You are on page 1of 13

Penilaian Laman Web

Pengenalan Kewujudan pelbagai laman web telah memberikan satu alternatif kepada sesiapa sahaja dalam mengakses maklumat. Kepelbagaian laman web ini memberikan peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk memperolehi pengetahuan dari pelbagai sumber, pada bila-bila masa, di pelbagai lokasi dan melalui pelbagai mod persembahan termasuklah secara teks, grafik, video, audio dan animasi. Namun demikian, pengguna khususnya pelajar perlu menilai laman-laman web berkenaan sebelum ia digunakan dalam proses pembelajaran. Penilaian tersebut perlu mencakupi aspek-aspek isi kandungan, kredibiliti laman web, ketepatan maklumat, objektiviti, liputan, serta keterkinian maklumat yang dipaparkan. Di samping itu, aspekaspek teknikal seperti isu aksesibiliti, interaktiviti, bantuan navigasi serta nilai-nilai estetika dan tarikan visual, juga perlu dinilai oleh pengguna. Hal ini adalah kerana terdapat laman web yang mempunyai kualiti yang baik dan ada juga laman web yang tidak mempunyai kualiti. Oleh itu, disini saya ingin membincangkan kriteria-kriteria berkenaan dengan menyertakan contoh laman web yang baik dan tidak baik.

Laman Web yang Baik


Jika kita memasuki laman-laman web yang bagus kita akan mendapati laman-laman itu mempunyai beberapa ciri-ciri utama yang serupa. Antara ciri-ciri laman web yang bagus ialah boleh dilihat dari segi kandungan laman web yang menarik, peta tapak, muka surat profil, elemen multimedia yang digunakan, dan sambungan yang relevan. Reka bentuk laman web perlulah mempunyai taraf kebolehgunaan yang tinggi. Taraf kebolehgunaan laman web boleh di nilai dari aspek kandungan, maklumat pembinaan, reka bentuk navigasi dan reka bentuk skrin. Di sini saya sertakan contoh laman web yang baik Url: http://www.tourism.gov.my/

Laman web ini merupakan laman web kerajaan yang bertujuan untuk mempromosikan industri pelancongan di Malaysia. Pengguna boleh mendapatkan pelbagai info mengenai pelancongan di Malaysia hanya dengan melayari laman web tersebut. Laman web ini ditujukan khusus kepada pengguna dalam negara dan pelancong luar yang ingin mengetahui budaya masyarakat Malaysia dan tempat pelancongan yang menarik di Malaysia.

Kandungan Antara ciri-ciri laman web yang baik ialah kandungan laman web haruslah fokus kepada objektif. Kandungan laman web ini menepati objektif atau matlamat pembinaan laman web iaitu untuk mempromosikan industri pelancongan di Malaysia. Kandungan laman web ini mempunyai banyak info menarik mengenai tempat-tempat menarik di Malaysia. Laman web ini sesuai untuk pengguna yang merancang untuk bercuti atau pelancong yang ingin mengenal budaya masyarakat Malaysia. Kandungan laman web ini menyokong matlamat atau objektif pembinaan laman web. Ini adalah kerana pembina telah memasukkan banyak info menarik mengenai perlancongan di Malaysia dengan menggunakan keseluruhan elemen multimedia iaitu teks, video, audio, grafik dan animasi. Kesemua elemen teks ini adalah sesuai dengan tajuk laman web. Nama domain bagi laman web ini juga adalah mudah diingati bagi pengguna. Alamat laman web juga adalah membantu pengguna untuk meneka atau mengenal pasti kandungan laman tersebut. Terdapat berbagai jenis format untuk menghasilkan dokumen web ia juga termasuklah format fon tulisan, warna, saiz, bentuk-bentuk perenggan, bentuk- bentuk senarai, jadual dan sebagainya. Secara keseluruhannya format kandungan laman web ini sesuai dengan pengguna dan sistem komputer. Penggunaan saiz dan jenis fon adalah sesuai dan jelas. Jenis fon yang digunakan adalah sans serif iaitu Arial yang amat sesuai untuk bahan visual unjuran. Pengguna tidak perlu memuat turun apa-apa perisian untuk menonton video dan mendengar audio yang disediakan. Pengguna juga tidak perlu menunggu lama untuk menonton video kerana saiz video yang telah dikecilkan (compressed) memudahkan pengguna untuk mendapatkan informasi dengan cepat. Ini membuatkan pengguna akan melawati web tersebut untuk kali kedua dan seterusnya. Laman web ini juga terdapt dua versi bahasa iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris. Pengguna boleh membuat pilihan mengikut citarasa sendiri. Penggunaan dua versi ini adalah untuk mengelakkan bias dalam kalangan pengguna dan bertujuan untuk

