You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BAKAR DARAT,

JKR 1275, KAMPUNG PARIT BAKAR DARAT,


84010 MUAR, JOHOR

KERTAS KERJA GOTONG-ROYONG MADANI


TAHUN 2023

10 SEPTEMBER 2023
AHAD
7.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI

ANJURAN BERSAMA:
UNIT KESELAMATAN, KECERIAAN DAN KEBERSIHAN (3K)
DAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)
SK PARIT BAKAR DARAT, MUAR
KERTAS KERJA GOTONG-ROYONG MADANI
SK PARIT BAKAR DARAT, MUAR
2023

1.0 PENDAHULUAN

Menerusi belanjawan 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah


memberi peruntukan kepada setiap sekolah untuk untuk melaksanakan program
gotong–royong Madani.Program gotong–royong ini bertujuan untuk memupuk
perpaduan dikalangan warga pendidikan dan mengakitifkan peranan ibu bapa,
masyarakat, komuniti agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam
membangunkan kemenjadian murid. Peruntukan kewangan untuk tujuan tersebut
telah disalurkan oleh Bahagian Kewangan JPN Johor melalui surat JPNJ.100-
12/1/1(2) Jld.2 bertarikh 11 Julai 2023. Program gotong – royong in merupakan
aktiviti luar bilik darjah selaras dengan kurikulum Pendidikan Moral dan Pendidikan
Sivik.

2.0 RASIONAL

Dengan menjalankan aktiviti ini akan memberi kerjasama yang baik antara
pihak sekolah dengan komuniti setempat dalam menjayakan segala aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak sekolah dan menjalin hubungan dua hala antara pihak
sekolah dengan masyarakat setempat

3.0 MATLAMAT

Memberi peluang pada ibu bapa serta masyarakat dan komuniti setempat
dalam memainkan peranan untuk kemenjadian murid disamping meningkatkan
kebersihan kawasan sekolah.

4.0 OBJEKTIF

Program ini dijalankan supaya:

4.1 Meningkatkan tahap kebersihan, kecerian dan keselamatan sekolah;

4.2 Mengeratkan kerjasama antara sekolah dengan komuniti melalui penglibatan


agensi awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO);

4.3 Memupuk perpaduan dikalangan ibu bapa dan komuniti setempat;

4.4 Memupuk amalan gotong-royong dikalangan warga sekolah; dan


4.5 Memupuk nilai murni dikalangan murid seperti bekerjasama, bertanggungjawab,
bertolak- ansur dan rajin.

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : 10 September 2023

5.2 Kumpulan Sasaran : Semua warga sekolah SK Parit Bakar Darat

5.3 Penglibatan Pihak Luar

5.3.1 Penglibatan komuniti

a) Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)

b) KRT Seri Unas

c) Pusat Latihan Kemahiran DTAC

d) Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)

e) JPKK Parit Bakar Zon 2

f) Syarikat Kebersihan Sekolah

g) Syarikat Keselamatan Sekolah

h) Perbadanan Perpustakaan Johor, Cawangan Muar

6.0 SKOP AKTIVITI

6.1 Hias ceriaan

a) Keceriaan kelas

b) Keceriaan Dewan Hajah Fadzilah

c) Keceriaan Musolla

d) Keceriaan mini perpustakaan

6.2 Penyelenggaraan dan baik pulih


a) Dua buah wakaf
b) Penyelenggaraan pendawaian elektrik Dewan Hajah Fadzilah
AKTIVITI GOTONG-ROYONG MADANI
SK PARIT BAKAR DARAT, MUAR

BI PIHAK
AKTIVITI CADANGAN
L BERTANGGUNGJAWAB
1. Keceriaan kelas Pn. Haliza Binti Md Kasim Menghias kelas mengikut
Prasekolah – Tahun 6 Pn. Juliaty binti Jaruki pembelajaran PAK21
Pn. Zarina binti Kintan
Pn. Lenny Malati Binti Yit
Pn. Yong Lee Chee
Pn. Zalina binti Yahya
Pn. Faridah binti Md Yusop
YM Raja Izatul Farisa Bt Raja
Shariffudin
Sukarelawan Dalam Kelas
(SDK)
2. Keceriaan Musolla Al- Pn. Norazrin Binti Ismail Melaksanakan keceriaan
Hakim Pn. Mashitah binti Mokhtar musolla
Pn. Siti Faezah Binti Mohd.
Isman
Murid Tahun 4
3. Keceriaan dewan En. Khairuddin bin Omar a) Penyelenggaraan
Pn. Norhaiza Binti Mohd Nor pendawaian
Pn. Wan Rosaini Binti Wan b) Pemasangan lampu
Harun c) Pemasangan kipas
Pelatih DTAC dinding
4. Mini Perpustakaan Pn. Norliza binti Jamal Membina mini perpustakaan
Pn. Siti Meriam Binti Ahmad di kantin
Cik Siti Maisarah binti Abd.
Ghani
Pn. Rashidah Binti Talib
Perbadanan Perpustakaan
Awam Cawangan Muar
5. Baik pulih wakaf As- En. Muzaffar bin Mohammad a) Menambak tapak wakaf
Syakirin AJK PIBG As-Syakirin
PPS Koperal Hisam bin Maznan b) Membuka wakaf yang
KRT Sri Unas uzur
JPKK Parit Bakar Zon 2
6. Mengecat tiang pakir En. Azlynizam Bin Akmal Mengecat tiang pakir utama
En. Azahar Bin Atan
En. Abdul Hadi Bin Mohd. Zan
En. Shah Bakhtiar Bin Musa
7.0 SUMBER / KOS

