You are on page 1of 18

Permainan bola balingberasal dari eropah.

Permainan ini merupakan gubahan


daripada beberapa permainan iaituhandbold di czehoslovakia, raffbold di Denmark, dan
korfball di Denmark juga.
Han, iaitu Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor pada tahun 1976
kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor. Pada tahun 1978, sebuah jawatankuasa
kerja bola baling telah dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dan banyak kursuskursus bola baling seperti pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan
dijalankan untuk guru-guru sekolah bagi memperkenal sukan ini kepada pelajar sekolah.
Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor Dan Wilayah Perseketuan kategori lelaki
dan wanita julung-julung kali diadakan pada 2Jun 1982 dan telah mendapat perhatian 12
pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya.
Pada 11 September 1982, Pesatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah
Persekutuan telah didaftarkan secara rasmi manakala Persatuan Bola Baling Malaysia
didaftarkan secara rasmi pada tahun 1985 dan Encik Cheah Hai Su dilantik sebagai
presiden yang pertama. Pada tahun 1986, kesatuan ini telah menjadi ahli gabungan
Kesatuan Bola Baling Asia.
Kejohanan Bola Baling Kebangsaan yang pertama bagi lelaki dan wanita telah
diadakan pada 7 Disember 1985. Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia
telah memperoleh kepercayaan untuk menganjurkan Kejohanan Bola Baling antara
Kelab-Kelab Negara Komanwel. Sebanyak tujuh buah negara mengambil bahagian
termasuk Malaysia.

1. Penggantian pemain boleh dilakukan bila-bila masa dalam permainan.


2. Permainan diadili oleh 2 pengadil.
3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih
untuk membuat permulaan. Balingan dibuat di garisan tengah
4. Seorang pemain dibenarkan:
- Menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun
dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya.
- Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran
- Melantunkan bola berterusan dari satu tempat ketempat lain dalam kawasan
permainan yang ditetapkan.
5. Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan (D)
gol. 6 meter dari gawang.
6.Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya, dia akan dianggap sebagai seorang pemain
padang.
7.Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak
lawan hendaklah sekurang-kurangnya 3 meter dari pembaling.

8.Jika bola keluar garisan tepi permainan, disambung semula dengan satu balingan ke
dalam oleh pasukan yang tidak mengeluarkan bola itu.
9. Satu balingan penalti akan diberikan kepada pihak lawan jika seorang pemain itu
menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.
10. Gol boleh dijaringkan pelbagai jenis balingan
11. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan 7 orang bermain 5
orang sebagai pemain simpanan.

Gelanggang permainan berukuran 40m panjang dan 20m panjang lebar termasuk dua
kawasan gol. Garisan sempadan yang panjang dipanggil garisan tepi dan garisan yang
lebih pendek dipanggil garisan gol (antara tiang gol). Di sekeliling gelanggang juga
terdapat zon keselamatan dengan ukuran lm di sepanjang garisan tepi dan 2m di belakang
garisan gol. Tiang gol diletakkan di tengah-tengahantara garisan gol. Ukuran untuk tiang
gol adalah 2m panjang dan 3m lebar.Tiang gol juga mesti dilengkapi dengan jaring
kerana sekiranya bola yang dilontar mencecah jaring, bola itu dianggap telah dijaringkan
dan mata akandiperolehi. Di hadapan setiap tiang gol terdapat kawasan gol. Kawasan gol
berukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan balingan percuma (garisan 9meter) ialah
garisan putus-putus yang berada 3m di luar kawasan garisan gol. Garisan 7 meter ialah
garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat sepanjang1m. Ia terletak di hadapan tiang
gol dan juga dikenali sebagai garisan penalti. Garisan penggantian pemain untuk setiap
pasukan terletak di antaragarisan tengah dengan ukuran jarak sepanjang 4.5m dari
kawasan garisan tepi.

Ukuran Gelanggan Permainan

Ukuran Tiang Gol

KEMAHIRAN MENGHANTAR BOLA


Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara menghantar bola yang sama
dengan cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis
hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut:
a) Hantaran bahu
b) Hantaran lantun
c) Hantaran aras dada
d) Hantaran lompat
e) Hantaran sisi
A) Hantaran bahu
Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan bola
baling. Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini
ialah boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus
mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya.
B) Hantaran lantun
Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu
dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya
dilakukan dengan sebelah tangan.
C) Hantaran aras dada
Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk
hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari
tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.

D) Hantaran lompat
Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya
apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang membuat
demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas
kepada pihak lawan.
E) Hantaran sisi
Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pentas.
Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima
hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan
pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak
tangan yang besar.

