You are on page 1of 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KOTA KINABALU, SABAH

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN


(PDPP)
MOD KURSUS DALAM CUTI

PRKA2031
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMBILAN JUN 2020
KERJA KURSUS
SEMESTER 2
SESI DISEMBER-MAC 2021

NAMA PELAJAR : SITI SAHARANEH BINTI MOHD SHUAIB


ANGKA GILIRAN : D07201112
NO. KAD PENGENALAN : 840315-12-5636
KUMPULAN / UNIT : PDPP PAI / JUN 2020
KOD / NAMA KURSUS : PRKA2031 / PENGALAMAN BERASASKAN
SEKOLAH
NAMA PENSYARAH : HAMIDAH BINTI USMAN
JENIS TUGASAN : TUGASAN 3 (KAJIAN KES)
TARIKH HANTAR : 28 FEBRUARI 2021

TUGASAN 3
TAJUK TUGASAN
KAJIAN KES
TARIKH MULA 7 Febuari 2021

TARIKH HANTAR 28 Febuari 2021

TANDATANGAN TARIKH
Dengan ini, saya mengaku bahawa saya
telah menerima maklum balas dari 28 Feb 2021
pensyarah kerja kursus ini dan saya telah
merujuk dan memahaminya.
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA HALAMAN


1.0 PENGENALAN 3
2.0 ISU YANG DIFOKUSKAN 3
3.0 PERMASALAHAN KAJIAN 4
4.0 OBJEKTIF KAJIAN 5
5.0 KUMPULAN SASARAN 5
5.1 TINJAUAN MASALAH 6
5.1.1 PEMERHATIAN 6
5.1.2 TEMU BUAL 7
5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 7
5.2.1 PEMERHATIAN 7
5.2.2 TEMU BUAL 7
5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 7
5.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN YANG AKAN DILAKSANAKAN
UNTUK MENANGANI ISU 8
5.4.1 AKTIVITI 1 8
5.4.2 AKTIVITI 2 9
5.5 REFLEKSI KESELURUHAN KAJIAN 10
6.0 METODOLOGI KAJIAN 11
7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 15
8.0 KESIMPULAN 15
9.0 RUJUKAN 16

Kajian Kes : Keberkesanan Kaedah PdPR

2
SITI SAHARANEH BINTI MOHD SHUAIB
saharaneh24-311@epembelajaran.edu.my

1.0 PENGENALAN

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) yang efektif dapat dilihat melalui sejauh
mana kebolehan guru-guru dalam menghasilkan PDPR yang interaktif. Guru yang kreatif
dan inovatif pula mestilah mempunyai persediaan daripada aspek pengetahuan dan
kemahiran dalam PDPR termasuk mengaitkan keseluruhan aspek tersebut di dalam
penyampaian pengajarannya semasa murid berada di rumah. Guru yang kreatif dan inovatif
dalam PDPR boleh dijadikan perintis kepada guru-guru yang lain kerana menggunakan
sesuatu yang baru hasil daripada idea pemikiran sendiri ataupun adaptasi Bahan Bantu
Mengajar (BBM) sedia ada untuk digunakan oleh murid di rumah.

Kehadiran BBM menjadikan fungsi guru sebagai pemudah cara serta meningkatkan
keberkesanan pembelajaran berpusatkan pelajar dengan hanya 25 peratus penglibatan
guru terutama ketikamana murid berada di rumah. Namun amalan penggunaan BBM yang
efektif ini masih belum dilaksanakan secara maksimum memandangkan keperluan guru
memberikan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menyediakannya untuk digunakan murid
semasa di rumah (Kamarudin Husin & Siti Hajar,1998; Sufean Hussin et al, 2005).

2.0 ISU YANG DIFOKUSKAN

Dalam isu ini pengkaji cuba untuk mengupas amalan penggunaan BBM dalam PDPR
daripada aspek teori dan kajian yang telah dijalankan di kalangan Guru Cemerlang
Pendidikan Islam (GCPI) dari segi penggunaannya yang paling efektif dalam pengajaran
dan pembelajaran di rumah dengan berkesan. Guru cemerlang yang dimaksudkan dalam
tulisan ini merujuk kepada guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran
yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan (Guru Cemerlang, Kementerian
Pelajaran Malaysia [KPM]. 2011).
3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

3
Tugas guru pastinya semakin mencabar kesan daripada perubahan dunia ke era globalisasi
yang positif mahupun negatif ketika melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP)
(Ismail Zain 2002, Nik Mohd Rahimi et al. 2002). Dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh
(RMK10), kerajaan menyatakan keinginan untuk menjadikan profesion perguruan lebih
menarik agar dapat memantapkan pengurusan prestasi serta pembangunan bertaraf dunia.

