You are on page 1of 6

PENGENALAN

Sukan di Malaysia adalah salah satu kegiatan yang telah merapatkan tali silaturahim antara rakyat berbilang kaum. Sukan yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti sukan air, sukan balapan, sukan padang, sukan tradisional dan seumpamanya ini dilakukan oleh rakyat pelbagai lapisan umur. Kebanyakan bangsa di Malaysia mempunyai sukan tradisional mereka sendiri, dimana ia telah diwarisi dari generasi ke generasi. Sukan-sukan tradisional ini sesetengahnya melambangkan ciri-ciri kesenian yang terdapat di dalam sesetangah bangsa atau kaum tersebut.

Rajah 1: Congkak

Rajah 2: Cap TAE

Sehingga kini, sukan di Malaysia telah menjadi suatu aktiviti utama di Universiti-universiti tempatan di mana mereka sering melakukan aktiviti sukan tahunan atau sukan antara universiti atau antara kolej semata-mata untuk menerapkan semangat kerjasama, setia kawan, semangat untuk memenangi sesuatu pertandingan selain untuk berkenalan sesama sendiri dan justeru merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Rajah 3: Bersukan, mengulangkaji dan menyertai pertandingan menyehatkan badan dan minda.

PERKEMBANGAN SUKAN DI MALAYSIA


Sejak kebelakangan ini perkembangan industri sukan negara telah menjadi semakin pesat dan lebih menyeluruh. Ianya jelas ditonjolkan dalam sektor industri utama iaitu seperti permainan dan pemain sehinggalah sektor industri kedua iaitu prasarana dan arena sukan. Kesan daripada Sukan Komanwel yang dianjurkan pads 1998 telah memberi petanda bahawa negara ini akan menjadi tumpuan dalam penganjuran sukan di peringkat antarabangsa Kejohanan pelbagai jenis sukan di peringkat antarabangsa telah pun di adakan dan sedang dirancang oleh pelbagai pihak terutamanya kerajaan demi memenuhi hasrat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai titik tumpu atau `hub' sukan di rantau ini. Kejohanan seperti temasya Sukan SEA, Hoki Piala Dunia (2002), Sukan FESPIC (2006), kejohanan tahunan Malaysian Grand Prix Formula 1 dan sebagainya.

Kerajaan Malaysia sangat perihatin terhadap pembangunan dan perkembangan sukan di Malaysia. Jesteru itu, Dasar Sukan Negara telah digubal dengan menumpukan kepada Sukan Massa dan Sukan Prestasi Tinggi (Kementerian Belia dan Sukan, 1988). Dasar tersebut bertujuan untuk membentuk masyarakat yang sihat dan cergas melalui penglibatan aktiviti sukan ke arah mencapai kecemerlangan dalam sukan ke tahap tinggi. Strategi pelaksanaan sukan massa dan sukan prestasi tinggi hendaklah dibangunkan serentak dengan pendekatan serta tumpuan yang berbeza. Pendekatan bagi membangunkan sukan massa hendaklah ditumpukan kepada pendidikan sukan. Pendekatan tersebut melibatkan sokongan daripada semua pihak termasuk guru.

Rajah 4: Bermula di sekolah hinggalah ke peringkat antarabangsa

MAJLIS SUKAN NEGARA

Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis


Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972. Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlismajlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik. Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.

SUKAN-SUKAN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA


Sukan Tradisional/Rakyat Antara sukan-sukan tradisional yang terdapat di Malaysia adalah seperti permainan wau. Walaupun ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sedang bersukan, namun aktivitiaktiviti seperti disenaraikan di atas adalah antara kegiatan utama atau kegiatan rutin di masa lapang bagi sebahagian rakyat di Malaysia.

Rajah 5: Wau, Tarian Naga Permainan Gasing Sukan seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan di lakukan di dalam sekelompok manusia yang mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga, pendapat dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti seperti ini dapat di laksanakan. Selain itu, terdapat juga sukan rakyat yang pada awalnya dimainkan sebagai sukan harian dan kini telah di mainkan di kejohanan-kejohanan sukan utama seperti sepak raga yang telah dikomersilkan sebagai permainan sepak takraw yang telah menjadi salah satu acara di beberapa kejohanan peringkat kebangsaan atau asia tenggara. Sukan rakyat seperti tuju guli, galah panjang, batu seremban dan sebagainya lebih banyak dimainkan oleh kanakkanak. Permainan-permainan seperti ini atau sukan rakyat ini telah dipermainkan sejak turuntemurun dan dipelajari dari generasi terdahulu.

