You are on page 1of 24

Disediakan oleh:

Emram bin Yunus


Multimedia dalam Pendidikan

Kajian terhadap rekabentuk antaramuka koswer multimedia, rekabentuk antaramuka


majalah, rekabentuk antaramuka laman web dan rekabentuk antaramuka poster.

Pendahuluan:

Antaramuka merupakan medium interaksi dan sistem penyampaian yang


menghubungkan di antara pengguna dengan kandungan. Ianya merupakan skrin-skrin
persembahan yang mengandungi maklumat yang ingin disampaikan kepada pengguna.
Antaramuka juga menjadi penilaian pertama pengguna kepada sesuatu koswer, poster,
laman web mahupun majalah. Ini kerana antaramuka yang menarik boleh menjadikan
kandungan yang ingin disampaikan kelihatan lebih mudah difahami dan berkesan.

Di dalam sains komputer dan interakasi manusia-komputer, antaramuka merujuk


kepada grafik, teks dan maklumat auditori sesebuah program yang dipersembahkan
kepada pengguna dan juga merangkumi urutan arahan dan pergerakan tetikus pengguna
ke atas program.

Terdapat perbezaan di antara antara muka cetakan dengan paparan elektronik.


Justeru itu, kajian yang saya jalankan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu antaramuka
paparan elektronik yang meliputi koswer dan laman web. Seterusnya antaramuka cetakan
yang meliputi poster dan majalah.

Antaramuka untuk persembahan secara elektronik atau digital


(koswer, laman web)

Di dalam pembangunan sesuatu koswer atau laman web, pemilihan dan


merekabentuk

antaramuka

sama

pentingnya

dengan

pemilihan

bahan

dan

kandungan.yang ingin disampaikan kepada pengguna.

Justeru itu, terdapat beberapa prinsip dan elemen yang perlu diketahuai oleh
pereka bentuk antaramuka digital. Ini kerana antaramuka hendaklah kelihatan menarik,
berseri, berkesan dan kelihatan lebih efektif ketika menggunakannya. Perlu juga
diketahui bahawa, rekabentuk antarmuka yang berkesan bukan sekadar menentukan
rekaletak grafik atau persembahan media semata-mata. Perekabentuk hendaklah peka
kepada perasaan pengguna, memsukkan unsur-unsur psikologi, menitikberat keselesaan
pengguna iaitu mesra pengguna (user-friendly) di samping berupaya menyampaikan
kandungan koswer dan laman web dengan lebih effisien.

Kebiasaanya kesempurnaan sesuatu antaramuka bagi koswer atau laman web


dinilai berdasarkan kepada elemen-elemen yang digunakannya.

Penekanan yang

bersesuaian ke atas setiap elemen akan memberi keseimbangan kepada setiap antaramuka
yang dihasilkan. Di antara elemen-elemen penting ialah seperti:

i.

Latarbelakang skrin

ii.

Tetingkap dan panel

iii.

Butang dan kawalan

iv.

Teks

v.

Imej

vi.

Audio

vii.

Video

viii.

Animasi

Berikut merupakan penerangan ringkas bagi menjelaskan maksud penggunaan


kepada setiap elemen yang disenaraikan sebagai panduan perekabentuk antaramuka.

i.

Latarbelakang skrin

Memilih dan menentukan latarbelakang yang sesuai kepada koswer dan


laman web tidaklah begitu sukar selagi kita mengetahui fungsinya. Selain
daripada mengisi ruang kosong, latar belakang juga berfungsi di dalam
menggabungkan kesemua elemen antaramuka. Latarbelakang yang baik
kelihatan sangat harmoni dan kelihatan serasi dengan setiap elemen yang
terdapat di atas skrin selain mempengaruhi rupa, keseimbangan dan
kedudukan elemen-elemen rekabentuk lain di atas skrin. Elakkan daripada
pemilihan grafik yang gagal memberi maksud kepada kandungan skrin
dan warna-warna yang boleh mengganggu tumpuan pengguna dan
pastikan setiap latarbelakang yang dipilih mempunyai kesinambungan
(consistence) di antara latarbelakang yang lain.

ii.

