You are on page 1of 3

Soalan Anatomi (Sistem Otot)

1. Berikut merupakan komponen sistem rangka kecuali


a) Fiber otot
b) Tisu penghubung
c) Tendon
d) Ligamen
2. "Berbentuk satu silinder yang panjang, setiap sel mempunyai banyak nukleus dan berjalur".
Pernyataan tersebut merujuk kepada struktur otot..
a) licin
b) kardiak
c) rangka
d) jantung
3. Otot-otot berikut merupakan otot yang terdapat pada bahagian kaki kecuali
a) Hamstring
b) Deltoid
c) Quadriseps
d) Gastronemius
4. Berikut merupakan otot yang terdapat pada bahagian atas badan, kecuali
a) Pektoralis major
b) Biseps brakii
c) Tibialis anterior
d) Temporalis
5. Otot sinergis membawa maksud
a) otot-otot yang membantu otot-otot pengerak utama
b) otot-otot yang bertindak berlawan dengan otot penggerak utama
c) otot-otot pengerak utama
d) otot-otot utama yang menguncup untuk menghasilkan pergerakan khusus

6. Berikut adalah ciri-ciri otot rangka kecuali


a) kebolehkuncupan
b) kebolehpanjangan
c) kebolehbalikan
d) kebolehanjalan
7. Nyatakan otot agonis semasa pergerakan fleksi lengan.
a) Triseps brachii
b) Biseps brachii
c) Brakioradialis
d) Brakialis
8. "membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot bagi membentuk berkas fiber otot"

Pernyataan di atas merujuk kepada jenis tisu penghubung.


a) Endomisium
b) Tendon
c) Epimisiim
d) Perimisium
9. Kemampuan otot untuk bergerak balas dengan cepat; merujuk kepada ciri
a) Kebolehujaan
b) Kebolehanjalan
c) Kebolehkuncupan
d) Kebolehpanjangan
10. Antara aktiviti berikut, yang manakah otot biseps berfungsi sebagai otot agonis?
a) Fasa turun semasa mendagu
b) Fasa turun semasa "bench press"
c) Fasa naik semasa tekan tubi
d) Fasa naik semasa "arm curl"
11. Terdapat tiga jenis otot iaitu otot rangka, otot kardiak dan otot licin. di manakah lokasi bagi
setiap jenis otot di atas?
a) Pada tulang, pada sendi dan dinding perut
b) Pada sendi, dinding jantung dan dinding perut
c) Pada tulang, dinding jantung dan pada sendi
d) Pada tulang, dinding jantung dan dinding perut
12. Otot jantung terletak pada aras___________
a) aras sel
b) aras tisu
c) aras organ
d) aras sistem
13. Apakah tindakan otot-otot pergerakan utama?
a) Agonis
b) Antagonis
c) Sinergis
d) Brakialis

Jawapan
1. D
2. C
3. B
4. C
5. A
6. C
7. B
8. D
9. A
10. D
11. D
12. C
13. A

You might also like