You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2020


SEMESTER 2 TAHUN 2

TUGASAN 3 :
PENGHASILAN BAHAN INOVASI

Nama Pelajar : RAIHANAH BINTI ABAS


Angka Giliran : 2020312340142
No. Kad Pengenalan : 010723100312
Kumpulan /Unit : PISMPPI1620
Kod Kursus : BMMB3182
Nama Kursus : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU ABAD KE 21

Nama Pensyarah : ENCIK MUHAIMI BIN SUHAILI


Tarikh Hantar : 19 MAC 2022

Pengakuan Pelajar
Saya telah menerima maklum balas
kerja kursus ini daripada pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
SENARAI KANDUNGAN

1.0 ACTION 3

2.0 REFLECT 6

3.0 DO 6

4.0 RUJUKAN 8
1.0 ACTION
Action adalah perbuatan atau aktiviti memindahkan atau transfer idea-idea suggest menjadi
realiti (Muhaimi Suhaili, 2020). Antara proses yang telah dilalui oleh produk inovasi ini ialah
proses 3 iaitu suggest yang dijelmakan menjadi prototaip yang kemudiannya diuji dengan
murid-murid Tahun 4 bersama guru-guru lain dan meminta pandangan dan maklum balas
guru-guru tersebut untuk tujuan penambahbaikan. Pandangan dan maklum balas yang
diambil adalah melalui penelitian daripada konsep PM-I iaitu Plus, Minus, dan Improvement
atau kekuatan, kekurangan, dan penambahbaikan. Kemudian, maklum balas dan komen ini
diperoleh melalui temu bual atau tinjauan melalui Google Form. Prototaip yang telah dibuat
penambahbaikan seterusnya diuji sekali lagi sehingga hasilnya benar-benar berkesan
Pengujian prototaip ini dikenali sebagai test atau uji cuba dalam Design Thinking.

Di bawah ini disertakan cara bermain permainan Inside Khas House (classroom):

1. Murid-murid mengakses permainan dengan membuka pautan link yang telah


diberikan oleh guru iaitu
www.kumospace.com/inside-khas house?roomId=1CN9uIR0wPVNx75XcHSf.
2. Seterusnya, murid perlu memasukkan email masing-masing untuk tujuan Sign in.
3. Murid memasukkan nama singkatan mereka agar guru dan rakan-rakan lain dapat
berinteraksi dengan lebih berkesan.
4. Kemudian, murid perlu menekan paparan Join space untuk masuk ke dalam kelas.
5. Ketika berada di dalam kelas murid murid perlu bergerak ke lokasi mengikut turutan
yang telah dilabelkan bagi menjalani aktiviti dengan sempurna.

Gambar 1 : Murid memasukkan nama singkatan mereka.


Gambar 2 Murid perlu menekan paparan Join space.

Gambar 3 Murid bergerak ke lokasi mengikut turutan yang telah dilabelkan.

2.0 REFLECT

Menurut Muhaimi Suhaili (2020), pengukuran dan penilaian tentang bahan produk, perlulah
dilaksanakan untuk menguji keberkesanannya. Oleh itu, Reflect ialah solusi yang tepat
dalam penyediaan terhadap pengukuran yang akan kita gunakan sama ada secara
kuantitatif (quantitative [Qt]) atau kualitatif (qualitative [Ql]. Secara keseluruhannya,
bahagian ini menjelaskan tentang bahagian HIP dan daripada data itulah kita boleh
membuat reflect. Reflect dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu outcomes (Hasil [H]),
impact (Impak [I]) dan effectiveness (Keberkesanan [K]).
Jadual 1 Perbandingan ujian pra dan ujian pos
Bil Ujian pra Ujian pos Peningkatan
pencapaian
Markah Peratus Markah Peratus Markah Peratus

( /10) (%) ( /10) (%) ( /10) (%)


1 Azfar 1 10 5 50 4 +40
2 Umar 4 40 6 60 2 +20
3 Amirah 2 20 7 70 5 +50
4 Haikal 4 40 8 80 4 +40
5 Khadijah 1 10 1 10 9 +90
6 Aisyah 4 40 9 90 5 +50

