You are on page 1of 24

- UTUSAN, 14 Disember 2011

2.

Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?

Jawapan :

Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini
dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lainlain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang
telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan
aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod
pencapaian murid secara berterusan.

4.

Bila PBS mula dilaksanakan?

Jawapan :

PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016,
mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014.

5.

Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada?

Jawapan :

PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI
iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada
yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan.
PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu
mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning
manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik
murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning.

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran


Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk
melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian
prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang
sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang

dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut


tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid
dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan
menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam
pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.

PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat
meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan
orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:

- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan


- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
pembelajaran murid
- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan
murid
- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.

6.

Apakah standard prestasi?

Jawapan :

Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang


pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah
dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras
(benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir
bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan
berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.

7.

Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?

Jawapan :

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:


Pementoran
Penyelarasan
Pemantauan
Pengesanan

Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru
untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang
ditetapkan.

Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan


pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan
agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard


Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.

Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan


instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

8.
Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan
pembelajaran anak-anak mereka?
Jawapan :

Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bila-bila masa
sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid
daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base).

9.

Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?

Jawapan :

Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid
mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki,
bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan
perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk
mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

10.

Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS?

Jawapan :

PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari segi
pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana
pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.

11.

Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai?

Jawapan :

Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing
kerana mereka:

- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan


- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
pembelajaran murid
- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan
murid
- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

12.

Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS?

Jawapan :

Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan
pembelajaran tetapi akan diberi pendedahan semula tentang Pentaksiran
Berasaskan Sekolah.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Sistem
Pentaksiran
Pendidikan
Kebangsaan
(SPPK) adalah
satu sistem
pentaksiran
yang
diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK
merupakan transformasi
daripada
sistem yang
menumpukan kepada ujian
pencapaian
dan
peperiksaan (berorientasi peperiksaan) kepada sistem
yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan
satu
set
indikator
untuk
menilai
potensi
murid dan kesediaan
untuk
belajar,
selain menguji
penguasaan
dan
pencapaian.
Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat
mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil
pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang
dilaksanakan
dalam
proses
pengajaran
dan
pembelajaran.
Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu
berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember
2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan
sebagai
sebahagian
daripada
Program
Transformasi
Pendidikan.
PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui
penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan
sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di
dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN)
dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di
peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid
sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula
PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

APAKAH PBS?

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS
memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran
formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan
sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan
sekolah .
Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:
Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh
guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan
ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan
rumah dan ujian.
Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah
oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh
Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di
peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan
dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan,
aktiviti kokurikulum danaktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli
kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti
bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).
Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk
mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran

berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan


personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.
2.

APAKAH OBJEKTIF PBS?

SUBJEK APAKAH YANG DINILAI MELALUI PBS?

Semua subjek yang diajar di sekolah rendah dan menengah akan dinilai melalui PBS.
4

BAGAIMANAKAH GURU MELAKSANAKAN PBS?

Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS, guru seharusnya menggunakan


Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari
dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala
Dokumen Standard Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir dan mengukur
penguasaan murid.
Guru diberi pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif
semasa pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif diakhir unit
pembelajaran atau pun di akhir tahun.
Untuk mentaksir guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap
kemahiran yang hendak dinilai. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi
melalui pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan
juga kerja rumah. PBS tidak membataskan kreativiti guru yang sudah tentunya lebih
mengenali murid mereka.
5

APAKAH KELEBIHAN PBS?

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran


Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat
kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi
seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana
murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap
pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid


dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan
menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran
dengan merujuk kepada pernyataan standard.
Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa
dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas
yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala
aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung
jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik
sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang
kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan
masing-masing.
6

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAND?

Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai
skor mentah seperti 81% atau pun gred A,B,C,D.
BAND
6
5
4
3
2
1

STANDARD
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Tahu, Faham dan Boleh Buat
Tahu dan Faham
Tahu

Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau
memberi maklum balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi Matematik murid di
Band 1 mampu mengenal angka 1,2,3 ....
Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya murid tahu dan
faham nilai angka seperti 24 lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48 kg.
Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu situasi. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid telah
menguasai operasi mudah tambah, tolak, darab dan bahagi.
Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam
subjek tersebut.

Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau
melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti menyelesaikan
operasi tolak dengan mendahulukan rumah sa.
Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru,
dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Bagi
matematik murid yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah seperti
Berapa biji telurkah yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang RM10.00 jika sebiji telur
berharga 20 sen?
Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan
inovatif,mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan
serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan
menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan
menjadi contoh secara tekal. Di Band 6 murid boleh membuat keputusan dalam
masalah seperti membuat pilihan di antara kemeja biru yang berharga RM30.00 tetapi
diberi diskaun 50% dan baju tawaran terbaik (best buy) yang sama kualiti dengan harga
RM20.00.
Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka aktiviti
pemulihan bagi membantu murid mencapai Band minima 3.
PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan
kesediaan murid. PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan
itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan
murid.
Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain. Sebaliknya
kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu tahap
pembelajaran. Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru
dapat dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih
cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya
sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju. Sekiranya dilaksanakan dengan baik dan
terancang PBS bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk
perkembangan individu.
7

ADAKAH PBS AKAN MENAMBAH BEBAN TUGAS GURU?

Sekiranya diurus dan dilaksanakan dengan bijak, guru akan mendapati bahawa PBS
memberi banyak manfaat dan mampu mengurangkan beban tugas guru.

Bagi membantu guru melaksanakan PBS, dua aplikasi ICT telah dibangunkan untuk
memastikan guru tidak dibebani dengan tugas-tugas perkeranian. SPPBS (Sistem
Pengurusan Pentaksiran Berasakan Sekolah) and PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum) dibangunkan bagi merekod, menyimpan dan melapor
perkembangan murid. Data yang disimpan boleh dicetak sebagai laporan apabila
diperlukan.

BOLEHKAH GURU DIPERCAYAI UNTUK MENILAI MURID SENDIRI?

Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan melalui


penjaminan kualiti. Semua hasil kerja murid dijadikan evidens yang perlu difailkan
sebagai bukti yang menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang diajar.

a.
b.
c.
d.

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:


Pementoran
Penyelarasan
Pemantauan
Pengesanan
Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk
melaksanakan PBS mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dan boleh
dilaksanakan secara formal dan tidak formal.
Penyelarasan adalah proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard
Prestasi yang disediakan bagi memastikan skor yang diberikan oleh guru adalah sah
dan boleh dipercayai.
Pemantauan pula ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan
garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi dan
mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran. Pemantau Dalaman yang dilantik di
peringkat sekolah dan Pemantau Luaran yang terdiri daripada pegawai PPD, JPN dan
KPM terlibat dalam proses ini.
Pengesanan pula adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen
pentaksiran yang digunakan bagi meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan
kebolehtadbiran instrumen pentaksiran. Pengesanan turut melibatkan guru dan
pegawai KPM.
Penjaminan Kualiti oleh guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua
Bidang, Guru Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan
Kementerian Pelajaran Malaysia memastikan PBS dilaksanakan dengan baik seperti
dirancang. Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem

pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu


pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua
aspek dan peringkat pentaksiran.

ADAKAH PBS SATU KONSEP BARU?

PBS bukan konsep baru. Soalan, kuiz, latihan dalam kelas, kerja rumah dan projek
adalah kaedah yang sering diguna pakai oleh guru untuk mengukur penguasaan murid
dalam setiap kemahiran yang diajar.

10

PENUTUP

Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi


muridbagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal
insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Apa yang jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran
menerusi PBS ini memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti
UPSR dan PMR bukan lagi bentuk penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian
murid menguasai pembelajaran. Lebih dari itu, ia diharap mampu melahirkan murid
yang lebih cemerlang dalam semua aspek kerana pentaksirannya dilakukan daripada
peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang akademik tetapi juga
merangkumi sahsiah, sukan dan kokurikulum.
Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa
dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas
yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala
aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung
jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik
sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang .
Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan
keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh
membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran

