You are on page 1of 3

Jelsaskan elemen-elemen dalam PBS

Nyatakan isu-isu dalam pelaksanaan PBS dan cadangkan langkah penyelesaian.

Terangkan konsep pentaksiran alternative dan kepentingannya.

Pentaksiran Pusat

Merupakan suaru pentaksiran yang dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrument pentaksiran,
tugasan, panduan penskoran dan jadual penggredan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
Pelaporan dikeluarkan oleh pihak sekolah. LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanaan
moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.

Pentaksiran PT3

Komponen Pentaksiran Pusat yang terdapat dalam pentaksiran berasaskan Ssekolah (PBS). PT3
merupakan petaksiran sumatif yang setara di Tingkatan 3 bagi menilai pencapaian akademik murid. Ini
bermakna PT3 mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh di peringkat
menengah rendah.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilapporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapain
murid dalam aktiviti sukan, kourikulum dan ekstrakurikulum. Murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti
bukan akademik sama ada di dalam atau luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK
dilaksanakan di tahun 4,5 dam 6 di sekolah rendah dan di tingatan 1 hingga 5 di sekolah menengah.

Pentaksiran Psikometrik (PPSi)

Suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret
psikologi iaitu aptitude dan personality murid. Komponen PPsi yang diuji di peringkat renda dan
menengah terdiri daripada Ujian Aptitud dan Ujian personality. Tujuan adalah untuk mengukur
kebolehan semualjadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability).

Tujuan pelaksanaan PBS

Murid lebih mengenali diri dan potensi diri untuk diperkembangkan. Guru juga akan lebih mengenali diri
dan potensi murid, memberi focus terhadap pembelajaran murid, dan mendapat maklumbalas tentang
kaedah pengajaran-pembelajaran. Ibu bapa juga akan mengetahui perkembangan anak-anak dan
mengenali potensi untuk digilap.
Nyatakan isu-isu dalam pelaksanaan PBS dan cadangkan langkah penyelesaian.

Kesediaan guru dalam pelaksaan PBS

 Maklumat diperoleh guru kurang jelas dan tidak selaras

Cadangan penyelesaian - Mengadakan latihan profesional untuk mendapatkan pengetahuan


dan kemahiran pelaksanaan PBS yang berkesan.

Kekangan masa

 menghabiskan sukatan pelajaran, membina instrumen, melaksanakan sesi pemulihan tambahan,


mengulang pentaksiran, menyemak ujian bertulis, mencatat prestasi pelajar dalam borang dan
atas talian - pada masa yang sama melaksanakan pentaksiran formatif.

Cadangan penyelesaian - Menyediakan tempoh khas dan masa yang lebih panjang untuk
melaksanakan pentaksiran.

Masalah ketidakhadiran pelajar ke sekolah

 Menyebabkab salah satu eviden tidak dicapai, maka band evidens tersebut juga tidak capai
 Pelajar yang tidak mencapai tahap band rendah tidak boleh mengambil pentaksiran untuk
mencapai band yang lebih tinggi

RUMUSAN
Guru yang melaksanakan PBS seharusnya diberi pengetahuan dalam
pentaksiran supaya keseragaman dan kejituan dalam memberi skor. Pihak
sekolah perlu mengurangkan aktiviti-aktiviti yang mengganggu guru dalam
PdP. Pihak atasan juga perlu memantau dan sentiasa memberi penekanan
dalam aktiviti pentaksiran. Pelajar dan ibu bapa perlu diberi pendedahan
tentang kepentingan PBS supaya memudahkan guru bekerjasama dengan
mereka.
Terangkan konsep pentaksiran alternatif dan kepentingannya.

Pentaksiran alternatif ditakrifkan sebagai mana-mana kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain
pentaksiran tradisional seperti ujian pensil-kertas. Pentaksiran alternatif merupakan suatu pendekatan
bukan tradisional dalam menilai prestasi pelajar. Petaksiran alternatif sesuai digunakan di Malaysia
kerana pentaksiran ini mula digunakan sebagai suatu kaedah dalam sistem pendidikan disebabkan
kesedaran yang semakin meningkat, manakala sebelum ini sistem pentaksiran dipengaruhi oleh ujian
berdasarkan kurikulum dan pengajaran sahaja.

Pentaksiran alternatif secara lebih ringkas adalah :

 Satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional.


 Antara pentaksiran alternatif ialah melalui projek, kajian kes, portfolio,seminar, bengkel dan oral
pelajar.

Pentaksiran alternatif menghendaki pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang mana
tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang ditetapkan masa seperti pentaksiran sumatif.

Jelaskan isu dan cabaran perlaksanaan elemen KBAT dalam pentaksiran dan apakah cadangan
penambahbaikan.

Isu dan cabaran KBAT :

Guru kurang pengetahuan dan kefahaman tentang pentaksiran KBAT dan guru kurang mahir dalam
pembinaan dan penilaian item yang menguji KBAT. Apabila guru kurang pengetahuan dalam pentaksiran
KBAT ini, maka kesediaan guru dalam pelaksanaan KBAT dalam pembelajaran akan turut terjejas selain
daripada kekangan masa untuk menyediakan bahan dan mencari maklumat berkaitan.

Cadangan penambahbaikan :

Memperbanyakkan bahan sokongan dan rujukan tentang pentaksiran KBAT di sekolah, daerah dan
negeri. Pihak kementerian boleh menyediakan pelbagai bentuk item yang boleh dijadikan panduan oleh
guru untuk membina item. Dengan itu, guru boleh mengubah teknik pengajaran dan pembelajaran yang
lebih afektif supaya dapat menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Latihan kepada
guru juga perlu dipertingkatkan agar dapat meningkatkan kemahiran mereka untuk membina
instrument yang betul.

You might also like