You are on page 1of 1

ciri-ciri item yang berkualiti

• Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat


penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang
pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran juga
merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran
seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran
dijalankan secara berterusan. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi
seseorang dalam pembelajaran· Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran· Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.· Merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan
murid.· Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara
efektif.· Merancang dan melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan.
Pembinaan item yang berkualiti perlu mempunyai enam aras item iaitu, pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Pembinaan soalan sama ada item
objektif atau subjektif. Pembinaan item objektif perlulah arahan yang diberi jelas,
jawapan pilihan yang menarik dan munasabah, aras kesukaran setiap soalan adalah
setara, taburan jawapan dibuat secara rawak dan pernyataan, petikan dan maklumat
seperti peta, rajah, jadual adalah mempunyai perkaitan langsung dengan soalan. Selai
itu, item perlu menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran, bebas daripada isu
sensitive, menggunakan rangsangan yang relevan dan difahami dan tugasan yang
spesifik dan berfokus.

You might also like