You are on page 1of 14

TBMM 2053

INTRODUCTION TO ANIMATION

TAJUK :

“ADAB BERJIRAN”

DISEMAK OLEH :

MOHD KHAIRUL MUSTAKIM BIN MUSTAPA KAMAL

DISEDIAKAN OLEH :

NO NAMA NO MATRIK

1 HAIZATUL SAADIAHANA BINTI MUDA JUWARI 19BE02160

2 AMIR FIRDAUS BIN MAWARDI 19BE02161

3 NUR A’FIFAH ATHIRAH BINTI AMRAN 19BE02162

SEMESTER 5, SESI II 2021/2022

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM DENGAN MULTIMEDIA

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 OBJEKTIF

3.0 PENYATAAN MASALAH

4.2 PERISAIAN HARDWARE

5.0 METODOLOGI

5.1 FASA PRA-PRODUKSI

5.2 FASA PRODUKSI

5.3 FASA PASCA-PRODUKSI

6.0 JALAN CERITA (STORYBOARD)

7.0 PENULISAN SKRIP (SKRIP WRITING)

8.0 KESIMPULAN

9.0 CARTA (GANT CHART)

2
1.0 PENGENALAN

Animasi adalah suatu teknik membuat gambar terlihat bergerak dan hidup dalam bentuk
grafik komputer. Animasi merupakan seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun
yang kelihatan bergerak dan hidup. Animasi juga adalah gabungan dua seni iaitu seni lukis dan
filem. Bagi menghasilkan animasi yang baik, kita harus mempunyai ilmu pengetahuan dan
pengalaman di dalam bidang seni lukis dan filem. Animasi pertama telah dihasilkan pada tahun
1901 dan dicipta oleh seorang lelaki bernama Walter Disney. Walter Disney dilahirkan di
Missouri, Amerika Syarikat dan membesar di ladang gandum, mempunyai minat di dalam
bidang lukisan. Hampir setiap hari beliau melukis pelbagai jenis haiwan yang dilihatnya.Minat
yang mendalam melalui bakat semulajadi telah menjadikan Walter Disney amat dikenali ramai.

Wayang Kulit diiktiraf sebagai contoh animasi pertama di dunia. Hal ini demikian kerana
pergerakan yang terdapat dalam wayang kulit mempunyai elemen dalam filem, iaitu layar
putih, cahaya suluhan, dan imej yang bergerak. Pengaruh animasi di Barat dalam
mengaplikasikan wayang kulit terbukti apabila animator dari Jerman, Lotte Reiniger, mendapat
ilham untuk menghasilkan filemnya, The Adventures of Prince Achmed (1926) berasaskan seni
itu. Penerbitan animasi tempatan sudah bermula sejak tahun 1946 lagi menerusi penubuhan
Malayan Film Unit (MFU) (sekarang dikenali sebagai Filem Negara) menerusi filem animasi
pendek pertama, Hikayat Sang Kancil yang disiapkan oleh seorang pereka set bernama
Anandam Xavier. Walaupun disiapkan pada tahun 1978, animasi itu hanya ditayangkan kepada
umum sempena Hari Raya Puasa pada tahun 1983.

Untuk menghasilkan sebuah infografik animasi, kumpulan kami memilih tajuk “adab
berjiran. Kebelakangan ini amalan hidup berjiran seperti saling bertegur sapa, saling bantu
membantu antara satu sama lain dan saling bertukar makanan sudah semakin dilupakan dalam
kalangan masyarakat. Perkara ini berlaku disebabkan masyarakat sekarang hanya mengambil
tahu hal masing-masing tanpa mengambil berat dan peduli tentang hubungan sesama jiran
tetangga (Nurul Idayu, 2017). Kejiranan disini bererti suasana ataupun perhubungan yang
positif dalam sesebuah kawasan, saling melindungi dan bantu-membantu antara satu dengan
yang lain (Persatuan Penduduk Jentayu, 2011). Selain itu, jiran adalah mereka yang duduk
dalam penempatan yang sama dengan penempatan kita. Islam juga amat memelihara hak
sesama manusia serta memandu manusia untuk mencapai keharmonian dan kebahagiaan di

3
dunia dan akhirat turut memasukkan aspek-aspek penting yang memandu hubungan kejiranan
supaya manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa serta mendapat kebahagiaan.

Di samping itu, dalam infografik yang kami hasilkan ini kami ada memaparkan beberapa
situasi berkaitan Adab Berjiran antaranya bertegur sapa dengan jiran sambil memberi sedikit
buah tangan kepada jirannya. Justeru kami juga ada menyelitkan tentang pengertian adab
berjiran, hak-hak berjiran dan hikmah memjaga adab berjiran. Oleh itu, projek ini disediakan
adalah untuk memberi manfaat kepada penonton dan dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturahim antara satu dengan yang lain.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Dapat mempelajari pengertian adab berjiran.