Aspek ini sebagai tambahan terhadap keinginan yang dinyatakan dalam Rancangan
Malaysia Sembilan (RMK9), bahawa kerajaan akan melakukan penambahbaikan secara
komprehensif ke atas sistem penyampaian pendidikan dan latihan Prospek 2006-2010,
Rancangan Malaysia Ke Sembilan [RMK9]. Namun sehingga hari ini, keinginan itu masih
belum digambarkan oleh guru Pendidikan Islam dalam menyahut hasrat kerajaan terutama
dalam PDPR. Hal ini disebabkan terdapat faktor yang mempengaruhi antaranya kurang
kepelbagaian kaedah dalam PDPR mereka. Namun mereka masih juga mengamalkan
kaedah pengajaran secara tradisional yang disifatkan sebagai pengajaran berpusatkan guru
semata-mata seperti syarahan, hafalan, soal-jawab, dan perbincangan (Md Yusoff et al.
2006).

Akibat daripada itu, kekurangan penggunaan BBM dalam PDPR sehingga terdapat guru
yang tidak menggunakan BBM langsung dalam PDPR mereka. Kajian yang dilakukan
mendapati bahawa masih terdapat guru Pendidikan Islam yang tidak memanfaatkan BBM
dalam PDPR mereka dan mereka masih mengamalkan kaedah pengajaran secara
tradisional yang lebih berpusatkan guru.

Hakikatnya peranan guru menunjukkan bahawa guru tidak hanya tertumpu kepada
pengajaran di dalam kelas sahaja malah guru haruslah berperanan sebagai pemudah cara
kepada setiap pelajarnya ketika berada di rumah. Faktor lain pula disebabkan kurangnya
sumber BBM yang boleh didapati khususnya bagi subjek Pendidikan Islam. Menurut J. S.
Farrant (1977) antara sebabnya ialah kesukaran untuk memperolehinya sama ada secara
pembelian mahupun penghasilan sendiri (J. S. Farrant (1977), 62 Journal of Islamic and
Arabic Education 3(1), 2011 59-74).

BBM yang dibeli secara tidak langsung memerlukan modal dan sumber kewangan yang
besar memandangkan peruntukan yang ada tidak hanya untuk BBM Pendidikan Islam
sahaja (Tang & Abdul Ghani, 2006). Manakala BBM yang dihasilkan sendiri memerlukan
tempoh masa lama, tumpuan dan tenaga yang lebih (Mohd. Izham & Noraini Attan, 2007).
Faktor ini telah di atasi dengan kehadiran Information and Communications Technology

4
(ICT) dalam pendidikan di Malaysia. Integrasi yang dihasilkan paling tidak dapat
mengurangkan kos dan bahan-bahan dalam menghasilkan BBM sendiri.

Namun kehadiran ICT telah memberikan kejutan kepada kebanyakan guru Pendidikan Islam
yang kurang pengetahuan dalam ICT apatah lagi yang tidak berkemahiran mengaplikasikan
ICT dalam PdP mereka (Zainudin et al, 2008). Hal ini bertepatan dengan kajian oleh Siti
Fatimah & Ab Halim (2010) bahawa penggunaan BBM berasaskan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) berada pada paras min yang rendah. Dapatan ini dengan sendirinya
menggambarkan keperluan guru terhadap kemahiran TMK agak selari dengan
perkembangan teknologi pendidikan dunia yang sedang berkembang maju. Maka hal ini
menyebabkan peningkatan tahap kebergantungan yang tinggi terhadap penggunaan buku
teks sebagai BBM dalam PdP guru Pendidikan Islam (Kamarudin et al. ,1998; Shaharuddin
Basri et. al. ,2004; Woody W. D. et al. ,2010).

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti amalan penggunaan BBM dikalangan GCPI
sekolah pengkaji. Kajian juga ingin melihat BBM yang menjadi pola kekerapan
penggunaannya dikalangan GCPI. Disamping itu juga, kajian dapat mengenalpasti BBM
utama dan BBM sampingan yang sering digunakan oleh GCPI. Persoalan kajian yang
dikenalpasti pula ialah “bagaimanakah bentuk amalan penggunaan BBM dikalangan Guru
Cemerlang Pendidikan Islam di sekolah pengkaji? Apakah BBM yang menjadi pola
kekerapan penggunaannya dikalangan GCPI, dan apakah BBM utama dan sampingan yang
kerap digunakan oleh GCPI?”

