You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Kota Perdana


26700 Muadzam Shah
Pahang Darul Makmur

E-mel : cba5079.skkp@gmail.com
Tel : 09-4525703 Faxs : 09-4522325

cba5079@moe.edu.my
Ruj.Kami : skkp.700-10/5/1( )
Tarikh : 04 Mac 2024
.................................................

.................................................

Tuan,

PANGGILAN MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM BIL 1 / 2024/25

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 06 Mac 2024 (Rabu)


Masa : 9.00 pagi
Tempat : War Room, SK Kota Perdana

3. Berikut adalah agenda mesyuarat tersebut:


3.1 Ucapan aluan penasihat
3.2 Pembentangan Carta Organisasi
3.3 Pengurusan Kokurikulum 2024/25
3.4 Hal-hal lain
3.5 Penutup

4. Diharap tuan dapat hadir pada hari dan waktu yang telah ditetapkan. Kerjasama yang
diberikan oleh pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘MALAYSIA MADANI’

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………….
( )

1
Sk, Fail Koku PK

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 / 2023/24

SK KOTA PERDANA

Tarikh / Hari : 7 Februari 2024 / Rabu

Masa : 1.15 petang

Tempat : War Room SKKP

Kehadiran : 1. Tn. Haji Khairuddin Bin Abd Hamid (PK Kurikulum)

2. En. Sa’anoriadan Bin Saadun (PK Hal Ehwal Murid)

3. Pn. Nora Dilla Binti Ismayuddin (S/U Kokurikulum)

4. Pn. Nur Amira Binti Mahasan

5. Pn. Siti Rohayu Binti Zainal Arifin

6. Pn. Suhasmira Binti Razali

7. Pn. Azlina Wati Binti Aziz

8. Cik Nurhidayah Binti Mohamed Hamidi

9. Cik Masidar Binti Sudar

10. Cik Tuan Nurfarah Hamizah Binti Tuan Shari

11. Pn. Rosnah Binti Manab

12. Pn. Nurul Farehanar Binti Che Mat

13. Cik Amilia Izzati Binti Mokhtar

14. Cik Noor Sabariyah Binti Embong

15. Cik Izaty Arrina Binti Kamaruzamn

16. En. Mahadi Bin Sallehudin

17. En. Mohd Faizul Khan Bin Mohamed Zuki

18. En. Hashim Bin Ibrahim @ Dollah

19. En. Ahmad Marzuki Bin Mohamed


2
Tidak hadir bersebab : En. Johari Bin Ibrahim (PK Kokurikulum) – Latihan MSKPP

PERKARA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah hadir ke mesyuarat
kokurikulum kali keempat sesi persekolahan 2023/24.

PERKARA 2 : PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/24

2.1 Unit kokurikulum mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua guru kerana sekolah
telah berjaya menganjurkan Hari Keusahawanan pada 13.12.2023.

2.2 Setiap kelab dan persatuan disarankan untuk menggunakan keuntungan yang diperolehi
untuk menjalankan aktiviti kelab pada sesi 2024/2025.

2.3 Unit kokurikulum sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua guru
untuk penganjuran Hari Kejohanan Sukan Permainan pada 4.12.2023 hingga 8.12.2023.

2.4 Terima kasih juga di atas kerjasama semua warga sekolah di atas penganjuran Majlis
Anugerah Pelajar yang telah berjaya dijalankan sebentar tadi.

2.5 Peratus Gred Purata Sekolah (GPS) sekolah bagi Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan
Kokurikulum (PAJSK) bagi sesi 2023/24 ialah 1.55 di mana seramai 40 orang murid telah
berjaya mencapai keputusan A. GPS ini telah meningkat berbanding 1.75 bagi sesi
2022/2023.

2.6 Perkhemahan Badan Beruniform yang dirancang akan dijalankan pada bulan November
telah ditunda kepada tarikh yang akan diberitahu kelak.

2.7 Unit Kokurikulum berharap setiap Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan dan
Pasukan Badan Beruniform dapat melengkapkan fail masing-masing sebelum 29 Februari
2024.

2.8 Pelaporan bagi setiap aktiviti yang telah disertai dan dijalankan hendaklah dihantar kerana
setakat hari ini masih ada beberapa laporan yang belum diserahkan.

Tindakan : Semua Guru / Makluman

PERKARA 3 : HAL-HAL LAIN

Tiada.

3
PERKARA 4 : PENUTUP

4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan menangguhkan mesyuarat pada jam 2.30
petang.

Disediakan oleh,

……………………………………….
(NORA DILLA BINTI ISMAYUDDIN)
Setiausaha Kokurikulum
SK Kota Perdana

4
s.k Fail Koku
Fail Peribadi

You might also like