Sukan padang Sukan padang di Malaysia boleh dikatakan sebagai sukan utama yang dilakukan oleh rakyat berbilang usia. Sukan padang seperti bola sepak, hoki, ragbi, bowling padang, golf dan lainlain dimainkan di seluruh pelusuk negara. Permainan bola sepak yang boleh dimainkan di mana sahaja. Ia telah menjadi antara sukan paling popular di Malaysia.

Rajah 6: Bola sepak, hoki, Golf, bowling dan ragbi Sukan balapan Aktiviti-aktiviti balapan ini adalah antara sukan umum yang disertai oleh rakyat Malaysia di beberapa kejohanan peringkat Asia Tenggara, Asia atau peringkat Antarabangsa. Sukan seperti lari pecut, lari berganti-ganti, lompat kijang, lari berpagar, lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera, lompat tinggi, lompat bergalah dan seumpamanya adalah antara sukan-sukan yang disertai oleh rakyat-rakyat di Malaysia. Kejohanan-kejohanan peringkat sekolah, daerah, negeri dan sehingga ke peringkat nasional sering diadakan sepanjang tahun untuk menyerikan dunia sukan tanahair. Sukan Air Di Malaysia sukan air ini juga antara aktiviti yang menarik perhatian ramai. Terdapat pelbagai sukan air yang dilakukan di Malaysia seperti kapal layar, bot laju, kayak, perahu panjang, berenang, menyelam, polo air, gimnastik, snorkling dan sebagainya. Sukan-sukan ini biasanya dimainkan sama ada di dalam pusat akuatik, kolam, tasik, sungai dan laut. Sukan air di Malaysia juga telah diperkenalkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Rajah 7: Berkayak merupakan sukan air


5

PENUTUP
Pengurusan sukan tempatan harus peka terhadap perubahan aliran pengurusan industri sukan semasa kerana sejarah telah sering kali membuktikan bahawa perubahan aliran sukan amat mudah diterima oleh pengguna sukan tempatan. Cabarannya kini ialah, walaupun industri sukan negara merupakan suatu sektor ekonomi yang besar tetapi kita masih memerlukan lebih ramai para ahli akademik dan juga profesional dalam pengkhususan pengurusan sukan. Bidang pendidikan jasmani yang telah lama bertapak hanya merupakan sate komponen dalam sektor pendidikan sahaja. Justeru, industri sukan negara memerlukan perancangan yang tepat lagi berkesan dalam memajukan disiplin pengurusan sukan selari dengan halatuju, misi dan visi negara. Industri sukan merupakan industri yang unik dan memerlukan pembuatan keputusan yang berbeza menurut persekitaran industri itu yang tersendiri. Ini hanya akan tercapai sekiranya pemimpin sukan mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang tersebut. Secara perbandingannya, adalah mustahil misalnya seseorang berkelulusan dan berkemahiran kejuruteraan awam bertindak sebagai pakar bedah di hospital ataupun sekiranya Dekan/Pengarah sebuah fakulti pengajian sukan gagal mendefinisikan istilah sukan! Negara sedang menuju ke arah profesionalisme di dalam pengurusan sukan. Jelas di sini bahawa pengurusan sukan profesional memerlukan kemahiran dan pengetahuan dalam bentuk kelayakan ikhtisas, di samping pengalaman sukan secara khusus. Langkah kerajaan menggalakkan persediaan akademik berkaitan sukan adalah suatu usaha penting demi pembangunan industri sukan negera. Pada masa yang sama industri sukan yang tetap berkembang maju terus memerlukan pengurus sukan yang sedia ada untuk menilai semula dan memperbaharui aktiviti dan program serta membuka minda untuk menerima perubahan dan anjakan paradigma yang lebih drastik dari dahulu demi memastikan pengurusan sukan moden di Malaysia lebih telus dan seimbang. Para pemimpin sukan dan para cendekiawan sukan negara hendaklah berusaha memahami dan menghayati keperluan industri ini. Sebagai asasnya, mereka mestilah berkemahiran (terutama dari segi akademik) dalain memuaskan kehendak industri sukan negara mengatasi kepentingan peribadi. Adalah sangat malang sekiranya dasar-dasar sukan berubah-ubah dengan mudah mengikut perubahan kepimpinan tanpa justifikasi keperluannya.

You might also like