You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

BCNB3173
PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN – KERTAS PROJEK

Nama : SITI NOR JANNAH DINI BT


SHAMSUDDIN
No. K/P : 920310036044
Angka Giliran : 2020122400021
Program : PDPP
Ambilan : JUN 2020
Unit : PENDIDIKAN ISLAM SR
Nama Pensyarah : DR. RAUDAH BT ALI
Tarikh Hantar : 03/10/2020

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: Siti Nor Jannah Dini bt Shamsuddin Tarikh :3/10/2020

PEMERIKSA MODERATOR

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh
Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua murid Islam di
Malaysia. Perubahan demi perubahan yang berlaku ke atas kurikulum Pendidikan Islam untuk
mempertingkat dan memantapkan lagi sistem Pendidikan Islam agar bersifat holistik dan global
serta dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini
demikian kerana, bidang pendidikan berubah mengikut peredaran masa. Dalam konteks sistem
pendidikan negara, pihak KementerianPendidikan Malaysia (KPM) telah melakukan
transformasi terhadap sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) bermula pada tahun 2011 termasuklah kurikulum Pendidikan Islam.

Kurikulum merupakan sebuah perancangan pendidikan yang dikendalikan oleh institusi


pelajaran seperti sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum adalah maklumat
dan ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru dan dipelajari oleh murid di sekolah atau lain-lain
institusi pendidikan dalam bentuk mata pelajaran yang terdapat dalam buku teks mengikut
tahap pendidikannya. Ia merangkumi semua pengetahuan, kegiatan atau pengalaman belajar
yang diatur dengan kaedah yang sistematik, yang diterima murid untuk mencapai suatu tujuan.
Kurikulum merupakan satu komponen pendidikan yang sangat penting sebagai pedoman bagi
guru untuk mencapai tujuan yang diharapkan.

Ekoran itu, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) telah diperkenalkan
untuk memandu guru bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat
disampaikan dengan berkesan. DSKP merupakan satu dokumen lengkap kurikulum untuk
setiap tahun pembelajaran yang mengandungi penerangan kurikulum, lajur standard
kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi. Ia dibangunkan bagi melengkapi
segi tiga kurikulum yang mengandungi kandungan, pedagogi dan pentaksiran. Ini bermakna
untuk mencapai tujuan pendidikan agama (Pendidikan Islam) diperlukan adanya kurikulum yang
sesuai dengan tujuan Pendidikan Islam dan bersesuaian pula dengan tahap usia,
perkembangan kejiwaan anak dan kemampuan pelajar.

Dapatan kajian melalui analisis terhadap Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Pendidikan Islam dibangunkan secara Standard Based Curriculum. Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam terdiri daripada tujuh bidang
utama, iaitu
al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab, dan Jawi. Penekanan yang sama diberi kepada
semua bidang-bidang tersebut mengikut kemahiran yang telah digariskan dan perlu dicapai
oleh murid di akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Bidang al-Quran memberi tumpuan
kepada murid dengan dibekalkan kemahiran membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran
dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan harian. Selain
itu, bidang al-Quran juga menumpukan kepada menghafaz surah-surah terpilih untuk diamalkan
dalam solat dan ibadat harian serta boleh memahami sejarah penurunan dan maksud daripada
beberapa surah terpilih. Membaca al-Quran menggunakan hukum tajwid dengan betul secara
berterusan juga diberi tumpuan dalam bidang ini.

Hasil analisis bidang hadis, didapati menumpukan perkara tentang bacaan Hadis pilihan
serta kefahaman Hadis pilihan. Murid dibekalkan dengan disiplin mempelajari ilmu Hadis
sehingga mereka berkebolehan merumus dan mengamalkan tuntutan Hadis tertentu serta
menghayati kepentingannya dalam kehidupan harian. Manakala bidang akidah pula,
menumpukan kepada rukun iman, rukun Islam, asmaul husna, sifat 20 dan penyelewengan
aqidah. Dalam bidang ini murid dibekalkan dengan konsep asas akidah sehingga berkebolehan
untuk merumuskan kefahaman tentang konsep akidah tersebut serta dapat menjadikannya
sebagai asas dalam tindakan. Rumusannya, objektif utama adalah murid dapat meyakini dan
merumuskan asas-asas akidah untuk diamalkan sebagai pegangan dan benteng dalam
kehidupan harian serta asas dalam tindakan.

