You are on page 1of 7

*LOGO

SEKOLAH*

KERTAS KONSEP
UJIAN DAN PENTAULIAHAN PANGKAT
LANS KOPERAL TUNAS KADET REMAJA
SEKOLAH (TKRS)

<NAMA SEKOLAH>
SECARA DALAM TALIAN
TAHUN 2021
1.0 Pengenalan

1.1 Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses
pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk
mengukuh dan menambah serta mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari
di dalam bilik darjah. Gerak kerja kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara
terancang di pelbagai peringkat sama ada peringkat sekolah, peringkat daerah, peringkat
negeri, peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

1.2 Ujian Kenalkan Pangkat Lans Koperal (TKRS) secara dalam talian merupakan inisiatif
penting yang dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk ahli-ahli TKRS semasa dunia
menghadapi Novel Coronavirus (Covid-19) untuk memberi peluang kepada mereka
mempamerkan kemahiran yang telah mereka pelajari di sekolah seperti kawad kaki,
ikatan dan simpulan, bantu mula, kerohanian dan moral, ujian kecergasan dan sebagainya
selain menerapkan ilmu serta kemahiran teknologi maklumat.

1.3 Pelaksanaan ujian kenaikan pangkat ini diharap dapat memberi ruang kepada murid
untuk mengetengahkan kemahiran ilmu dan kemahiran pasukan badan beruniform
walaupun pelaksanaan aktiviti secara berpusat seperti perkhemahan, kursus, dan
sebagainya tidak dilaksanakan.

2.0 Objektif

2.1 Memberi ruang kepada ahli TKRS menyandang pangkat yang bersesuaian dengan
tahap penguasaan masing-masing.

2.2 Mempraktikkan kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang dipelajari


daripada guru dan jurulatih.

2.3 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta mempraktikkan kemahiran
pembelajaran teknologi maklumat.

2.4 Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti KRS.


3.0 Syarat Penyertaan

3.1 Penyertaan murid dalam ujian ini ditetapkan oleh pihak sekolah. Guru penasihat TKRS
hendaklah mengenal pasti murid Tahun 4, 5 dan 6 yang layak untuk mengambil
bahagian dalam pengujian ini.

3.2 Peserta hendaklah mematuhi Standard Operational Procedure (SOP) semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) semasa menyelesaikan tugasan ini.

3.3 Peserta amat digalakkan berambut pendek dan berpakaian uniform separa
(kemeja T-KRS) sekiranya ujian melibatkan medium live / rakaman video.

3.4 Pengujian hendaklah dibuat oleh guru-guru Penasihat TKRS di sekolah dan
menggunakan tapak laporan (Lampiran A) yang dibekalkan. Laporan pengujian
hendaklah dihantar kepada Sekretariat TKRS Daerah sebelum atau pada 18 Ogos
2021.

4.0 Langkah Pengujian

4.1 Pengujian dibuat secara dalam talian mengikut kesesuaian guru dan murid
sama ada untuk menggunakan
4.1.1 Live medium - Google meet / video call.
4.1.2 Penghantaran rakaman video melalui Whatsapp / Telegram.
4.1.3 Penghantaran tugasan melalui Google form.
4.1.4 Menggunakan modul secara luar talian.

4.2 Pengujian yang dibuat ke atas kadet meliputi elemen Kerohanian (Hafazan/Moral),
Ketatanegaraan, Ketahanan Diri (Kawad Kaki, Bantu Mula, Ikatan Tali), Alam
Sekitar dan Keusahawanan.

4.2.1 UJIAN HAFAZAN/ MORAL (KEROHANIAN)

Peserta (beragama Islam) dikehendaki menghafaz surah Al-Kafirun, Al-


Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas.

Peserta (bukan beragama Islam) dikehendaki menyebutkan 10 contoh nilai


murni.

Contoh video pengujian : http://gg.gg/kerohanianlanskoperaltkrs

Peserta ditanda LULUS bahagian ini sekiranya berjaya melaksanakan/


melengkapkan tugasan.
4.2.2 UJIAN KETATANEGARAAN (5 soalan)

Peserta dikehendaki menjawab lima soalan yang berkaitan logo KRS dan
menyanyikan lagu KRS.

Peserta dikira LULUS bahagian ini sekiranya berjaya menjawab kesemua lima
soalan dengan betul dan menyanyikan lagu TKRS.