Perbezaan KBSR dengan KSSR


PENGENALAN
Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan selaras dengan perubahan
yang telah berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Kronologinya, Akta Pelajaran
1961 menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini, atas dasar untuk
membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir. Manakala pada tahun
1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) diperkenalkan setelah dibuat
penambahbaikkan ke atas kurikulum lama, kesan daripada Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara FPN (1988)
disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi penambahbaikkan, lalu Kurikulum Baru Sekolah
Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
yang bermula pada tahun 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berorientasi
berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Memandangkan zaman semakin
berubah, sekali lagi kurikulum baru diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Kurikulum ini dilaksanakan pada tahun 2011 hinggalah sekarang.
LATAR BELAKANG : KBSR
KBSR merupakan singkatan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang
diperkenalkan ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. KBSR diperkenalkan pada tahun 1982
menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan
di semua sekolah rendah bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah dan
pada tahun 1983, pelaksanaan penuh pun bermula di semua sekolah rendah seluruh
negara.
KBSR pada asasnya berpegang pada konsep bahawa murid-murid perlu
memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai
secara terus melalui pengalaman.
KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang
kemanusiaan dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu. Bidang
komunikasi menjadi bidang utama dengan menekankan kemahiran asas iaitu
kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) yang diterapkan melalui 2 matapelajaran :

I.
II.
III.

IV.

Bahasa (Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris) dan Matematik. Bidang ini selaras dengan
perakuan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan
rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan dalam bidang 3M
iaitu membaca, menulis dan mengira
~ Perakuan 2a, Laporan Jawatankuasa Kabinet.
Dalam bidang kemanusiaan dan alam sekitar pula, memfokuskan tentang nilai-nilai
kemanusiaan dan persekitan serta komponen kerohanian, nilai dan sikap yang diajar
melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Manakala, dalam
bidang perkembangan diri individu pula meliputi semua aspek iaitu intelek, rohani,
jasmani, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Aspek ini diterapkan kepada murid
melalui pembelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik.
Walaubagaimana pun, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diubah kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1993 selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu. Ini berlaku setelah penyemakan
semula kurikulum dibuat dengan alasan bagi mengenalpasti kerelavanannya dalam
merentas masa. Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika
itu, konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan pengajaran di
sekolah melalui perlaksanaan KBSR.
Konsep bersepadu yang dikandung dalam KBSR adalah meliputi unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintergrasikan supaya
terdapat kesepaduan. Maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep
bersepadu tadi diserapkan melalui :
Penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran selain daripada
penyerapan ilmu pengetahuan.
Nilai-nilai pula dititikberatkan dan mesti diserapkan sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu berlaku secara
harmonism menyeluruh dan sepadu. Perkembangan ini tidak boleh dilakukan secara
berasingan.
Kesepaduan antara teori dan praktik.
Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang muridmurid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah,
berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dalam pergaulan
dan memupuk semangat kerja antara satu sama lain.
LATARBELAKANG : KSSR
Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah merupakan pengukuhan dan
penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Tujuan transformasi
adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai

yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR
telah menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih pada 31 Mac 2009
hingga Jun 2009. KSSR dilaksanakan sepenuhnya kepada murid-murid tahun 1 di
semua sekolah bermula pada 2011.
KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara
menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan
pendidikan seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu,
pengajaran KSSR adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen
Standard Pembelajaran.
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri
daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh
murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM(2011)
Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang
Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan
Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah
dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi,
Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR
Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara KBSR dengan KSSR secara
ringkas.

sumber : laman sesawang KPM

1.PERSAMAAN KBSR dengan KSSR

I.

II.

Sepertimana yang telah kita ketahui, kewujudan KSSR ini adalah merupakan satu
proses transformasi daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Ini menjadikan
KSSR mempunyai sedikit persamaan dengan KBSR.
Antara persamaan KBSR dengan KSSR ialah
Kedua-dua kurikulum ini diolah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di
mana prinsip KSSR masih lagi berpegang teguh kepada 4 prinsip yang didukung oleh
KBSR iaitu pendekatan bersepadu di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam kandungan si pelajaran diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan dan
keharmonian antara unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses
pembelajaran murid. Prinsip lain yang sama-sama dipegang KBSR dan KSSR ialah
perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan yang sama serta
pendidikan seumur hidup.
KBSR dan KSSR juga mempunyai persamaan dalam organisasi kurikulum.Keduadua kurikulum ini diorganisasikan mengikut tahap iaitu, Tahap 1 dan Tahap 2.
Walaubagaimana pun, pengkategorian dalam organisasinya pula telah berbeza(akan
dihuraikan di bawah tajuk perbezaan KBSR dan KSSR). KBSR dan KSSR juga turut
memberikan penekanan dalam bidang kokurikulum dan pembangunan insaniah.

