan
diadakan perjumpaan rumah sukan. Bagi ketua rumah sukan, senarai nama murid bagi rumah
masing-masing boleh diambil dari Encik Yusman.
Makluman: Guru Rumah Sukan
10.6 Pada Minggu hadapan, Isnin hingga Khamis petang, adalah latihan untuk acara balapan dan
padang bagi setiap rumah. Akan diadakan 6 kali latihan menjelang KOT-13.

10.7 Pada 17 Julai 2018, akan diadakan Merentas Desa, 18 Julai , acara padang KOT-13 dan 19
Julai akan diadakan acara balapan di Kompleks Sukan Asajaya.

10.8 Format pertandingan adalah sama seperti tahun-tahun sebelum.

10.9 Bagi perubahan AJK, Encik Kamil mencadangkan supaya AJK pertolongan cemas dilantik
dari kalangan guru BSMM. Encik Dono Solihin akan dilantik sebagai hakim pertandingan
bagi satu acara sahaja dan AJK jemputan ditukar daripada Puan Rosidah kepada Puan
Sabariyah.

10.10 Bagi pertandingan Merentas Desa, hadiah akan diberikan kepada 6 yang terbaik bagi setiap
kategori, Juara bagi setiap kategori, dan Juara keseluruhan. Rabu ini (4 Julai) akan diaakan
taklimat akhir. Untuk KOT-13, akan dipertandingkan 3 kategori, A (tingkatan 4 dan 5), B
(tingkatan 2 dan 3) dan C (tingkatan 1 sahaja). Ketua guru rumah sukan kena pastikan semua
pelajar dalam rumah sukan masing-masing terlibat dengan pertandingan lain (Perbarisan,
Hiasan Khemah, Maskot) jika tidak menyertai acara balapan dan padang.
Tindakan : Ketua rumah sukan

11.0 Hal-hal lain

4
11.1 Mengenai pengangkutan bagi KOT-13, Encik Abbas memaklumkan bahawa 6 buah bas akan
disewa bagi membawa murid ke Kompleks Sukan Asajaya

11.2 Ibu bapa dan penjaga murid akan mengambil anak masing-masing di Kompleks Sukan
Asajaya setelah selesai acara dan bagi murid yang kembali ke sekolah, bas akan menunggu
untuk membawa mereka kembali ke sekolah.
11.3 PKKK menegaskan bahawa murid harian tidak dibenarkan menggunakan motosikal untuk ke
Kompleks Sukan.

11.4 Bagi makan, pihak dewan makan akan menghantar makanan ke Kompleks Sukan

11.5 Encik Fauzy Mighfaza mengingatkan bahawa pada 116 hingga 27 Julai, Murid STAM akan
menduduki ujian lisan dan meminta unutk mengecualikan mereka dari KOT-13.

11.6 Daripada Puan Hanisah, pada hari Khamis (12 Julai 2018) akan diadakan ceramah HIV/AIDS
dan murid yang terlibat adalah murid tingkatan 1,2 dan 4 sahaja. Bagi yang lain, mereka boleh
menjalankan latihan rumah sukan seperti biasa.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

_________________________________ _________________________________
(ZULFIKAR IZZAT BIN AHMAD) ( NOR SERI BIN MERIAS)
Setiausaha Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud SMK Psantren Abdul Taib Mahmud

You might also like