You are on page 1of 7

KERTAS KONSEP

UJIAN KENAIKAN PANGKAT KOPERAL TKRS MELALUI RAKAMAN VIDEO


PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH 2020

(PROGRAM KOKURIKULUM PKPP COVID-19)

TARIKH RAKAMAN VIDEO


25 SEPTEMBER - 26 OKTOBER 2020

TARIKH PENILAIAN
28 OKTOBER 2020

TEMPAT
PKP LAMBOR, LAMBOR KANAN, PERAK

SASARAN
KADET BERPANGKAT LANS KOPERAL TKRS

ANJURAN
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH

1
1.0 PENDAHULUAN
Ujian Kenaikan Pangkat merupakan elemen penting untuk mengukur tahap
kemahiran yang telah diperolehi oleh kadet. Oleh itu, Pejabat Pendidikan Daerah di
bawah kelolaan Unit Pembangunan Bakat Murid ingin memberi peluang kepada murid
mempamerkan kemahiran-kemahiran asas pasukan badan beruniform yang telah
mereka pelajari di sekolah seperti kawad kaki, ikatan dan simpulan, bantu mula dan
sebagainya selain menerapkan ilmu serta kemahiran teknologi maklumat. Pelaksanaan
program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid untuk terus mempraktikkan
kemahiran ilmu pasukan badan beruniform walaupun pelaksaaan aktiviti secara berpusat
seperti perkhemahan, pertandingan, kursus, dan sebagainya tidak dilaksanakan kerana
negara sedang menghadapi pandemic Covid-19.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi ruang dan peluang kepada murid sekolah rendah untuk ditauliahkan
sebagai Koperal (TKRS) walaupun dengan ancaman Covid 19.
2.2 Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan nilai-nilai murni
dalam kalangan murid sekolah;
2.3 Mempraktikkan kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang dipelajari
daripada guru dan jurulatih;
2.4 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta mempraktikkan kemahiran
pembelajaran teknologi maklumat; dan
2.5 Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti kokurikulum.

3.0 PELAKSANAAN AKTIVITI


3.1 Tarikh ujian ini dijalankan adalah pada 25 September hingga 26 Oktober 2020
3.2 Video tidak perlu digabungkan. Video kawad, bantu mula dan ikatan dirakam
berasingan dan tidak boleh melebihi 4 minit.
3.3 Video kadet berkenaan hendaklah dihantar oleh sekolah masing-masing melalui
Google Form yang akan diberikan.
3.4 Semua pengujian dijalankan secara individu.
3.5 Hanya kadet berpangkat Lans Koperal TKRS layak untuk menyertai ujian ini.
3.6 Murid dikehendaki memakai uniform TKRS masing-masing (uniform lengkap
atau uniform separa) sepanjang rakaman video tersebut.

4.0 ELEMEN PENGUJIAN (RAKAMAN VIDEO)


4.1 Kawad Kaki
- memberi hukuman dan mempamerkan perbuatan kawad
-rujuk lampiran 1
4.2 Bantu Mula
- rujuk lampiran 2
4.3 Simpulan dan Ikatan
- rujuk lampiran 3
4.4 Ketatanegaraan
- kadet jawab soalan melalui Google Form
5.0 ELEMEN TUGASAN/KERJA KURSUS

5.1 Berikut ialah elemen tugasan/kerja kursus


5.1.1 Kerohanian/Pendidikan moral
5.1.2 KHIDMAS
5.1.3 Alam sekitar
5.1.4 Keusahawanan
5.1.5 Kebudayaan
5.1.6 Ketatanegaraan
(RUJUK MODUL KOPERAL)

5.2 Elemen tugasan/ kerja kursus dijalankan di sekolah atau di rumah dan buat
laporan di dalam buku log/ buku aktiviti/ modul.
5.3 Bagi elemen kebudayaan dan KHIDMAS, murid hanya perlu tuliskan laporan
berdasarkan aktiviti KHIDMAS dan kebudayaan yang pernah dilalui semasa di
sekolah.
5.4 Semua elemen tugasan/kerja kursus yang telah siap hendaklah diserahkan
kepada sekretariat daerah yang berhampiran.
5.4.1 Wan Abdul Qayyim – SK Sungai Besar (013-3235483)
5.4.2 Khuzaimah – SK Iskandar Perdana (011-55007237)
5.4.3 Halimaton – SERI Nurul Ehsan (011-20767195)