2.2 Dapat mengetahui hak-hak berjiran

2.3 Dapat mengetahui hikmah menjaga adab berjiran.

3.0 PENYATAAN MASALAH

Pelbagai masalah yang kami dapati antaranya masih ada lagi yang tidak mengamalkan
cara beradab dengan jiran. Dengan adanya masalah ini ianya menjadikan punca utama kami
dalam memilih tajuk ini sebagai final projek kami supaya orang yang melihat video animasi
kami akan tertarik dan ia juga boleh memudahkan orang awam untuk lebih faham mengenai
adab berjiran. Selain itu, cara berinteraksi dengan beradab sangatlah mempengaruhi
persekitaran kejiranan yang dilihat tidak dititik beratkan oleh sesetangah masyarakat sekarang.

Oleh hal demikian, kami memilih tajuk adab berjiran ini kerana untuk memberi
kesedaran kepada penonton bahawa mereka perlu menitikberatkan adab berjiran dan cara
berinteraksi kerana ia boleh mengeratkan hubungan silaturahim antara satu dengan yang lain.
Antaranya, bertegur sapa jika bertemu dengan sesame yang lain, tidak menyakiti atau
mengguris perasaan jiran samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk
dan sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan
perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.

4
4.0 PEMBANGUNAN

4.1 PERISAIAN SOFTWARE


Antara perisian yang kami gunakan untuk final project adalah aplikasi Powtoon.
Aplikasi Powtoon ini adalah sebuah web service yang kita boleh guna untuk menghasilkan
presentation dan video dengan kaedah animasi. Aplikasi Powtoon merupakan salah satu
aplikasi utama yang kami gunakan untuk membentuk video animasi yang menarik. Pada tahap
awal membuat video di Powtoon akan berbentuk slide sama seperti Microsoft Powerpoint
untuk presentation, tetapi pada tahap akhir ia akan berbentuk seperti video. Ketika
menggunakan Powtoon untuk membuat video tersebut perlu memastikan keadaan internet
dalam keadaan kuat, kerana Powtoon menggunakan data yang besar, jika keadaan internet
yang kita miliki rendah, maka agak sukar untuk menggunakan Powtoon dengan baik. Jadi, kita
perlu memastikan keadaan internet yang digunakan kuat agar ia dapat menggunakan Powtoon
dengan mudah tanpa gangguan jaringan internet. Dalam aplikasi Powtoon juga terdapat
berbagai alatan untuk menampakkan sesuatu video itu dalam keadaan cantik dan kemas jika
menggunakan akaun percuma maka alatan yang tersedia pun terbatas dan jangka waktu untuk
penggunaan secara percuma adalah 3 hari selepas mendaftar akaun, jika ingin mengakses
alatan yang lebih banyak dan lebih menarik maka perlulah menggunakan akaun yang berbayar
pada Powtoon.

Selain itu, kami juga menggunakan Google Chrome juga untuk mencari maklumat
mengenai tajuk kami serta mencari gambar-gambar yang berkaitan ini bagi menyempurnakan
pembangunan infografik animasi. Walau bagaimanapun, kami juga menggunakan Microsoft
Word untuk menyempurnakan kertas kerja kami dan juga skrip. Justeru, perisian
StoryboardThat juga amat membantu kami menghasilkan jalan cerita yang ingin disampaikan.
Akhir sekali, Voice Recorder juga turut digunakan untuk membantu merekod dan mengubah
audio sesebuah karakter.

Aplikasi Powtoon

5
4.2 PERISAIAN HARDWARE

Terdapat beberapa perisai hardware yang kami gunakan untuk menyiapkan final project
kami, seperti komputer riba. Komputer riba merupakan perkakasan utama kerana komputer
riba mempunyai pelbagai kemudahan yang sesuai bagi menyiapkan tugasan kami ini.
Kemudahan komputer riba seperti internet, tetikus, pendrive, hardisk dan sebagainya. Bagi
menyimpan data-data dan dokumen projek, kami menyimpan ianya di dalam komputer riba
kerana mudah diakses dan selamat. Dalam komputer riba juga mempunyai pelbagai aplikasi
online yang memudahkan kerja berkumpulan ini. Selain itu, kami juga menggunakan pendrive
untuk menyimpan segala bahan dan rujukan yang telah disediakan oleh kami dan ianya juga
menjadi bahan sokongan kepada kami jika terdapat sesuatu yang berlaku diluar jangkaan kami
seperti kehilangan infografik animasi di dalam komputer riba.

5.0 METODOLOGI
Terdapat 3 fasa dalam kami membangunkan video animasi infografik iaitu pra-produksi,
produksi, dan pasca-produksi.

