You are on page 1of 29

/

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

PROFIL
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

NAMA : SITI NOR JANNAH DINI BT SHAMSUDDIN

NO. METRIK : D12201101

NO.K.PENGENALAN : 920310036044

KOD & NAMA KURSUS : PRKA2031/PENTAKSIRAN BERASASKAN


SEKOLAH

NAMA PENSYARAH : DR RAUDHAH BT ALI

TARIKH HANTAR : 28 FEB 2021


2.0 BIODATA

NAMA IPG : IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


NAMA : SITI NOR JANNAH DINI BT SHAMSUDDIN
NO.K.PENGENALAN: 920310036044
NO METRIK : D12201101
ALAMAT : 533-5 JALAN PERMAS 16, (KOMPLEKS R/GURU)
BDR BARU PERMAS JAYA 81750 MASAI JOHOR
NO. TELEFON : 011-36312470
EMEL : 320-14-norjannah@edu.my
AMBILAN : JUN 2020
PENGKHUSUSAN : PDPP SR
TAHUN DAN SEMESTER : TAHUN 2021 SEMESTER 2
TARIKH PBS : 24 JANUARI 2021 – 4 FEBUARI 2021
NAMA PENSYARAH : DR. RAUDHAH BT ALI
2.1 PENGENALAN

Pengalaman berasaskan sekolah (PBS) merupakan satu program yang dijalankan oleh pihak
Badan Pendidikan Guru melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia. Semua guru pelatih dari
semester 2 program PDPP wajib menjalani program ini di sekolah masing-masing. Melalui
program ini saya didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan sekolah, seperti
iklim sekolah, ilmu sebagai pendidik, prasarana dan murid-murid sekolah. Saya telah
menjalankan PBS di sebuah sekolah di Johor Bahru iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Molek.
PBS yang saya jalani melibatkan dua orang lagi pelajar PDPP. Dalam melaksanakan PBS,
saya dikehendaki mencari maklumat sekolah, serta melaksanakan beberapa kajian kepada
pelajar sekolah rendah

Semasa menjalankan PBS ini saya telah mendapatkan maklumat daripada beberapa pihak
seperti Guru Besar, guru penolong kanan, guru panitia, kakitangan sekolah dan murid-murid
yang bersekolah di sekolah ini. Saya juga menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan
program PBS ini. Data-data yang telah saya dapati dan dianalisis telah saya kumpulkan untuk
dijadikan satu portfolio ini.

Berdasarkan data dan analisis yang telah saya dapati ini, saya berharap tugasan ini dapat
membantu saya agar lebih mengenali sekolah dan saya berharap tugasan ini dapat memenuhi
kehendak pensyarah yang terlibat.
3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL

Pengalaman berasaskan sekolah (PBS) merupakan satu program yang dijalankan oleh pihak
Badan Pendidikan Guru Melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Pelaksanaan PBS
dapat memberi kefahaman awal tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru.
Dan ia bertujuan untuk penambahbaikan dan pendedahan awal kepada guru pelatih tentang
alam persekitaran terutama berkaitan dengan prasarana, peranan seorang guru didalam bilik
darjah, iklim, sistem pengurusan disekolah, pengurusan bilik darjah, penelitian dokumen,
refleksi dan interaksi dengan guru serta komunikasi disekolah, suasana sekolah dan juga
tingkah laku pelajar. Semua guru-guru pelatih diwajibkan untuk menjalani PBS ini untuk
mengetahui sikit sebanyak tentang sekolah dan pelajar-pelajarnya. Program ini juga adalah
bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang perspektif seorang
guru.
Saya telah menjalankan PBS ini di Sekolah Kebangsaan Taman Molek Johor Bahru
(SKTM). Bermula 24 Januari 2021 sehingga 4 Febuari 2021. Saya ditempatkan disekolah ini
kerana saya salah seorang guru interim disini dan sekaligus memudahkan urusan PBS ini
dijalankan. Memandangkan kami seramai tiga orang di sekolah ini maka ada tugasan yang
kami bahagikan dan buat secara berkumpulan dan ada tugasan yang kami buat secara individu.
Sebagai contoh untuk dapatkan maklumat berkaitan sekolah dari segi sejarah dan pentadbiran
maka kami bahagikan tugas untuk mencari data, mendapatkan maklumat tentang sekolah ini
dengan wakil pentadbir sekolah, guru kanan, guru-guru dan selainnya. Data-data yang
diperoleh dan analisis ini dikumpul dan dijadikan satu portfolio.
Saya berharap dengan tugasan yang saya lakukan ini dapat mengenali dengan lebih dekat
tentang sekolah ini, pelajar-pelajar dan sebagainya. Dan juga saya berharap dengan tugasan ini
dapat memenuhi kehendak pensyarah yang terlibat.

3.1 PERNYATAAN SEBELUM PENGALAMAN BERASASKAN SKOLAH (PBS)

Sebelum saya menjalankan aktiviti pengalaman berasaskan sekolah (PBS) ini saya
telah menerima taklimat daripada Puan Norliza Binti Samin yang merupakan ketua unit amalan
professional di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim. Taklimat mengenai PBS
ini sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam menjalankan PBS ini dengan jayanya dalam
menentukan objektif, pencapaian, fokus utama dan tanggungjawab dalam menyiapkan tugasan
ini. Saya telah meneliti dan merancang beberapa perkara yang perlu dilakukan semasa
menjalankan PBS ini supaya berjalan dengan lancar dan jayanya. Antara perancangan yang
telah disenaraikan adalah:

3.1.1 Fokus Utama Tugasan

Fokus utama tugasan pengalaman berasaskan sekolah PBS ini adalah untuk mengenali
dan membiasakan diri dengan suasana persekitaran sekolah dalam norma baru. Selain itu juga,
dengan tugasan ini juga dapat melihat dengan jelas suasana pembelajaran, cara pembelajaran
dengan alat bantuan mengajar, tingkah laku pelajar mengikut SOP yang telah ditetapkan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Disamping itu juga, dengan tugasan ini juga dapat
mengetahui dengan jelas maklumat tentang pengurusan sekolah dan prasarana sekolah,
kebersihan sekolah, penglibatan dan masalah pembelajaran serta proses pelaksanaan pdpr
dalam mengaplikasikan PAK yang ke 21. Segala maklumat yang diperolehi adalah hasil
daripada pemerhatian, temu bual serta kajian soal selidik dengan pihak pentadbiran sekolah,
guru- guru dan kaki tangan sokongan dan juga para pelajar dan selainnya.