memudahkan pengguna membuat capaian. Penggunaan teks yang mudah difahami tanpa gangguan atau kesilapan ejaan dan frasa merupakan ciri-ciri laman web yang baik. Selain itu, kandungan laman web ini juga mempunyai maklumat yang boleh dipercayai kerana maklumat tersebut dilindungi oleh industri pelancongan Malaysia. Oleh itu pengguna boleh menggunakan maklumat tersebut tanpa ragu-ragu kerana kesahan data telah dikenalpasti. Laman web ini juga mempunyai pernyataan hakmilik iaitu hakmilik terpelihara oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Kandungan laman web ini adalah menarik dan menyediakan pelbagai informasi yang dikehendaki pengguna. Ayat-ayat yang digunakan adalah ringkas dan tidak membebankan pengguna. Informasi yang lengkap secara tidak langsung akan menarik pembaca untuk kembali berkunjung ke laman tersebut. Logo dan nama syarikat juga dipaparkan dengan jelas untuk menunjukkan identiti sesebuh laman web. Mukasurat profil juga disertakan pada laman web ini. Oleh itu pengguna mengetahui siapa peemilik laman tersebut dan bagaimana cara pengguna boleh menghubungi pihak yang berkenaan. Pengguna tentu sekali berminat malah merasa lebih terjamin mengetahui tentang individu disebalik tabir. Penggunaan emel, peta lokasi, dan ruangan komen memudahkan pengguna untuk menghubungi pihak web master sekiranya berlaku sebarang permasalahan. Laman web yang baik sentiasa memberikan maklumat terkini kepada pengunjung. Oleh itu pada laman web ini diwujudkan satu mukasurat khas untuk menyenaraikan berita dan aktivit terbaru. Berita dan aktiviti tersebut sentiasa ditukar ganti dari semasa ke semasa. Tarikh akhir pengemaskinian dibuat juga disertakan. Laman web ini juga menyediakan kemudahan mekanisma pencari yang dapat membantu pengguna. Pengguna hanya perlu memasukkan perkataan yang dicari untuk mendapatkan senarai mukasurat di dalam tapak web yang mengandungi perkataan tersebut. Peralatan pencari seperti ini mudah untuk dikekalkan sebaik sahaja ia dipasang ke dalam server web. Ia secara otomatik akan mengemaskinikan segala data pencari. Terdapat enjinenjin pencari yang memberi lesen menggunakan teknologi tersebut.

Pembinaan Maklumat Pembinaan maklumat untuk laman web adalah satu disiplin yang yang menjadi satu keperluan untuk menguruskan maklumat dalam laman web secara teratur. Maklumat yang dikendalikan dengan baik menjadikan enjin pencarian lebih berguna. Pembinaan dan penyusunan maklumat dalam laman web ini adalah secara sistematik. Maklumat dipaparkan pada tempat yang sesuai. Contohnya pemilihan versi bahasa dan enjin pencarian sesuai diletakkan di bahagian atas laman web tersebut. Maklumat juga telah di organisasikan dengan baik. Maklumat diorganisasikan pada sudut pandangan pengguna. Contohnya tarikan web ini adalah pada video, maka video tersebut diletakkan di tengah-tengah halaman sebagai point of interest. Selain itu penggunaan teks juga penting pada pandangan pengguna. Jadi elemen teks telah diletakkan di bawah video. Maklumat yang ingin disampaikan kepada pengguna adalah sangat berkesan kerana pengguna dapat melayari laman web tersebut dengan mudah apabila menaip kata kunci maklumat pada enjin gelintar. Oleh itu nama laman web dan alamat mestilah sesuai supaya pengguna dapat mencari maklumat berkenaan dengan laman web tersebut dengan mudah. Maklumat yang diorganisasikan juga adalah konsisten iaitu dengan menggunakan konsep metafor yang ringkas dan sesuai, mudah dikenalpasti fungsi dan tidak perlu diterjemah atau dikod semula. Label kandungan yang digunakan untuk memaparkan maklumat juga ringkas dan komunikatif. Selain itu, peta tapak yang digunakan mencerminkan struktur laman web tersebut. Susunannya yang teratur dan disertakan sambungan-sambungan yang jelas menjadi daya tarikan kepada pembaca. Melalui pengamatan struktur laman web ini, pembina telah membuat peta tapak iaitu "outline" bagi laman web dengan menunjukkan idea dan topik besar bersama-sama dengan subtopik yang terkandung di dalamnya bagi mendapatkan output yang menarik. Peta tapak ini juga memaparkan struktur hirarki untuk tapak web tersebut. Penyusunan data dan informasi secara kemas memudahkan pengunjung memperolehi sebarang informasi yang dikehendaki mereka. Para pengunjung pasti akan kembali ke laman web tersebut jika ia dapat memenuhi apa yang dikehendakinya. Rekabentuk Navigasi