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini mensasarkan kepada Guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan


Karamunting sahaja. Kajian ini juga ingin melihat BBM yang menjadi pola kekerapan
penggunaannya dikalangan guru Pendidikan islam di sekolah ini. Disamping itu juga, kajian
dapat mengenalpasti BBM utama dan BBM sampingan yang sering digunakan oleh GCPI.

5.1 TINJAUAN MASALAH

5
Menurut J. S. Farrant (1977), salah tafsir yang berlaku dalam mendefinisikan fungsi BBM
berpunca daripada tahap amalan dan kekerapan penggunaannya yang semakin
berkurangan semasa proses PDPR berlaku. Hakikatnya untuk menghasilkan BBM yang
dapat memberi kesan yang terbaik terhadap PDPR, perlunya kepada penetapan beberapa
ciri-ciri yang sesuai dengan persekitaran dan keadaan. Antaranya ialah BBM mestilah;
menjelaskan idea yang kabur, menjelaskan bahagian yang sukar difahami, besar dan jelas,
warna yang menarik dan saiz yang tepat, tahan lama, paling memberi kesan dan murah
(Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007). Ciri-ciri ini merupakan asas dalam pemilihan BBM yang
akan digunakan oleh guru-guru dalam segala PDPR di sekolah. Ciri yang dinyatakan di atas
juga merupakan antara faktor yang mempengaruhi penggunaan BBM dalam PDPR. Selain
itu terdapat juga beberapa sebab antaranya ialah faktor; pengurusan dan pentadbiran,
peralatan dan tempat, kepentingan penggunaan, serta penyediaan dan penggunaan. Faktor
ini dijadikan alasan oleh kebanyakan guru Pendidikan Islam yang tidak menggunakan BBM
walaupun realiti kesan penggunaannya mencakupi seluruh keupayaan. Kepentingan
penggunaannya adalah sebagai penyelesaian kepada masalah kekurangan tenaga dan
masa dalam proses penyediaan PDPR.

5.1.1 PEMERHATIAN

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui Pemerhatian dan Temubual.
Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji di dalam melihat tindakan dan prilaku guru-guru
Pendidikan Agama di dalam penyediaan PDPR. Pelajar menjadi lebih seronok dan tidak
bosan dengan PDPR guru kerana terdapat sesuatu yang baru setiap kali penyampaian
PDPR mereka semasa pemerhatian dijalankan.

Faktor ini berkait rapat dengan BBM serta kaedah penyampaian yang digunakan.
Sebagaimana BBM asas yang biasanya digunakan menurut perspektif Islam iaitu simulasi
dan rakaman, model dan bahan maujud, bahan alam dan tempat khusus. BBM ini
merupakan antara yang kerap digunakan oleh Rasulullah SAW dalam pengajaran
sehinggakan asas-asas ini menjadi kepentingan dalam PDPR Pendidikan Islam.

5.1.2 TEMU BUAL

6
Selain itu, beberapa soalan dikemukakan di dalam pengajaran guru terhadap murid dalam
PDPR. Hal ini kerana BBM yang digunakan dapat menyatakan gambaran sebenar teori
yang dipelajari oleh Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam kalangan GCPI.

Kesemua aspek ciri-ciri, faktor-faktor dan kepentingan ditemu bual kepada guru yang
mengajar. Maka adalah menjadi suatu keperluan terhadap BBM yang efektif dikendalikan
oleh pengguna yang efektif semasa di rumah. Secara tidak langsung, guru-guru Pendidikan
Islam berkemahiran dan berpengetahuan dalam menghasilkan kesan yang efektif dalam
penyampaian PDPR mereka melalui proses temu bual ini. Hal ini bersesuaian dengan
pendapat Toth M. J. (et al. ,2010) yang menyatakan bahawa perubahan daripada
pengajaran tradisional kepada pengajaran berasaskan teknologi menghasilkan kesan positif
ke atas diri pelajar melalui kaedah temubual.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

5.2.1 PEMERHATIAN

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, terdapat 10 orang pelajar yang tidak mengikuti sesi
PdPR bagi mata pelajaran Pendidikan Islam kerana guru tidak menyediakan BBM, 10 orang
pelajar yang tidak menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan dan 10 orang pelajar telah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

5.2.2 TEMU BUAL

50% bosan dengan cara guru mengajar semasa PdPR.


