You are on page 1of 6

UNIT 5 :

TAKTIK ASAS PERMAINAN


Taktik Individu.
Pengenalan
Dalam permainan bola baling, taktik individu sangat penting dalam
membentuk sebuah pasukan yang kuat dan mampan. Jikalau sesebuah pasukan
mempunyai ramai pemain dengan keupayaan taktik individu yang tinggi, ia pasti
akan membawa kejayaan kepada pasukan tersebut.
Untuk mencapai tahap tersebut, setiap pemain perlu menguasai semua
jenis teknik kemahiran dalam permainan bola baling dan membuat keputusan
atau tahu memilih kemahiran tertentu untuk melakukannya dalam masa dan
situasi khas dikenali sebagai taktik individu.
Taktik Ofensif Individu - Menyerang antara Ruang (Gap)
Seorang pemain penyerang (ofensif) mempunyai tugas utama, iaitu
menjaringkan gol dan membantu rakan melakukan jaringan sebanyak yang
mungkin. Asas serangan individu ialah menyerang di antara ruang pemain
pertahanan (defensif).

Rajah 1

29

Terdapat dua sebab menyerang di antara ruang.


i.

Untuk melepasi pemain pertahanan bagi melakukan jaringan dari


jarak garisan 6 meter.

Rajah 2
ii.

Untuk menarik perhatian dua pemain pertahanan di mana akan


mewujudkan ketidakseimbangan defensif dan memberi kelebihan
(numerical) kepada pemain ofensif. Ini bermaksud tumpuan dua
pemain defensif terhadap anda dan rakan anda ditinggalkan tanpa
kawalan dan memberikan peluang menjaring secara terbuka.

30

Rajah 3

Rajah 4

31

Taktik Defensif Individu Mengawal Ruang Defensif


Secara amnya, pemain defensif bergerak mengikut pergerakan pemain
lawan (ofensif). Dalam sistem pertahanan secara zon, setiap pemain mempunyai
zon/ruang pertahanannya dan perlu bertangungjawab di kawasan tersebut.
Apabila pemain penyerang menghampiri kawasan anda, pemain itu merupakan
tanggungjawab anda. Anda biasanya bergerak ke hadapan sehingga ke garisan
9 meter dan bergerak selari sekitar garisan 6 meter. Ketidakupayaan mengawal
ruang pertahanan anda akan menyebabkan kebocoran dan seterusnya benteng
pertahanan ditembusi lawan.

Rajah 5

Rajah 6

Garispanduan dan prinsip pertahanan yang baik.


-

Lihat pergerakan bola dan pemain lawan serta bergerak mengikut


arahnya.

Melangkah keluar mengawal pemain lawan yang membawa bola


untuk menghadkan pergerakannya. (Rajah 6)

Sentiasa menghalang pemain lawan melepasi anda dan jangan


memberikannya peluang melakukan jaringan dalam situasi satu
kepada satu.

Apabila bola dihantar kepada pemain yang lain, bergerak balik ke


garisan 6 meter untuk menutup ruang yang terbuka.

Mengekalkan kedudukan dirian tindak (stance) yang baik.

32

Taktik Berpasukan Sistem Ofensif dan Defensif.


Pengenalan
Permainan Bola Baling merupakan permainan berpasukan yuang
memerlukan kerjasama keenam-enam pemain gelanggang dan penjaga gol
untuk melancarkan serangan ataupun bertahan. Kemahiran dan taktik secara
individu harus digabungkan oleh jurulatih untuk membolehkan mereka bermain
secara berpasukan bagi mencapai kejayaan. Terdapat beberapa sistem yang
biasa digunakan.
Taktik Ofensif Berpasukan : Sistem 3 : 3 dan 4 : 2
Taktik Ofensif Berpasukan merupakan usaha terancang mengawal dan
menguasai permainan serta berusaha untuk menjaring seberapa banyak gol
yang boleh. Dalam sistem 3 : 3, tiga orang pemain di bahagian hadapan dan tiga
di bahagian belakang. Tujuan sistem ini adalah untuk memecahkan benteng
pertahanan lawan, membuat serangan keliru dan cuba menarik perhatian lawan.
Dalam melakukan serangan ini, seorang pemain hendaklah berada di kawasan
garisan gol lawan yang disebut pemain pivot(pemain garisan 6 meter).
(Rajah 7)

Rajah 7
Rajah 8
Dalam sistem 4 : 2 pula, terdapat dua pemain pivot dan dua pemain sayap.
(Rajah 8).

33

Taktik Defensif Berpasukan : Sistem 6 : 0 dan 5 : 1


Dalam sistem pertahanan 6 : 0, semua pemain akan membentuk satu
benteng di luar garisan gol ( 6 meter). Pemain pertahanan tidak meninggalkan
ruang kepada lawan kerana kawalan ketat. (Rajah 9).
Manakala dalam sistem pertahanan 5 : 1, lima pemain akan membentuk
benteng di luar garisan gol (6 meter 9 meter) dan seorang lagi di luar garisan 9
meter. (Rajah 10)

Rajah 9

Rajah 10

34

You might also like