You are on page 1of 6

LAPORAN PERMAINAN TENIS

MINGGU : 8
TARIKH : 04.03.2014 (SELASA)
TAJUK : 3.0 ASAS KEJURULATIHAN
3.1 ETIKA KEJURULATIHAN
3.2 KEPERLUAN ASAS JURULATIH


ETIKA KEJURULATIHAN
1. Berkelulusan / berkelayakan

Seseorang jurulatih itu perlulah mempunyai kelulusan dan kelayakan yang telah
diakui oleh pihak tertentu sebelum menjadi seseorang jurulatih. Seperti yang telah
ditetapkan, untuk menjadi seseorang jurulatih beliau perlulah mempunyai kelulusan
yang telahditetapkan iaitu salah satunnya mempunyai 2 sijil sains sukan yang diiktiraf
dan mempunyai tahap 2 sijil kejurulatihan. ini bagi mengelakkan atlit di bawah seliaan
kita mamandang rendah keupayaan kita.

2. Berkelakuan baik

Jurulatih perlu mengamalkan etika sebagai jurulatih dari aspek tingkah laku seperti
percakapan,sikap dan sebagainya.selain itu jurulatih juga perlu mempunyai kawalan
diri yang baik iaitu berkelakuan yang boleh diterima umum iaitu seperti tidak
bertindak secara liar ketika meraikan kemenagan dan ketika meratapi kekalahan.

3. Berdisiplin

Jurulatih wajib menepati masa seperti yang telah ditetapkan dan juga mematuhi
segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
4. Bersikap positif

Seorang jurulatih perlu mempunyai semangat kesukanan yang tinggi iaitu sanggup
untuk menerima kekalahan denganbaik dan tidak menimbulkan masalah. Selain itu
jurulatih perlu sentiasa memikirkan adanya peluang kemenangan.

























KEPERLUAN ASAS JURULATIH


CIRI-CIRI JURULATIH YANG BAIK
1) Kecerdasan sukan/ Sport intelligence
Ciri jurulatih ini ialah, bersifat ingin tahu, kreatif, berfikiran terbuka. Selain itu, jurulatih
juga dapat menilai sesuatu situasi sukan dengan cepat dan tepat. Jurulatih yang pandai
telah melalui pelbagai pengalaman yang akan digunakan sebagai peluang mempelajari
lebih tentang atlet dan sukan.
2) Dorongan / drive
Ciri-ciri jurulatih ini ialah, berorientasikan matlamat pencapaian. Cara jurulatih ini ialah,
tidak akan menunggu sesuatu terjadi, tetapi akan membuatkan ia berkesan. Jurulatih
juga tidak mudah berputus asa untuk meneruskan usaha walaupun pelbagai rintangan
dihadapi.
3) Penyabar
Jurulatih mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana bukan mudah untuk melatih
atlet sehingga menjadi pakar dalam sesuatu bidang sukan. Peningkatan prestasi atlet
dicapai dengan perlahan dan mungkin kurang konsisten. Jurulatih perlu menetapkan
standard pencapaian yang realistik supaya tidak mudah putus asa apabila tidak
mencapai sesuatu matlamat.
4) Komitmen emosional
Jurulatih perlu mempunyai komitmen sosial dengan atlet agar sebarang masalah
timbul, dapat diatasi dengan pembincangan bersama. Hal ini akan menggalakkan
respon positif daripada atlet.
5) Berpengetahuan
Jurulatih perlu menguasai peraturan-peraturan dalam sesuatu permainan, mahupun
peraturan keselamatan. Selain itu, jurulatih perlu menguasai teknik dan taktik ,
pengetahuan berkenaan isu sukan supaya prestasi atlet dapat meningkat.
6) Yakin
Seorang jurulatih yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi akan dihormati oleh atlet.
Hal ini memudahkan jurulatih untuk member arahan.

PERANAN JURULATIH
Pengatur strategi
Membentuk perancangan pembangunan sumber manusia jangka panjang untuk
mempastikan pencapaian misi dan visi sesebuah organisasi.
Pengurus
Melibatkan kerja merancang,melaksana,mengurus dan mengawas kegiatan latihan.
Pereka bentuk
Mereka bentuk program,pembentukan objektif,menyusun kandungan kursus,merangka
strategi,penyempaian dan merancang penilaian.
Rakan
Memberi ruang kepada atlit untuk meluahkan perasaan dan masalah dan masa untuk
meneratkan hubungan antara jurulatuh dan atlit
Pendidik
Jurulatih berperanan memberi maklumat berkaitan isu- isu sukan kepada atlet. Selain
itu jurulatih juga bertanggungjawab dalam mengarahkan atlit untuk melakukan sesuatu
selain membantu menyelesaikan masalah yang melanda atlit.
Pelatih
Jurulatih berperanan melatih atlet mencapai tahap prestasi terunggul. Jurulatih juga
berperanan meningkatkan kecergasan atlet.
Perangsang/ Motivator
Jurulatih juga perlu menjadi sumber semanagat kepada atlet supaya atlet menghasilkan
prestasi terbaik
Penubuh tabung
Jurulatih perlu mengorganisasikan sesebuah pasukan dengan cara penubuhan tabung,
contohnya tabung kebajikan atlit yang ditimpa bencana


GAYA KEJURULATIHAN

I. Autokratik
Kawalan atlet ketat / tidak anjal ikut kata saya.
Guna kuasa & autoriti
Keputusan asas cetek

II. Laissez Faire
Profil rendah / sifat kepimpinan minimum
Guna sedikit kuasa formal
Tindakan atlet bebas buatlah apa yang suka.

III. Demokratik
Guna kuasa formal & tidak formal
Keputusan bersama
Berkongsi idea
Sedia mendengar buat apa yang patut

IV. Eklektik
Guna gaya campuran
Ikut situasi buatlah yang perlu


KEBERKESANAN JURULATIH BOLEH MENINGKAT DENGAN CARA:

a) Mengenali diri sendiri, iaitu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri,
meninjau kejayaan dan kegagalan yang lampau, melihat dan menilai ilmu yang
diperolehi.
b) mengenali atlet atau pemain dari segi fizikal, mental, emosi dan social, bakat dan
potensi, latar belakang kesihatan keluarga dan lain-lain.
c) mengenali sukan khusus yang diceburi dari segi segi teknik, undang-undang,
kecergasan, sistem tenaga, taktik, dan strategi

You might also like