30% tidak faham dengan topik tugasan yang diberikan.
10% tidak minat dengan mata pelajaran Pendidikan Islam.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Isu keberkesanan PdPR bagi mata pelajaran Pendidikan Islam perlu ditingkatkan oleh guru
Pendidikan Islam demi memastikan silibus topik bagi matapelajaran ini dapat dijalankan
mengikut apa yang telah dirancang oleh guru bagi matapelajaran Pendidikan Islam dalam
Rancangan Pengajaran Tahunan. Di samping itu, langkah yang dijalankan oleh guru juga

7
diharap mampu menarik minat pelajar untuk belajar walaupun hanya belajar dari rumah
sahaja.
Kaedah penggunaan BBM sama ada secara atas talian atau secara luar talian
merupakan satu kaedah yang dapat memberi kefahaman kepada murid dengan mudah dan
cepat.
Kaedah kedua yang boleh dilakukan iaitu dengan menggunakan video pengajaran.
Kaedah ini akan dapat menjadikan suasana pembelajaran dari rumah seperti pembelajaran
bersemuka di sekolah.
Kaedah seterusnya ialah dengan menggunakan modul yang diberikan secara
mingguan oleh guru untuk meningkatkan tahap keberkesanan PdPR.

5.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN YANG AKAN DILAKSANAKAN UNTUK


MENANGANI ISU

5.4.1 AKTIVITI 1 – BBM

Guru Pendidikan Islam seharusnya lebih kreatif dalam menghasilkan BBM. Hal ini kerana
terdapat banyak jenis BBM diantaranya ialah penggunaan kertas edaran dan modul, buku
teks, komputer dan LCD, kertas majong, buku rujukan, dan gambar. Kaedah pengajaran
melalui dengan menggunakan BBM akan lebih menarik dan mampu memberikan
kefahaman yang mendalam kepada pelajar. Contohnya apabila guru mengajar bab ibadah
seperti solat, ia memerlukan BBM sepeti sejadah dan juga audio-video sebagai BBM untuk
memberikan impak yang interaktif kepada pelajar

PEMERHATIAN

Sesi pengajaran guru yang menggunakan BBM yang terbaik ini dapat mebantu murid untuk
meningkatan kefahaman dalam pembelajaran. Para pelajar memberikan respons yang
positif terhadap BBM yang digunakan oleh guru di dalam menyampaikan pengajaran.
Mereka juga memahami akan topik yang diajar oleh guru dengan mudah dan dapat
membuat latihan dengan baik selepas menggunakan BBM interaktif ini.

REFLEKSI

8
Berdasarkan latihan dan penerangan guru dengan pengggunaan BBM yang mantap, 74%
pelajar telah memberikan respons kepada pengajaran dan tugasan yang diberi.Hampir
keseluruhan mereka dapat memahami pelajaran dengan penggunan BBM semasa PDPR
dilaksanakan. Sebahagiannya hanya 26% pelajar tidak memberikan respons kepada
tugasan guru.

5.4.2 AKTIVITI 2 – PENGAJARAN MENGGUNAKAN VIDEO

Kaedah pengajaran melalui rakaman video dapat memberikan penerangan kepada pelajar-
pelajar tentang topik yang akan dipelajari. Hal ini kerana BBM dengan menggunakan video
mampu untuk meningkatkan kapasiti minda pelajar. Video rakaman berdurasi 5- 10 minit
dengan penerangan yang ringkas dan padat penting dalam meminimakan saiz video yang
akan dimuat turun oleh para pelajar. Kaedah video secara atas talian melalui aplikasi
Google Meet atau Zoom dapat mempercepatkan tindak balas murid terutama dalam sesi
soal jawab. Hal ini kerana bab ibadah seperti solat, berlaku soal jawab lantas pentaksiran
berbentuk pemerhatian dapat dilaksanakan. Kaedah ini dapat menggantikan kaedah secara
bersemuka di sekolah.

PEMERHATIAN

Sesi penerangan guru melalui video pengajaran sangat membantu para pelajar dalam
memahami topik yang diajar. Para pelajar memberikan respons yang positif terhadap video
yang dimuat turun melalui aplikasi Whatsapp. Mereka juga memahami akan topik yang
diajar oleh guru dengan mudah dan dapat membuat latihan dengan baik selepas melihat
video pengajaran.

REFLEKSI

Berdasarkan latihan dan penerangan guru, 75% pelajar telah memberikan respons kepada
pengajaran dan tugasan yang diberi. Hanya 25% pelajar yang lambat dan tidak memberikan
respons kepada tugasan guru.

