You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 3 / 2023/24

SK KOTA PERDANA

Tarikh / Hari : 14 Disember 2023 / Khamis

Masa : 1.45 petang

Tempat : War Room SKKP

Kehadiran : 1. Tn. Haji Khairuddin Bin Abd Hamid (PK Kurikulum)

2. En. Johari Bin Ibrahim (PK Kokurikulum)

3. Pn. Nora Dilla Binti Ismayuddin (S/U Kokurikulum)

4. Pn. Nur Amira Binti Mahasan

5. Pn. Siti Rohayu Binti Zainal Arifin

6. Cik Nurhidayah Binti Mohamed Hamidi

7. Cik Masidar Binti Sudar

8. Pn. Masturah Binti Hadzali

9. Pn. Azlina Wati Binti Aziz

10. Pn. Nurul Farehanar Binti Che Mat

11. Cik Amilia Izzati Binti Mokhtar

12. Cik Noor Sabariyah Binti Embong

13. Pn. Suhasmira Binti Razali

14. En. Mahadi Bin Sallehudin

15. En. Mohd Faizul Khan Bin Mohamed Zuki

16. En. Hashim Bin Ibrahim @ Dollah

17. En. Ahmad Marzuki Bin Mohamed

Tidak hadir bersebab : En. Sa’anoriadan Bin Saadun (PK Hal Ehwal Murid) – Cuti sakit

1
PERKARA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah hadir ke
mesyuarat kokurikulum kali ketiga sesi persekolahan 2023/24.

PERKARA 2 : PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/24

2.1 Unit kokurikulum mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua guru kerana
sekolah telah berjaya menganjurkan Hari Keusahawanan pada hari semalam.

2.2 Setiap kelab dan persatuan disarankan untuk menggunakan keuntungan yang
diperolehi untuk menjalankan aktiviti kelab pada sesi 2024/2025.

2.3 Unit kokurikulum sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua guru
untuk penganjuran Hari Kejohanan Sukan Permainan pada 4.12.2023 hingga
8.12.2023.

2.4 Perkhemahan Badan Beruniform yang dirancang akan dijalankan pada bulan November
telah dianjakkan pada 12.1.2024 hingga 13.1.2024 (2 hari 1 malam).

2.5 Seramai 4 orang murid telah berjaya dianugerahkan Anugerah Rambu Pengakap Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Rambu Biru Pengakap Kanak-Kanak pada 28.11.2023
di Kem PLKN Tanjung Batu, Temerloh.

2.5 15.1.2024 merupakan perhimpunan kokurikulum bagi Pandu Puteri Tunas.

2.6 Majlis Anugerah Pelajar akan dijalankan pada 25 Januari 2024.

Tindakan : Semua Guru / Makluman

PERKARA 3 : HAL-HAL LAIN

3.1 PK Kurikulum memaklumkan modul PAJSK sedang dirintis bermula 28.11.2023 hingga
15.12.2023. Pengisian markah dalam modul PAJSK akan dijalankan setelah ujian rintis
selesai.

PERKARA 4 : PENUTUP

4.1 PK Kokurikulum mengucapkan terima kasih dan menangguhkan mesyuarat


ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

2
Disediakan oleh,

………………………………………….
(NORA DILLA BINTI ISMAYUDDIN)
Setiausaha Kokurikulum
SK Kota Perdana

s.k Fail Koku


Fail Peribadi

You might also like