You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JATI

TAMAN JATI, 30020 IPOH,


PERAK DARUL RIDZUAN

Perkara : Mesyuarat Pengurusan Bil 3, 2023


Tarikh : 4 April 2023
Hari : Selasa
Masa : 11.00 AM
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : 8/9
BIL NAMA JAWATAN
1 Pn. Intan Rozana binti Mohd Khalil PK Pentadbiran
2 Pn. Arazma binti Musha PK HEM
3 Pn. Marliza binti Abu Bakar PK Kokurikulum
4 Pn. Yusneza binti Mohd Yusof PK Petang
5 Pn. Baby Ranee a/p Muthusamy GK Sains & Matematik
6 Pn. Norsuzairy binti Ismail GK Kemanusian
7 Dr. Norhezan binti Che Teh GK Bahasa
8 En. Shahrinol bin Zainol GK Vokasional & Teknik

Ketidakhadiran :

BIL NAMA JAWATAN SEBAB


1 Tn. Hj. Khairunnaim bin Abdul Samat Pengetua Menghadiri MJKD

AGENDA

1.0 Ucapan alu-aluan Pengerusi


1.1 Pn. Intan Rozana binti Mohd Khalil mewakli Tn. Pengetua mengucapkan terima kasih
kepada semua Penolong Kanan serta Guru kanan yang dapat hadir pada mesyuarat
pengurusan kali ke 3 dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah
diberikan.

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/2023


2.1 Pn. Arazma binti Musha mencadangkan minit mesyuarat Bil. 2/2023 disahkan.
Cadangan disokong oleh Pn. Norsuzairy binti Ismail.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit


3.1 Perkara 3.4 : Kelas KSD
3.1.1 Pn. Arazma binti Musha memaklumkan KSD ambilan ke 2 akan diadakan
pada 5 April 2023(Rabu) pada pukul 11.00 pagi. Seramai 24 orang layak
untuk ambilan ke 2 namun hanya 15 sahaja yang memberi maklum balas
kepada pihak sekolah. Tindakan : PK HEM
3.1.2
3.2 Perkara 4.2 : Penetapan GPMP dan GPS sekolah untuk SPM 2023
3.2.1 Pn. Intan Rozana binti Mohd Khalil memberitahu sebarang penetapan
berkaitan SPM perlu merujuk kepada Pn. Baby Ranee a/p Muthusamy yang
bertindak selaku penyelaras peperiksaan. Makluman

3.3 Perkara 4.4 : CIDS


3.3.1 Pn. Intan Rozana binti Mohd Khalil memaklumkan supaya semua PK dan GK
perlu memaklumkan mengenai cara penulisan RPH mengikut perkeliling
yang telah dikeluarkan dimana mempunyai 4 perkara sahaja:-
i. Tajuk
ii. Objektif Pembelajaran
iii. Aktiviti
iv. Refleksi

1
3.3.2 Pn. Intan Rozana binti Mohd Khalil meminta supaya En. Shahrinol bin Zainol
memaklumkan kepada semua guru semasa contact time mengenai cara
penulisan CIDS.
Tindakan : GK Vokasional & Teknik

3.4 Perkara 5.3 : English Fest


3.4.1 Dr. Norhezan Binti Che Teh memaklumkan minggu English Fest akan
ditunda pada minggu ke 14(seminggu) disebabkan oleh pertemuaan dengan
aktiviti kokurikulum.
Makluman
3.5 Perkara 5.4.1 Wang Zakat
3.5.1 Pn. Arazma binti Musha memaklumkan terdapat 4 orang pelajar yang masih
belum menuntut wang zakat persendirian.
Tindakan : PK HEM

4.0 Laporan PK Pentadbiran


4.1 Berikut adalah pencalonan kepada pihak PPD setelah semua ahli mesyuarat
mencapai kata putus.
Guru rujukan sekolah : Pn. Zauyah binti Alang Ahmad
Guru berprestasi tinggi(Future Leader) :
Bidang Sains & Matematik : Cik Nadhiah bt Kamarudin
Bidang Kemanusiaan : En. Muhammad Asree bin Abdul Aziz
Bidang Bahasa : Pn. Asmarizan binti Abu Salim
Bidang Vokasional & Teknik : Pn. Nurul Izzah binti Pahim
4.2 Surat akauan pengesahan kenaikan pangkat yang hilang boleh dipohon semula
dengan mengisi borang yang telah dikeluar oleh pihak KPM. Pekara ini telah
disebarkan dalam group rasmi sekolah.
4.3 Jadual bertugas semasa cuti Hari Raya Aidilftri adalah seperti berikut:

Hari Raya Aidilftri(22 April 2023-Sabtu)

Bil Tarikh Nama PK/GK

1 20/4/2023(Khamis) GK Kemanusiaan

2 21/4/2023(Jumaat) GK Sains & Matematik

3 25/4/2023(Selasa) PK Petang

4 26/4/2023(Rabu) PK Kokurikulum

5 27/4/2023(Khamis) PK Hal Ehawal Murid

6 28/4/2023(Jumaat) GK Vokasional & Teknik

Hari Raya Aidilftri(21 April 2023-Jumaat)