3.1.2 Tujuan Tugasan


Tugasan pengalaman berasaskan sekolah (PBS) ini dilaksanakan adalah untuk
memberikan gambaran dan pendedahan awal kepada seorang guru pelatih supaya tidak
terkejut dengan persekitaran dan suasana sekolah yang akan dihadapinya. Selain itu juga,
untuk melihat secara realiti suasana pembelajaran secara maya, tingkah laku pelajar dan
proses pembelajaran iaitu pdpr seharian. Melalui PBS ini juga guru pelatih dapat belajar
berinteraksi dengan guru-guru, kakitangan sekolah dan juga para pelajar melalui jaringan
internet. Guru pelatih juga dapat belajar sedikit sebanyak tentang alam persekolahan sebagai
realiti seorang guru. Disamping itu juga, guru pelatih dapat meningkatkan kemahiran
intrapersonal dalam diri seorang guru. Selain itu, guru pelatih dapat mengetahui peranan dan
tugas sebagai seorang guru melalui penelitian dokumen yang terdapat di sekolah dan juga ilmu-
ilmu yang diperolehi dapat dipraktikkan dalam mendidik para pelajar.

3.1.3 Merancang strategi pelaksanaan

Pengalaman berasaskan sekolah (PBS) ini dijalankan selama 2 minggu yang bermula 24
Januari 2021 sehingga 4 Febuari 2021. Sebelum berlangsungnya PBS ini di sekolah yang telah
ditetapkan, perancangan strategi pelaksanaan telah dirangka dengan teliti. Antara perancangan
yang telah dirangka ialah sebagaimana berikut:

 Menyediakan senarai semak maklumat


 Menyediakan borang yang berkaitan
 Menyediakan soalan-soalan yang berkaitan
 Mencatat aktiviti harian dan yang berkaitan
 Mengumpul maklumat
 Merekodkan data-data yang berkaitan

3.1.4 Instrumen penilaian

Instrumen penilaian yang telah digunakan semasa berlakunya pengalaman berasaskan sekolah
PBS ini ialah pemerhatian, senarai semak, soal selidik dan temu bual. Instrumen penilaian ini
digunakan mengikut kesesuaian aktiviti semasa menjalankan tugasan PBS ini.

3.2 Pernyataan semasa PBS

Krisis global akibat penularan Covid-19 bukan sahaja memberikan kesan yang buruk terhadap
keadaan ekonomi negara malah turut menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(PdP) di semua institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti terganggu dan
tertangguh. Akibat daripada itu, bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan pengajaran
secara konvensional tertangguh, bahkan menjadikan tugasan guru semakin mencabar apabila
mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang
memerlukan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) dilaksanakan secara dalam talian.
Semasa menjalankan PBS selama dua minggu, saya telah melaksanakan beberapa aktiviti
seperti yang telah dirancang dengan berpandukan kepada senarai semak yang telah
disediakan. Melalui PBS ini, saya belajar mengenali persekitaran sekolah, tingkah laku pelajar
dan belajar untuk membiasakan diri dengan keadaan norma baharu. Berikut ialah tindakan
yang telah saya lakukan sepanjang tempoh PBS di Sekolah Kebangsaan Taman Molek Johor
Bharu. Antaranya ialah:
Bil Tarikh Tindakan
1. 24 Januari 2021  Taklimat PBS oleh Penolong Kanan Pentadbiran
Ahad (pemangku Guru Besar)
 Mendapatkan majalah sekolah dan buku pengurusan
sekolah 2021
 Mendapatkan fail-fail dasar kurikulum dan kokurikulum
sekolah daripada Penolong Kanan Pentadbiran
 Mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan
staf dan guru-guru mengenai sekolah
 Mendapatkan maklumat berkaitan dengan sekolah melalui
laman web sekolah
 Membuat penilaian dan mengemaskini maklumat yang
diperolehi
2. 25 Januari 2021  Mengumpul maklumat sekolah iaitu :
Isnin  Sejarah sekolah
 Profil sekolah
 Kemudahan dan infrastruktur
 Carta organisasi
 Logo, motto, visi dan misi
 Menilai dan mengumpul maklumat yang diperolehi
 Mendapatkan maklumat umum berkenaan dengan
sekolah
 Menemubual Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
 Mengambil gambar serta membantu dalam menyiapkan
modul kepada pelajar
3. 26 Januari 2021  Memerhatikan proses pemulangan dan pengambilan buku
Selasa teks
 Menemubual unit kaunseling berkaitan hal-hal pelajar
 Menilai dan mengumpul maklumat
 Mendapatkan maklumat mengenai perlaksanaan
kurikulum dan kokurikulum di dekolah
 Terlibat serta dengan pdpr guru Pendidikan Islam
4. 27 Januari 2021  Menemuramah staf sokongan sekolah (Pembantu Tadbir)
Rabu  Mengemaskini maklumat dan data yang diperolehi
 Melawat bilik darjah norma baharu (kedudukan meja)
 Melawat bilik-bilik khas (bilik muzik, jqaf, sukan, bilik RBT,
bilik sains dan lain-lain)
5. 28 Januari 2021  Melawat dan merekod kemudahan yang terdapat di
Khamis sekolah sebagai contoh salah satunya ialah Perpustakaan
sekolah, Bilik komputer dan sebagainya
 Menemubual Penolong Kanan Pentadbiran
 Menemubual Guru Mentor (DINI)
 Mengambil gambar penyerahan borang bantuan
persekolahan kepada ibu bapa.
 Melibatkan diri bacaan yasin melalui google meet
6. 31 Januari 2021  Mengambil gambar pembahagian modul pelajar tahap 1
Ahad (1,2 dan 3)
 Melibatkan diri dalam pembelajaran secara online pdpr
tahun 4.
 Menemu bual guru melalui aplikasi telegram dan
whatsapp.
 Menemu bual pelajar melalui google meet
7. 1 Febuari 2021  Mengambil gambar pembahagian modul pelajar tahap 2
Isnin (4,5 dan 6)
 Melibatkan diri dalam pembelajaran secara online pdpr
tahun 5.
 Aktiviti menyiapkan surau sekolah
8. 2 Febuari 2021  Melibatkan diri dalam pembelajaran secara online pdpr
tahun 6.
 Aktiviti gotong royong taman permainan prasekolah
 Aktiviti menyiapkan kelas mengikut norma baru
9. 3 Febuari 2021  Aktiviti perjumpaan antara guru-guru Pendidikan Islam
 Pdpr bersama guru Pendidikan Islam
 Mengambil gambar kutipan borang bantua persekolahan
daripada ibu bapa
 Mengambil gambar persekitaran sekolah
10. 4 Febuari 2021  Mengemaskini laporan dan maklumat-maklumat yang
diperolehi
 Mendapatkan pengesahan kedatangan dan penilaian
daripada Penolong Kanan Pentadbiran (pemangku Guru
Besar)
 Memberikan penghargaan kepada pihak yang terlibat
semasa berlangsungnya PBS
 Megambil serta dalam bacaan yasin

Dalam menyiapkan tugasan PBS ini, ia tidak semudah yang dijangkakan kerana ianya
memerlukan komitmen yang tinggi terhadap tugasan. Banyak ilmu baru yang ditimba melalui
tugasan ini dan merupakan persediaan yang baik untuk menjadi seorang guru yang profesional.
Aktiviti yang banyak difokuskan adalah proses pengajaran dan pembelajaran iaitu pdpr dan juga
pengetahuan am yang lain mengenai sekolah.