Navigasi ialah perjalanan web dari satu halaman ke satu halaman berdasarkan link yang telah buat. Rekabentuk navigasi pada laman web ini direka dengan jelas dan mudah untuk dilihat oleh pengunjung. Alat navigasi seperti butang diletakkan secara konsisten di lokasi yang sama di keseluruhan laman web. Butang navigasi jelas kepada pengguna dan dapat berfungsi secara logik. Selain butang, alat navigasi yang lain adalah navigasi teks dan navigasi grafik. Navigasi teks banyak digunakan dalam laman web ini. Navigasi teks adalah mudah untuk dihasilkan dan ia boleh dipaparkan dimana-mana pelayar web tanpa sebarang masalah dan mengurangkan masa waktu muat turun. Pembina laman web ini juga telah menggunakan elemen navigasi grafik. Navigasi grafik lebih menarik daripada navigasi teks. Ikon yang mewakili navigasi itu adalah sesuai dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kebolehgunaan halaman tersebut. Setiap halaman mempunyai pautan untuk kembali ke halaman pertama atau ke mana-mana titik navigasi di laman web. Oleh itu, pengguna tidak akan sesat ketika melayari laman web itu. Pengguna mengetahui dimana mereka berada dan bagaimana untuk pergi ke pautan lain. Selain itu laman web ini juga mempunyai koleksi sambungan dengan lain-lain laman web yang berkenaan. Contohnya sambungan ke laman web peta, statistik, e-brosur dan e-majalah. Satu laman web yang bagus ialah laman web yang menawarkan sambungan ke laman web lain yang merujuk kepada topik yang sama. Laman web ini bukan hanya menawarkan sambungan sahaja, malah memberikan ringkasan apa yang terkandung di dalam setiap sambungan tapak web tersebut kepada pembaca. Ini menyenangkan pembaca memilih laman web yang mempunyai topik yang dikehendaki. Contohnya pautan ke segmen sebaran berita memaparkan ringkasan berita aktiviti pelancongan yang telah diadakan. Navigasi yang konsisten amat perlu untuk setiap laman Web. Dalam laman web ini, bar navigasi diletakkan di atas setiap mukasurat laman web dan ianya konsisten antara satu muka dengan muka yang lain. Laman web ini juga ada membahagikan mukasurat kepada dua bahagian iaitu sebelah kiri mengandungi bar navigasi dan satu lagi mengandungi isi kandungan yang hendak disampaikan. Rekabentuk begini menetapkan navigasi pada

