You are on page 1of 5

KAJIAN KES: KEHADIRAN RENDAH PELAJAR RBT DALAM PDPR SEMASA

PANDEMIK Covid-19

Abstrak: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia bagi


tujuan membendung penularan pandemik Covid-19 telah menggalakkan guru dan murid
menukar kaedah pembelajaran daripada pembelajaran secara bersemuka kepada
pembelajaran dalam talian. Namun, terdapat pelajar yang mempunyai kekangan tersendiri
untuk menghadiri pembelajaran dalam talian yang dilaksanakan oleh guru. Oleh itu, kajian
ini bertujuan untuk melihat kekangan dan cabaran dihadapi oleh murid yang tidak dapat
hadir menyertai pembelajaran secara dalam talian. Kajian ini menggunakan reka bentuk
kuantitatif. Seramai 20 orang pelajar RBT Tingkatan 1 dipilih sebagai peserta kajian dengan
menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data akan dikumpulkan melalui kaedah
tinjauan. Dapatan kajian. Hasil dapatan kajian ini penting khususnya kepada guru-guru RBT
bagi membantu mengenalpasti kaedah terbaik agar pelajar tidak ketinggalan dalam
pelajaran.

Kata kunci:

PENDAHULUAN

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Malaysia sehingga sebelum


bermulanya ledakan pandemik Covid-19 tidak pernah mengalami perubahan yang
besar. Proses pengajaran dan pembelajaran biasanya disampaikan oleh guru-guru
di dalam bilik darjah atau di sekitar kawasan sekolah sahaja. Sepanjang tempoh
persekolahan, murid diwajibkan hadir ke sekolah dengan mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (PdPC).

Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar yang berlaku di dalam proses PdP
kesan daripada penularan pandemik Covid-19 sehingga Kerajaan Malaysia terpaksa
mengumumkan PKP bagi memutuskan penularan rantaian Covid-19 (Tan Sri
Muhyiddin Yassin, 2020). Bermula dari tempoh PKP tersebut, pelaksanaan PdP
tidak dapat lagi dijalankan seperti biasa kesan daripada penutupan institusi
pendidikan. Oleh itu, bagi memastikan pembelajaran pelajar tidak terhenti, proses
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diperkenalkan perlaksanaannya
oleh KPM pada 27 Mac 2020 (Surat Siaran KPM Bil.3, 2020)
Namun, pelaksanaan PdP dalam talian bukan mudah untuk dilaksanakan. Terdapat
beberapa cabaran yang menjadi penghalang untuk mengikuti kelas dalam talian. Di
antara cabaran yang dihadapi seperti rangkaian internet yang terlalu perlahan,
gangguan hal lain, hal rumah atau tiada gajet sendiri. Hasil kajian ini diharap dapat
membantu meningkatkan peratus kehadiran pelajar yang terlibat dan dapatan kajian
ini boleh membantu guru mencari alternatif lain yang bersesuaian agar pelajar tidak
ketinggalan dalam pelajaran.

MASALAH KAJIAN

Perubahan norma pendidikan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan


Pergerakan (PKP) memberikan kesan terhadap peratus kehadiran pelajar RBT
Tingkatan 1 di SMK Medamit dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran dari
Rumah (PdPR). Dalam tempoh PKP, terdapat banyak cabaran yang perlu dilalui
oleh pelajar bagi mengikuti pembelajaran atas talian. Oleh itu, kajian ini dijalankan
bagi mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh pelajar dan mencadangkan langkah
penyelesaian.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya kajian ini adalah untuk;

1. Mengenalpasti punca murid tidak mengikuti PDPR


2. Mengenalpasti cara mengatasi masalah penyertaan PDPR yang rendah
3. Mengenalpasti peranan guru dalam mengatasi masalah PDPR yang rendah

KUMPULAN SASARAN

20 orang murid terpilih yang mengambil mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
Tingkatan 1 kelas 1C dan 1D.

METODOLOGI KAJIAN

https://www.slideshare.net/atokshila/contoh-metodologi-kajian-109026820

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai bagi
menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif dalam menjawab
permasalahan kajian. Metodologi kajian ini merupakan kaedah dan teknik mereka
bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya data tersebut dapat
menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi
menerangkan cara bagaimana sesuatu masalah dikaji dan sebab sesuatu kaedah
dan teknik digunakan.