Dalam menyiapkan tugasan ini aktiviti yang difokuskan ialah terutama sekali
pemerhatian terhadap perbezaan individu dalam kalangan pelajar-pelajar melalui pdpr yang
dijalankan oleh beberapa orang guru Pendidikan Islam. Apa yang dapat diperhatikan ialah
dalam sesebuah pembelajaran terdapat tiga kategori pelajar iaitu pelajar yang pintar, pelajar
yang sederhana dan pelajar yang lemah. Walau bagaimanapun, persekitaran dapat
mempengaruhi para pelajar semasa proses pembelajaran. Ini kerana suasana pembelajaran
berbeza daripada sebelum ini kerana para murid terpaksa belajar dalam keadaan suasana baru
iaitu pembelajaran secara maya dirumah. Sehubungan itu, murid-murid di sini kebanyakkannya
adalah murid golongan latar belakang keluarga yang bermasalah kerana banyak maklumat
yang diterima oleh guru kelas para ibu bapa mempunyai pelbagai ragam dan masalah rumah
tangga.

Dengan susunan yang strategik itu juga memudahkan interaksi antara dua hala iaitu
para pelajar dan para guru tersebut ketika berlangsungnya proses pengajaran dan
pembelajaran. Dan juga memudahkan aktiviti secara berkumpulan dijalankan. Ini bertepatan
dengan kadah pembelajaran abad ke 21. Tambahan pula, pembelajaran yang berpusatkan
guru, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan bantuan mengajar yang digunakan untuk
menarik para pelajar dan untuk pelajar terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dilakukan
dalam kelas.
Oleh itu, bagi menggelakkan murid-murid tercicir daripada pelajaran pelbagai startegi telah
dilaksankan bagi memudahkan para murid belajar walaupun dalam keadaan yang tidak selesa
tertutamanya masalah keluarga dan peranti. Dari segi mengakses platform pembelajaran atas
talian, seseorang itu memerlukan sambungan internet dan peranti seperti komputer, komputer
riba, tablet atau telefon pintar. Di kawasan bandar, terdapat aduan kanak-kanak terpaksa
berkongsi peranti dan mereka tidak dapat menggunakan sepenuhnya pembelajaran atas talian
disebabkan sambungan internet yang perlahan atau kekurangan peranti

Pihak sekolah telah mengambil inisiatif baru bagi menyelesaikan masalah murid yang
tercicir dalam pembelajaran pdpr iaitu dengan menyediakan modul setiap pelajaran. Modul ini
disediakan sendiri oleh guru subjek masing-masing. Bagi modul pendidikan islam dibahagikan
kepada lima bahagian iaitu akhlak, akidah, al-quran, jawi, ibadah dan sirah. Jadi, setiap orang
guru pendidikan islam mengikut aliran ditugaskan untuk menyediakan satu bidang dan
digabungkan pada masa yang ditetapkan. Penyediaan modul ini bertujuan untuk memberi murid
mudah untuk belajar di rumah secara manual kerana setiap bidang pelajaran tersebut terdapat
nota ringkas untuk memudahkan pelajar memahami.

Walaupaun modul ini menjadi rujukan kepada murid untuk belajar dirumah pembelajaran
secara maya masih lagi dijalankan bagi membincangkan lebih lanjut mengenai nota yang
disediakan dalm modul tersebut. Para murid boleh bertanya pada bila-bila masa kepada guru.
Pada setiap bulan ibu bapa akan dikehendaki hadir ke sekolah untuk mengambil dan
menghantar modul pada tarikah yang ditetapkan. Dalam pemerhatian saya, penyedian modul
ini sedikit sebanyak dapat membantu murid memahami pelajaran yang diajar sekaligus
memberi peluang kepada murid yang mempunyai kekangan masa untuk mengikuti kelas secara
maya. Guru membuka ruang kepada murid untuk berbincang dengan guru walaupun lewat
malam sekalipun.

Dalam pemerhatian saya juga, terdapat perbezaan yang agak ketara diantara tiga
kategori pelajar ini dalam menghantar dan menyiapkan kerja yang diagihkan. Ibu bapa juga
memainkan peranan penting dalam penyediaan kerja untuk anak-anak. Walaubagaimana pun,
terdapat ramai ibu bapa bertanya dan mengambil berat mengenai pelajaran murid walau dalam
suasana pembelajaran di rumah yang pelbagai cabaran. Saya sebagai guru amat berpuas hati
dengan penglibatan murid dan ibu bapa menjayakan pelajaran yang disediakan oleh guru-guru
di sekolah ini. Pada pandangan saya sebagai seorang guru pelatih pembelajaran dan
pengajaran dapat dilakukan dimana-mana sahaja tetapi untuk pengajaran yang kepada
praktikal memerlukan bimbingan secara manual disekolah.
3.2.1 Penilaian dan pelaporan