Tetingkap dan panel

Penggunaan tetingkap atau panel dilihat sebagai satu keperluan yang dapat
membantu menangani masalah dalam menentukan warna teks yang sesuai
untuk diintegrasikan ke dalam skrin antaramuka khususnya bagi skrin
yang menggunakan latarbelakang yang berwarna-warni atau bergambar.
Dengan bantuan panel, masalah ini dapat di atasi dengan mudah selain
menampakkan kreativi perekabentuk antaramuka.

iii.

Butang dan kawalan

Berperanan sebagai alat arahan dan kawalan aplikasi kepada pengguna


untuk menjelajahi kandungan koswer atau laman web dengan terarah.
Butang berupaya membimbing pengguna memahami kandungan dengan
cara yang sistematik agar koswer atau laman web yang diguna mampu

memberi pengetahuan yang maksimum dan terbaik. Justeru pemilihan


butang dan kawalan yang sesuai amat perlu supaya selari dengan maksud
butang tersebut.
Di antara ciri-ciri pemilahan butang dan ikon yang sempurna ialah:

a. Butang yang bersifat universal yang boleh difahami oleh semua


pengguna seluruh dunia seperti ikon rumah untuk kembali kepada
paparan utama.
b. Menggunakan ikon yang sedia ada dipasaran yang mana nilai
piawaiannya telah ditetapkan serta telah diketahui fungsinya oleh
kebanyakkan pengguna. Contohnya symbol anak panah yang
membawa maksud ke depan atau kebelakang.
c. Saiz ikon yang bersesuai dari saiz dan fungsinya di atas antaramuka.
Ianya tidak terlalu kecil atau terlalu besar.
d. Butang hendaklah ringkas kerana butang bukan tumpuan utama di
dalam antaramuka tetapi pemilihan butang perlulah tepat dengan
maksud di atas antaramuka.

Selain penggunaan ikon sebagai butang, penggunaan perkatan juga


dianggapp sesuai kerana fungsi bagi butang perkataan tersebut telah
dinyatakan dengan jelas seperti next, yang bermaksud ke skrin yang
seterusnya.

iv.

Teks

Teks merupakan elemen terpenting di dalam persembahan koswer dan


laman web selaras dengan matlamat pembangunannya. Teks merupakan
medium kepada penyampaian pengetahuan kepada pengguna secara terus
dan tepat. Selain daripada itu, teks juga mampu menjadi penghias
antaramuka yang cantik dan menarik.

Di antara faktor-faktor yang perlu dititikberatkan di dalam pemilihan teks


ialah:
a. Penggunaan warna pada teks, saiz (rupa tulisan), fon, dan jarak
jangkau (spacing).
Perkara paling asas yang perlu dipastikan oleh perekabentuk
antaramuka ialah untuk memastikan agar teks boleh dibaca dengan
jelas dan kelihatan harmoni dengan latarbelakang. Pemilihan warna
teks yang kontras dengan latarbelakang adalah amat sesuai kerana
secara tidak langsung pengguna akan memberi tumpuan pada teks dan
pengetahuan yang ingin disampaikan.. Selain daripada itu, pemilihan
saiz dan jenis tulisan juga amat penting kerana ianya mampu
mempengaruhi emosi pengguna. Jarak langkau yang sesuai bagi setiap
baris ayat ialah antara 1 dan 1 .

b. Kuantiti teks serta panjang sesuatu ayat.


Menggunakan teks yang terlalu panjang untuk menyampaikan maksud
perlu dielakkan di dalam koswer dan laman web. Panjang teks yang
paling ideal pada sesuatu skrin koswer ialah antara 10 hingga 12 ayat
yang sederhana panjang. Sekiranya ayat perlu panjang maka, bilangan
ayat yang sesuai ialah tidak melebihi 8 ayat.

c. Kedudukan teks di skrin.


Di atas skrin, kedudukan teks perlulah konsisten pada mata pengguna.
Jangan sesekali mengubah kedudukan teks tanpa maksud yang jelas
kerana ianya mampu mempengaruhi tumpuan pengguna. Ini kerana
teks seharusnya membantu pengguna ke arah memahami pengetahuan
daripada faktor-faktor lain. Margin yang sesuai bagi teks dengan skrin
ialah antara 1 hingga 2 cm iaitu tidak terlalu jauh atau dekat dengan
sisi skrin.

v.

Imej atau grafik.