Bil Tarikh Nama PK/GK

1 20/4/2023(Khamis) GK Kemanusiaan

2 24/4/2023(Isnin) GK Sains & Matematik

3 25/4/2023(Selasa) PK Petang

4 26/4/2023(Rabu) PK Kokurikulum

5 27/4/2023(Khamis) PK Hal Ehawal Murid

6 28/4/2023(Jumaat) GK Vokasional & Teknik

2
4.4 Keberadaan guru semasa menghadiri sekolah telah dibuat analisis. Guru-guru perlu
log in sebelum pukul 7.20 pagi(sesi pagi) dan 12.30 tengah hari(sesi petang).
Terdapat beberapa orang guru yang lewat hadir dan teguran semasa contact time
akan di buat. Bagi guru sesi petang Pn. Yusneza Binti Mohd Yusof boleh memanggil
guru yang sering lewat dan memberi teguran sewajarnya.
Makluman dan Tindakan : PKP & PK Petang

5.0 Laporan Penolong Kanan Kokurikulum


5.1 Tarikh-tarikh penting untuk aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut setelah semua
ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju:-

Bil Tarikh Aktiviti

Latihan Rumah Sukan


1 2,3,9,10 Mei 2023 -Waktu petang(sesi pagi)
-Waktu pagi(sesi petang)

Merentas Desa
-Perasmi YDP PIBG
2 13 Mei 2023(Sabtu) -Ibu bapa boleh sertai menerusi pautan yang
akan dikongsikan dalam group sarana sekolah
-Dijangka tamat 10.30 pagi

Sukantara
12-15 Jun 2023
3 -dijalan semasa waktu PJPK
19-22 Jun 2023
-dikawal selia oleh guru PJPK

Saringan Sukan
4 3-5 Julai 2023 Waktu petang(sesi pagi)
Waktu pagi(sesi petang)

5 6-7 Julai 2023 Raptai Hari Sukan Sekolah

Kejohanan Olahraga kali ke 20


6 9 Julai 2023(Ahad)
(Hari Sukan Sekolah)

7 10 Julai 2023(Isnin) Cuti Peristiwa

5.2 Ahli-ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju, pada tahun ini tiada hiasan khemah
rumah sukan dipertandingkan dan hanya pertandingan maskot, sepanduk, bendera
dan pembarisan rumah sukan sahaja.
Makluman

6.0 Laporan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


6.1 Penawaran biasiswa Baitulmal hanya kepada pelajar yang mendapat TP 6 dalam
UASA dan PBD berterusan bagi 6 mata pelajaran. Sekolah kita tidak layak
memohon.
6.2 Majlis berbuka puasa akan dijalankan pada 14 April 2023(Jumaat) dan hanya untuk
semua pelajar tingkatan 5 sahaja.
6.3 Duit raya hanya akan diberikan kepada pelajar yang layak sahaja.
Tindakan : PK HEM

7.0 Laporan Penolong Kanan Petang


7.1 Pemilihan pengawas petang telah dijalankan dan pengawas yang terpilih diberi masa
selama seminggu sebagai tempoh percubaan.
7.2 Pemakiaan jubah pada hari jumaat untuk guru perempuan perlu diteliti mengikut
pekeliling sedia ada.
Makluman & Tindakan : PK Petang
8.0 Laporan Guru Kanan Bahasa

3
8.1 Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu membuat ketetapan
untuk peperiksaan peringkat dalaman sekolah dari segi markah dan ketiadak hadiran
pelajar.
8.2 Semua ahli mesyuarat bersetuju jika pelajar tidak hadir salah satu daripada 4 kertas,
maka pelajar tersebut di anggap tidak hadir keseluruhan dan tiada markah. Namun
demikian markah bagi setiap kertas yang dihadiri perlu dimaklumkan kepada pelajar
tersebut sahaja.
8.3 Pn. Baby Ranee a/p Muthusamy perkara yang sama terpakai untuk mata pelajaran
Fizik, Kimia dan Biologi yang mempunyai kertas Ujian Amali.
Tindakan : Guru Kanan Bahasa dan Guru Kanan Sains & Matematik

9.0 Laporan Guru Kanan Vokasional & Teknik


9.1 Setakat bulan Mac 2023, semua guru telah berjaya mengikuti 3 hari LADAP.
9.2 Setiap guru dan AKP wajib untuk mengikut 1 hari ladap(6 Jam) secara E-
Pembelajaran seperti surat arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak KPM.
9.3 E-Pembelajaran yang paling mudah diikuti menerusi laman web EPSA yang
disediakan oleh pihak INTAN JPA. Soal selidik mengenai guru dan AKP yang telah
mendaftar dan mengikuti e-pembelajaran menerusi EPSA telah dibuat. Guru dan
AKP yang mempunyai masalah akan dibantu oleh unit LADAP. Semua guru akan
dimaklumkan semasa contact time
Tindakan : GK Vokasional & Teknik

10.0 Hal-Hal Lain


10.1 Dr. Norhezan binti Che Teh meminta supaya gred sekolah perlu dilihat semula dan
perlu bertukar dari B ke A di atas faktor bilangan pelajar yang telah bertambah.
10.2 Pn. Intan Rozana binti Mohd Khalil perkara ini akan dibincang dengan lebih lanjut dan
perlu mendapat ketetapan dari pihak PPD dan JPN.
10.3 Pn. Intan Rozana binti Mohd Khalil memaklumkan duit raya untuk pekerja swasta
seramai 12 perlu diputuskan jumlahnya.
10.4 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju sebanyak RM30 akan disumbangkan kepada
setiap perkerja swasta tersebut dan diambil dari tabung pengurusan sekolah.
Tindakan : PK Pentadbiran

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.20 Tengah hari

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

….………………………………… …………………………………………………

(SHAHRINOL BIN ZAINOL) (INTAN ROZANA BINTI MOHD KHALIL)


Guru Kanan Vokasional & Teknik Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Jati

You might also like