Setelah seminggu menjalankan PBS ini banyak perkara positif dan ilmu baru yang saya
dapat. Dari segi pengurusan sekolah, Para pentadbir semuanya mesra, mudah memberi
kerjasama serta memberi sokongan dan dorongan kepada kami guru-guru interim. Apa yang
saya dapat lihat para pentadbir telah menjalankan tugas sebagai penadbir dengan cemerlang.
Pemangku beliau Encik Zaini bin Abdullah yang juga merupakan Penolong Kanan Pentadbiran
telah memangku tugas dengan baik.
Sepanjang PBS juga saya dapati guru-guru di SK Taman Molek menunjukkan semangat
bekerja dalam kumpulan yang amat baik. Mereka juga mesra dan tidak lokek untuk berkongsi
pengalaman dan menunjuk ajar kami guru-guru baru di sekolah ini. Staff sokongan juga mudah
bekerjasama dan amat professional dalam tugasan walaupun berurusan dengan kami guru-
guru interim yang baru. Pelajar-pelajar disini pula menunjukkan akhlak yang baik dan suka
membantu guru. Sepanjang saya mengajar di sekolah tersebut, apa yang saya perhatikan
setiap pagi akan ada pelajar-pelajar yang menunggu guru datang ke sekolah di tempat parking
kereta untuk membantu guru angkat beg dan barang-barang milik guru tersebut.
Secara umumnya, sekolah ini mempunyai kemudahan dan infrastruktur yang agak baik.
dengan kemudahan yang disediakan ia menjadi pemangkin semangat untuk para guru dan para
pelajar menjalankan segala aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Segala aktiviti
dijalankan dengan baik dan teratur mengikut kesesuaian dalam bilik darjah mahupun diluar bilik
darjah.
Kesimpulannya, apa yang dapat dilihat disini ialah sekolah ini mempunyai potensi yang
cerah dalam melahirkan para pelajar yang cemerlang gemilang dan terbilang yang bertepatan
dengan apa yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
diharapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.3 Maklumat Umum Sekolah

Bil Perkara Catatan / data


1. Nama dan Alamat Sekolah Sekolah Kebangsaan Taman Molek, Persiaran
Molek Utama, Taman Molek, 81100 Johor Bahru
2. No. Telefon Sekolah 07-3574322
3. Alamat e-mel / Web Sekolah
jba1088_sktamanmolek@yahoo.com
4. Lokasi (Bandar / Luar Bandar) Johor Bahru (Bandar)
5. Nama Pengurus Sekolah En. Che Kamarudin b. Che Mohd Zin
6. Nama PK Pentadbiran En. Zaini bin Abdullah
7. Nama PK HEM Puan Suzni bt Kaulan
8. Nama PK Kokurikulum Puan Rabiah bt Ibrahim
9. Nama Penyelia Petang Puan Rohani bt Jusoh
10. Gred Sekolah A
11. Bilangan Guru Lelaki : 30
Perempuan : 76
12. Bilangan Guru Mengikut Siswazah : 100
Kelayakan Akademik Bukan Siswazah : 6
13. Bilangan Kelas 50
14. Purata Saiz Kelas 34 Orang
15. Jumlah Murid
Melayu Cina India Lain-
1675 lain
Lelaki 829 2 1 2
perempua 828 0 10 3
n

16. Maklumat-maklumat lain yang Sekolah Kebangsaan Taman Molek


menarik perhatian anda tentang
sekolah ini

3.3.1 LATAR BELAKANG SEKOLAH


LOGO SEKOLAH

 VISI SEKOLAH

Sekolah unggul penjana generasi terbilang

 MISI SEKOLAH

Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

 MATLAMAT SEKOLAH

Memastikan sekolah mencapai kecemerlangan melalui komitmen jitu dan peranan

dinamik daripada warga sekolah yang proaktif, penyayang, berbudi bahasa dan mesra

bagi melahirkan insan yang berakhlak mulia, berbudaya, berilmu dan berdaya saing

selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

 MOTO
“Ketahanan, Berfikir Berdisiplin”

 LOGO SEKOLAH

Papan litar di Puncak : Kemajuan sekolah dalam zaman IT, Sains dan Teknologi.
Lambang
Tiga Lapisan Bulatan : Tanda muafakat dan kerjasama antara warga sekolah.
Bulatan Biru Paling Luar : Nama sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Molek
Bulatan Merah : Tarikh sekolah dibuka iaitu 1 Januari 2000
Bulatan Kuning : Gambar pelajar menelaah pelajaran dengan tekun dan
rajin.
Lima Gelang Bulatan Merah : Melambangkan kekuatan jasmani di kalangan warga
sekolah
Simbol Buku Sedang Terbuka : Lambang ilmu yang menjadi nadi dan sumber kekuatan
sekolah
Warna-warna yang digunakan dalam lambang ini iaitu merah, putih, biru dan kuning ialah
warna-warna yang terdapat dalam Bendera Malaysia.

 PIAGAM SEKOLAH
1. Melahirkan murid yang cemerlang, berdisiplin dan berakhlak mulia.
2. Memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak didik di sekolah ini.
3. Menjalinkan hubungan yang baik antara guru, ibu bapa dan masyarakat
setempat.
4. Melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan dedikasi dan
berintegriti.
5. Mewujudkan kepimpinan dan perkhidmatan yang terbaik dan prinsip
musyawarah.

 OBJEKTIF
1. Memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam sistem pengurusan dan
pentadbiran.
2. Mementingkan peningkatan prestasi murid dari semasa ke semasa dalam
bidang kurikulum, sahsiah dan ketrampilan diri.
3. Mewujudkan persekitaran sekolah mahupun bilik darjah yang kondusif
4. Membimbing murid mencapai watak sendiri sekaligus mewujudkan sekolah
berwatak.

5. Mencipta sekolah unik melalui standard kualiti pendidikan.

 LATAR BELAKANG SEKOLAH

1. Jenis & Kategori Sekolah: Sekolah Kebangsaan dalam Bandar

2. Tarikh Pembukaan: 01 Januari 2000


3. Alamat Rasmi: Persiaran Molek Utama, Taman Molek,
81100 Johor Bahru, Johor.
4. Kod Sekolah: JBA 1088
5. No. Tel: 07-3574322 / 07-3575322 (fax)
6. E-mel jba1088_sktamanmolek@yahoo.com

6. Pejabat Pendidikan: PPD Pasir Gudang


 NAMA-NAMA GURU BESAR YANG BERTUGAS
1. Allahyarham Hj. Zainal Abidin b. Hassan (2000-2003)
2. Tn. Hj. Isa b. Abu (2003-2011)
3. Tn. Syed Sulaiman b. Ariffin (2011-2015)
4. En. Nordin b. Mohd Rukani (2016)
5. En. Che Kamarudin b. Che Mohd Zin (2017 hingga kini).
 STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH

SK TAMAN MOLEK

GURU BESAR
En. Che Kamarudin b. Che Mohd Zin PIBG

GPK HEM GPK PENTADBIRAN GPK KOKURIKULUM GPK PETANG


Pn Suzni bt Kaulan En. Zaini bt Abdullah Pn Rabiah bt Ibrahim Pn Rohani bt Jusoh

SETIAUSAHA SETIAUSAHA SETIAUSAHA SETIAUSAHA


Cik Noor Maizatul Husna Cik Nur Balyah bt Jaafar En Mohd Ezzad b. Pn Aishah bt Ali
bt Hamdam Salman
JADUAL WAKTU
DISIPLIN Pn Noraini bt Salleh
BENDAHARI
En zulkifli b. Long Cik Nur Wahidah bt Jalal
Pn. Isyanti bt Taufik
Mohd Akasyah b. Abd
PENGAWAS SUP AWAM Malek
En Mohd Ezzad b. En. Mohd Suhazri b.
Salman Marzuki SU SUKAN
En Khairul Fusani b.
KAUNSELING SUP DALAMAN Musa
Cik Sharimah bt Yusof Pn. Norlizawati bt Maarup
Pn. Siti salihah bt Azmudin
PENYELARAS UNIT
BERUNIFORM
GURU PENYAYANG Muhd Hazim Hariz b.
Pn. Nurul Ezzah Sobli PENYELARAS PBD
Mokhtar
Pn. Nur Atiqah bt Sharom
SPBT PENYELARAS KELAB
PENYELARAS JQAF &PERSATUAN
Pn. Tang Lee Chin
En. Abd Razak b. Abd Kadir Fatmayani bt Ismail

RMT/PSS PENYELARAS PERHIMPUNAN


Pn. Norlizawati bt PENYELARAS ICT KOKU

Maarup En. Jamiludin b. Musa Noriza bt Mat Nor

PRASEKOLAH PENYELARAS PAJSK


KWAPM En. Mohd Ezzad b.
Pn. Megawati bt Mahlil
Pn. Siti Aisyah bt Salman
Baharuddin MBMMBI
Pn. Aishah bt Ali PENYELARAS SUKAN
PRS
Pn. Fatinoon bt Gani PERMAINAN
Cik Sharimah bt Yusof Revathi A/P Rajendran
PEMULIHAN KHAS
Pn. Isyanti bt Taufik
3.3.2 SEJARAH SEKOLAH DAN PENGASASNYA

Dibuka secara rasmi pada 1 januari 2000, SK Taman Molek terletak di kawasan Bandar dalam
bandaraya Johor Bahru berhampiran dengan Pasir Gudang. Pada ketika itu, sekolah ini berada
di bawah pentadbiran Pajabat Pendidikan Johor Bahru. Dengan keluasan 5.3 ekar, ianya
ditadbir oleh guru besar pertamanya, Allahyarham Tn Hj Zainal Abidin b. Hassan (A.M.N) sejak
1 Disember 1999 hingga 23 Mac 2003 bersama kekuatan anggota 27 orang guru dan 713
orang murid.

Guru Besar kedua SK Taman Molek ialah Tn Hj Isa b. Abu yang berkhidmat selama 8
tahun sehingga tahun 2011. Bermula tahun 2004, akibat perkembangan prasarana dan
pertambahan penduduk setempat, bilangan murid di SK Taman Molek semakin meningkat
hingga ke 1821 orang. Bilangan tenaga pengajar juga turut ditambah kepada 75 orang
sementara pusat pembelajaran dibuka kepada dua sesi iaitu sesi pagi bagi murid tahap 2 dan
sesi petang bagi murid tahap 1.

Pada bulan Mei 2007, SK Taman Molek mula ditadbir oleh Pejabat Pendidikan Pasir
Gudang yang mula beroperasi pada 2 April 2007. Di bawah pentadbiran Guru Besar Tuan Haji
Isa bin Abu, SK Taman Molek terus mencipta nama dalam pelbagai kejayaan akademik
mahupun kokurikulum.

Kini, SK Taman Molek ditadbir urus oleh En. Che Kamarudin b. Che Mohd Zin, sebagai
guru besar ke-5 selepas En. Nordin b. Mohd Rukani yang bertukar jawatan sebagai Penyelia
Unit Kaunseling di Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Setelah hampir 20 tahun dibuka, SK
Taman Molek mengalami pelbagai perubahan dari segi penambahbaikan infrastrukturnya
sejajar dengan perubahan masa. Selain itu, bilangan tenaga pengajar seramai 108 orang yang
telah banyak membantu meningkatkan pencapaian murid dalam prestasi akademik di samping
mencungkil bakat-bakat cemerlang dalam bidang kokurikulu. Pelbagai kejayaan cemerlang
dalam bidang kokurikulum terutamanya sukan bola tampar dan kompang telah direkodkan
hingga ke peringkat kebangsaan.

Pada masa sekarang, Sekolah Kebangsaan Taman Molek mempunyai 106 orang guru
dan 1675 orang murid dibawah pimpinan Yang Berusaha En. Che Kamarudin bin Che Mohd Zin
selaku guru besar dan dibantu oleh En. Zaini bin Abdullah, Penolong Kanan 1, Puan Suzni bt
Kaulan , Penolong Kanan HEM, Puan Rohani bt Jusoh, Penolong Kanan Petang dan Puan
Rabiah bt Ibrahim Penolong Kanan Kokurikulum.
4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

4.1 PEMERHATIAN

Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa


kaedah yang salah satunya adalah pemerhatian. Apa yang saya dapat melalui
pemerhatian saya adalah mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara
keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini adalah sempurna dan mampu
mewujudkan suasana pembelajaran yang baik terhadap murid-murid di sini. Selain itu,
budaya memberi salam dipraktikkan dalam kalangan guru serta budaya tolong-
menolong.
Selain itu, saya juga memerhati kawasan sekolah. Lanskap sekolah yang
disediakan serta diubah menjadi landskap yang cukup menarik serta menenangkan.
Namun begitu, pihak pentadbiran sedaya upaya untuk mewujudkan pelbagai tumbuhan
hiasan dan herba yang telah ditanam di persekitaran kawasan sekolah tersebut.
Terdapat juga mural yang dilukis dan banner di dinding-dinding sekolah.
Bukan itu sahaja, saya turut memerhatikan aktiviti-aktiviti guru di sekolah ini.
Disebabkan perintah kawalan pergerakan, saya hanya dapat memerhati persekitaran
sekolah serta beberapa orang guru yang berada di sekolah. Saya perhatikan guru-guru
di sini berusaha bersungguh-sungguh menyediakan modul kepada pelajar dengan
penuh dedikasi. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru untuk memberi segala
input kepada murid yang berada di bawah penjagaannya semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan.

