You are on page 1of 3

SULIT PIMK2082R

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN


Semester 2 Tahun 1

UJIAN TERBUKA (OPEN BOOK TEST) : JULAI 2021

KAMPUS : SARAWAK

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : PIMK2082R


PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
KURSUS :
SEKOLAH RENDAH
MASA : 1 JAM 30 MINIT
JUMLAH MARKAH : 40

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi dua bahagian:


Bahagian A : 1 soalan esei (20 markah)
Bahagian B : 2 soalan esei (40 markah)

2. Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan bahagian B.

3. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12.

4. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di


sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

5. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

1 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PIMK2082R

BAHAGIAN A
( 20 markah )

Jawab semua soalan.

1. Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan sepenuhnya Ujian Pencapaian Sekolah


Rendah (UPSR) bermula tahun 2021. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin
menyatakan bahawa susulan pemansuhan itu, pihaknya akan memperkasa secara
menyeluruh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD).
(Harian Metro : Rabu , 28 April 2021 )

Berdasarkan petikan di atas, berikan pandangan anda berkaitan pelaksanaan


Pentaksiran Billik Darjah Pendidikan Islam dari aspek penguasaan ilmu, penguasaan
kemahiran, penghayatan dan amalan.
Panjang esei anda adalah dalam lingkungan 400 patah perkataan.
(20 Markah)

2 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PIMK2082R

BAHAGIAN B

( 20 markah )

Jawab satu daripada dua soalan.

1. Pentaksiran merupakan komponen penting dalam pendidikan kerana memberi


maklumat perkembangan pencapaian murid kepada guru, ibu bapa dan murid sendiri.
Pentaksiran juga membantu guru merancang kaedah pengajaran dan aktiviti yang
dilaksanakan.

Bincangkan sejauh manakah Pentaksiran Bilik Darjah dan Penilaian Asas Fardhu Ain
(PAFA) dapat menentukan pencapaian sebenar murid dalam Pendidikan Islam.
Panjang esei anda adalah dalam lingkungan 400 patah perkataan
(20 Markah)

2. Dalam pendidikan Islam, penilaian yang boleh dilakukan dalam bidang penguasaan
ilmu, kemahiran serta amalan dan penghayatan merangkumi bidang Tilawah Al-
Quran, Akidah, Ibadah, Sirah, Akhlak dan Jawi.

Bahaskan tentang pentaksiran dalam bidang Ibadah.


Panjang esei anda adalah dalam lingkungan 400 patah perkataan
[20 Markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

3 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like