5.5 REFLEKSI KESELURUHAN KAJIAN

9
Berdasarkan kepada tindakan yang telah diambil dalam meningkatkan tahap keberkesanan
PdPR bagi subjek Pendidikan Islam dalam di kalangan guru dalam penggunaan BBM di
Sekolah Kebangsaan karamunting, satu hasil positif telah ditunjukkan melalui respons guru.
Bagi kaedah penggunaan video pengajaran, tahap respons pelajar meningkat dari 50%
kepada 74% kerana pengunaan BBM oleh guru yang begitu memberansangkan. Bagi
kaedah kedua pula iaitu melalui pemberian modul secara mingguan, sebanyak 79% pelajar
yang telah menjawab dengan baik semua soalan modul yang diberikan. Hal ini kerana guru
telah menambah baik dalam penggunaan BBM. Selain itu ia juga boleh diakses pada bila-
bila masa walaupun secara luar talian. Video yang telah direkod juga mampu disimpan
untuk tempoh yang lama, dan dapat diguna pakai di dalam kelas untuk pelajar Tahun 6 yang
seterusnya. Ini memberikan peluang kepada guru untuk membuat penilaian dengan lebih
baik.

Selain itu, semua pelajar juga boleh melakukan tugasan dengan baik kerana modul
yang disediakan lengkap untuk tempoh seminggu dan nota juga diberikan untuk rujukan. Ini
menunjukkan bahawa guru bersiap sedia dalam penggunaan BBM semasa PDPR.

Selain daripada itu, sebahagian guru juga tidak dapat membuat pemantauan
bagaimana proses pelaksanaan modul di rumah. Ini menyebabkan ada sebahagian murid
yang masih tidak menghadam topik ddengan baik. Selain itu penggunaan kaedah video
pengajaran adalah dianggap lebih berkesan walaupun peratus yang memberikan respons
positif adalah kurang daripada kaedah modul mingguan. Ini kerana, dengan menggunakan
video pengajaran sama ada secara atas talian atau luar talian dapat membantu guru dan
murid dalam melengkapkan silibus topik yang akan dipelajari. Tambahan pula, video ini
berguna untuk tempoh masa yang lama kerana mudah disimpan dan diakses pada waktu
yang lain, ia semestinya sangat menguntungkan guru untuk menggunakan video yang telah
dirakam pada waktu yang lain.

10
6.0 METODOLOGI KAJIAN

Fokus metodologi kajian ini membincangkan berkenaan dengan pendekatan dan jenis
kajian, sampel kajian, dan kebolehpercayaan kajian. Secara umumnya, kajian ini berbentuk
kualitatif dari jenis kajian kes. Menurut Mohd Majid (2005), kelebihan utama penggunaan
kajian kes ialah dapat mendalami tentang maklumat sesuatu kes. Secara lebih tepat lagi,
kajian ini berbentuk ‘kajian pelbagai kes’ (multicase studies) atau dikenali sebagai kajian
pelbagai tempat lapangan (multisite studies). Kajian pelbagai kes yang dinyatakan oleh
Merriam (1998) merupakan kajian yang melibatkan pelbagai tempat lapangan kajian dan
datanya dapat meningkatkan lagi kesahan luaran atau generalisasi dapatan kajian.
Pendekatan kajian yang dilakukan adalah melalui pemerhatian di dalam memerhati tindakan
guru di dalam menyediakan PDPR kepada murid.

Selain itu, kajian ini turut menggunakan kaedah temu bual terhadap GCPI, dua orang rakan,
dua orang pelajar serta Pengetua atau Guru Penolong Kanan sebagai data utama.
Manakala kaedah pemerhatian terhadap sampel kajian dan analisis dokumen dilaksanakan
bagi menyokong data temu bual. Menurut Mohd Majid (2005), temu bual sangat praktikal
digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada populasi yang kecil.
Pemerhatian pula sesuai untuk melihat perubahan dan perkembangan tingkah laku guru
semasa proses PdP.

Persampelan merupakan strategi penyelidikan bilamana penyelidik boleh


mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang
menganggotai populasi tersebut Cohen et al., 2007). Dari sudut pemilihan sampel, pengkaji
merasakan lebih sesuai menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling),
iaitu kelompok responden yang mewakili populasi yang hendak dikaji dikenal pasti dan
semua individu dalam kelompok tersebut diambil kira sebagai sampel (Sabitha 2005).