7.1 Kos : RM 1000.00

7.2 Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

7.1 ANGGARAN BELANJAWAN

HARGA
BIL BUTIRAN UNIT JUMLAH
(RM)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

JUMLAH BESAR 1000.00

8.0 TENTATIF PROGRAM


Tarikh : 10 September 2023
Hari : Ahad
Masa : 7.30 pagi-12.30 tengah hari

Tentatif:
7.30 pagi : Berkumpul di Dewan Hajah Fadzilah
8.00 pagi : Perasmian Program Gotong-Royong Madani oleh Penghulu
Mukim Parit Bakar
8.30 pagi : Program Gotong Royong bermula
9.30 pagi : Rehat dan jamuan
10.30 pagi : Sambung Gotong –royong
12.30 tengah hari : Gotong-royong dijangka selesai
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Pn. Nor Azila Binti Hamzah


Pengerusi : Pn. Norhaiza Binti Mohd Nor
Timbalan Pengerusi : En. Najib bin Abu Nawar
Naib Pengerusi 1 : Pn. Siti Meriam Binti Ahmad
Naib Pengerusi 2 : En. Kharuddin Bin Omar
Setiausaha : Pn. Haliza Binti Md Kasim
Penyelaras : Cik Siti Maisarah binti Abd. Ghani

BUKU PROGRAM / DOKUMENTASI PERAKAM PERISTIWA


Pn. Haliza binti Md Kasim Pn. Yong Lee Chee
PENGACARA MAJLIS DOA
Pn. Norazrin Binti Ismail En. Muzaffar bin Mohammad
KAWALAN MURID PERALATAN
Pn. Zarina binti Kintan Pn. Zalina Binti Yahya
Pn. Faridah binti Md Yusop Pn. Norliza Binti Jamal
Pn. Mashitah binti Mokhtar En. Azlynizam Bin Akmal
Pn. Haliza binti Md. Kasim En. Azahar Bin Atan
Pn. Juliaty binti Jaruki En. Abdul Hadi Bin Mohd. Zan
KESELAMATAN JAMUAN
En. Muhammad Hakimi Bin Zainal Pn. Siti Faezah Binti Mohd. Isman
En. Muhammad Amir Bin Abdul Razak YM Raja Izatul Farisa Bt Raja Shariffudin
En. Kamaruzzaman Bin A. Bakar Pn. Lenny Malati Binti Yit
En. Hasrin Bin Mahmood Pn. Rashidah Binti Talib
Pn. Wan Rosaini Binti Wan Harun
Pn. Asmida binti
PA SISTEM
En. Khairuddin bin Omar
En. Shah Bakhtiar Bin Musa

10.0 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah
dikemukakan. Sesungguhnya kejayaan Projek Gotong-royong Madani peringkat
sekolah yang dirancang ini bergantung pada sikap dan komitmen positif daripada
semua pihak yang terlibat. Konsep permuafakatan menjadi tunjang ke arah
kejayaan program ini. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat
pertimbangan dan kelulusan dari pihak tuan

Disediakan oleh Disemak oleh:

HALIZA BINTI MD KASIM NORHAIZA BINTI MOHD NOR


Setiausaha GPK Hal Ehwal Murid
Program Gotong-royong Madani SK Parit Bakar Darat, Muar
SK Parit Bakar Darat, Muar
Tarikh : Tarikh :
KERTAS CADANGAN PROGRAM GOTONG – ROYONG MADANI,
TAHUN 2023

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI,


TAHUN 2023

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan PROGRAM GOTONG-ROYONG


MADANI, TAHUN 2023

Ulasan:
…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

Tarikh:

You might also like