4.2 SENARAI SEMAK

Selain itu, saya juga menggunakan kaedah senarai semak. Kaedah senarai
semak ini sangat penting dalam pengumpulan data yang diperolehi dan dengan kaedah
ini juga mampu melancarkan tugasan saya dan untuk mengelakkan daripada maklumat
yang penting tercicir. Ketika menjalankan tugasan ini, saya senaraikan apa yang perlu
dilaksanakan untuk program pengalaman berasaskan sekolah PBS ini. Kaedah ini
sangat berkait rapat dengan kaedah pemerhatian. Sebagai contoh, senarai semak untuk
maklumat umum sekolah, untuk penyediaan portfolio dan sebagainya.
Senarai Semak Penyediaan Portfolio

Bil Tajuk Item tandakan


1. Maklumat penempatan Surat pengenalan diri 
2. Biodata Nama 
Gambar 
Nama pelajar 
No. Kad Pengenalan 
Alamat tetap 
No telefon dan emel 
Ambilan dan pengkhususan 
Tahun dan semester 
Tarikh PBS 
3. Pernyataan profesional / Pernyataan Sebelum PBS 
kontrak aktiviti (lampiran 1-1) Pernyataan semasa PBS 

Maklumat Umum Sekolah 


-Kurikulum
-Kokurikulum
-Prasarana sekolah
Pemerhatian 
Senarai Semak 
Instrumen Pengumpulan Data
Temu Bual 
4. Berhubung Tugasan Soal Selidik 
Perbincangan Dengan Pengurus Sekolah 
Perbincangan Dengan Mentor 
Perbincangan Dengan Guru-Guru Lain 
5. Kolaboratif (lampiran 1-3) Perbincangan Dengan Kakitangan Sekolah 
Interaksi Dengan Murid 
6. Amalan Refleksi 

7. Kajian kes 
Gambar pintu depan sekolah Landskap Sekolah

Gambar kantin sekolah Padang SK Taman Molek

Gambar Perpustakaan sekolah Surau SK Taman Molek


4.3 TEMU BUAL

Disamping itu, kaedah temu bual juga turut saya gunakan dalam menjalani
tugasan ini. Temu bual juga adalah termasuk dalam satu kaedah yang amat penting ini
kerana untuk mendapatkan maklumat-maklumat secara lisan. Sekaligus saya juga dapat
belajar bagaimana berkomunikasi dengan lebih baik apabila berhadapan dengan
kebanyakan lapisan masyarakat mengikut situasi dalam sesuatu keadaan.

Saya juga telah menemu bual beberapa orang respondan seperti Guru Penolong
Kanan Pentadbiran iaitu En Zaini bin Abdullah, Guru Kanan Hal Ehwal Murid Puan
Suzni bt Kaulan, Guru Pendidikan Islam Ustaz Rizam bin Sarbini dan beberapa orang
pelajar, staf sokongan dan kakitangan sekolah.

Ketika menjalani temu bual ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan
kepada mereka yang berkaitan kepada mereka. Kerjasama yang mereka berikan adalah
amat baik sekali. Dan juga dapat memberikan saya maklumat dengan cepat dalam
menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Antara soalan yang ditanyakan ialah:

- Apakah peranan guru dalam merealisasikan FPK?

- Bagaimanakah penglibatan kokurikulum dalam kalangan pelajar?

- Apakah bidang tugas yang dilakukan oleh pembantu tadbir?

- Adakah mata pelajaran Pendidikan Islam menyumbang kepada kecemerlangan

akademik?

- Adakah keselamatan sekolah ini terjamin?

- Aktiviti apakah yang telah diperkenalkan untuk memantapkan akademik murid?

- Bagaimana perkembangan kanak-kanak diukur?

- Apakah cadangan dalam meningkatkan pendidikan Islam?


5.0 KOLABORATIF

Sepanjang menjalankan tugas PBS ini, saya telah membuat kolaborasi dengan
beberapa orang disekolah tersebut. Saya menemui beberapa orang komuniti sekolah
dan berinteraksi dengan mereka. Perbincangan saya dengan beberapa orang rakan
guru dan guru penolong kanan pentadbiran banyak memberi pengetahuan baru kepada
kami. Walau sibuk dengan tugas masing-masing, namun mereka masih sempat
meluangkan masa sekitar 1jam. Penerangan beliau sangat jelas dan sarat dengan
maklumat yang memudahkan kami menyelesaikan tugasan ini, kerjasama yang beliau
berikan sangat kami hargai.

Selain itu, kami juga sempat berinteraksi dengan guru kanan Pendidikan Islam
sekolah ini. Perbincangan dengan guru-guru juga memudahkan saya untuk mencari
maklumat yang diperlukan. Begitu juga dengan kaki tangan sekolah yang tidak kedekut
berkongsi pengalaman dan idea masing-masing walau sibuk dengan tugas disekolah.

Komunikasi berbentuk kolaborasi juga dilakukan dengan para pelajar. Saya


sempat berinteraksi dengan pelajar di beberapa kelas yang saya lawati. Kebanyakan
daripadanya menyentuh mengenai kesukaran dalam menghafal bagi mata pelajaran
bahasa arab manakala pelajar tingkatan satu pula rata-rata menyentuh soal kehidupan
asrama yang perlu berdikari dalam mengurus diri masing-masing.

Interaksi dengan semua pihak sekolah termasuklah pihak pentadbir, guru-guru,


kakitangan sekolah, pekerja mahupun pelajar telah membantu saya menyiapkan
tugasan ini seperti yang diharapkan. Kolaborasi dengan semua pihak berjaya dan
berjalan dengan baik serta amat membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh pensyarah. Semua kolaborasi yang dikehendaki dalam tugasan ini telah
saya catatkan dalam (lampiran 1-4) yang disediakan oleh pihak IPGM. Dalam lampiran
tersebut, saya telah mencatatkan isi perbincangan dengan beberapa pihak beserta
jawapannya sekali. Kolaborasi yang dilakukan oleh saya ialah: Kolaborasi yang
dilakukan oleh saya ialah:

5.1 Perbincangan dengan pengurusan sekolah

5.2 Perbincangan dengan guru panitia

5.3 Perbincangan dengan guru-guru lain


5.4 Perbincangan dengan kakitangan sekolah

5.5 Interaksi dengan murid

6.0 AMALAN REFLEKSI (Rujuk lampiran 1-6)

7.0 KAJIAN KES

7.1 PENGENALAN

Kemahiran Menghafaz Surah Attakhur Tahun 4 Arif 1


Siti Nor Jannah Dini Bt Shamsuddin
sitijannahdini@gmail.com

ABSTRAK

Hafazan sememangnya satu bidang yang amat ditakuti oleh murid-murid saya. Mereka
menganggapnya sebagai satu kemahiran yang sukar dikuasai. Selalunya mereka tidak akan
dapat menguasai surah yang melibatkan kemahiran hafazan. Ini menyebabkan soalan dalam
bidang tilawah yang memerlukan murid menjawab dengan berpandukan kepada daya ingatan
mereka akan ditinggalkan kosong oleh murid atau sekadar meneka jawapan yang disediakan.
Saya memfokuskan kajian ini kepada kemahiran menghafaz surah, dan memilih 34 orang murid
Tahun 4 sebagai kumpulan sasaran.

Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan


Ujian Diagnostik. Perasaan negatif yang ketara ialah perasan takut. Ini mungkin
disebabkan sikap saya yang agak garang. Keputusan Ujian Diagnostik pula
menunjukkan cuma 60% murid dapat menjawab soalan berbentuk fokus kajian dengan
betul dan peratus ini merupakan peratus terendah berbanding bentuk-bentuk soalan
lain.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah penggunaan kad ayat dan lagu dalam
hafazan yang diperkenalkan dapat menyakinkan murid tentang wujudnya kaedah lebih
mudah untuk menghafal. Selain itu disediakan juga hadiah dan ini menjadikan bidang
tilawah adalah masa yang dinanti-nanti oleh murid

Perbandingan keputusan sebelum aktiviti dijalankan dengan selepas aktiviti


dijalankan amat memberangsangkan. Bilangan murid yang telah menguasai hafazan
telah meningkat kepada 80%, manakala min bagi perasaan takut juga telah jatuh ke
paras tidak signifikan'. Ini bermakna tindakan yang diambil dalam kajian tindakan ini
adalah tepat dan berkesan.

Walaupun pelbagai halangan dihadapi sepanjang melaksanakan kajian ini, saya


berasa cukup berpuas hati apabila melihat murid yang paling malas dalam kelas ini turut
melibatkan diri dan menyatakan seronok "belajar menghalal.

7.2 ISU YANG DIFOKUSKAN

Sekolah Kebangsaan Taman Molek merupakan sebuah sekolah yang digolongkan dalam
kategori sekolah bandar. Apa yang hendak saya luahkan di sini adalah, mata pelajaran
Pendidikan Islam sering diambil mudah dan dipandang sebagai mata pelajaran elektif oleh
sebilangan murid. Ini kerana, pada anggapan mereka mata pelajaran Pendidikan Islam adalah
satu mata pelajaran yang kurang penting kerana mata pelajaran ini tidak termasuk di dalam
senarai mata pelajaran yang akan dijawab oleh murid-murid terbabit semasa Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR). Mereka juga menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi
satu bebanan kepada mereka kerana mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan
bidang yang terdapat di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seperti aqidah, ibadah, sirah,
tilawah al-Quran, akhlak, jawi dan amali. Bidang tilawah Al-Quran contohnya, mempunyai
beberapa pecahan kemahiran yang perlu dipelajari seperti bacaan surah, hafazan dan
pengertian surah. Bidang hafazan misalnya, amat memerlukan penumpuan yang penuh dan
teliti terhadap surah-surah yang ingin dihafaz dan ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang
boleh dipelajari dengan hanya membaca dan memahami formula atau fakta tertentu dan tidak
memerlukan kepada hafalan.

7.2.1 FOKUS KAJIAN

Hasil daripada ujian pra, saya dapati seramai 33 orang murid tahun empat gagal mentasmiq
hafazan dengan baik di hadapan guru. Terdapat juga sebilangan pelajar yang cuma dapat
menghafaz separuh dan ada juga pelajar yang menghadapi masalah untuk menghafaz dengan
bacaan yang betul dari aspek makhraj huruf, tajwid dan sebagainya. Sesetengahnya pula tidak
dapat membezakan di antara hujung atau permulaan ayat yang mempunyai bunyi yang hampir
sama. Kelemahan ini dikenal pasti berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang kurang
menarik minat murid, dan kekurangan bahan bantu mengajar yang lebih berkesan dan juga
sikap murid itu sendiri. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan berkesan, maka
dikhuatiri, murid-murid ini akan menghadapi masalah untuk menghafaz surah-surah dalam
peringkat yang berikutnya dan ini boleh berlanjutan sehingga mereka memasuki alam
persekolahan menengah nanti. 

7.3 OBJEKTIF KAJIAN

7.3.1 Objektif Am:

Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang
hafazan dan para pelajar dapat menggunakan kaedah hafazan yang bersesuaian dengan
kemampuan diri masing-masing.

7.3.2 Objektif Khusus:

i. Murid dapat membaca surah Attakathur dengan baik, fasih, lancar dan bertajwid

ii. Murid dapat menghafaz surah Attakathur dengan betul, lancar dan mengikut hukum tajwid.

iii. Murid dapat menghafaz makna ayat-ayat dalam surah Attakathur dengan betul.

7.4 KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahun empat dijadikan kumpulan sasaran bagi kajian ini dengan lebih
memfokuskan kepada 33 orang murid tahun empat yang gagal dalam ujian pra sebelum ini.

7.5 METODOLOGI KAJIAN

7.5.1 Tinjaun Masalah

Tinjauan awal kesukaran murid untuk memahami konsep dan kaedah hafazan yang sebenar
dan mudah merupakan cabaran utama yang perlu saya rungkaikan untuk membantu mereka
meningkatkan keyakinan diri mereka terhadap bidang hafazan ini. Permasalahan murid-murid
ini dapat saya perincikan kepada aspek-aspek berikut:

(a)Pengetahuan sedia ada murid tentang surah yang akan dihafaz

(b)Sejauh mana murid terdedah kepada bacaan dan hafazan al-quran

(c)Permasalahan yang murid hadapi untuk menguasai kaedah hafazan.

 Untuk membuktikan kewujudan masalah kajian, kaedah yang saya gunapakai ialah
ujian dan soal selidik.

Aktiviti 1: Penggunaan power point dan kad ayat.


• Guru telah menyediakan satu bahan power point tentang surah yang dihafaz dan juga hiasan-
hiasan.

• Murid diperdengarkan dengan bacaan surah yang dipilih dari beberapa orang qari melalui
komputer.

• Murid juga telah dihidangkan dengan kad ayat surah yang dihafaz.

• Murid telah mendengar bacaan dari surah yang dibacakan qari tersebut melalui komputer.

• Guru memperkenalkan beberapa kalimah yang sukar dan murid dilatih menyebut kalimah-
kalimah tersebut berulang-ulang secara individu, kumpulan dan kelas.

Pemerhatian.

Hasil daripada pemerhatian saya, murid didapati tertarik dengan bahan yang disediakan. Ini
mendorong mereka mengikuti setiap langkah yang dijalankan dengan baik dan memberikan
kerjasama kepada guru semasa PP dijalankan.

Refleksi.

Menerusi aktiviti ini, murid dilihat menunjukkan minat untuk menghafal. Ini memberikan
kepuasan kepada saya.

