You are on page 1of 3

1.

Pengenalan:
Topik ini lebih tertumpu kepada reka bentuk grafik dan reka bantuk digital Multimedia.
Pembelajaran bidang ini dikhusus kepada teori dan praktikal. Dari aspek teori guru memerlukan
perbincangan, lawatan dan kuliah. Guru perlu mencari bahan-bahan melalui sumber internet (web),
buku- buku terkini dan majalah. Tumpuan adalah banyak kepada reka bentuk digital samada dalam
bidang grafik konvensional atau reka bentuk menggunakan komputer (multimedia, animasi dan
laman web).

2. Pengertian:

2.1. Reka bentuk Grafik:

 Perkataan Grafik adalah dari perkataan Greek iaitu ‘Graphikos’ yang bermaksud: Boleh
melukis dan mewarna.

 Penggunaan perkataan reka bentuk grafik atau ‘graphic designer’ mula diperkenalkan oleh
William Addison dalam buku bertajuk ‘DWINGGINGS’ sekitar tahun 1922.

 Kamus Webstar: Grafik ialah seni halus dan seni gunaan dalam gambaran dekoratif dan
tulisan atau cetakan di atas permukaan datar beserta dengan teknik dan ketukangan yang
berkaitan dengannya.

 Smolucha L. (1997), dalam Buku ‘The Visual Art’ menyatakan bahawa Seni Grafik merupa
perkataan yang merujuk kepada banyak cabang seni halus terutamanya dalam bidang
percetakan. Dan seterusnya beliau menyarankan reka bentuk grafik adalah lebih sesuai dalam
aplikasi bidang ‘commersial-industrial’ dan komunikasi visual.

 Dalam buku ‘Enscylopaedia of Graphic Design+Designers’ Tulisan Alan dan Isabella


menyatakan istilah reka bentuk grafik adalah merujuk kepada aktiviti yang melibatkan
Tipografi, Ilustrasi, potografi, percetakan, pemujukan, informasi dan instruksi.

 Pada umumnya reka bentuk grafik lebih menjurus kepada reka bentuk visual yang
berkepentingan komunikasi dengan audian.

2.2. Reka bentuk multimedia:

Perkataan Multimedia merujukkepada komunikasiyang menggunakan audio, video, teks, grafik dan
animasi yang digabungkan dengan interaksi pengguna secara interaktif dan dipersembahkan melalui
teknologi komputer.

Multimedia Interaktif ialah gabungan pelbagai media seperti video, teks, audio, grafik dan animasi
melalui komputer. Multimedia interaktif dikaitkan dengan maklum balas. Secara khususnya
interaktif adalah komunikasi dua hala dalam komunikasi. Interaktif ialah satu proses yang
membenarkan pemprosesan maklumat yang mendalam ke dalam minda audian.

Reka bentuk multimedia ialah reka bentuk visual yang menggunakan komputer dihasilkan melalui
yang memenuhi ciri-ciri rekabentuk grafik yang memasukkan unsur-unsur warna, imej, tipografi,
susun atur dan audio yang membenarkan keselesaan kepada penglihatan dan pendengaran audian.

Animasi merupakan elemen dalam multimedia. Animasi merupakan satu teknologi yang
membolehkan imej pegun kelihatan seolah-olah hidup, dapat digerakkan, beraksi dan bercakap.
Pengolahan animasi adalah menerapkan unsur-unsur grafik dan seni halus bagi memberi kesan ilusi
pergerakan. Contohnya ialah kartun.
2.3. Elemen Visual

Kepentingan eleman visual dalam sesuatu reka bentuk komunikasi visual adalah amat penting. Dua
elemen yang penting dalam sesuatu reka bentuk komunikasi visual.

1. Imej/ gambar
2. Tipografi

Kedua-dua elemen ini menjadi faktor penyebab kepada wujudnya komunikasi visual dengan audian.
Pereka bentuk akan mempersembahkan elemen visual ini melalui:

 Poster
 Media elektronik
 Bahan cetakan
 Bilboard
 Skrin multimedia dan sebagainya

Pereka bentuk komunikasi visual perlu peka kepada pemilihan komponen imej dan teks dalam sesuatu
reka bentuk persembahan agar ianya menepati ciri:

 Keterbacaan
 Kemesraan penglihatan audian
 Menarikminat untuk melihat
 Memokus

Untuk memberi kefahaman dalam menentukan eleman visual dalam komunikasi visual kita
bahagikan kepada tiga bentuk visual dalam sesuatu reka bentuk:

1. Visual realistik – Visual dalam bentuk yang nyata dan asal seperti foto, ilustrasi dan karya lukisan.

2. Visual analogik – Visual yang telah dipermudahkan dalam bentuk grafik. Kebiasaannya dilukis dalam
bentuk rajah atau symbol.