6.0 SIJIL
6.1 Setiap peserta yang berjaya akan menerima Sijil Pentauliahan Koperal yang akan
dikeluarkan oleh pihak PPD.

7.0 PENUTUP

Pelaksanaan program ini akan memberi ruang dan peluang kepada murid untuk terus
mempamerkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam bentuk yang berbeza (paparan video)
ekoran pengawalan aktiviti sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Adalah amat
diharapkan agar Ujian Kenaikan Pangkat ini dapat dijalankan dalam keadaan norma baharu,
dengan harapan ianya lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama
daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan
hasrat murni Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Disediakan oleh,
WAN ABDUL QAYYIM BIN WAN JAAFAR
Pegawai Tadbir TKRS,
Daerah Perak Tengah
LAMPIRAN 1
KAWAD KAKI

Video mula

Assalamualaikum/Selamat pagi, Saya kadet L1/P1 SK SUNGAI BESAR, siap sedia untuk
diuji, tuan

1. Senang.... diri
2. Rehatkan....diri
3. Skuad...skuad...sedia
4. Ke kanan ............ lurus, Pandang.............depan
5. Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing
6. Bergerak ke kanan, belakang.........pusing
7. Menghadap ke belakang , kanan......Pusing
8. Menghadap ke hadapan , Belakang ......Pusing
9. Dari kanan, cepat jalan
10. “Hormat , hormat ke hadapan.........hormat
11. Selaku terima sijil, hormat ke hadapan .......,hormat
12. Hormat ke kanan… hormat
*kadet pilih satu hormat sahaja
12. Skuad.... Henti
13. Video tamat

NOTA
• L1 -merujuk kepada bilangan peserta sama ada kategori lelaki atau perempuan
LAMPIRAN 2

BANTU MULA

Tajuk : 1. Melakukan rawatan kecil berserta penerangan secara lisan


2. Anduh berserta penerangan secara lisan

Tempat : Kawasan yang sesuai / bilik darjah/dewan.

Matlamat : Melahirkan peserta yang boleh membuat tindakan awal semasa


berlaku kemalangan kecil atau kecemasan.

Objektif : Mendidik peserta memahami dan mengetahui teknik asas


melakukan rawatan kecil.

Sumber : Alat tulis, buku tulis, bahan edaran, peti kecemasan.

Sebelum Aktiviti : Mengenalpasti lokasi yang sesuai


Memastikan peralatan dibawa oleh setiap peserta
Mengasingkan peserta lelaki dan perempuan

Semasa aktiviti : Memastikan peserta mendapat arahan yang jelas


Memastikan peserta dalam keadaan terkawal
Peserta membuat anduh dan rawatan kecil secara berpasangan.

Selepas aktiviti :Jurulatih membuat penilaian dan rumusan.

Kandungan Aktiviti :
Anduh dan rawatan kecil.
LAMPIRAN 3
IKATAN DAN SIMPULAN (PILIH 2 SAHAJA)

Tajuk : 2 jenis ikatan.

Kaedah : Amali

Tempat : Kawasan yang bersesuaian.

Matlamat : Pelajar boleh menggunakan kemahiran tali – temali dalam asas


perkhemahan..

Objektif : Membuat 2 jenis ikatan dan menerangkan kegunaannya.


Membina gajet berdasarkan jenis – jenis ikatan yang dipelajari.

Sumber : Tali, buluh/kayu.

Sebelum aktiviti : Mengenalpasti lokasi yang sesuai.


Mengasingkan antara kadet Putera dan kadet Puteri.
Memastikan tali,buluh/kayu lengkap dan mencukupi.

Semasa aktiviti : Memastikan pelajar mendapat arahan yang jelas.


Memastikan pelajar dalam keadaan terkawal.
Pelajar membuat ujian membuat ikatan.

Selepas aktiviti : Guru melakukan penilaian dan aktiviti soal jawab dengan
pelajar.
Jurulatih membuat rumusan.

Kandungan aktiviti :

Jenis – jenis ikatan :


1. Ikatan Buku Sila.
2. Ikatan Bunga Keti.
3. Ikatan Tindih Kasih.
4. Ikatan Manuk.
5. Ikatan Serong.
6. Ikatan Silang Gunting.

You might also like