kedudukan asal walaupun butang navigasi berlainan ditekan. Bar navigasi itu mewakili sambungan-sambungan yang tertentu dengan jelas dan tidak mengelirukan pembaca. Rekabentuk navigasi juga sangat efektif iaitu dengan mengambil kira prinsipprinsip rekabentuk grafik, rekabentuk audio dan rekabentuk interaktiviti. Bar navigasi untuk video dan audio boleh diselaraskan mengikut kesesuaian pengguna. Terdapat butang play, pause, kawalan skrin dan kawalan jumlah bunyi. Kesemua butang navigasi ini adalah direka secara mesra pengguna (user-friendly). Oleh itu kuasa berada pada tangan pengguna. Pengguna bebas untuk mengakses info yang disukai. Rekabentuk Skrin Rekabentuk skrin bagi laman web ini adalah sangat menarik. Walaupun rekabentuk agak ringkas tetapi info yang ingin disampaikan kepada pengguna adalah berkesan. Penggunaan gambar dan animasi adalah terkawal dan tersusun. Penggunaan gambar dan animasi yang terlalu banyak dan berserabut akan mengganggu fokus pengguna terhadap info yang disediakn. Oleh itu, untuk membina laman web yang baik, elakkan penggunaan elemen multimedia yang tidak bersesuaian dengan objektif. Rekabentuk skrin yang digunakan adalah sesuai dengan objektif dan keperluan pengguna. Rekabentuk skrin juga menyokong rekabentuk navigasi iaitu kedua-duanya mempunyai perhubungan yang baik. Setiap pautan laman web tersebut mempunyai rekabentuk yang konsisten. Pengulangan akan membuatkan halaman menjadi konsisten kerana pengunjung dapat mengenal pasti kedudukan sesuatu grafik dan akan mudah mengingati laman tersebut. Selain itu, laman web ini mengikut prinsip rekabentuk dari segi imbangan, nisbah, pergerakan, kontra dan kesatuan. Jika kita perhatikan reka bentuk pada laman web tersebut, penggunaan susunan grafik, butang, teks, pautan dan video disusun dengan baik dan seimbang. Komposisi reka letak juga adalah seimbang di antara kedua-dua bahgian iaitu kanan dan kiri skrin. Rekabentuk yang menarik dan tersusun membuatkan membuatkan pengunjung ingin mengunjungi web untuk kali kedua dan seterusnya. Antaramuka pula bergantung kepada konsep dan tujuan kita merekabentuk sesebuah laman web. Laman web ini adalah untuk industri pelancongan maka persembahan

yang dipaparkan adalah cantik, menarik, menghiburkan dan berbentuk interaktif. JIka laman web tersebut untuk korporat maka persembahannya hendaklah kemas dan eksklusif. Antaramuka yang dipaparkan menggunakan konsep metafor yang ringkas dan tidak terlalu kompleks, mudah dikenalpasti fungsi dan tidak perlu diterjemah atau dikod semula. Kombinasi warna pada laman web ini adalah harmoni. Warna latar putih disesuaikan dengan warna teks yang gelap dan gambar realistik yang bewarna warni menyerlahkan lagi persembahan rekabentuk skrin. Ianya membuatkan mata sedap memandang. Kombinasi warna yang kontra seperti warna hitam di atas warna putih akan menyebabkan teks yang dipaparkan lebih mudah untuk dibaca. Laman web ini menggunakan HTML yang biasa (tidak menggunakan scripting yang terlalu canggih) supaya dapat menyokong semua pelayar internet. Pengguna tidak perlu mendownload plugin tambahan untuk melihat laman web tersebut. Saiz fail HTML juga adalah tidak terlalu besar. Oleh itu, pengunjung tidak perlu menunggu lama untuk membuka lmn web tersebut. Saiz fail video dan audio juga adalah kecil dan mempercepatkan proses pemuatan (loading).

Laman Web yang Teruk.


http://www.superdesignstudio.com/

Laman web ini merupakan laman web kategori perniagaan yang menawarkan perkhidmatan mereka bentuk web, logo, dan sebagainya. Laman web ini menepati ciri-ciri laman web yang teruk kerana mempunyai kelemahan dari segi layout, kesalahan ejaan dan tatabahsa, rekabentuk yang tidak sesuai dengan objektif, tiada elemen multimedia selain teks, penggunaan fon yang tidak sesuai, tiada navigasi dan sebagainya. Kandungan Kandungan laman web ini adalah mengenai studio reka bentuk web. Tujuan web ini dibina adalah untuk menarik pengguna web menggunakan perkhidmatan yang di tawarkan iaitu mereka bentuk web, logo dan sebagainya. Tetapi apa yang melucukan ialah laman web mereka sendiri adalah tidak menarik dan tidak memenuhi kriteria laman web yang baik. Jadi bagaimana mereka hendak menarik minat dan kepercayaan pengguna/pelanggan supaya menggunakan perkhidmatan mereka. Kandungan laman web ini juga tidak fokus kepada objektif laman web tersebut. Seharusnya pembina laman web perlu menyesuaikan isi kandungan dengan objektif supaya pengguna mendapat maklumat yang ingin disampaikan.