3. Visual Organizatonal – Visual ini adalah rekaan grafik yang dipermudahkan dalam bentuk flowchat,
graf, peta dan sebagainya. Kemahiran kepada pereka bentuk ini adalah dari segi bentuk dan
variasi warna yang digunakan

2.4. Tipografi

Tipografi bermaksud seni memilih dan mengatur huruf. Seni ini penting kerana hampir semua jenis
rekaan grafik menggunakan huruf untuk memberi makna dan maklumat. Melalui muka taip yang
sempurna penyampaian maklumat dapat disampaikan dengan sempurna.

Terdapat dua jenis muka taip:

Muka taip peraga – sifatnya lebih besar, gelap dan sesuai


digunakan untuk tajuk utama, judul, logo dan apa saja bersifat
peraga atau iklan.

Muka taip teks – sifatnya kecil dan sangat banyak digunakan


misalnya dalam reka letak sebuah akhbar, majalah, risalah dan
sebagainya
3. Kepentingan Komunikasi Visual

3.1. Dari segi reka bentuk:


 Secara umumnya kepentingan reka bentuk grafik adalah untuk memberi kesan kepada
audian dari segi komunikasi. Oleh yang demikian reka bentuk grafik perlu memahami
prinsip-prinsip dan unsur-unsur grafik secara mendalam. Unsur pemujukan sangat
 penting semasa proses rekaan.

 Reka bentuk grafik juga perlu memikirkan mesra pengguna. Terutama apabila menghasilkan
reka bentuk skrin multimedia interaktif. Audian tidak mencari-cari dan terkeliru dengan
reka bentuk yang dihasilkan.

 Merangsangkan audian adalah unsur penting dalam sesuatu reka bentuk, walau
bagaimanapun tidaklah sampai ianya boleh menimbulkan keraguan dan unsur negatif
diutarakan dalam reka bentuk. Misalnya unsur-unsur yang boleh memberi kesan negatif
pada agama dan budaya sesuatu kaum.

 Pereka grafik juga harus memikirkan dalam rekaannya agar reka bentuk tidak mengelirukan
audian. Kepentingan membuat kajian sebelum menghasilkan sesuatu rekaan sangat penting.
Misalnya sasaran audian dikalangan masyarakat golongan tua jangan dikelirukan dengan
reka bentuk cara moden yang terlalu laju dan bergaya bebas.

 Satu perkara yang penting dalam rekaan komunikasi visual seperti billboard dan rerambu
jalan ialah sesuai dengan alam sekitar. Warna dan imej yang dikemukakan dalam reka
bentuk perlu seimbang dengan alam sekitar. Perkara ini penting kerana audian akan
terkeliru dan boleh menyebabkan pencemaran komunikasi.

3.1. Dari segi masyarakat:

 Melalui reka bentuk komunikasi visual masyarakat cepat mendapat maklumat secara pantas.
Reka bentuk komunikasi visual selalunya ditempatkan dikawasan-kawasan strategi di mana
audian secara langsung dapat membaca dan melihat maklumat.

 Masyarakat juga mendapat pengetahuan sumber-sumber dari komunikasi visual yang


disampaikan secara berkesan. Sumber- sumber pengatahuan melalui poster dan papan iklan
atau billboard disampaikan kepada pengguna secara langsung dan tidak langsung.

 Melalui komunikasi visual juga pengguna mendapat hiburan. Ini terbukti dengan iklan-iklan
yang terdapat di televisyen dan papan iklan atau billboard elektronik dipersimpangan jalan
memberi hiburan kepada pengguna.

 Dapat membandingkan produk melalui pengetahuan pengguna yang dibaca melalui iklan-
iklan. Secara tidak langsung peranan komunikasi visual dapat mendidik masyarakat melalui
iklan produk yang dikemukakan.

You might also like