You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN

STUNGGANG MELAYU
SEKOLAH AMANAH MALAYSIA

MINIT MESYUARAT KO-KURIKULUM BIL. 1 / 2023

Tarikh : 10 Mei 2023

Hari : Rabu

Masa : 2.30 pm.

Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran :

Hadir :

1. Pn Ismawatiee binti Madel


2. En.Jamadil bin Eri
3. Pn. Yong Ein Chen
4. En. Jefri bin Hakim
5. Cik Nor Sofiah Bt. Abd Rashid
6. En. Saipol Bin Yoh
7. Pn. Siti Azira binti Jose
8. Cik Nur Rasyidah Bt. Ramli
9. Pn. Melati Bt. Piri
10. Pn. Rahmah Bt. Putit
11. En. Alfread anak Maggie
12. Pn. Fazilah Bt. Pozan
13. Cik. Jamilah Bt. Ebrahim
14. En. Nazerin bin Mohamad
15. Pn. Melor Bt Kipli
16. Cik Aimi Safuraa Bt. Mohd Zam

Tidak Hadir Bersebab :

1. Pn, Khatijah Bt. Bolhassan ( Mesyuarat bersama PPD Lundu )


2. Pn. Siti Nurfarain binti Jali ( Cuti Rehat Khas )
3. En. Muhammad Adam bin Sameon ( Cuti Rehat Khas )
AGENDA
1. KATA ALU-ALUAN – PN. ISMAWATIEE BINTI MADEL(GURU BESAR)

1.1 Mengalu-alukan kehadiran semua guru kemesyuarat yang diadakan.


1.2 Ucapan terima kasih kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat kokurikulum kali
pertama 2023
1.3 Puan Guru besar mengingatkan kepada semua guru dan staf agar hadir ke mesyuarat
yang telah ditetapkan tepat pada waktunya. Sekiranya ada masalah untuk hadir tepat
pada waktunya, diharap dapat memaklumkan lebih awal kepada pihak pentadbir.
1.4 Berharap pelaksanaan aktiviti Ko-kurikulum lebih mantap lagi pada tahun ini.

Makluman: Semua Guru

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 3/2022

2.1 Encik Alfread Ak. Maggie mencadangkan minit mesyuarat bil 3/2022 di sahkan dan
disokong oleh En. Saipol bin Yoh.

3. PERKARA BERBANGKIT

2.1 Tiada perkara berbangkit

4. PENGURUSAN KO-KURIKULUM 2023 - EN. JEFRI BIN HAKIM ( PKKK )

4.1 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023


4.1.1 Guru Penolong Kanan Kokurikulum mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua guru dan AKP di atas kerjasama yang mantap sepanjang pengurusan
Kokurikulum bagi tahun 2022. Diharap kerjasama mantap ini dapat diteruskan
bagi membantu sekolah mencapai KPI Sekolah Amanah bagi tahun 2023.
4.1.2 Untuk tahun 2023, terdapat beberapa perubahan di dalam carta organisasi
pengurusan kokurikulum sekolah.
4.1.3 Kelab Pencegahan Jenayah akan ditubuhkan bagi menganti Kelab ICT
4.1.4 Penyelaras Kelab dan Persatuan diserahkan kepada Puan Siti Nurfarain Bt Jali.
4.1.5 Rujuk Carta Organisasi Pengurusan Kokurikulum 2023
Makluman: Semua Guru
4.2 JAWATANKUASA PELAKSANA AKTIVITI KOKURIKULUM 2023
4.2.1 Tiada perubahan aktiviti Unit Beruniform dan Kelab/Persatuan bagi tahun
2023( Rujuk Lampiran Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti Kokurikulum )
4.2.2 Senarai nama jurulatih sukan dan permainan sekolah diedarkan dan dibentangkan.
Kesemua jurulatih diingatkan untuk merujuk Takwim Pertandingan Peringkat
Daerah 2023 dan merancang latihan lebih awal sebagai persiapan untuk
pertandingan.
Makluman: Semua Guru

4.3 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH 2023


4.3.1 Beberapa perubahan di dalam jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah bagi
tahun 2023 iaitu Jawatankuasa Kecil Peningkatan Profesionalisme telah
diserahkan kepada Puan Siti Nurfarain binti Jali.
4.3.2 PKKK mengingatkan bahawa peranan Jawatankuasa Pembangunan Sukan
Sekolah ini ada untuk menyokong segala jenis sukan dan permainan di peringkat
sekolah sehingga ke kebangsaan.

Makluman: Semua Guru

4.4 KUMPULAN PEMBANTU KOKURIKULUM 2023


4.4.1 Mesyuarat Kumpulan Pembantu akan diadakan pada hari Selasa minggu 2 dan
minggu 4, 2 kali sebulan.
4.4.2 Ahli Jawatankuasa Pembantu Kokurikulum diharapkan untuk memberikan
kerjasama penuh bagi memastikan aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan
sekolah berjalan lancar.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kumpulan Pemandu

5. HAL-HAL LAIN

5.1 PKKK menyatakan bahawa sekolah mempunyai potensi yang besar di dalam
bidang sukan dan permainan. Oleh sebab itu, semua dinasihatkan agar membuat
persediaan dan perancangan awal supaya ia dapat dijalankan dengan baik dan
sempurna. Latihan perlu dijalankan awal.

Makluman :Semua Guru


6. PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin di atas kesudian
menghadiri mesyuarat kali ini.
6.2 Memohon semua guru membuat kerja dengan ikhlas dan menjalankan semua
aktiviti mengikut perancangan.
6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1630.
Disediakan oleh Disemak oleh;

……………………….. ……………………………….

( EN. SAIPOL BIN YOH ) ( EN. JEFRI BIN HAKIM )

Setiausaha Ko-kurikulum, Penolong Kanan Ko-kurikulum,

Disahkan oleh;

………………………..

( PN. ISMAWATIEE BT. MADEL )

Guru Besar,

SK Stunggang Melayu

You might also like