Penggunaan imej dan grafik yang bersesuaian dengan latarbelakang dan


kandungan yang ingin disampaikan menjadikan persembahan koswer dan
laman web nampak sempurna. Imej dan grafik dapat membantu di dalam
menyampaikan mesej atau konsep yang lebih jelas kepada pengguna. Imej
yang dipilih tidak seharusnya keterlaluan sama ada dari segi saiz mahupun
pelbagai. Ini kerana imej atau grafik hanyalah bersifat pembantu pada
skrin. Kedudukan imej dan grafik hendaklah tepat dan sempurna selain
tidak mengganggu teks pada skrin. Amat penting untuk memastikan agar
imej dan grafik mempunyai maksud yang selari dengan pengetahuan yang
ingin disampaikan. Sebagai contoh, sekiranya pengetahuan yang ingin
disampaikan adalah tentang menu masakan, adalah tidak sesuai sekiranya
imej harimau atau kapal terbang di letakkan pada skrin.

vi.

Audio, Video dan animasi.

Seelok-eloknnya penggunaan audio, video dan animasi di dalam


antaramuka bagi koswer dan laman web biarlah bersifat di bawah
kawalan. Kehadiran audio, video dan animasi sebenarnya boleh membantu
pengguna di dalam mengukuhkan penngetahuanyang dipelajari. Pun
begitu, kehadiaran alat-alat ini tanpa kawalan boleh memenatkan dan
mengganggu pengguna secara keterlaluan. Contohnya penggunaan muzik
latar yang diulang berulangkali tanpa boleh dikawal pengguna seharusnya
tidak digunakan. Perlu diingat pengguna ini sifatnya pelbagai, kadangkala
terdapat pengguna yang sukar untuk menerima pengetahuan bersama
muzik kerana ianya dianggap sebagai hilang tumpuan iaitu penggangu.
Begitu juga penggunaan suara yang membaca teks. Ia seharusnya boleh
dikawal pengguna sama ada boleh diulang atau diberhentikan khususnya
untuk koswer bagi matapelajaran bahasa. Pengggunaan video dan animasi
biarlah sesuai dengan kandungan dan meletakkannya ditempat yang sesuai
dengan elemen-elemen lain di dalam antaramuka atau skrin.

Antaramuka untuk majalah dan poster.

Majalah

Kemunculan fahaman-fahaman dalam aliran seni lukis banyak membawa


perubahan dalam hasil ciptaan reka bentuk grafik. Misalnya reka letak majalah tidak
terkongkong dengan cara tradisional yang mementingkan simetri. Reka letak baru lebih
mementingkan soal-soal reka letak yang bermotivasi kepada pengguna dengan gaya
bebas.

Sekitar tahun 1920-an pembangunan dalam rekaan grafik semakin menyerlah


apabila munculnya kumpulan yang diberi nama de Stijl group. Kumpulan ini selari
dengan zaman revolusi Rusia. Rekaan-rekaan grafik menjadi lebih bebas dan
mementingkan komunikasi kepada pengguna.

Kemudian kumpulan Bauhaus telah memperkenalkan bahasa-bahasa seni


melalui asas-asas seni reka. Kumpulan ini telah memperkenalkan pendidikan grafik
formal antaranya ialah garisan, rupa dan huruf dalam sesuatu rekaan grafik. Ianya telah
digunakan secara meluas selepas perang dunia kedua apabila muncul sekolah-sekolah
seni lukis di England.

Prinsip-prinsip utama
Secara asasnya, manusia membaca mengikut:
i.

Satu arah

ii.

Susunan

iii.

Kesinambungan

Reka letak yang berselerak dan bercelaru akan menyusahkan, menyiksakan malah
mendera pengguna untuk membaca bahan yang ingin disampaikan. Kejadian seumpama
ini amat merugikan lebih-lebih lagi bahan tersebut bertujuan untuk mendidik.

Tugas merekaletak ialah untuk memberikan bentuk kepada visual yang


melibatkan susunan tipografi, susunan ilustrasi dan simbol. Prinsip utama untuk
menghasilkan reka letak ialah plan, komposisi dan reka bentuk (Wills, 1965).

Terdapat dua jenis reka letak yang sering dijadikan sebagai panduan dan rujukan
pereka grafik iaitu Bauhaus Swiss Grid System dan Push Pin Studio.

Bauhaus Swiss Grid System mengemukakan beberapa teknik reka letak seperti :
i.

Jenis Palang ( Cross )


Cara ini yang mana imej dan taip disusun berdasarkan garis lintang dan
tegak. Banyak ruang ditinggalkan untuk merehatkan pandangan.

ii.

