You are on page 1of 5

Minit Mesyuarat Guru Akhir Tahun 2017

Masa: 1.30 petang

Tarikh: 20/11/2017

Hari: Isnin

Tempat: Bilik Seri Desa

Kehadiran:

1. En. Mohd Azri bin Adnan Guru Besar


2. En. Muhammad Firdaus Khor b. Abdullah GPK1
3. Pn. Rashidah binti Mohamad GPK HEM
4. En. Baharudin bin Ibrahim GPK Koko
5. En. Mohamed b. Abd Samad Guru Kaunseling
6. En. Rahimi bin Sahdan
7. Muhammad Firdaus bin Bakhtiar
8. En. Nordin bin Mohd Zin
9. En. Muhammad Hidayat bin Abd Rahman
10. En. Hairon bin Saraat
11. En. Mohd Sahrul bin Jamaludin
12. En. Azizi bin Mohamad
13. Pn. Athiyyah Nasibah binti Abu Bakar
14. Pn. Nurjalilah binti Mohamad Sarani
15. Pn, Maznah binti Mahmood
16. Pn. Romizah binti Salleh
17. Pn. Nurul Nadia binti Hasnuddin
18. Pn Madehah binti azizan
19. Pn. Nor Suzila binti Saleh
20. Pn, Nor Halimaton binti Kamarudin
21. Pn. Suguna a/p Regupathy
22. Pn. Hanisah binti Harun
23. Pn. Siti Noor Farahim binti Masuri
24. Pn. Sabariah binti Omar

1
25. Pn. Norliza binti Poniran
26. Pn. Zuraidah binti Azizan
27. Pn. Rohayu binti Jusoh
28. Pn. Azizah binti A. Bakar
29. Pn. Noor Aziyah binti Zakaria
30. Pn Siti Zamiah binti Mesah
31. Pn. Suryati binti Muhd Makhtar
32. Pn. Ruzilayati binti Sulong@ibrahim
33. Pn. Norzaini binti Mohamed
34. Pn. Norzaine binti Dahalan
35. Pn. Akosusilawati binti Imam Subur

Tidak hadir bersebab

1. En.Arshad bin Abdul Aziz


2. Pn. Fadhlina binti Bahrom Shah
3. Pn. Halida binti Hj. Muhamad
4. En. Mohd Shahizan bin Mohd Ali
5. Pn. Norliza binti Poniran

Kata Aluan Pengerusi

Tuan Guru Besar mengucapkan salam dan terima kasih atas kehadiran semua yang
menghadiri mesyuarat. Beliau juga mengalu-alukan kedatangan En. Firdaus Khor sebagai
GPK1 sekolah yang baharu.

Beliau turut memaklumkan tentang edaran memo dalaman yang dibuat sebentar tadi iaitu
berkenaan surat kuasa menjalankan tugas ketika ketiadaan beliau pada masa cuti sekolah
akan datang.

2
Hari Anugerah Cemerlang

Tuan Guru Besar mengingatkan tentang pemakaian baju kurung biru seragam untuk guru
perempuan dan baju biru korporat untuk guru lelaki semasa hari tersebut. Beliau juga
memaklumkan bahawa En. Idris bin Zakaria dari PPD akan merasmikan acara tersebut jika
YB Dato Sharkar tidak dapat menghadirkan diri.

Persediaan Cuti Sekolah

Guru besar meminta guru-guru hadir bertugas mengikut jadual yang dikeluarkan dan dialu-
alukan untuk hadir pada hari lain juga.

Guru-guru juga diminta untuk mengemas kelas, bilik khas dan membuat persiapan utuk
persekolahan sesi 2018 setelah selesai mesyuarat pada 26 Disember nanti.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak pra sekolah kerana berjaya mengadakan majlis
perpisahan yang gilang-gemilang di Resort Bukit Bendera.

Prasarana Sekolah

Tuan Guru Besar menyatakan kesyukuran atas kejayaan sekolah kerana dapat membaiki
prasarana sekolah seperti tandas, pagar, lampu, kipas dan suiz. Beliau amat berterima kasih
kepada Cikgu Hairon atas usaha gigih beliau demi memastikan hasrat tersebut tercapai.
Beliau juga memaklumkan bahawa bilik akses telah mendapat 10 buah komputer baru.

Pentadbiran dan Akademik

En. Muhammad Firdaus Khor bin Abdullah selaku GPK1 mengucapkan salam dan
memperkenalkan diri. Beliau meminta guru-guru memberi masa untuknya menyesuaikan diri
dengan suasana sekolah dan juga memberi tunjuk ajar jika ada kekurangan kerana beliau baru
memegang jawatan tersebut.

3
Hal Ehwal Murid

Pn. Rasidah binti Mohamad selaku GPK HEM meminta guru kelas mengemaskini buku
kedatangan kelas masing masing dan memperingatkan guru kelas bahawa segala kesilapan
guru kelas dalam mengurus buku kedatangan tersebut adalah dipertanggungjawabkan kepada
guru kelas yang terlibat.

Guru kelas hendaklah memastikan untuk rekod bulan Disember, nama pelajar disalin sama
seperti nama yang didaftar pada bulan November.

Beliau mengumumkan kelas 3 Pintar sekarang akan dijadikan pentas pada tahun hadapan dan
meminta kelas tersebut dikosongkan.

Beliau meminta guru kelas untuk melengkapkan keperluan kelas tahun hadapan dan boleh
mendapatkan alatan tersebut di pejabat sekolah selepas mesyuarat kali pertama sesi 2018
nanti.

Beliau mengumumkan program susu sekolah kekal di bawah penyelarasan Pn. Siti Zamiah
binti Mesah dan meminta Pn.Ruzilayati binti Sulong@Ibrahim menyemak kelayakan murid
yang menerima RMT pada tahun hadapan.

Beliau juga mengumumkan nama Guru Kelas seperti di bawah;

1P-Pn. Ruzilayati binti Sulong@Ibrahim

1B-Pn. Noor Aziyah binti Zakaria

2P-Pn. Siti Noor Farahim binti Masuri

2B-Pn. Maznah binti Mahmood

3P-Pn. Norzaini binti Mohamed

3B-Pn. Athiyyah Nasibah binti Abu Bakar

3M-Pn. Siti Zamiah binti Mesah

4P-Pn. Fadhlina binti Bahrom Shah

4B-Pn. Romizah binti Salleh

4M-En. Muhammad Firdaus bin Bakhtiar

5P-Pn. Norliza binti Poniran

4
5B-Pn. Akosusilawati binti Imam Subur

6P- Pn. Sabariah binti Omar

6B-Pn. Norzaine binti Dahalan

Kokurikulum

En. Baharudin bin Ibrahim selaku GPK Kokurikulum berterima kasih kepada semua ketua
unit kokurikulum yang menghantar buku laporan aktiviti dan meminta guru yang belum
berbuat demikian untuk bertindak segera untuk memastikan kelancaran tugas beliau.

Hal- Hal Lain

Guru besar meminta ketua unit membuat penambahan dalam laporan aktiviti kokurikulum
tadi iaitu anggaran perbelanjaan dan saranan penambah baikkan aktiviti. Beliau juga meminta
segala perbincangan tadi dimanfaatkan sebaiknya.

Penangguhan mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang dan akan diadakan semula pada 26
Disember 2017.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………….. ………………..

(Pn. Sabariah binti Omar) (En. Mohd Azri bin Adnan)

Guru Bertugas Mingguan Guru Besar

You might also like