You are on page 1of 10

SK LA SALLE (1) BRICKFIELDS

JALAN TUN SAMBATHAN


50470 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN
SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2017

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM SK LA SALLE (1) BRICKFIELDS

14 OKTOBER 2017

BADAN SIHAT, MINDA CERGAS


KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN
SK LA SALLE (1) BRICKFIELDS

1.0 PENDAHULUAN
Sukan adalah satu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama murid
dan guru. Dengan adanya aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan semangat
kesukanan dan pertandingan yang sihat dalam kalangan murid. Selain daripada itu, ia
dapat dijadikan sebagai satu aktiviti kepada semua murid di samping memberikan
kesedaran pentingnya sukan kepada semua.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang permainan
dengan lebih menyeluruh.
2.2 Memberikan pendedahan kepada murid tentang pentingnya
kecerdasan kepada kesihatan tubuh badan manusia.
2.3 Membentuk sahsiah murid agar lebih berdisiplin dengan aktiviti
permainan yang terancang.
2.4 Mengeratkan ikatan silaturrahim di antara semua murid dan guru melalui
aktiviti yang diadakan bersama.
2.5 Memupuk budaya saing yang positif di dalam suasana pertandingan
yang komprehensif.

3.0 TEMA
MINDA CERGAS, BADAN SIHAT

4.0 SASARAN
Murid tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3)
Murid tahap 2 (Tahun 4, 5, & 6)

5.0 TEMPAT
Padang SK La Salle (1) Brickfields
6.0 TARIKH
14 Oktober 2017 (Bermula 7:30 pagi)
7.0 JAWATANKUASA

Jawatankuasa Induk

Penasihat : Pn. Siti Zaharah binti Haji Nawawi (Guru Besar)


Pengerusi : En. Mohd Aidilfitri bin Ramelan (GPK Kokurikulum)
: En. Armanizam bin Ab Rahman (GPK Tadbir dan Kurikulum)
: En. Ahmad Shahrim bin Suffian (GPK Hal Ehwal Murid)

Penyelaras : En. Nik Ridzuan bin Mad Nor (Setiausaha Kokurikulum)


Setiausaha : En. Mohd Hilmi bin Jaapar (Setiausaha Sukan)
Bendahari : En. Ezzeri bin Ismail (Penyelaras Sukan Permainan)
AJK : Guru Kelas Tahun 1 hingga Tahun 6

Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : En. Mohd Aidilfitri bin Ramelan (GPK Kokurikulum)


Setiausaha : En. Mohd Hilmi bin Jaapar (Setiausaha Sukan)
Bendahari : En. Ezzeri bin Ismail (Penyelaras Sukan Permainan)
Penyelaras : En. Nik Ridzuan bin Mad Nor (Setiausaha Kokurikulum)

AJK Senamrobik
- En. Mohd Hilmi bin Jaapar
- En. Mohd Hirdzi bin Zainal Abidin
- En. Mohd Fikri bin Ahamed

AJK Pertandingan Futsal (Pengadilan dan Penjadualan)


- En. Mohd Hilmi bin Jaapar
- En. Ahmad Shahrim bin Suffian
- En. Mohd Hirdzi bin Zainal Abidin

Teknikal & Peralatan : En. Nik Ridzuan bin Mad Nor


: En. Mohd Fikri bin Ahamed
Disiplin : Cik Jamilah binti Salleh
Jurugambar & Dokumentasi : Pn. Azma binti Salleh
Makanan dan Minuman : Pn. Rosnani binti Salleh
Hadiah Pertandingan : Pn. Norsidah binti Musa
Siaraya : En. Nik Ridzuan bin Mad Nor
Urusetia : Pn. Santhanamary a/p Anthonysamy

Peraturan-peraturan Pertandingan
a) Kumpulan (lelaki dan perempuan)
i. Semua murid tahap 1 dan tahap 2 terlibat.