Jenis S
Susunan ditumpukan di atas rupa S. Ia memudahkan pergerakan mata.

iii.

Jenis Band
Jenis yang paling ekonomik dan cepat, hanya berdasarkan satu garis tegak.
Lebih banyak ruang negatif ditinggalkan sehingga dapat mewujudkan
kontras yang tinggi.

iv.

Jenis Axial
Jenis begini kurang menggunakan garisan-garisan di dalam buku tulis,
cuma ditambahkan dengan garisan tegak di tepi kirinya sahaja.

v.

Jenis Pile Up or Boxes


Jenis ini sering dikaitkan dengan gaya seni lukis Mondrian atau ada yang
menggelarkannya sebagai corak batu bata.

vi.

Jenis Chekkerboard
Jenis ini juga dikenali sebagai corak dam. Ianya adalah sesuai sekiranya
banyak teks dan ilustrasi yang perlu diisi di dalam satu ruang atau muka

surat. Banyak digunakan untuk reka letak bahan bacaan, lebih-lebih lagi
untuk paparan dua.

Push Pin Studio ialah satu kumpulan pereka grafik dari New York ( 1954 )
yang diketuai oleh Seymour Chwast, Milton Glaser, Reynold Ruffins dan Edward Sorel.
Manakala rekaan yang dihasilkan oleh Push Pin Studio lebih bebas struktur dan sifatnya,.
Mereka gemar menggunakan warna yang garang dan terang, ilustrasi naratif, bentuk yang
dibesarkan, rata dan gaya susunan yang tidak diduga untuk mewujudkan kesan humor
(Living Stone, 1994).

Kumpulan Push Pin Studio mengemukakan beberapa cadangan untuk


menghasilkan reka letak yang lebih bebas dan kontemporari.

i.

Jenis Konvensional
Ianya mengandungi ilustrasi dengan tajuk, sub tajuk dan teks.

ii.

Jenis Poster
Ianya mengandungi tajuk dan ilustrasi sahaja

iii.

Jenis Omnibus
Ianya mengandungi lebih dari satu jenis ilustrasi, tajuk dan teks.

iv.

Jenis Santak
Ianya disusun sebelah sahaja sama ada kiri atau kanan santak. Ia
mengandungi ilustrasi, tajuk dan teks.

Beberapa contoh yang disenaraikan perlulah dianggap sebagai panduan asas


sahaja. Kreativiti seseorang pereka sebenarnya lebih utama untuk menghasilkan sesuatu
reka letak yang lebih bermakna dan berkesan untuk pengguna. Oleh yang demikian,
reka letak yang berjaya ialah bahan yang memberi perhatian kepada reka letaknya seperti
keterbacaan kepada pengguna.

Poster

Poster ialah satu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna,
reka letak dan foto yang digubah untuk memberitahu maklumat atau menyampaikan
maklumat yang mudah secara spontan. Poster juga dikatakan sebagai satu komunikasi
visual yang mudah dan berkesan.

Pada peringkat awal poster hanya menggunakan susunan huruf semata-mata,


hinggalah pada abad ke 17 poster telah mula menggunakan ilustrasi dan teknik
percetakan menggunakan teknik ukiran blok kayu ( cetakan kayu ). Teknik litografi
mula diperkenalkan oleh Sebefelder dari Austria pada tahun 1796, maka bermulalah
poster bertajuk La Bishe Au Bios yang menggunakan teknik litografi dengan berwarna
direka bentuk oleh Jules Cheres pada tahun 1867.

Satu pergerakan seni yang mempunyai pengaruh yang mendalam dalam bidang
poster ialah kumpulan Art Nouveau. Kumpulan ini mempelopori seni lukis poster yang
memaparkan keindahan melalui rekaan dekoratif. Kemudian kemunculan kumpulan dari
sekolah Bauhaus (1919) memberi pembaharuan dari segi bentuk-bentuk tipografi,
contohnya rekaan poster oleh Joos Schmid menunjukkan satu bentuk poster yang paling
berkesan dengan menggunakan inovatif dalam susunan tipografi dan bentuk-bentuk.