2.PERBEZAAN ANTARA KBSR dengan KSSR


Perbandingan antara KBSR dan KSSR boleh dibuat berdasarkan perkaitan berikut ;
reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran,
pembahagian masa, bahan kurikulum, fokus kurikulum dan penilaian.
I.

Reka bentuk kurikulum.


KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang
Komunikasi, Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu.
Tiga bidang ini direka bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk
membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi
nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.
Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada KBSR.
Enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan;
Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri
menjadi bidang utama dalam KSSR.
Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk
memperluaskan skop pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi
banyak peluang kepada mereka untuk menjalani independent learning .
Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang
disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil
pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran. Berlainan
dengan KSSR di mana dibentuk secara modularyang merupakan satu kurikulum
yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk
bahagian atau unit yang dinamakan sebagai modul.

II.

Bahan Kurikulum
Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga
membawa perubahan kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran
dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan. Pembelajaran murid berlangsung
mengikut perancangan yang dibuat oleh guru berdasarkan kedua-dua dokumen itu.
Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan standard maka dengan itu, bahan yang
dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi
Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran. Segala
perubahan ini telah menyebabkan para guru perlu untuk membuat perubahan dalam
pengajaran masing-masing sama ada daripada segi kaedah, strategi serta teknik
mengajar.

III.

Organisasi Kurikulum
KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu
membezakan murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3
dan tahap 2 untuk murid tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam
penstrukturan mata pelajaran.
Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan
tambahan dalam KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada
buku teks, bahan-bahan lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sevagai
bahan pembelajaran di dalam kelas. Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui Modul
Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, berbeza dengan pengajaran kepada
murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam matapelajaran teras dan elektif.
Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah menggunakan bahan-bahan
pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on.

IV.

Fokus Kurikulum.
Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui fokus setiap kurikulum .
Ini dapat dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid.
KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas
iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan
mengira, manakala dalam KSSR pula, telah ditambah satu lagi kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas. Kemahiran asas yang telah
ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul. Kemahiran Menaakul adalah
keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau
logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di tahap 2,
fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.

V.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)


Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. EMK diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan KBSR yang mana
hanya menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Berbeza pula dalam
perlaksanaan KSSR yang mempunyai penyepaduan tiga elemen iaitu Elemen Kreatif

dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Elemen ini
diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti
perlaksanaan kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini diharapkan dapat
memenuhi keperkuan murid dalam membangunkan modal insane yang holistik,
berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi serta berkeperibadian mulia.
VI.

Kaedah Penilaian.
Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan
kaedah penilaian
Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif
dan sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah
secara sumatif iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa
KBSR berbanding pernilaian formatif.
Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR
menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses
pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh
pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan proses mengumpul
maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran ini
adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan
bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan.
KESIMPULAN
KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing. Namun perubahanperubahan yang berlaku disebabkan rasional-rasional atau alasan yang kukuh serta
mengikut kehendak perubahan waktu dan selaras dengan cabaran semasa, maka
transformasi perlu dilakukan. Segala penambahbaikkan dalam kurikulum ini perlu
dilakukan bagi menyediakan warga negara kita untuk menghadapi arus kemodenan
dalam menentang cabaran abad ke-21.
Ini jelas dapat dilihat dalam objektif KSSR yang lebih berfokuskan ke arah
kemahiran-kemahiran seperti mengira, berfikir, belajar, saintifik dan teknikal.
Kemahiran-kemahiran ini meliputi skop yang lebih luas seperti kemahiran dalam
teknologi dan maklumat. Kemahiran-kemahiran dalam KSSR juga diperlukan bagi
menyiapkan diri menghadapi cabaran masa hadapan dan mempertingkatkan lagi jati
diri daripada peringkat akar lagi.

Tugasan 1 ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah)


Assalamualaikum dan salam sejahtera..di sini kami ada memuat naik tugasan 1 kami. Tajuk
tugasan 1 kami ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS )
1.0 Definisi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang bersifat
holistik, iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor

(jasmani)

selaras

dengan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

dan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS dioptimumkan untuk mentaksir


bidang akademik dan bukan akademik.