Kandungan laman web ini hanya menggunakan elemen teks dan satu grafik yang kaku. Teks penting untuk menyampaikan maklumat. Dengan teks, mesej dapat diterangkan dengan tepat dan jelas. Tetapi penggunaan teks yang panjang dan melampau boleh menyebabkan pengguna bosan. John Morkes mendapati 79% pengguna yang diuji hanya membaca beberapa buah perkataan dan ayat di dalam setiap laman web dan hanya 16 % sahaja yang membaca dengan teliti. Oleh itu, laman web perlu menggunakan teks yang senang dicerap maknanya dengan mempertengahkan katakunci, penggunaan penghubung teks hyper, penggunaan font tulisan yang berlainan, penggunaan warna dan penggunaan kepala tajuk yang memberi makna yang senang difahami oleh pengguna. Walaupun nama domain mudah diingati, tajuk sesuai dengan kandungan dan mempunyai hakmilik tetapi kandungan laman web ini tidak mencukupi untuk menyokong matlamat pembinaan web. Maklumat yang penting seperti alamat perniagaan, lesen perniagaan, nombor telefon syarikat, profil syarikat, contoh hasil kerja, proses urusiaga, portfolio serta kelayakan seseorang pereka bentuk tidak dinyatakan dalam isi kandungan. Situasi ini akan menyukarkan pengguna untuk berurusan dengan pihak peniaga dan menyebabkan pengguna hilang keyakinan untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan kerana tiada bukti yang kukuh. Pereka bentuk juga cuai dalam mereka bentuk laman webnya kerana terdapat banyak kesilapan ejaan dan tatabahasa. Contohnya HTML ditulis HYML dan experience ditulis dengan expirience. Selain itu penggunaan saiz fon yang tidak sekata (kecil dan besar dalam satu ayat) menyebabkan gangguan kepada pembaca. Jenis fon yang digunakan adalah serif iaitu Times New Roman yang tidak sesuai untuk visual unjuran. Penggunaan fon sans serif seperti Arial dan Tahoma adalah lebih sesui untuk visual unjuran. Kelemahan yang ketara dalam laman web ini adalah elemen teks yang terlalu panjang dan tidak tersusun dengan kemas dan teratur. Ini membuatkan pengguna tidak akan melawati web tersebut untuk kali kedua dan seterusnya. Laman web ini juga tidak mengandungi ruangan komen untuk membolehkan pembaca meminta maklumat diperlukan secara "online" dan tidak perlu menyalin nombor telefon dan menghubungi web master. Secara keseluruhanya, kandungan laman web ini perlu diperbaiki. Pembina perlu memasukkan elemen multimedia yang lain seperti audio, video, animasi dan grafik untuik

menghidupkan suasana laman web tersebut dan secara tidak langsung menarik minat pengguna. Teks juga perlu diringkasakan. Kandungan juga mestilah sesuai dengan objektif pembinaan laman web tersebut supaya mempunyai elemen kebolehgunaan yang tinggi. Pembinaan Maklumat Pembinaan maklumat untuk laman web adalah satu disiplin yang yang menjadi satu keperluan untuk menguruskan maklumat dalam laman web secara teratur. Maklumat yang dikendalikan dengan baik menjadikan enjin pencarian lebih berguna. Sekiranya maklumat tidak dikendalikan dengan baik, pengguna sukar untuk mendapatkan maklumat tersebut melalui penggunaan enjin pencarian. Susunan kandungan pada laman web ini adalah tidak sesuai kerana semua maklumat dimasukkan penuh ke dalam satu skrin seperti poster. Pembina laman web tersebut perlulah membahagikan maklumat mengikut kategori dan kemudiannya membuat butang untuk tajuk setiap kategori. Butang tajuk tersebut akan menghubungkan huraian mengenai tajuk tersebut apabila pengguna menekannya. Hal ini akan menyebabkan maklumat tersusun rapi dan teratur dan memudahkan pengguna untuk mengakses. Susunan peta tapak bagi laman web ini adalah tidak teratur. Peta tapak laman web ini tidak memaparkan struktur heirarki untuk tapak web tersebut. Malah, tiada sambungan disertakan pada tapak web. Keadaan ini menyebabkan pengguna web tidak berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut maklumat dalam laman tersebut. Selain itu, pembinaan maklumat bagi laman web ini adalah teruk kerana halaman yang panjang memerlukan pengguna scroll down untuk membaca maklumat yang dipaparkan. Pembinaan teks yang bergaris tanpa hiperteks mengelirukan pengguna. Saya sendiri tertipu kerana menyangkakan teks yang bergaris dan berlainan warna itu adalah hiperteks tetapi ianya hanyalah teks biasa. Oleh itu konsep pembinaan maklumat adalah penting untuk mereka bentuk sebuah laman web yang baik. Rekabentuk Navigasi