5.1 FASA PRA-PRODUKSI


Pada fasa pra-produksi, kami dikehendaki membuat kertas kerja. Antara aspek yang
kami tekankan dalam kertas kerja ialah pengenalan bagi animasi dan pengenalan bagi tajuk
yang kami pilih. Selain itu, kami sertakan objektif yang mana matlamat yang kami ingin
sampaikan kepada penonton. Kami juga ada menyatakan masalah di dalam kertas kerja kami
sebelum objektif tersebut tercapai dan dilaksanakan. Seterusnya , kami juga ada menyatakan
alatan apa yang kami gunakan untuk membangunkan infografik yang menarik dengan
menggunakan perkakasan dan perisian bagi projek animasi. Selain itu, bagi memahami susunan
jalan cerita (storyboard) kami juga ada lampirkan sekali di dalam kertas kerja supaya ianya
menampakkan jalan cerita yang yang lebih tersusun. Akhir sekali, kami juga ada membuat
skrip kerana ianya sangat memudahkan kami dalam menyiapkan projek infografik animasi ini
dengan mudah, cepat dan tersusun.

5.2 FASA PRODUKSI


Pada fasa produksi pula, kami bersama-sama satu kumpulan mengerahkan tenaga serta idea
dalam penghasilan reka bentuk latar belakang bagi setiap babak-babak tertentu. Setiap ahli
kumpulan kami masing-masing menjalankan tanggungjawab dalam menghasilkan karakter
bagi menghidupkan watak di dalam infografik tersebut sama ada sebagai watak utama atau

6
watak sampingan. Pada setiap percakapan yang ada pada karakter itu kami ada membuat
rakaman audio berdasarkan dialog yang telah kami tetapkan pada perbincangan awal.

5.3 FASA PASCA-PRODUKSI


Akhir sekali pada fasa pasca- produksi, kami memasukkan elemen-elemen tambahan seperti
video tambahan supaya ianya dapat menarik minat pelajar untuk menonton animasi infografik
ini. Ini kerana tujuan untuk menghasilkan video animasi tersebut kelihatan realiti dan supaya
penonton dapat menjiwai karakter tersebut dan menghayati isi-isi penting yang ingin
disampaikan kepada penonton. Dalam proses editing video animasi kami menggunakan
aplikasi Powtoon, aplikasi Powtoon ini dipilih dengan tujuan agar filem yang dihasilkan boleh
lebih maksimum, dalam proses editing video kami menerapkan konsep cerita yang ringkas dan
sesuai dengan konsep awal agar mudah dipahami oleh penonton.

6.0 JALAN CERITA (STORYBOARD)

RUJUK LAMPIRAN A

7.0 PENULISAN SKRIP (SKRIP WRITING)


RUJUK LAMPIRAN B

8.0 CARTA (GANT CHART)


RUJUK LAMPIRAN C

9.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulanya, adab berjiran perlu diamalkan sesama jiran tidak kira bangsa dan
agama. Seterusnya, jiran bererti orang-orang yang tinggal berdekatan atau berhampiran dengan
rumah kita. Kita perlu menitikberatkan semangat kejiranan didalam kehidupan bermasyarakat.
Seterusnya semangat kejiranan ini amat penting untuk sentiasa diamalkan kerana pelbagai
kesan buruk yang akan terhasil jika masyarakat masih belum sedar tentang kepentingan
semangat kejiranan ini.

Selain itu, peranan seorang jiran juga amat penting untuk menentukan kemakmuran dan
kesejahteraaan sesebuah negara. Perhubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni akan
dapat mengukuhkan ikatan kasih sayang sesama jiran. Kehidupan yang baik ialah kehidupan
yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada sebarang
kerosakan dan kebinasaan, ibarat kata pepatah “Jiran sepakat membawa berkat”. Dalam al-

7
Quran, surah an-nahl ayat 90 yang bermaksud “sesungguhnya allah menyuruh kamu berlaku
adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan allah melarang dari perbuatan
keji, kemungkaran dan permusuhan.

Oleh itu, islam juga menggariskan panduan kepada setiap muslim supaya sentiasa
memuliakan jiran. Antara memuliakan jiran ialah sentiasa menghormati jiran dan sentiasa
berbaik sangka sesama jiran. Hormat menghormati disini membawa erti mempunyai
pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan,
khidmat dan takzim. Manakala berbaik sangka ialah sentiasa berfikiran fositif kepada jiran
tetangga.

8
LAMPIRAN A - JALAN CERITA (STORYBOARD)

9
LAMPIRAN B - PENULISAN SKRIP (SKRIP WRITING)

SINOPSIS
Kisah ini menceritakan tentang adab berjiran, dimana keluarga Encik Syukri, Mr Ong, Puan
Rosmah dan Puan Maisarah hidup berjiran. Mereka sangat rapat dan sangat menjaga adab
dalam berjiran dengan baik.