DAPATAN KAJIAN

Fokus utama yang menjadi perbincangan artikel ini merujuk kepada objektif yang mendasari
kajian iaitu “Melihat Penggunaan BBM Dikalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam
(GCPI).” Hasil dapatan kajian yang diperolehi telah menjelaskan berkenaan amalan
penggunaan BBM dikalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI).

11
Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam menggunakan talian internet dalam
pengajaran PDPR. Laman Web Youtube antara yang popular digunakan dalam PDPR
berdasarkan tajuk dalam bab-bab silibus Pendidikan Ilam di sekolah saya.

PERBINCANGAN KAJIAN

Dapatan kajian memperlihatkan enam pola utama amalan penggunaan BBM dalam
kalangan GCPI, iaitu kertas edaran dan modul, buku teks, komputer dan LCD, kertas
majong, buku rujukan, dan gambar. Terdapat juga dapatan yang tidak menunjukkan pola
antaranya ialah carta, akhbar dan keratan, movie dan video serta buku latihan, OHP dan
transparensi, papan hitam dan putih, bahan maujud, radio, kaset dan fail audio, folio, dan
kertas manila kad. Keenam-enam pola kategori penggunaan BBM PdP dapatan kajian ini
pada dasarnya merupakan sebahagian besar jenis-jenis BBM yang digunakan oleh guru-
guru lain dari pelbagai bidang. Pola BBM tersebut menunjukkan setiap satunya mewakili
pecahan jenis-jenis BBM yang berasaskan komputer dan bukan berasaskan komputer.

Pola BBM yang menjadi keutamaan amalan penggunaannya dalam kalangan GCPI
di S1-S8 adalah kertas edaran dan modul dan buku teks. Manakala pola BBM yang
selebihnya iaitu; komputer dan LCD, kertas mahjong, buku rujukan, dan gambar merupakan
BBM sampingan. Penggunaan BBM ini mengikut yang tertinggi hingga yang terendah ialah
kertas edaran dan modul, buku teks, komputer dan LCD, kertas mahjong, buku rujukan, dan
gambar. Bagi dapatan pola kertas edaran dan modul, kekerapan penggunaannya menjadi
amalan kepada GCPI di S1-S8 melalui temubual dan pemerhatian yang dilakukan.
Kekerapan penggunaan BBM ini menggambarkan bahawa GCPI amat mementingkan
prestasi dan pencapaian akademik para pelajarnya.

Maka dengan penggunaan BBM tersebut, GCPI dapat memberikan tumpuan


pengajaran kepada topik yang berkaitan dengan peperiksaan. GCPI juga dapat membuat
ulangkaji pada topik penting dalam tempoh masa P&P yang padat. Data ini pada hakikatnya
selaras dengan pandangan Anderson V. J. (2008) bahawa penggunaan kertas edaran dan
modul membolehkan guru meringkaskan topik pelajaran yang perlu diulang kaji. Hal ini
membolehkan guru menyentuh kesemua topik dalam masa yang terbatas.

BBM buku teks pula berada pada senarai pola kedua tertinggi kekerapan
penggunaannya oleh GCPI1-8. Rekabentuk kandungan buku teks adalah lengkap dengan

12
grafik, memenuhi ruang, mempunyai fakta lengkap, memudahkan pengguna, dan terancang.
Ciri-ciri ini adalah faktor utama yang mendorong GCPI menggunakannya dalam P&P
mereka. Hal ini merupakan pelengkap kepada P&P GCPI seperti pendapat Kamarudin (et
al., 1998) bahawa rujukan utama guru-guru adalah buku teks yang merupakan pelengkap
kepada proses P&P di dalam kelas. Kajian oleh Woody W. D. (et al., 2010) menyokong
pandangan ini yang menjelaskan bahawa penggunaan buku teks sebagai BBM dalam P&P
adalah lebih utama berbanding penggunaan e-book.

Seterusnya, Pendidikan Islam mengandungi pelbagai bidang yang memerlukan


penggunaan buku teks secara maksimum seperti bidang akidah, ibadah, sirah dan tokoh.
Justeru, GCPI menggunakan BBM ini secara maksimum. Ciri bidang yang hampir serupa
dalam kajian yang lain telah membuktikan bahawa buku teks membantu pengajaran sebagai
mana kajian Shaharuddin Basri (et al., 2004).

