You are on page 1of 19

ASAS PERMAINAN TENIS

PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN

Pengenalan
Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Selain itu, peralatan pemain juga harus disediakan.

Gelanggang
Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperbuat daripada kayu, simen atau clay. Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.

Jaring
Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dilitupi dengan pita putih. Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan.

Tempoh permainan
Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set dikira sebagai pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set, yang pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu daripada lawannya dikira pemenang. Selain itu, terdapat juga permainan proset dan short set.

LONGEST MATCH
The IsnerMahut match at the 2010 Wimbledon Championships is the longest match in tennis history, measured both by time and number of games. In the Gentlemen's Singles tournament first round, the American 23rd seed John Isner defeated the French qualifier Nicolas Mahut after 11 hours, 5 minutes of play over three days, with a final score of 64, 36, 67(79), 76(73), 70 68 for a total of 183 games.

LONGEST MATCH
The match began at 6:13 pm British Summer Time (17:13 UTC) on Tuesday, June 22, 2010. At 9:07 pm, due to fading light, play was suspended at two sets all. After resuming on Wednesday, June 23 at 2:05 pm, the record for longest match was broken at 5:45 pm. The light faded again, and so play was suspended at 9:10 pm, with the final set tied at 59 games all. Play resumed at 3:43 pm on Thursday, June 24, and Isner won at 4:48 pm, the final set having lasted 8 hours, 11 minutes.

CARA MENDAPATKAN MATA


Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton. Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis.

CARA MENDAPATKAN MATA

CARA MENDAPATKAN MATA


Permainan dimulakan pada kedudukan 00.Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira 150; mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang diperolehi oleh pemain berkenaan menamatkan permainan dan kemenangan kepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu.

CARA MENDAPATKAN MATA


Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sama, matanya dikira 40-40 dan ini memaksa dius. Untuk mencapai kemenangan salah seorang pemaian harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Dengan demikian, permula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata.

CARA MENDAPATKAN MATA


Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis di sebelah kiri gelanggangnya pula dan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi. Seseoarang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk memenangi sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya.

CARA MENDAPATKAN MATA


Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.

Memulakan permainan
Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan.

Memulakan permainan
Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada dibahagian kanan gelanggangnya.

Memulakan permainan
Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya.

Memulakan permainan
Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilirgilir sehingga salah seorang daripada mereka mencapai kemenangan.

PRIZES

WORLD RANKING NO 1

You might also like