2.0 Mengapakah Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan di Sekolah


3.0 Kelebihan dan Kekurangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
3.1 Kelebihan Penilaian Berasaskan Sekolah
Pentaksiran Rujukan Standard
Pentaksiran Rujukan Stardard diperkenalkan dan merupakan kelebihan kepada
Penilaian

Berasaskan

Sekolah.

Pentaksiran

Rujukan

Standard

menggunakan

Stardard Prestasi demi untuk menambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia


ada.

Melalui

kaedah

ini,

guru

dapat

melihat

kemajuan

dan

pertumbuhan

pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses


mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat
atau telah menguasai sesuatu yang telah dipelajari berdasarkan pernyataan

standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang


dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
Murid-murid dinilai secara adil dan saksama
Selain itu, kelebihan penilaian berasaskan sekolah ialah murid-murid dinilai secara
adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,
kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang
lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk
data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri
seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali,
memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insane
yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada
pembangunan Negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masingmasing.

Mendidik guru berintegriti


Disamping itu juga, kelebihan penilaian berasaskan sekolah adalah mendidik guru
berintegriti. Merujuk kepada maksud integriti dalam Kamus Dwibahasa DBP, 1985,
integrity ialah kejujuran, ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. Oleh itu, integrity
adalah merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang individu. Guru sebagai
penjawat

awam

perlulah

melaksanakan

amanah

dan

kuasa

yang

dipertanggunjawabkan mengikut kepentingan profesionnya. Oleh hal demikian,


dengan melakukan tugas penilaian berasaskan sekolah ini terhadap murid-murid
dengan penuh ikhlas dan jujur maka terdidiklah sifat integrity seseorang guru
tersebut. Penilaian berasaskan sekolah ini memerlukan kejujuran, keutuhan mental
dan fizikal, kesempurnaan dalam melakukan tanggungjawab dan tulus adalah
penting bagi melancarkan lagi proses tersebut. Maka, tanggungjawab seseorang
guru amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran
untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat dan Negara kita.
Mudah merujuk pencapaian murid
Seterusnya ialah mudah untuk merujuk pencapaian murid dalam sesebuah kelas
mahupun sekolah. Sistem penilaian berasaskan sekolah berkait rapat dengan
penggunaan ICT. Semua data-data tentang murid-murid akan disimpan rapi. Oleh
itu, jika ingin membuat perbandingan pencapaian yang lepas dengan yang terbaru
guru hanya perlu membuka data-data tersebut dan sudah mendapat maklumatnya.
Dengan ini, terlalu mudah untuk guru membuat laporan dan tidak perlu membelek-

belek dan mencari fail yang tersimpan data-data murid-murid. Selain itu, guru juga
dapat mengetahui dengan cepat pelajar yang cemerlang dan lemah. Dari situ, guruguru berkenaan dapat memperbaiki prestasi murid yang lemah kearah cemerlang
dan meningkat dalam pencapaian pembelajaran mereka.
Menunjukkan

pertumbuhan

murid

dalam

pembelajaran

adalah

dapat

dan

pengajaran
Kelebihan

penilaian

berasaskan

sekolah

juga

menunjukkan

pertumbuhan murid dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Melalui proses


penilaian berasaskan sekolah ini, akan berlaku pertumbuhan dan perkembangan
terhadap murid-murid. Pertumbuhan menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah
perihal atau proses tumbuh (tentang manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang),
tumbesaran. Oleh itu boleh dirumuskan pertumbuhan ialah merujuk kepada
perubahan fizikal dan struktur badan secara kuantitatif. Ianya akan terhenti atau
mengalami sedikit peruhan pada tahap kematangan. Manakala, perkembangan pula
mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah perihgal atau proses berkembang
menjadi maju atau tersebar dan membiak. Daripada maksud ini, boleh dirumuskan
perkembangan adalah proses perubahan individu menyesuaikan diri dengan
persekitaran secara kualitatif. Ianya berlaku secara berterusan hasil daripada
pengalaman

dan

pembelajaran.