Dalam kajian ini menjelaskan bahawa penggunaan buku teks amat bersesuaian dan
berkesan bagi subjek sejarah untuk murid-murid berprestasi rendah. Bagi BBM komputer
dan LCD pula menunjukkan bahawa tidak semua GCPI di S1-S8 menggunakannya sebagai
BBM. Dapatan ini menjadi pola disebabkan kebolehan dan kemahiran yang ditunjukkan oleh
GCPI dalam mengendalikan bahan-bahan berteknologi.

Namun tidak bermakna GCPI dapat mengintegrasikan dalam P&P mereka. Pengkaji
melihat bahawa GCPI menggunakankebolehan itu di luar kelas dan terbatas pada aktiviti ko-
kurikulum sahaja. Kebiasaan tempoh masa aktiviti ko-kurikulum tidak secara kerap
berbanding masa P&P GCPI di dalam kelas yang begitu padat menyebabkan GCPI tiada
masa yang mencukupi untuk menyediakan bahan melalui BBM komputer dan LCD.

Hal ini bermakna proses integrasi kemahiran penggunaan computer dan LCD
sebagai BBM P&P memerlukan masa dan tenaga yang lebih banyak dalam penghasilannya
dan penyataan ini disokong oleh Monique Volman (2005). Walaubagaimanapun, dapatan
menunjukkan bahawa terdapat GCPI yang menggunakan BBM komputer dan LCD untuk
tujuan peribadi seperti menaip, mengedit, dan mencetak kertas soalan, surat rasmi
mahupun minit mesyuarat. Selebihnya bagi pola dapatan data penggunaan kertas mahjong,
buku rujukan, dan gambar adalah antara pola yang mencatatkan kekerapan yang kurang
berbanding kekerapan penggunaan BBM yang telah dibincangkan sebelum ini.

Namun BBM tersebut masih lagi termasuk dalam pola BBM yang menjadi amalan
disebabkan sifatnya yang pelbagai dan mampu menarik minat pelajar dalam memberikan

13
tumpuan terhadap P&P GCPI. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Erixon P. O.
(2010), bahawa pelajar lebih fokus dalam pengajaran apabila guru menggunakan gambar
semata-mata atau gambar pada kertas mahjong atau gambar pada buku rujukan
berbanding pengajaran secara chalk and talk. Bagi dapatan BBM bukan pola pula terdapat
10 jenis BBM yang dicatatkan hasil daripada temubual terhadap rakan GCPI, pelajar GCPI,
serta Pengetua atau GPK GCPI. Daripada 10 jenis BBM bukan pola yang dicatatkan, hanya
dua daripada lapan orang GCPI yang tidak langsung menggunakannya, iaitu GCPI7 dan
GCPI8. Manakala GCPI4 menunjukkan penggunaan yang tertinggi terhadap keseluruhan
BBM bukan pola dan selebihnya menunjukkan kekerapan penggunaannya yang sederhana.
Penggunaan 10 jenis BBM yang tidak mewakili pola ini disebabkan oleh tumpuan kesemua
GCPI kepada BBM kertas edaran dan modul kesan daripada sistem sekolah yang terlalu
berorientasikan peperiksaan (Sidek Baba, 2009). Walaupun pada hakikatnya, pengajaran
yang cemerlang mestilah mempunyai kepelbagaian dalam penggunaan BBM (Esah
Sulaiman, 2004).

Menurut Serbessa D. D. (2006) dan Miller J. E. (2008), sekolah yang terlalu


berorientasikan peperiksaan akan mementingkan P&P berdasarkan sukatan peperiksaan
yang tertumpu kepada topik-topik yang membolehkan pelajar lulus dalam peperiksaan
sahaja. Secara ringkasnya, dapatan kajian tentang amalan penggunaan BBM GCPI adalah
terdiri daripada BBM pola dan bukan pola. Bagi BBM pola pula dibahagikan kepada dua iaitu
yang utama dan sampingan.

Terdapat dua jenis BBM yang utama iaitu kertas edaran dan modul, dan buku.
Manakala Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Cemerlang
Pendidikan Islam 71 selebihnya adalah empat jenis BBM sampingan dalam P&P GCPI iaitu
komputer dan LCD, kertas mahjong, buku rujukan, dan gambar. Manakala BBM bukan pola
adalah sebanyak 10 jenis yang terdiri daripada carta, akhbar dan keratan, movie dan video,
buku latihan, OHP dan transparensi, papan hitam dan putih, bahan maujud, radio, kaset dan
fail audio, folio, dan kertas manila kad. Kepelbagaian jenis BBM yang digunakan ini
menghasilkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar kerana guru hanya terlibat sebagai
perangsang pemikiran dan minda pelajar. Hal ini bertepatan dengan pendapat Dawud
Tauhidi (2001) dan Sommieh Uddin (2001) bahawa bantuan dan bimbingan guru adalah
melibatkan pembangunan di dalam diri pelajar dan ini dianggap sebagai satu tarbiyah dalam
pendidikan Islam.