Sejarah di negara ini, poster mula digunakan dengan meluas semasa pemerintahan
Jepun. Poster digunakan sebagai alat propaganda. Kemasukan British ke Tanah Melayu
dari zaman darurat memperlihatkan lagi perkembangan poster. Antara poster yang
disebarkan untuk menentang Jepun dan komunis pada ketika itu ialah imej Uncle Sam
dan Tunjuk Tangan bersama teks The Country Needs You. Selepas kemerdekaan
poster semakin popular digunakan sebagai alat komunikasi berkesan dengan
menggunakan teknik dan alat baru.

Berikut merupakan panduan umum yang perlu diambil kira di dalam


menghasilkan antaramuka yang sempurna sama ada untuk merekabnetuk antaramuka
bagi koswer, laman web, poster mahupun majalah.

i.

Antaramuka perlulah kelihatan ringkas iaitu tidak terlalu padat dengan


teks mahupun imej atau grafik. Tidak terlalu banyak maklumat yang
ingin disampaikan di dalam satu masa. Pecahkan maklumat mengikut
skrin-skrin tertentu.

ii.

Penggunaan grafik apabila perlu sahaja. Skrin juga perlu mempunyai


ruang kosng untuk keselesaan mata pengguna. Tidak perlu meletakkan
grafik ditempat yang tidak mempunyai maksud yang khusus kepada
grafik.

iii.

Kesinambungan

antaramuka

adalah

prinsip

yang

menjadikan

antaramuka itu, kelihatan seperti bersatu dan harmonis. Selain itu,


kesinambungan juga mewujudkan suatu keadaan yang mana maklumat
yang ingin disamapaikan kelihatan seperti sebuah cerita yang menarik
dan tidak tergantung.
iv.

Rekabentuk berdasarkan isi kandungan.

Perbezaan rekabentuk antaramuka dari aspek sasaran pengguna, perbezaan jantina,


aspek usia, medium penerbitan dan mesej penerbitan dan penambahbaikan yang boleh
diterapkan dalam penerbitan berkenaan.

Pendahuluan

Di dalam menghasilkan sesuatu rekabentuk antaramuka, sama ada poster,


majalah, koswer ataupun laman web yang menjadi agenda penting ialah agar kandungan
dan pengetahauan yang ingin disampaikan kepada pengguna dapat diterima dan difahami
dengan baik. Menjadi satu kemestian kepada perekabentuk antaramuka memahami
perkara utama yang perlu diterima oleh pengguna.

Penerangan

Menurut Lopuck (1996), bagi memastikan antaramuka pengguna yang dihasilkan


kelihatan menarik dari segi persembahan dan mampu memberi pengalaman bermakna
kepada pengguna 3 persoalan asas perlu dilaksankan iaitu:
i.

Menentukan kumpulan sasaran

ii.

Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi rekabentuk

iii.

Jenis pengalaman yang perlu oleh pengguna

Perbincangan seterusnya akan menyentuh isu berkaitan dengan antaramuka yang


perlu dititikberatkan oleh perekabentuk antaramuka.

i.

Rekabentuk antaramuka dari aspek sasaran pengguna.


Persoalan siapakah pengguna yang bakal menggunakan koswer atau laman
web yang dibina perlu di ambil perhatian oleh perekabentuk. Pengguna
mungkin kanak-kanak, orang dewasa, golongan pelajar, pesara, orang
Melayu, Cina, India atau mungkin poster atau majalah yang akan
dihasilkan lebih bersifat kewanitaan atau kelelakian. Semua jenis
golongan pengguna ini perlu diambil kira oleh perekabentuk.

Pemilihan grafik yang sesuai sebagai tatarias antaramuka koswer untuk


pelajar sekolah seharusnya lebih bersifat segar dan mampu memberi
pengukuhan kepada isi pelajaran agar mudah diingati dan difahami. Begitu
juga pemilihan grafik kepada majalah lelaki. Amat tidak sesuai sekiranya
diselitkan dengan gambar bunga atau warna yang terlalu cerah seperti
merah jambu dan sebagainya. Sebuah laman web yang dibangunkan untuk
wanita biasanya nampak lebih ceria dan menarik sama ada dari segi
warna, pemilihan grafik dan animasi. Remaja perempuan lebih menyukai
grafik yang kelihatan lembut seperti gambar anak patung atau bungan ros.
Bagi kanak-kanak, pemilihan imej kartun dan berwarna-warni amat sesuai
digunakan bagi menggalakan pemahaman kepada kandungan selaian
daripada menggunakan format yang ringkas dan bersifat objektif. Grafik
yang dipilih juga perlu bersifat universal. Jangan sesekali menggunakan
grafik yang boleh mengganggu sentimen kaum, budaya atau agama lain.