Reka bentuk kajian

Kajian ini berbentuk tinjauan. Pengumpulan data dijalankan menerusi satu soal
selidik berkenaan masalah kehadiran pelajar RBT Tingkatan 1 SMK Medamit di
dalam PdPR. Menurut Kerlinger (1973), reka bentuk kajian adalah bertujuan untuk
mencari maklumat dan mengawal pembolehubah. Oleh itu satu reka bentuk kajian
yang baik adalah diperlukan dalam membuat kajian agar maklumat yang didapati
boleh digunakan untuk menjawab persoalan kajian.

Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah


persampelan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah ketidakhadiran
pelajar RBT Tingkatan 1 SMK Medamit di dalam PdPR. Kaedah persampelan
digunakan dalam proses ini untuk mendapatkan maklumat tepat dan mudah serta
relevan dengan objektif kajian yang telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan
instrument borang soal selidik yang mana ianya mudah untuk mendapatkan
kerjasama daripada responden.

Sampel kajian

Sampel kajian terdiri daripada pelajar RBT Tingkatan 1 yang tidak mengikuti kelas
PdPR yang dijalankan oleh guru. Persampelan bertujuan iaitu persampelan secara
tidak rawak digunakan dalam kajian ini bagi memberi tumpuan kepada ciri-ciri
tertentu iaitu pelajar yang berada di dalam kumpulan aplikasi whatsapp tetapi tidak
hadir semasa kelas dijalankan. Data bagi kajian ini berbentuk kuantitatif hasil
daripada soal selidik yang dijalankan ke atas pelajar.

Instrument kajian

Borang soal selidik akan digunakan sebagai instrumen utama kajian ini. Ini kerana ia
adalah alternatif untuk memudahkan semua pihak ekoran daripada Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih dilaksanakan di seluruh negara buat masa
ini. Disamping itu ia juga menggunakan kos yang sederhana di mana penyelidik
boleh menggunakan Google Form untuk mengumpul data yang diperlukan.
Soal selidik

Instrument soal selidik yang dibina menggunakan prinsip KISS (Keep it short and
simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami. Soalan
dalam borang soal selidik merupakan soalan tertutup. Pelajar perlu memilih jawapan
tertentu yang disediakan dan paling sesuai dengan keadaan semasa pelajar.

ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Sepanjang berlangsungnya sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)


tinjauan telah dibuat keatas jumlah kehadiran pelajar. Tinjauan juga dibuat untuk
mengetahui alasan yang diberikan beberapa orang pelajar atas ketidakhadiran
mereka di dalam kelas PdPR.

https://www.slideshare.net/ideal90/contoh-laporankajiantindakan-1

http://deriakacamata.blogspot.com/2015/04/contoh-kajian-tindakan.html

https://www.scribd.com/doc/221102830/ANALISIS-TINJAUAN-MASALAH

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

RUJUKAN

https://www.academia.edu/11282660/metodologi?auto=download
https://dokumen.tips/documents/contoh-laporan-pbs-561d474706af1.html
http://mail.ipg.edu.my/bpanduan/kajian_kes/Penyelidikan_kajian_kes.pdf
https://www.academia.edu/24671886/MENGURANGKAN_KADAR_KETIDAKHADIR
AN_KE_SEKOLAH_PELAJAR
https://www.scribd.com/document/37386982/Bab-3-Metodologi-Kajian-18mac2010-1
https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/administrative-
science/other/bab-3-metodologi-credit-to-owner/6448984/view
https://www.slideshare.net/atokshila/contoh-metodologi-kajian-109026820
https://www.slideshare.net/atokshila/contoh-metodologi-kajian-109026820
https://www.coursehero.com/file/45608831/CONTOH-METODOLOGI-KAJIANdocx/
https://dokumen.tips/documents/kaedah-kajian-560a8794e6ea0.html
borang soal selidik
suasana rumah tidak selesa untuk belajar
https://www.malaysianow.com/berita/2021/01/20/beribu-murid-mula-sekolah-di-
rumah-dengan-masalah-sama/
https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19-implikasi-pengajaran-dan-
pembelajaran-atas-talian/

literature review
https://madeinuitm.com/15-tips-bagaimana-untuk-menulis-kajian-literatur-literature-
review-dari-awal/
kuantitatif dan kualitatif
http://deitaz.blogspot.com/2010/08/kajian-kualitatif-kuantitatif-dan.html
apa style
https://www.slideshare.net/keemanxp/apa-style-panduan-asas

You might also like