Oleh

itu,

murid-murid

akan

bertambah

pengetahuan am dan semakin bijak menilai sesuatu. Hal ini kerana guru lebih
banyak mendedahkan murid-murid dengan soalan-soalan yang menguji minda
mereka. Sekiranya mereka tidak tahu sesuatu maksud mereka akna berusaha untuk
menerokai ataupun menanyakan guru. Oleh itu, perkembangan dan pertumbuhan
murid-murid semakin cemerlang.
3.2 Kelemahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Membebankan guru
Setiap sesuatu perkara atau benda mesti terdapat kelebihan dan kelemahan. Hal
yang sama juga berlaku dalam pentaksiran berasaskan sekolah. Pertama sekali
kelemahan

pentaksiran

berasaskan

sekolah

ialah

membebankan

guru-guru

disekolah. Hal ini demikian kerana terdapat kelemahan dalam sistem yang
ditubuhkan. Antara kelemahannya ialah guru perlu mengekod band murid-murid.
Jika setiap guru mengajar dalam 120 orang murid dalam satu sekolah, maka hal ini
akan membebankan. Kenapa saya menyatakan begitu kerana guru bukan sahaja
memfokuskan untuk menyiapkan kerja ini sahaja malah tanggungjawab lain yang
ditanggung lagi terlalu banyak. Masa yang diberikan juga amat terhad. Selain itu,
hal ini juga pernah dinyatakan dalam dada-dada akhar tentang perungutan guru-

guru tentang beban ini. Disamping itu juga, sekiranya pentaksiran ini tidak dapat
disiapkan di sekolah, guru akan membawa pulang kerja ini kerumah dan ini akan
mengganggu masa guru tersebut bersama keluarga. Maka, jelaslah bahawa
pentaksiran berasaskan sekolah ini amat membebankan guru-guru.
Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan PBS
Pentaksiran berasaskan sekolah ini berkait rapat dengan penggunaan ICT. Semua
guru perlu ada jalur lebar atau dalam kata lain broadband untuk menyiapkan
program ini. Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan pentaksiran berasaskan
sekolah berlaku apabila jika seseorang guru melakukan aktiviti mengekod bandband murid kedalam data, dan berhenti seketika untuk melakukan tugas lain.
Kemudian guru tersebut ingin menyambung kembali tugas itu, beliau perlu bermula
dari awal dan menekan butang next sehinggalah sampai rekod yang terakhir. Hal
ini amat menyukarkan guru dan telah mengambil masa yang lama, tambahan lagi
jika jalur lebar yang ada adalah lembab. Masalah ini juga pernah dinyatakan oleh
guru dalam blog dan akhbar-akhbar yang lepas dan mengharapkan pihak
berkenaan ubah proses ini kearah yang lebih cepat dan maju.
Ibu bapa tidak mengetahui tahap IQ anak-anak
Sistem yang digunakan oleh pentaksiran berasaskan sekolah adalah band iaitu
dari band 1 hingga band 6. Berbeza dengan sebelum ini yang menggunkan gred
iaitu gred A, B, C dan seterusnya. Pengggunaan band ini tidak disukai oleh para ibu
bapa kerana mereka tidak dapat mengetahui lebih terperinci tentang tahap
kecerdasan anak-anak. Sesetengah ibu bapa yang kurang pandai pula tidak tahu
apa itu band?, anak-anak lemah dimana? Dan sebagainya persoalan yang timbul
dalam fikiran ibu bapa. Selain itu, melalui penggunaan pentaksiran berasaskan
sekolah ini juga menyebabkan ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka ke
pusat tuisyen. Hal ini berlaku kerana takut anak-anak akan gagal pada masa
peperiksaan sebenar. Disamping itu juga, ibu bapa tidak dapat tahu terperinci
tentang tahap kecerdasan anak-anak kerana guru sahaja yang menyimpan
maklumat murid-murid yang sebenar dan ibu bapa hanya dapat maklumat yang
umum sahaja. Tuntasnya, kelemahan ini amat dikesali oleh ibu bapa kerana mereka
menginginkan yang terbaik untuk anak-anak tetapi sebaliknya berlaku iaitu ibu
bapa tidak dapat mengukur tahap kecerdasan anak-anak mereka.
4.0 Aktiviti dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Aktiviti Membaca