KEMAHIRAN MENERIMA BOLA


Prinsip utama dalam menerima bolah ialah mengawal, mematikan kelajuan bola,
memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua
belah tangan yang berkedudukan relaks. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan
paling penting ialah setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira
kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat
dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna.
Untuk menerima bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan,
seorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:
1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penhantarnya.
2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola.
3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membua tangkapan. Ibu
jari berfungsi sebagai penahan bola.
4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang
selamat.
5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan
kaki belakang.
6. Sepanjang pergerakan untuk mengangkap bola, pemain hendaklah berada dalam
kedudukan seimbang.
7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan
jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk bola
yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari.
Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut
membengkok dan tangan terbalik. Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran
seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan
bergerak atau statik.

Cara Menangkap Bola

1. Dengan kedua-dua belah tangan - bola aras muka


-Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya
hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur
secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap, bola hendaklah
dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.
2. Dengan kedua-dua belah tangan - bola rendah
-Untuk menangkap bola rendah, pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua
belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke
bawah semasa menerima bola.
3. Menangkap bola dengan sebelah tangan
-Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi
tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima
hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang
kemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang
bola.
4. Menangkap bola tinggi
-Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor
yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang
tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja
mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan
lebih kemas.

Kemahiran mengelak
Untuk mengelak dari serangan pihak lawan, pertahanan haruslah dikemaskan.
Hadangan demi hadangan perlu bagi mengelakkan balingan ke gol. Hal ini dapat
menyelamatkan gawang dan mengelak dari jaringan yang mudah.
Ketika menyerang, untuk mengelakkan dari pertahanan yang ketat, permainan cara
ombak harus digunakan. Dengan cara membuat hantaran-hantaran pendek kepada rakan
secara bersilang, kiri ke kanan dan sebaliknya, hal ini sedikit sebanyak dapat membuat
pertahan letih dan leka. Sejurus itu, shooter atau pembaling utama harus mencari ruang
yang selesa bagi mereka untuk melompat dan menjaringkan jaringan yang padu.
Ketika serang balas ataupun dikenali sebagai counter attack, pelari dengan bola
harus bijak dalam mencari ruang kerana kini beliau dikejar oleh pertahanan. Elakan dan
lenggok badan yang sukar dibaca perlu di gunakan dalam mengelirukan pertahanan dan
lantas dapat membuat serangan balas dengan sempurna.
Kemahiran mengacah
Seseorang pemain perlulah mempunyai kemahiran mengacah yang licik. Hal ini
perlu dalam mengelirukan pertahanan lawan. Lenggok badan dan cara mengelak yang
berkesan harus digunakan. Selain itu, dengan cara memegang bola sehingga bagai
melekat pada tangan. Ini mampu menjadikan seseorang pemain itu mampu
memvariasikan balingan dan hantaran.
Senagai contoh, semasa menyarang, penyerang boleh mengacah dengan memegang
bola sehingga melekat pada tangan dan mengacah igin membaling pada muka pertahanan
ataupu membuat balingan terus tetapi penyerang boleh menarik semula tangan beliau dan
hanya mnegacah. Kemudiannya dia boleh membuat hantaran atau mencari tempat kosong
lants membuat jaringan terus.

Pertahanan
Wall atau dinding harus dibuat bagi menyukarkan penyerang membuat serangan dan
balingan. Tikus atau ayam boleh digunakan juga. Maksudnya di sini, seorang pertahan
boleh keluar dari dinding hadangan dan mengucar-kacirkan penyerang. Gangguan yang
dibuat oleh tikus ini sedikit sebanyak mampu menggangu hantaran dan strategi yang telah
disusun oleh penyerang.Hands up ataupun meletakkan kedua belah tangan di atas atau
sebelah sahaja selalu digunakan oleh pertahanan, hal ini mampu membuat penyerang
berasa pertahanan yang dibuat telah ketat dan sukar ditembusi. Pertahanan yang ketat
mampu mengelak dari serangan yang dibuat oleh pihak lawan dan sama sekali dapat
mengelakkan jaringan. Kerjasama dan ikatan persefahaman yang kuat perlu pada setiap
pemain agar pertahanan dapat dilakukan dengan kemas dan sempurna.

Penjaga gol
Penjaga golmerupakan last man dalam permainan bola baling. Penjaga gol perlulah
cekap dan tangkas dalam menghadapi balingan-balingan penyerang terhadap gawang.
Setiap sudut dan ruang haruslah ditutup sempurna agar penyerang tidak mampu membuat
balingan kepada gawang. Penjaga gol perlu berani dan bijak membaca balingan dari
penyerang agar pintu gawang tidak dapat dibolosi dengan mudah.

Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain dan
penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan, terutamanya
jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu
dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. Maka, bola baling
merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol. Walaupun kemahiran

menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain kecuali penjaga gol,
namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain barisan belakang yang
sememangnya ditugaskan menjaringkan gol. Manakala pemain-pemain lain lebih
bertanggungjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan agar
bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan bola.Kekuatan,
kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada
pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol. Pemainpemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak merebut
peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah berputus asa.
PRINSIP PRINSIP UTAMA
Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol dalam
permainan bola baling. Antaranya ialah:
1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.
2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.
3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan.
4. Pemain mengikut lajak.
5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.
6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.
JENIS JARINGAN
Jaringan dari Atas Kepala Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah
dilakukan, serta mudah pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh
pemain-pemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik
dan kedudukan bergerak atau berlari.
Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:
1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.
2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang
kepala pada aras bahu.
4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan
ke atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.
5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.
Jaringan dari Bawah Lengan
Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh
dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadangkadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan
rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan. Teknik melakukan
jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:

1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan
sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.
2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke
depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.
3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.
Jaringan Lompat
Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi
perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga
langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan,
terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan
yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol
diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas.
Biasanya, jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak
lompatan.
Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:
1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain
memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat
jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah
yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.
3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.
Jaringan pada Aras Paha
Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan yang
lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha, dan
dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas.
Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau
pemain pertahanan. Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an
membengkokkan lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas,
pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu
gol pihak lawan.
Jaringan Sisi
Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan
lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal.
Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan.
Secara tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri
dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan

sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah
lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut.
Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh
Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru,
jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi
dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari
arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat
membesarkan lagi sudut jaringan.
Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.
2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke
kawasan gol.
3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa
berada di udara sebelum mendarat.
4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau
menggulingkan tangan.

Jaringan Penalti
Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang
penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan
hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.
Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah
fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal
dilakukan.
2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung
untuk menjaring.
4. Pemain melakukannya mengikut lajak.

Jaringan Lambung
Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke
depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:
1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut
pemain lawan daripada lontaran penalti.
2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang
memperoleh bola untuk membuat jaringan.
3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika
terjadi serangan pantas.
Jaringan Voli
Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.
Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:
1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.
2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

Terdapat beberapa strategi permainan untukbola balingketika menyerang dan


bertahan. Diantaranya ialah:

Strategi menyerang
abcd-

Sistem 3 : 3
Sistem 2 : 4
Sistem 5 : 1
Sistem 6 : 0

Cara serangan :
(penyerang di hadapan : penyerang dari tengah)
Strategi bertahan
a- Sistem 6 : 0
b- Sistem 5 : 1
c- Sistem 4 : 2
Cara bertahan :
(wall ataupun dinding pertahanan : tikus atau penggangu penyerang)

Kemahiran asas yang terdapat dalam bola baling ialah berlari, melompat, hantaran bola,
menangkap bola, mengelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring dan menjaga
gol. Setiap kemahiran asas ini mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan ke dalamnya.
Sebagai contoh, dalam kemahiran hantaran bola, prinsip sains yang diaplikasikan
ialahsistem tuas di mana bola sebagai beban, lengan sebagai daya dan siku sebagai
fulkrum. Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah
Hukum Newton Pertama iaitu Inersia. Cara penangkapan bola mestilah betul untuk
mengurangkan inersia bola bagi mengelakkan kecederaan berlaku. Selain itu, prinsip
sains yang diaplikasikan dalam kemahiran menjaring ialah sistem tuas dan daya. Sistem
tuas diaplikasikan ketika bola dihayunkan oleh tangan manakala daya diaplikasikan
ketika kaki mengikut lajak yang diperlukan untuk memberikan daya yang kuat.
Setiap kemahiran mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan supaya kemahiran
tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan bagi mengelakkan kecederaan berlaku kepada
pemain.

Ucapan Alhamdulillah didahulukan atas kesihatan dan keselamatan yang diberikan


oleh Allah, saya dapat menghadiri kokurikulum bahagian dua iaitu permainan bola baling
bahagian satu. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan buat jurulatih terutamanya kerana
banyak memberi tunjuk ajar dalam cara dan bagaimana untuk menjadi pemain bola
baling. Asas-asas bola baling dapat dipraktikkan sama seperti di dalam perlawanan
sebenar.
Penguasaan terhadap cara permainan bola baling dapa ditingatkan dan dikemaskan
lagi. Peraturan-peraturan yang digunakan sudah dapat dipraktikkan dan difahami dengan
mudah. Demonstrasi perlawanan sebenar juga telah diperlihat dan dirasai sendiri dalam
aktiviti ini. Cara balingan, cara tangkapan, cara menghadang, cara menyerang dapat
dikuasai dan prestasi boleh ditingkatkan lagi dalam aktiviti yang dijalankan ini.
Saya berasa gembira setiap kali hadir ke aktiviti ini. Dan berasa tidak sabar
menunggu bahagian seterusnya. InsyaAllah jika berpeluang, saya mengharapkan jurulatih
yang sama dan saya akan pertingkatkan lagikemahiran yang telah diajar kepada saya.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


PERAK DARUL RIDZUAN

NAMA: SYAZMEER ADIB BIN SHARUDDIN


NO MATRIKS: 2014440962
JURULATIH: ENCIK ZULKARNAIN DAHARI
COURSE: PERMAINAN BOLA BALING (BAHAGIAN 1)

You might also like