4.2.3 UJIAN KAWAD KAKI (Ketahanan Diri)

Peserta hendaklah melakukan kesemua pergerakan kawad kaki statik berikut


:
a. Senang Diri
b. Baris sedia
c. Buka barisan, gerak
d. Ke kanan lurus. Pandang depan
e. Bergerak ke kiri, kiri pusing
f. Bergerak ke kanan, belakang pusing
g. Menghadap ke belakang, kanan pusing
h. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
i. Tutup barisan, gerak

Pergerakan kawad kaki hendaklah mengikut urutan yang ditetapkan.

Peserta dikehendaki memaparkan bahasa hukuman dan membuat


pergerakan kawad secara jelas.

Contoh video pengujian : http://gg.gg/kawadkakilanskoperaltkrs

Peserta hendaklah membuat kesemua 9 pergerakan untuk LULUS elemen


ini.

4.2.4 UJIAN IKATAN TALI (Ketahanan Diri)

Peserta dikehendaki melakukan dua jenis ikatan (mana-mana dua)


i. Ikatan buku sila
ii. Ikatan bunga keti
iii. Ikatan manuk

Contoh video pengujian : http://gg.gg/ikatanlanskoperaltkrs

Peserta dikira LULUS bahagian ini sekiranya berjaya membuat mana- mana
dua ikatan.
4.2.5 UJIAN BANTU MULA (5 soalan)

Peserta hendaklah mengenal pasti komponen dalam peti bantu mula dengan
menjawab soalan yang disediakan.

Peserta dikira LULUS bahagian ini sekiranya berjaya menjawab kesemua lima
soalan dengan betul.

4.2.6 UJIAN ALAM SEKITAR

Peserta menamakan lima jenis pokok hiasan di rumah.

Peserta dikira LULUS bahagian ini sekiranya boleh menyatakan lima


pokok hiasan.

4.2.7 UJIAN KEUSAHAWANAN

Peserta menyediakan satu menu makanan ringkas di rumah. Peserta


menghantar sekeping gambar sewaktu menyediakan makanan kepada guru.
Peserta

Peserta dikira LULUS bahagian ini sekiranya berjaya melaksanakan/


melengkapkan tugasan.

4.3 Soalan-soalan bagi Ujian Ketatanegaraan, Bantu Mula dan Alam Sekitar boleh
didapatkan melalui pautan (Google Form) berikut : http://gg.gg/v8ikb. Guru penasihat
boleh membuat Salinan/ Copy Google Form tersebut dan Simpan/ Save di dalam
Google Drive masing-masing, untuk proses penilaian. Harus diingatkan bahawa salinan
asal Google Form ini tidak dibenarkan untuk disunting (diedit).

5.0 Penilaian dan Sijil

5.1 Penilaian peserta dibuat oleh guru penasihat TKRS sekolah masing-masing.

5.2 Peserta yang lulus kesemua TUJUH aspek layak dianugerahkan Sijil Pentauliahan
Lans Koperal TKRS peringkat sekolah, yang ditanda tangani Guru Besar.

5.3 Format sijil pentauliahan boleh didapati di pautan http://gg.gg/v71h1


5.4 Murid yang telah ditauliahi pangkat Lans Koperal TKRS layak mendapat 7 markah
bagi aspek Penglibatan Elemen Perjawatan dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
& Kokurikulum (PAJSK). Rujuk gambar rajah berikut.

6.0 Jawatan Kuasa Kerja Program Ujian dan Pentauliahan Pangkat Lans Koperal

Pengerusi : <Nama Guru Besar>


Timbalan Pengerusi : <Nama GPK Kokurikulum>
Setiausaha : <Nama Ketua Guru Penasihat TKRS>
AJK & Penguji : 1. <Nama Guru Penasihat TKRS 1>
2. <Nama Guru Penasihat TKRS 2>
3. <Nama Guru Penasihat TKRS 3>
4. <Nama Guru Penasihat TKRS 3>

7.0 Kewangan

7.1 Sumber : Peruntukan Bantuan Kokurikulum (BKK) Sekolah


7.2 Kos :
Bil Perkara Harga/ Kuantiti Jumlah
unit
1 Lencana pangkat Lans Koperal RM10.00 30 RM300.00
2 Sijil pentauliahan RM2.00 30 RM60.00
Jumlah RM360.00
8.0 Penutup

Pelaksanaan Ujian dan Pentauliahan Pangkat Lans Koperal peringkat sekolah ini diharap dapat
memberi ruang dan peluang kepada ahli TKRS untuk mempamerkan kebolehan dan kemahiran
mereka dalam kegiatan kokurikulum.

Program ini bukan sahaja menggalakkan murid untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti Pasukan
Badan Beruniform, malah ia dilihat sebagai satu platform yang boleh menyumbang kepada
peningkatan prestasi kokurikulum/ pencapaian GPS kokurikulum sekolah.

You might also like