b) Anjuran
i. Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK La Salle (1)
Brickfields
c) Pecahan permainan
i. Senamrobik
ii. Futsal

d) Penyertaan
i. Setiap rumah pasukan dibenarkan menghantar satu kumpulan untuk
setiap pertandingan yang dianjurkan. Jumlah peserta termasuk
simpanan dalam setiap kumpulan adalah seperti berikut:
Futsal : 6 orang (1 pasukan)
5 Bermain dan 1 Simpanan

ii. Pecahan pemain bagi setiap rumah pasukan adalah seperti berikut
Tahun 1 dan Tahun 2 (min: seorang, max: dua orang)
Tahun 3 (Minimum seorang)
Tahun 4 , 5 dan 6 (min: seorang, max: dua orang)-wakil setiap darjah
iii. Pemilihan Pemain akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan
Peralatan
iv. Permainan akan diadakan secara KALAH MATI.
v. Pengundian bagi mengisi slot perlawanan akan dibuat bersama ketua
pasukan dan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pertandingan Futsal
vi. Semua peserta mestilah sihat. Pengurus pasukan terdiri daripada
semua guru. Berikut adalah pecahan pengurus bagi setiap pasukan.

Pasukan 1 - En. Mohd Hilmi


Pasukan 2 - Cik Jamilah
Pasukan 3 - Pn. Azma
Pasukan 4 - En. Nik Ridzuan
Pasukan 5 - En. Ezzeri
Pasukan 6 - Pn. Santhanamary
Pasukan 7 - Pn. Norsidah
Pasukan 8 - En. Muhd Hirdzi
Pasukan 9 - En. Mohd Fikri
Pasukan 10 - Pn. Rosnani

e) Tempoh Permainan
Permainan akan dilaksanakan secara 5:2:5 iaitu permainan selama 5 minit
bagi setiap separuh masa dengan rehat 2 minit.

f) Pengantian Pemain
Semua pemain dibenarkan untuk menggantikan pemain pada bila-bila
masa dengan kebenaran pengadil perlawanan. Pemain yang telah
digantikan dibenarkan untuk masuk semula. Pemain dibenar untuk keluar
masuk tanpa untuk menggantikan pemain yang sedang barmain dengan
kebenaran pengadil perlawanan
g) Pembatalan
i. Pemain gantian tidak dibenarkan selain daripada murid SKLS1B
adalah tidak dibenarkan.
ii. Mana-mana peserta` yang didapati melanggar syarat pertandingan
akan dibatalkan hak penyertaannya.

h) Pakaian
i. Semua peserta dikehendaki memakai pakaian sukan sekolah,
dan boleh memakai jersi sekiranya ada dan berkasut.
ii. Mana-mana peserta yang tidak memakai pakaian sukan tidak
dibenarkan memasuki acara.

i) Hadiah
i. Hadiah disediakan bagi juara sahaja iaitu:
- 1 piala pusingan dan hamper bagi juara futsal
- 1 hamper bagi naib juara, ketiga dan keempat

j) Bantahan
i. Semua bantahan yang melibatkan aspek teknikal adalah tidak
dibenarkan.

8.0 TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi - Pendaftaran (Kehadiran)


8.00 pagi - Senamrobik
8.30 pagi - Karnival Sukan Permainan Futsal
(Rujuk Jadual Perlawanan)
11.00 pagi - Penutup dan Penyampaian Hadiah
9.0 ANGGARAN KOS
BIL PERKARA JUMLAH
1. Piala pusingan RM 30.00 x 1 = RM 30.00
2. Hamper RM15.00 x 10 = RM 150.00
3. Sijil Penghargaan dan Penyertaan RM 70.00 x 1 = RM 70.00
4 Makanan dan Minuman RM 5 x 80 = RM 400.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 650.00

10.0 SUMBER KEWANGAN

BBTP
SUKAN

11.0 PENUTUP
Diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang
tinggi dalam menjayakan karnival ini demi menyahut program Hari Sukan
Negara yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Disediakan oleh,

(MOHD HILMI BIN JAAPAR)


Setiausaha Karnival Sukan & Permainan 2017
SK LA SALLE (1) BRICKFIELDS

Disemak oleh,

...
(MOHD AIDILFITRI BIN RAMELAN)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK La Salle (1) Brickfields

Disahkan oleh,

....
(SITI ZAHARAH BINTI HAJI ZAWAWI)
Guru Besar
SK La Salle (1) Brickfields
Lampiran 1

Borang Pendaftaran Pemain

Pasukan : ________________________________
Pengurus Pasukan : ________________________________

Bil Nama Kelas


1
2
3
4
5
6

Disediakan oleh

( )
Jawatankuasa Teknikal dan Peralatan
Lampiran 2
Jadual Perlawanan

You might also like