You are on page 1of 19

ISL MINGGU 1 (PERISTIWA 13 MEI 1969)

Rujukan pertama: http://sepanjialam.forum3.info/t9-memori-peristiwaberdarah-13-mei-1969-di-kampung-baru-dan-sekitar-kl


Peristiwa 13 Mei
Rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah
perpaduan di Malaysia. Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan
mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969. Tragedi yang
berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah
negara Malaysia.
LATAR BELAKANG
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema
utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat
kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon
pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang,
telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu
(Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah
menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk
dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan
Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964
kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti duapertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan, DAP dan PPP menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat
manakala PAS menang 12 kerusi.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak
pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP telah
mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan
perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
PEMBANGKANG MERAIKAN KEMENANGAN
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum
pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu ,
Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan

parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50 : 50 di Selangor . Perarakan


tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Halan Hale dan menuju ke Kampung
Baharu. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu
yang menjadi kubu UMNO , berasa terancam dengan kemenangan pihak
pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu ,
Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu
kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu
bersih kerusi sambil melaungkan slogan . Ada pula pendapat yang
mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu
('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu
penyapu mempunyai konotasi yang negatif sial. Ada yang mencaci dan
meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
PERARAKAN KEMATIAN CINA
Di Jinjang , Kepong , kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang
jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi
perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon
maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa
perarakan . Yeoh Tech Chye menang besar di kawasan Bukit Bintang , Kuala
Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan
emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan
ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja
Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur . Dato' Harun Idris selaku
Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan . Ruparupanya mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan
parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun
Idris untuk mengamuk .
Ketika berkumpul , cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan dan
DAP tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian
pembunuhan orang Melayu di Setapak , hanya 2 km dari rumah Menteri
Besar Selangor.

4.00 petang dua pemandu motosikal Cina yang melalui jalan Kampung Baru
telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya
dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi
gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di
sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap
dengan pelbagai senjata besi , tombak dan lembing berparang di hujung
seperti dalam filem lama Cina.
Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak
boleh keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur.
Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan
sekitar Kuala Lumpur.
REGIMEN RENJER
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer
ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan
lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang
Melayu semakin meradang . Ketua Regimen Renjer dikatakan seorang Cina .
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang
lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina
dengan askar Regimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah
Menteri Besar Selangor.
ASKAR MELAYU
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.
Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku
Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar
Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas
Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut
berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong biih timah.
Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap ,
dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang,
tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.
PANGGUNG ODEON
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung
Panggung Odeon , di Jalan Tuanku Abdul Rahman , Kuala Lumpur. Beberapa
iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina
keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina. Penonton Melayu di
panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua askar Melayu yang
tinggal di Sungai Ramal , Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut
menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura
mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan
sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala
orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke
Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang
tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah
mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke
Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan tentera selempang merah
dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang
dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baharu mengedarkan air jampi dan tangkal
penebat iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal . Sebenarnya
mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut . Sesiapa
yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti
Askar Melayu sahaja yang telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung
Baru ketika itu.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di
Perak , Kedah , Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan.
Negeri Johor dan negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada
sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.
ANGKA KORBAN
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan
. 211 kenderaan musnah. Tapi spekulasi mengatakan 700 orang mati
terbunuh.
DI MANA TUNKU
Ketika itu (13 Mei 1969) , Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star
meraikan kemenangan beliau di sana .
6.45 petang Encik Mansor selalu Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur
memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat
diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin
mengatakan Tunku sedang bermain macuk. Dalam tulisannya Tunku

menafikan hal tersebut.


Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei. Bagi
orang Melayu , Dato' Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13
Mei 1969. Dato' Harun Idris sedang menaiki tangga politik menuju Perdana
Menteri jika tidak kerana pertandingan tinju Mohamad Ali vs Joe Bugner dan
Bank Rakyat.
MAGERAN
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan
Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen
dibubarkan. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman
dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya.
Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku Malay
Dilemma oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan gandingan Tun
Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.
Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi
mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti
Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara telah
diciptakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia
tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan
kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air
mereka sendiri .
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3
semula kepada kerajaan yang memerintah . Barisan Nasional dibentuk.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi
Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa politikus yang
dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah
dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi
mendapat tafsiran semula.

Rujukan kedua: http://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.htm


Peristiwa 13 Mei 1969

Pengenalan
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan
kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei
sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana
sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebabsebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di
Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa
13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai
punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah
banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.
Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif
terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan
ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan

ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar
ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha
bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum
di Malaysia.

Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969

1.

Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh
tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun
yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah
ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2.

Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan
satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum
sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina
tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan
lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi
dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar
bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai
buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi
orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan
kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan
ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang
berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang

3.

Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat
aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat
aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan
kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.
Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri
asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa
dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan
keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati
oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
4.

Pertelingkahan Parti Politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut
serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan
Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan
menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah
meletak calonnya seramai sembilan orang .
Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap
mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk
menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan
orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu,
soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa
menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah
dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan
Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat
dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia
hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang
Melayu atau bumiputera dihapuskan .
5.

Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut
sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak
kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan .
Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas
Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei
adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.

Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah
berbanding dengan kaum Cina .

6.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada
peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan
jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa
rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula
tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada
status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa
rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan
pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara
kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan
dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah
dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin
Ismail.

Kesimpulan
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum
yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh
semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang
mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi
nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah
tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan
menjadi bayangan sahaja.

Rujukan ketiga: http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei


Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan
kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan
kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat
dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah
negara Malaysia.

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969


Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli
politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal
Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu),
kedudukan istimewa orangMelayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan
orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli
politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNOMCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih
berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti
pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah
kerusi yang dimenanginya dalamDewan Rakyat (Parlimen) telah menurun
daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP)
danParti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan
Rakyatmanakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam
pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969.
Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu
perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka
tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan
isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di
sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana
kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan
sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1]. Pihak pembangkang yang
sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action
Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan
kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun
perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan
Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2] Sesetengah penunjuk
perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol
menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain
meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan the coalition's
logo.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan
mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan
penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah
mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan
dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum
pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di
kawasan Batu,Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak
meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di

Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar


Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan
menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih
30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan
kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar
Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu
kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu
bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang
mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu
('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu,
penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan
meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.


Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang
jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi
perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan
Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas
ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh
menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan
maaf sudah terlambat.

[sunting]Rumah Menteri Besar Selangor


UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja
Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku
Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Ruparupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan
parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris
untuk mengamuk. [perlu rujukan]
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan
tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian
pembunuhan orang Melayu diSetapak, hanya dua kilometer dari rumah
Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita
mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan
menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan
nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang
terkeluar itu ke dalam perutnya.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung
Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan
pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan
kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang
Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina
ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di
hujung seperti dalam filem lama Cina.
Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah
menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan
besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan
keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera
dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan
sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.


Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen
Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orangorang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkhadan lain-lain turut menembak
orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin
meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjerdikatakan
berbangsa Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang
lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina
dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah
Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.
Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku
Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar
Melayu. Malangnya beberapa askarAskar Melayu turut masuk ke kedai-kedai
emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar Melayu
yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana mereka telah
membaling botol ke arah askar Melayu tersebut.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di
Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada
rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa
pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh.
Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai
rakaman ini.

Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan
Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa
Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari
panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu
membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina
tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan
menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir
semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang
sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal
di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah
menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta
perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung
Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan
mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta
berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang
menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi
waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu
telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan
tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.[perlu rujukan]
Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang
berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut
menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura
mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd
Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow
kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas
arahan Antonio Isasi-Isasmendi.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke
Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang

tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah


mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke
Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga denganTentera Selempang
Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis
Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal
penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang
memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu
juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.
Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang
terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan.
Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah
diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka.
Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran
jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api
kepada orang cina.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan
"politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati
dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina
Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama
dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu
masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni.
Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri
sepertiKelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman,
pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama
sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.
Persepsi
Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum
cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan
yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat
Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan
majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara
ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.

Pada tahun 2007, satu buku May 13: Declassified Documents on the
Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic
Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong telah diterbit
oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat
maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan
tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi
yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state
capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku
Abdul Rahman.[4]
Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja atau cerita
dari sebelah pihak lagi yang belum lagi pernah dibuktikan kesahihan atau
sebaliknya.
Satu lagi persepsi yang kurang tepat disebarkan ialah penglibatan Lim Kit
Siang dalam peristiwa 13 mei ini. Menurut Penasihat DAP itu, beliau tidak
berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969.[5]
"Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan
undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu
keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb
Mei (hari Ahad)," kata Lim.[6]
Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, beliau pulang ke Bandar
Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan
terima kasih kepada pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat
umum terima kasih kepada pengundi pada sebelah malamnya.
Kedua-dua acara itu katanya telah berlangsung secara aman.
"Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969
yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterimakasih
kepada pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket
untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk
membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada
masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu
selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.
"Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei,
barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala
Lumpur," kata Lim.

Beliau juga memberitahu, dalam ucapan pertamanya di Parlimen pada 23


Februari 1971 setelah beliau dibebaskan daripada tahanan ISA pertamanya,
serta selepas Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-Undang
Pindaan Perlembagaan 1971, beliau telah menyeru supaya satu Suruhanjaya
Parlimen ditubuhkan.
"Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil
bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing,
untuk antara lain, 'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan 'membuat
cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13 di
masa depan, dan menghentikan masalah polarisai kaum di Malaysia'," kata
Lim.

Angka korban

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran
rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143
ditahan. 211 kenderaan musnah.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
Melayu : 86 orang
Cina : 342 orang

Lain-lain : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai
yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat
yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.[perlu rujukan]

Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei


Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor
Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur
memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul
Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan
pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara
diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang
tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk.
Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut.
Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul
Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan
untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang.
Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi
meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut
dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan
pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan
tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah
kerajaan perpaduan.

You might also like