Penggunaan teks yang kecil kepada golongan pesara atau orang dewasa
dianggap

kurang

sesuai.

Selain

menyakitkan

mata,

ianya

juga

menyebabkan proses penyampaian pengetahuan akan dianggap tidak


penting.

ii.

Perbezaan jantina
Jantina yang dimaksudkan ialah lelaki dan perempuan yang mana
mempunyai keperluan dan pendekatan yang berbeza. Sejak zaman kanakkanak lagi, manusia mula mengenali perbezaan jantina mereka. Justeru itu,
perekabentuk sama ada lelaki atau perempuan tidak perlu cenderung
kepada jantina masing-masing sebaliknya lebih peka kepada jantina
pengguna. Perkara ini dinyatakan oleh Kate Millett dari buku Philosophy
of art Education mengatakan bahawa There are at least three underlying
reasons why art education is associated with the female sex: (1) teaching
art, insofar as it is identified with the household crafts and the maternal
role in nurturing children, is regarded as feminine; (2) art itself is
regarded as a female activity because it clears no forests, ploughs no

furrows, and fights no battles (although women today fight in wars); and
(3) because hierarchies of value in curriculum theory assign a minor, that
is, a subordinate or feminine role, to art in education. (Edmund Burke
Faldman, 1996).

dan Kata Moore, (1988: vii) 2


It is commonly assumed that books about feminism are either womens
books or books about women...the identification of feminist concerns with
womens concerns has been one of the many strategies employed in the social
sciences to marginalize the feminist critique. This marginalization is quite
unjustified; the basis for the feminist critique is not the study of women, but
the analysis of gender relations, and of gender as a structuring principle in
all human societies.

Contohnya, warna biru dan hijau dikatakan antara warna yang diminati
oleh orang lelaki berbanding perempuan. Warna biru dikatakan
menunjukkan kebijaksanaan dan keseimbangan kepada lelaki. Warna hijau
mampu memberi kerehatan, ketenangan dam kesihatan kepada golongan
ini.

iii.

Aspek usia
Usia antara faktor kuat yang perlu diketahuai oleh pereka bentuk
antaramuka. Orang dewasa yang mempunayi struktur kognitif yang lebih
kuat dan pengalaman yang luas menjadikan kerja-kerja pembangunaan
antaramuka lebih mudah berbanding dengan kanak-kanak. Ini kerana
orang dewasa mempunyai kehendak yang lebih tinggi berbanding kanakkanak. Memetik dari kata-kata Abraham Maslow As Maslow puts it, the
behavior of children is a fact of being as well as fact of becoming.
He maintains, Healthychildren dont live for the sake of far goals or
for the distant future They are living, not preparing to live.. Menurut
kata-kata tersebut, kanak-kanak tidak berfikir jauh ke hadapan, apa yang

dilihat adalah pada masa tersebut. Grafik untuk kanak-kanak seharusnya


lebih ringkas nyata dan mudah ditafsir oleh mereka..

Manakala bagi

golongan dewasa, antaramuka tidak memerlukan ianya dihias dengan


terlalu berwarna-warni dan bergrafik yang banyak melainkan menyokong
pengetahuan. Apa yang penting bagi mereka kandungan yang hendak
disampaikan itu jelas dan bermakna.

iv.

Medium penerbitan

Pemilihan medium penerbitan yang yang sesuai untuk menyampaikan


pengetahuan perlulah bijak. Ini kerana medium yang berbeza akan
memberi impak yang berbeza. Di antara medium penerbitan yang biasa
digunakan seperti akhbar, televisyen, laman web, majalah, poster dan
sebagainya. Sebagai contoh penggunaan ruangan siber dengan perisian
multimedia pendidikan yang mana penggunaan ruangan siber rekabentuk
antaramukanya lebih kepada portal dan ia tidak menggunakan fail-fail
yang besar. Berbeza rekabentuk perisian multimedia yang boleh
menggunakan antaramuka yang lebih interaktif dan penuh dengan animasi
dan penggunaan video. Selain daripada itu, penggunaan imej yang jelas
pada medium penerbitan akan banyak membantu pengguna untuk
membaca atau memandang setrusenya memahami mesej yang ingin
disampaikan. Sebagai contoh, poster akan kelihatan lebih realistik
sekiranya setiap imej yang digunakan disimpan di dalam kedalaman warna
yang tinggi contohnya 24 bit dengan resolusi 300 dpi. Antara contoh lain
ialah penggunaan teks pada kain rentang dengan poster. Walaupun mesej
yang hendak disampaikan adalah sama, tetapi rekabentuk yang dibuat
adalah berbeza.

v.