INFOGRAFIK

(VOICE OVER)

Pengertian jiran : Orang yang tinggal berdekatan rumah kita sama ada di kanan, kiri, depan,
di tingkat atas atau di tingkat bawah hingga 40 buah rumah setiap penjuru.

Dalil berkaitan jiran : Sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka dia
hendaklah memuliakan jirannya.

SKRIP
TAJUK INFOGRAFIK ANIMASI : ADAB BERJIRAN

INT.

SCENE 1
INFOGRAFIK: MEMBERI SALAM DAN BERTEGUR SAPA

LOKASI: DI DEPAN RUMAH – SIANG

AKSI: Ketika Puan Rosmah sedang menyiram pokok bunga, Puan Rosmah ternampak Puan
Maisarah keluar dari rumah. Lalu Puan Rosmah menegur Puan Maisarah.

DIALOG :

Puan Rosmah : Assalamualaikum Puan Maisarah, nak keluar ke tu?

Puan Maisarah : Waalaikumussalam Puan Rosmah, ye saya nak keluar sekejap. Saya nak beli
barang dapur sikit.

Puan Rosmah : Oh baiklah, hati-hati memandu ya.

10
SCENE 2
INFOGRAFIK : MENZIARAHI ORANG SAKIT

LOKASI: DI DALAM RUMAH – SIANG

AKSI: Pada suatu hari, Encik Syukri mendapat berita bahawa Mr Ong mengalami kemalangan
dan mengakibatkan kecederaan ringan. Lalu Encik Syukri pergi melawat Mr Ong di rumahnya.

DIALOG:

Encik Syukri : Bagaimana keadaan kamu Mr Ong? Semoga kamu cepat sembuh ya.

Mr Ong : Saya baik-baik saja. Hanya cedera ringan sahaja. Terima kasih datang melawat saya
Encik Syukri.

SCENE 3

INFOGRAFIK : MEMBERI MAKANAN KEPADA JIRAN

LOKASI: DI DEPAN RUMAH – SIANG

AKSI: Pada hujung minggu, PuanAnita memasak untuk keluarganya dan telah memasak lebih
sedikit untuk diberi kepada jirannya Puan Hannah.

DIALOG :

Puan Anita : Assalamualaikum Puan Rosmah, ni ada sedikit lauk yang saya masak untuk kamu
sekeluarga.

Puan Hannah : Waalaikumussalam. Wahh sedapnya bau, tak sabar nak makan. Terima kasih
Puan Anita. Semoga dimurahkan rezeki. Insyaallah, lain masa saya pula yang beri.

SCENE 4
INFOGRAFIK : TOLONG MENOLONG

LOKASI: DI LUAR RUMAH- SIANG

AKSI: Pada suatu petang, ketika Encik Ravi keluar ingin membuang sampah, Encik Ravi
ternampak Encik Ahmad yang kebingungan melihat keretanya yang seperti rosak. Lalu Encik
Ravi menolong Encik Ahmad membaiki keretanya.

11
DIALOG:

Encik Ravi : Encik Syukri, kereta kamu rosak ke?

Encik Ahmad : Ya, kereta saya rosak. Saya tidak pasti apa kerosakan kkereta saya.

Encik Ravi : Takpe, mari saya tolong tenggokkan, dan baiki apa yang patut.

Encik Ahmad : Baiklah, terima kasih ya.

SCENE 5
INFOGRAFIK : HIKMAH MENJAGA ADAB BERJIRAN

ISI PENTING :

1. Kehidupan akan tenang dan harmoni

2. Mudah mendapat pertolongan apabila diperlukan

3. Masyarakat hidup Bersatu padu dan saling membantu

4. Mendapat keberkatan dan rahmat Allah

5. Negara akan maju dan menjadi tumpuan pelancong

6. Gejala sosial dapat ditangani dengan lebih efisien

12
LAMPIRAN C - CARTA (GANT CHART)
WEEK 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

DATE 29-3 Dis 6-10 Dis 13-17 20-24 27-31 3-7 Jan 10-14 17-21 31-4 7-11 14-18 21-25 28- 4 7-11
2021 2021 Dis 2021 Dis 2021 Dis 2022 Jan Jan Feb Feb Feb Feb Mar Mar
2021 2022 2022 2022 2022 2022 2022 2022 2022

PRA PRODUKSI

Proposal

Jalan Cerita

Penulisan Skrip

Pembentangan

PRODUKSI

Mereka Bentuk Latar


Belakang

Mereka Bentuk Watak

Merakam Audio/ Suara

Prinsip Animasi

Kreativiti
PASCA PRODUKSI

Kesan Bunyi

Penambahan / Kesan
Khusus

Pembentangan

You might also like