Seterusnya bidang ibadah, kajian mendapati bidang ini menumpukan perkara fardhu ain
dan fardhu kifayah. Murid diberi pengetahuan mengenai konsep asas ibadah sehingga mereka
dapat merumus dan mengamalkan konsep ibadah secara istiqamah dalam kehidupan harian.
Hasil daripada pembelajaran bidang ini, murid dapat mengamalkan konsep asas ibadat sebagai
memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah untuk diamalkan secara istiqamah dalam
kehidupan harian. Bidang Sirah pula, menumpukan tentang sirah Rasulullah SAW. Bidang ini
murid dibekalkan dengan fakta sirah yang sahih sehingga mereka berkebolehan merumuskan
peristiwa sirah Rasulullah SAW dan mengaplikasikan iktibarnya sebagai bukti kecintaan kepada
baginda melalui amalan sunnahnya.

Selain itu, bidang adab juga diberi penekanan dalam kurikulum Pendidikan Islam, iaitu
adab terhadap diri sendiri, adab dalam kehidupan bersosial, adab terhadap Allah dan adab
terhadap Rasulullah. Murid difokuskan dengan konsep asas adab islamiyah sehingga murid
berkebolehan untuk merumus dan mengamalkan adab secara istiqamah dalam kehidupan
harian. Bidang yang terakhir ialah Jawi, dimana bidang ini menumpukan kepada huruf jawi
tunggal, membaca, membina dan menulis ayat serta membaca, membina dan menulis pelbagai
jenis teks serta mengenal dan menulis khat nasakh dan rikaah. Murid perlu memahami dan
menguasai kemahiran menyebut, membaca, menulis huruf-huruf jawi, suku kata, perkataan dan
teks jawi sehingga murid berkebolehan membaca, membina dan menulis ayat atau teks dalam
tulisan jawi.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran setiap bidang dalam Pendidikan Islam
Sekolah Rendah, murid akan dipastikan dapat mencapai beberapa standard penguasaan yang
telah ditetapkankan dalam Kurikulum Standard Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Terdapat
enam tahap standard penguasaan yang perlu difokuskan oleh guru untuk dicapai oleh murid,
iaitu tahap ilmu, amali, amalan, iltizam, penghayatan dan pentabiatan. Tahap penguasaan yang
paling tinggi perlu dicapai setelah berlakunya interaksi antara guru dan murid adalah tahap
pentabiatan, iaitu, murid berkebolehan merumuskan pengetahuan, mengaplikasikan kemahiran
dan nilai daripada kandungan yang dipelajari dalam bentuk perubahan tingkahlaku serta
mempamerkan ciri-ciri kepimpinan sebagai seorang yang bertaqwa dan boleh dicontohi atau
boleh membimbing orang lain.
Rujukan

http://www.ipbl.edu.my/intra/sistem/academic/Modul_PDPM_S1/5%20%20MODUL%20PDPM_
%20PIMKD2013%20Pengajian%20Kurikulum%20Pend%20Islam%20di%20Malaysia.pdf

https://www.slideshare.net/wardahmawaddah/pim3101-pengenalan-kurikulumpendidikanislamsr

https://www.slideshare.net/naassyura/perbezaan-klsr-kbsr-kssr-pendidikan-islam-sekolah-
rendah

https://www.scribd.com/upload-document?archive_doc=106769218&escape=false&metadata=
%7B%22context%22%3A%22archive_view_restricted%22%2C%22page%22%3A%22read
%22%2C%22action%22%3A%22download%22%2C%22logged_in%22%3Atrue%2C
%22platform%22%3A%22web%22%7D

https://www.pendidik2u.my/dskp-kssr-semakan-pendidikan-islam/

https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/dskp-kssr/1265-dskp-kssr-
pendidikan-islam-tahun-6/file

Pendidikan Kesedaran Halal Melalui Kurikulum Pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Sekolah-Sekolah Di Malaysia Hasan Langgulung, 1991; Sharifah Alwiyah Alsagoff, 1987).
https://www.researchgate.net/publication/289518503_Pendidikan_untuk_Semua_Amalannya_d
alam_Sistem_Pendidikan_Islam_di_Malaysia. Syuhaida Idha. 2019

https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/02/DSKP-KSSR-SEMAKAN-2017-
PENDIDIKAN-ISLAM-TAHUN-4.pdf

https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/dskp-kssr/1265-dskp-kssr-
pendidikan-islam-tahun-6/file

You might also like