Guru-guru di sekolah mempunyai pengaruh yang besar kepada murid-murid. Murid


yang terdedah kepada pembelajaran ke arah pembacaan yang aktif akan lebih
bersifat survival, berdikari dan lebih bijak dalam proses berfikir dan penyelesaian
masalah (Raja Abdullah Yaacob : 2008).
Guru-guru boleh merancang P&P yang menjurus kepada pembacaan aktif dalam
bentuk kerja kursus, tugasan pembentangan, gerak kerja berkumpulan, berkongsi
artikel, majalah atau akhbar dalam kelas, bicara buku, pertandingan bercerita,
aktiviti drama atau persembahan boneka. Dengan pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS), aktiviti pengayaan pembacaan aktif seperti lakonan,
bercerita, forum, debat, sketsa dan pembentangan sewajarnya disuburkan semula
di sekolah-sekolah.
Sebagai contoh, dalam subjek Bahasa Melayu, guru boleh menggunakan pelbagai
kaedah untuk menarik minat murid untuk membaca. Contoh aktiviti membaca yang
boleh dianjurkan ialah:
Membaca beramai-ramai dalam perhimpunan khas.
Membaca secara korus di hadapan kelas.
Membaca secara individu di hadapan kelas.
Membaca dalam kumpulan.
Sesi bercerita berpandukan bahan bacaan dari Pusat Sumber Sekolah
Contoh aktiviti :
Kelas : 2 Mawar
Kemahiran : Membaca
Standart : Band 1 (Tahu)
Pernyataan Standart: Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis.
Tindakan
Guru
Sebelum

Guru
menyediakan
RPH.

Menyediakan
Alat
Bantu
Mengajar.

Memaklumkan kepada pelajar terlebih dahulu mengenai aktiviti yang bakal dijalankan.

Meminta murid untuk membawa buku teks Bahasa Melayu tingkatan 2 ketika kelas
diadakan.

Semasa

Meminta
murid
untuk
membuka
buku
teks
pada
halaman
3:
BERTANDANG
KE
RUMAH
SABRINA

Memberi masa kepada murid untuk membaca teks Bertandang ke rumah Sabrina.

Guru
dan
murid
akan
bersoal
jawab.


Kemudian guru akan meminta murid untuk menuturkan dialog dengan intonasi yang
sesuai.

Guru
mendengar
tuturan
murid
di
dalam
kelas.
Selepas

Guru
akan
membuat
penilaian
dengan
teliti.

Kemudian guru akan mengelaskan pelajar kepada baik, sederhana dan lemah.

Markah
penilaian
murid
akan
direkodkan
oleh
guru.
Tindakan
Murid
Sebelum

Membuat
persediaan
sebelum
memulakan
aktiviti.

Membawa
buku
teks
seperti
yang
diminta
oleh
guru.
Semasa

Murid membuka buku teks pada halaman 3 seperti yang diarahkan oleh guru di dalam
kelas.

Murid menggunakan masa yang diberikan dengan sebaik mungkin untuk membaca teks
yang
terdapat
di
dalam
buku
teks
Bahasa
Melayu
tingkatan
2.

Murid akan mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

Seorang demi seorang murid akan menuturkan dialog dengan intonasi yang sesuai.
Selepas

Murid
akan
dinilai
oleh
guru.

Selepas itu, murid akan diberitahu pencapaian mereka dalam aktiviti membaca.

Murid yang lemah akan mengulang band. Manakala murid yang baik akan meneruskan
ke
band
2.

Murid yang lemah akan dinilai sehingga melepasi band dan layak untuk pergi ke band
seterusnya.
5.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan. Anjakan
paradigma yang berlaku ini bertepatan dengan pesanan Saidina Umar al-Khatab
yang menegaskan supaya reka bentuk pendidikan anak-anak wajib berdasarkan
keperluan masa hadapan mereka. Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna
sistem pendidikan dan pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan, manakala
segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman akan tetap dimanfaatkan
dalam persekitaran terkini.
Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa.
Kekurangan dan ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk
pelaksanaan PBS kembali lemah. Murid, guru dan masyarakat berhak untuk
memberikan sumbangan terbaik demi masa hadapan bangsa dan negara.
https://www.academia.edu/attachments/35760342/download_file?s=regpath

You might also like