14
7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan pola dapatan kajian yang dinyatakan, pengkaji menghasilkan satu model yang
dipanggil Model Amalan Penggunaan BBM GCPI (MAPBBMGCPI Berdasarkan
MAPBBMGCPI penggunaan BBM kertas edaran dan modul adalah bersesuaian dalam
sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata. Hal ini bertepatan
dengan ciri-ciri sekolah yang mementingkan peratus kelulusan setiap subjek disamping
menjaga prestasi akademik. Penggunaan BBM kertas edaran dan modul adalah sebagai
latih tubi kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan kerana ciri-cirinya yang fokus
kepada topik-topik yang diramal. Manakala penggunaan BBM buku teks dan buku rujukan
adalah sebagai rujukan dalam merangka isi-isi dalam BBM kertas edaran dan modul. Bagi
BBM komputer dan LCD pula digunakan di luar P&P iaitu dalam menghasilkan BBM kertas
edaran dan modul, gambar, dan kertas mahjong.

8.0 KESIMPULAN

Melalui kajian ini, pengkaji telah membincangkan objektif, metodologi, dapatan,


perbincangan kajian kes amalan penggunaan BBM GCPI. Hasil pola dapatan kajian dapat
dibuktikan melalui model MAPBBMGCPI yang terdapat pada implikasi kajian ini dan boleh
dijadikan penanda aras kepada GCPI dalam usaha meningkatkan tahap penggunaan BBM
agar PdP lebih menarik dan penyampaian yang berkesan. Berdasarkan model
MAPBBMGCPI ini, guru-guru dilihat lebih selesa menggunakan dua jenis BBM utama iaitu
kertas edaran dan modul, dan buku teks serta empat jenis BBM sampingan iaitu komputer
dan LCD, kertas mahjong, buku rujukan, dan gambar. Keenam-enam jenis BBM itu didapati
kerap digunakan oleh GCPI daripada 16 jenis BBM yang disenaraikan oleh pengkaji.

15
9.0 RUJUKAN

Abdull Sukor Shaari. (2008). Guru Berkesan: Petua Dan Panduan. Sintok: Penerbit
Universiti Utara Malaysia. Halaman: 11

Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM]. (2011). Bahagian Grafik Buku
Teks.
http://www. moe. gov. my/bbt/bukuteks_bahangrafik. php, (14 April 2011)

Charlie Anak Ungang. (2008). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas
Membaca di Kelas Pemulihan: Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian dalam
Jurnal Penyelidikan IPBL. Miri: Jilid 8.

Cohen L., Manion L., and Morrison K. (2007). Research Methods in Education. (6th Ed.).
USA:
Routledge.

David Morris. (2010). Are Teachers Technophobes: Investigating Professional Competency


In The Use Of ICT To Support Teaching And Learning? In Procedia In Social And
Behavioral Sciences 2. Page: 4010–4015.

Dawud Tawhidi. (2001). The Tarbiyah Project. An Overview. Towards A Renewed Vision of
Islamic Education. Page: 8

Erixon P. O. (2010). School Subject Paradigms And Teaching Practice In Lower Secondary
Swedish Schools Influenced By ICT And Media. In Computer And Education International
Journal. Vol. 54. Page: 1217.

Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor Darul Takzim: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.

Farrant J. S. (1977). Prinsip Dan Amali Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Guru Cemerlang, Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM]. 2011. Definisi Guru Cemerlang.
http://www.moe.gov.my/?id=36

16
Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan
Islam 73

Ismail Zain. (2002). Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications Sdn. Bhd.

Kamarudin Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1998). Pengajian Melayu 5 dan 6:
Pemulihan dan Pengayaan, Pengurusan Sumber Budaya dan Masyarakat Malaysia. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamarul Azmi Jasmi. (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di
Malaysia: Satu Kajian Kes. Tesis PhD, UKM.

Md Yusoff Daud, Mazalah Ahmad, dan Maimun Aqsha Lubis. (2006). Pengunaan Internet
dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Dlm. Ab. Halim et. al.,
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Meriam S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Application in Education.


Revised and Expended From Case Study Research in Education. San francisco: Jossey-
Bass Publisher

17

You might also like