Mesej penerbitan

Perisian multimedia mempunyai pelbagai mesej yang disampaikan. Yang


membezakan ia daripada poster dan kulit majalah ialah mesej yang ingin
disampaikan boleh melalui pelbagai cara yang menarik seperti
penggunaan grafik, audio, video dan animasi.. Bagi rekabentuk
antaramuka majalah pula banyak menggunakan teks dan gambar sahaja.
Teks digunakan untuk menjelaskan secara visual isu atau tajuk yang
dibawa untuk keluaran kali ini. Penggunaan ilustrasi tidaklah penting
sangat berbanding penggunaan teks yang amat penting untuk menyatakan
tajuk majalah tersebut. Rekaan layout ada juga ringkas dan ada juga
kompleks, bergantung kepada golongan sasaran.

Kebiasaanya bahan

bacaan ilmiah tidak banyak menggunakan kesan khas grafik, sekadar


memanipulasikan penggunaan tyfografi untuk menampakkan gaya
majalah itu dipersembahkan.

Menerusi laman web penyampain mesej seakan seperti di dalam koswer.


Namun begitu, penggunaan tetingkap pop-up boleh membezakan di antara
koswer dan laman web. Pun begitu setiap tetingkap pop-up itu perlulah
dikawal. Penggunaan tetingkap pop-up ini boleh memberikan penegasan
ke atas mesej yang ingin disampaikan.

Penyampaian mesej melalui poster amat terhad dan ia banyak bergantung


kepada kemahiran kognitf pengguna. Setiap poster yang dihasilkan
kadang-kala memberi tanggapan yang berbeza kepada pengguna. Walau
bagaimanapun perekabentuk harus bijak menggunakan grafik agar maksud
yang ingin disampaikan tidak terpesong jauh daripada pemikiran
pengguna. Kebiasaannya saiz poster secara standardnya di US dan British
adalah 27x41 inci. Walaubagaimanapun semenjak tahun 1980an, satu
helaian poster bersaiz 27x39 dan 27x40 telah menjadi kebiasaan sekarang.

Penambahbaikan ke atas sampel yang sedia ada.


Sasaran pengguna:
Golongan Petani
Gender:
Lelaki
Aspek usia:
Dewasa
Medium Penerbitan:
Cetakan
Mesej penerbitan:
Hasil Pertanian

Poster

Pemilihan rupa taip (fon) kelihatan agak ganjil pada poster ini. Selain sukar
dibaca, gangguan grafik yang ke atas teks juga menggangu tumpuan pembacaan
pengguna. Namun begitu, keseimbangan poster dapat dilihat kepada kedudukan
teks.Pemilihan dan penegasan imej dapat dilihat dengan jelas dan penggunaan ton warna
yang pelbagai boleh menarik minat pengguna.

Sasaran
pengguna:
Golongan
Korporat/
Bekerjaya
Gender:
Umum
Aspek usia:
Dewasa
Medium
Penerbitan:
Paparan elektronik
(monitor)
Mesej penerbitan:
Produk Syarikat/
Kemudahan
Pelanggan

Laman web

Kelemahan utama bagi laman web ini ialah terlalu banyak teks dan mesej yang
ingin disampaikan. Penggunaan grafik yang terhad memberi tanggapan awal bahawa
ianya dibangunkan khusus kepada golongan dewasa semata-mata. Imej wanita dan lelaki
kelihatan tidak selari dengan mesej yang ingin disampaikan. Pengugunaan warana biru
dan hijau merupakan warna yang sangat sesuai kepada lelaki dan wanita. Namun warna
kelabu pada bahagian bawah kelihatan seolah-olah tidak wujud kerana penegasan warna
biru dan hijau. Saya mencadangka agar warna coklat seperti kiri dan kanan dan fon putih
digunakan.