Aktiviti 2: Penggunaan lagu dalam hafazan ayat dan makna

• Guru memperkenalkan murid kepada kaedah hafazan secara berlagu.

• Murid diperdengarkan dengan bacaan guru.

• Lagu yang telah diperkenalkan bukanlah merupakan lagu-lagu yang sukar seperti dibaca oleh
para qari tetapi merupakan lagu yang mudah dan bersifat kanak-kanak dan dekat di hati
mereka.

• Murid-murid menghafaz ayat satu persatu bersama makna ayat secara vii berlagu.

• Murid mengulang ayat bersama makna secara berulang kali dan murid telah didedahkan
dengan posisi yang berbeza semasa mereka mengulang hafazan.
• Murid diarahkan berdiri, duduk, berpaling ke kanan dan ke kiri sambil mengulang ayat yang
dihafaz. Ini diharap dapat mengelakkan murid daripada berasa bosan semasa sesi hafazan
dijalankan.

• Murid-murid ini juga telah dirakam suaranya, dan seterusnya murid lain akan menilai hafazan
murid-murid tersebut dan diminta mentasmiq hafazan ayat dan makna ayat tadi sesama rakan
mereka sebelum mereka mentasmiq di hadapan guru.

• Murid-murid yang diyakini dapat menghafaz dengan baik telah dilantik sebagai murid turus
untuk membantu rakan-rakan mereka yang belum dapat menghafaz dengan fasih dan lancar.

Pemerhatian.

Hasil daripada pemerhatian saya, menerusi aktiviti ini murid didapati menunjukkan peningkatan
dalam hafazan. Ini mendorong mereka untuk berlumba menjadi murid turus.

Refleksi.

Menerusi aktiviti ini, murid dilihat menunjukkan minat untuk menghafal. Ini memberikan
kepuasan kepada saya setelah didapati hafazan murid semakin meningkat dari semasa ke
semasa walaupun masih terdapat murid yang tidak dapat menghafaz dengan baik.

7.6 PENILAIAN.

Ujian Hafazan :

Pengukuran kejayaan kajian tindakan ini dapat diukur semasa sesi PP dan peperiksaan
pertengahan tahun yang telah dilaksanakan. Saya dapati murid dapat menghafaz dengan baik
dan menjawab soalan yang diberikan dengan lebih bersedia dan yakin.

7.6 REFLEKSI KESELURUHAN KAJIAN

i. Pencapaian murid

a. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dinilai daripada lembaran kerja yang
diberikan kepada murid, ujian hafazan semasa sesi PP dan ujian pertengahan tahun didapati
mempunyai peningkatan yang memberangsangkan.

ii. Aktiviti yang dijalankan


a. Murid dilihat tertarik dengan aktiviti yang disediakan dengan dibantu oleh bahan bantu
mengajar yang menarik minat murid.

iii. Kajian tindakan ini.

a. Saya amat yakin bahawa kajian tindakan ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid. Ini
juga membantu saya melihat kejayaan murid dan seterusnya memberikan kepuasan kepada
saya setelah melihat murid berjaya.

7.7 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah sebahagian dari masalah yang sering dihadapi
oleh saya dalam proses PP. Masalah ini sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi murid-murid
saya.

Pada kajian yang seterusnya saya bercadang untuk memfokuskan kepada cara-
cara untuk membantu murid yang tidak dapat menguasai tulisan jawi dengan baik. Ini
kerana, melalui pemerhatian saya, saya dapati masih ramai murid belum mempunyai
kemahiran yang baik dalam menyambung huruf-huruf jawi. Ini menyebabkan mereka
menyambung apa sahaja huruf yang diberi tanpa mengetahui huruf tersebut boleh
disambung atau sebaliknya.

Dengan kajian ini, saya berharap dapat menyelesaikan masalah tersebut dan
dapat membantu murid menguasai tulisan jawi dengan baik sebelum mereka melangkah
ke alam sekolah menengah.

8.0 LAPORAN AKHIR

Dalam laporan akhir ini, suka saya mengatakan bahawasanya tugasan pengalaman
berasaskan sekolah (PBS) ini amat berguna sekali kepada saya selaku guru pelatih.
Banyak pengalaman baru yang saya perolehi sepanjang tempoh tugasan ini diberikan
sekalipun masa tugasan begitu singkat. SK Taman Molek merupakan sebuah sekolah
yang sekolah yang sangat menitik beratkan gerak kerja secara kolektif. Saya sempat
mencatat ucapan oleh pemangku pengetua sekolah yang sentiasa mengingatkan
kepada semua guru agar berkerja secara kolektif bagi meningkatkan mutu prestasi
sekolah. Saling bantu-membantu dan menampung kekurangan disetiap sudut tanpa
perlu menuding jari kepada sesiapa pun. Ini suatu konsep yang sangat memotivasikan
diri saya.
Selain itu, saya dapat menyelami bagaimana teknik sebenar pembelajaran dan
pemudahcaraan (pdpc) di abad ini. Apa yang saya dapati bahawasanya merancang
pembelajaran adalah faktor utama keberjayaan dan keberkesanan satu-satu aktiviti
pembelajaran dan ia adalah tugas utama seorang guru. Selain memastikan objektif
pembelajaran tercapai, ia juga dapat mengatasi masalah perbezaan individu didalam
sesebuah kelas. Pembelajaran berpusatkan guru, berpusatkan pelajar dan juga
berpusatkan bahan dapat digunakan didalam kelas bagi menarik minat pelajar dan
mengelakkan proses pembelajaran menjadi tepu dan membosankan.

Kecaknaan terhadap disiplin juga menjadi perkara yang diutamakan disekolah ini.
Disiplin merupakan anak tangga pertama untuk pelajar melangkah ke gerbang kejayaan.
Disiplin hadir kesekolah, disiplin terhadap waktu, terhadap etika pemakaian, semasa
didalam kelas yang dititik beratkan dapat dilihat sepanjang keberadaan saya disekolah ini.
Ini juga sebahagian daripada proses didikan secara tidak formal yang perlu dipikul oleh para
guru demi melahirkan pelajar yang berdisiplin dan mempunyai jati diri.

Akhir kata, SK Taman Molek mampu bersaing dengan semua sekolah yang serba
lengkap dari sudut teknologi masa kini. Ini dapat dilihat daripada kerjasama yang
ditunjukkan oleh pihak pentadbir, para guru dan kaki tangan sekolah yang masing-masing
berperanan diposisi dimana mereka berdiri. Saya amat berterima kasih diatas sokongan
dan bantuan yang diberikan dan segala ilmu dan pengalaman yang saya perolehi akan saya
aplikasikan dimana sahaja saya berada.

You might also like