Jadual 1 menunjukkan perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos.
Didapati murid dapat mengenalpasti Kata Nama Khas dengan tepat antara 1 hingga 4 pada
ujian pra. Peningkatan dapat dilihat sewaktu ujian pos apabila murid dapat menjawab
jawapan yang betul tinggi pada ujian pos antara 1 hingga 9. Jumlah peningkatan jawapan
Kata Nama Khas yang dipadankan dengan tepat. Dapatan kajian ini telah menunjukkan
peningkatan penguasaan murid dalam kefahaman Kata Nam Khas. Min purata ketika ujian
pra meningkat kepada 5.14% dalam ujian pos ini iaitu sebanyak 2.43%. Dapatan
peningkatan min purata dalam ujian pos telah membuktikan bahawa terdapat perubahan
pencapaian setiap responden dalam kefahaman dan penguasaan Kata Nama Khas.
Pencapaian ini membuktikan bahawa produk Inside Khas House Classroom berjaya
meningkatkan penguasaan murid Tahun 1 kefahaman dan penguasaan tatabahasa.

3.0 DO

Fasa 6 Do ialah fasa terakhir yang menyempurnakan fasa-fasa lain. Inovasi yang baik
bukan sahaja dapat kita laksanakan di peringkat anda selaku penghasilnya, tetapi sejauh
manakah inovasi itu digunakan oleh orang lain untuk mendapat manfaat daripadanya
(Muhaimi Suhaili, 2020). Fasa 6 Do mempunyai empat perkara yang penting iaitu melalui
“LALU ULIN” iaitu:

3.1 PELAKSANAAN – LA (LAKSANA)

Produk Inside Khas House Classroom berjaya dihasilkan setelah melalui proses pengujian
dan penambahbaikan. Buktinya, produk ini turut digunakan oleh guru-guru yang lain bagi
mengajar dalam tatabahasa murid Tahun 1 dengan berkesan.

3.2 PELUASAN – LU (LUAS)


Keberkesanan penggunaan proudk Inside Khas House Classroom ini telah saya kongsikan
di laman blog, facebook, telegram dan instagram. Perkongsian ini meliputi keseluruhan
aspek sepanjang proses penghasilan kit persembahan ini. Antara perkongsiannya ialah
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang menjadi panduan untuk menghasilkan
kit persembahan ini, objektif pembelajaran, proses penyediaan produk menggunakan
kaedah PUSAR + DO serta panduan penggunaan produk Inside Khas House Classroom,
rasional rekaan produk, aplikasi pengisian kurikulum yang terdapat dalam produk
persembahan tersebut dan sebagainya.

3.3 PENGUKURAN – U (UKUR)

Bagi memberi nilai tambah terhadap produk yang telah saya hasilkan, satu kajian telah
dibuat berkaitan “Keberkesanan Produk Memahami dan Mengenalpasti Golongan Kata
Nama Khas ini dibuat bagi menyokong bahawa produk yang dihasilkan ini benar-benar
memberi keberkesanan kepada masyarakat. Data-data turut digunakan juga sebagai nilai
tambah untuk menyokong pencapaian produk ini.

3.4 PERLINDUNGAN – LIN (LINDUNG)

Akhir sekali, kajian dan perkongsian dalam laman sesawang tentang produk Inside Khas
House Classroom ini telah diberi perlindungan dari aspek hak cipta agar semua idea dan
kandungannya tidak mudah ditiru dan disalahgunakan oleh mana-mana pihak yang tidak
bertanggungjawab.

4.0 PENUTUP
Kesimpulannya, penghasilan bahan inovasi pembelajaran ini telah menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan melalui galakan murid untuk berfikir secara
kritis dan kreatif. Malah menurut Faridah, Faiziah & Amran (2018), dalam konteks yang
sama, Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) Bahasa Melayu telah menggarap
kefahaman dan daya tarikan
5.0 RUJUKAN

Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin & Amran Bakar. (2018). Kajian Kurikulum
Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Muhaimi Suhaili. (2020, Jun 26). Menghasilkan Inovasi Dengan Menggunakan


Kaedah PUSAR + DO. Dimuat turun pada 15
Mac 2021 daripada :
http://muhaimisuhaili.com/index.php/ms/portfolio/item/48-model-pusar-
do-dalam- kajian-tindakan
6.0 LAMPIRAN

You might also like