Apa itu navigasi? Navigasi ialah perjalanan web dari satu halaman ke satu halaman berdasarkan link yang telah buat. Navigasi yang konsisten amat perlu untuk setiap laman web. Biasanya bar navigasi diletakkan di atas setiap mukasurat laman web dan hendaklah konsisten antara satu muka dengan muka yang lain. Tetapi malangnya, dalam laman web ini tidak ada sebarang elemen navigasi digunakan. Laman web ini tidak mempunyai elemen interaktivi. Laman web ini hanya mempunyai satu halaman sahaja dan tiada butang navigasi untuk ke halaman lain. Ini adalah kelemahan yang ketara pada laman web tersebut. Pembina laman web sepatutunya memasukkan elemen navigasi pada laman mereka supaya pengguna dapat mengakses maklumat dengan mudah. Rekabentuk Skrin Rekabentuk skrin bagi laman web ini adalah tidak menarik. Rekabentuk adalah tidak sesuai dengan kandungan dan pengguna. Pembina laman web tersebut seharusnya mereka bentuk laman dengan memasukkan elemen rekabentuk berpusatkan pengguna iaitu dengan mengambilkira jenis pengguna sasaran. Antaramuka (Interface) adalah penting kerana ia menentukan identiti laman web. Penggunaan warna, bar navigasi, logo dan cara persembahan hendaklah dirancang dahulu sebelum laman web itu dibangunkan. Tujuan pembinaan laman web ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan mereka bentuk laman web, logo dan sebagainya. Tetapi antaramuka bagi laman web ini adalah tidak sesuai dengan objektif pembinaan laman web. Bagaimana pengguna berminat untuk menggunakan perkhidmatan mereka bentuk laman web sedangkan rekabentuk web master sendiri tidak teratur ?. Laman web ini berbentuk perniagaan, jadi persembahan antaramuka perlulah kemas supaya pengguna yakin dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Oleh itu, aspek antaramuka adalah sangat penting untuk mereka bentuk sesebuah laman web. Penggunaan warna reka letak juga tidak sesuai kerana warna yang digunakan terlalu kontras dan menyakitkan mata pengguna. Ini akan membuat pengguna sukar untuk membaca apa yang tertulis di laman web tersebut. Pemilihan warna amat penting kerana penggunaan warna yang salah akan merosakkan rekabentuk sesebuah laman web. Pembina

laman web ini seharusnya menggunakan warna korporat yang sesuai dengan perniagaan yang diceburinya. Sebaik-baiknya guna warna putih atau pastel untuk latar belakang dan warna teks mestilah bertentangan dengan warna latar belakang. Layout untuk latar belakang yang digunakan pada laman web ini tidak melambangkan jenis perkhidmatan/ perniagaan yang dijalankan. Pembina perlu meletakkan layout latar belakang yang sesuai dan menarik supaya pengguna kagum dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Kadar imbangan bagi laman web ini juga adalah tidak seimbang. Penggunaan teks yang banyak dan tidak tersusun menjadikan laman web ini berat pada sebelah kiri dan agak kosong di sebelah kanan. Pembina laman web ini perlu mengambilkira saiz nisbah skrin dan menyeimbangkan teks dan elemen multimedia yang lain supaya mata pembaca tidak berat sebelah. Penggunaan komposisi yang baik seperti aturan sepertiga dan sebagainya akan menyerlahkan lagi persembahan laman web tersebut.

You might also like