Sasaran
pengguna:
Pereka Dalaman/
Berkeluarga/
Pemilik Rumah
Gender:
Umum
Aspek usia:
Dewasa
Medium
Penerbitan:
Paparan elektronik
(monitor)
Mesej penerbitan:
Produk Syarikat/
Kemudahan
Pelanggan

Kelemahan yang ketara di dalam laman web ini ialah warna teks yang seakan
sama dengan latarbelakang. Penegasan warna yang amat lemah. Selain daripada itu
kedudukan teks yang tidak seragam. Sepatutnya teks boleh disusun dengan lebih teratur
dengan menggunakan fungsi justify dan teks berwarna hitam boleh digunakan agar
kelihatan lebih contrass denan latar belakang. Boleh juga ditambahkan dengan satu lagi
imej di bawah sebelah kanan agar antaramuka kelihatan lebih seimbang.

Sasaran
pengguna:
Korporat/ Pelajar/
Pekerja
Gender:
Lelaki
Aspek usia:
Dewasa
Medium
Penerbitan:
Paparan elektronik
(monitor)
Mesej penerbitan:
Modul
Pembelajaran

Koswer

Antaramuka koswer ini kelihatan tidak seimbang kerana perbezaan warna ungu
dan kelabu. Sepatutnya boleh dimasukkan satu imej sederhana besar yang berwarna selari
dengan ungu di sebelah kanan. Penggunaan logo syarikay yang membangunkan koswer
kelihatan lebih menonjol berbanding dengan mesej lain yang ingin disampaikan.

Sasaran
pengguna:
Pelajar/ Peminat IT
Gender:
Lelaki
Aspek usia:
Remaja dan
Dewasa
Medium
Penerbitan:
Cetakan (buku)
Mesej penerbitan:
Perkongsian ilmu/
Produk syarikat

Majalah

Penggunaa imej tampalan di bahagian bawah kelihatan tidak harmoni dengan imej
vektor iaitu gambar lelaki yang sedang berfikir. Gambar ini mungkin memberi maksud
lelaki itu sedang berkira-kira bagaimana hendak menyelesaikan masalah. Tetapi
penggunaan gambar tampalan yang bersifat bitmap lebih menarik mata pengguna. Oleh
itu kenapa tidak digunakan imej bitmap bagi lelaki yang sedang berfikir itu. Mungkin ia
akan kelihatan lebih harmoni.

Contoh-contoh laman web


Sasaran
pengguna:
Jurutera/ Korporat
Gender:
Lelaki
Aspek usia:
Dewasa
Medium
Penerbitan:
Paparan elektronik
(monitor)
Mesej penerbitan:
Profil dan Produk
Syarikat/
Kemudahan
Pelanggan

Laman web untuk Pengguna Dewasa

Laman web ini lebih sesuai untuk pengguna lelaki. Ianya boleh dilihat melalui
pemilihan warana perak dan biru sebagai latar belakang. Begitu juga dengan pemilihan
grafik dan simbol yang nampak begitu objektif.

Sasaran
pengguna:
Suri rumah
Gender:
Wanita
Aspek usia:
Dewasa
Medium
Penerbitan:
Paparan elektronik
(monitor)
Mesej penerbitan:
Produk Syarikat/
Perkongsian Ilmu

Laman Web ini dibangunkan khusus untuk wanita. Pemilihan latarbelakng yang
berwarna kuning amat sesuai kerana wanita amat menyukai warna-warna yang lembut.
Laman web ini menggunakan panel yang berwarna coklat bagi memaparkan tulisan
kelihatan kurang sesuai untuk wanita. Begitu juga dengan penggunaan grafik daun kering
kelihatan tidak mempunyai objektif yang tepat.

Sasaran
pengguna:
Pelajar sekolah
rendah
Gender:
Umum
Aspek usia:
Kanak-kanak
Medium
Penerbitan:
Paparan elektronik
(monitor)
Mesej penerbitan:
Perkongsian
maklumat/
berkawan/ carian
ilmu

Laman Web untuk kanak-kanak

Faktor warna menjadi daya penarik utama laman web ini. Penggunaan warna
yang bijak dengan susunan ikon yang teratur. Bahan dan maklumat tambahan yang
dimuatkan turut memabantu kanak-kanak di dalam banyak perkara seperti search
engine, permainan baru dipasaran, rakan-rakan di internet. Pengatahuan am dan banyak
lagi.

You might also like