You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA,


KEDAH

PSIKOLOGI PENDIDIKAN EDUP2082

Nama Pelajar : LEE PEI YEE

Angka Giliran : 2021182400055

No. Kad Pengenalan : 940210-08-5904

Program : Program Diploma Pasca Pendidikan (PDPP)

Kumpulan : SEJ 1 (REN) Ambilan Jun 2021

Kod dan Nama Kursus : EDUP2082 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Nama Pensyarah Akademik : PN. ROHANA BINTI OSMAN

Tarikh Hantar : 17 JULY 2021

Pengakuan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan
fahami.
Catatan (jika ada):

Tandatangan Pelajar: Tarikh:

1
ISI KANDUNGAN
Pengakuan Pelajar:
SayaBil. Kandungan
mengesahkan bahawa maklum Muka
balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujukSurat
dan fahami.
1. Pengenalan 3
Catatan (jika ada):

2. Implikasi Teori Pembelajaran Behavorisme


Terhaadap Peningkatan Motivasi dan
Tandatangan Pelajar: Tarikh:
Pembelajaran Murid di Bilik Darjah

2.1 Teori Pembelajaran Ivan Pavlov 3

4
2.2 Teori Pembelajaran J. B Watson
Pengakuan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami.
4-5
Catatan (jika2.3 Teori Pembelajaran Edward Lee Thorndike
ada):

6
2.4 Teori Pembelajaran Skinner
Tandatangan Pelajar: Tarikh:
3. Rumusan 6

4. Bibliografi 7-8

1.0 PENGENALAN

2
Teori Behaviorisme merupakan kajian saintifik untuk mengkaji tingkah laku manusia.
Menurut Rahil Mahyuddin J. M. (2000), ahli-ahli saintifik yang memainkan peranan penting
dan terpengaruh dalam proses pembentukan teori pembelajaran ialah J. B Watson, Ivan
Pavlov, Edward Lee Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat perubahan tingkah laku
akan mempengaruhi perubahan tingkah laku seseorang. Seseorang dapat dilihat atau
diukur dengan memberi fokus terhadap tingkah laku baharu yang diulang sehingga menjadi
tingkah laku lazim. Teori pembelajaran merupakan kajian fentang faktor yang
mempengaruhi pembelajaran, proses dan sebab berlakunya pembelajaran. Oleh itu, teori
pembelajaran penting bagi membantu guru memilih pendekatan yang sesuai untuk
membantu murid secara optimum dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah supaya murid-murid mendapat ilmu pengetahuan dengan berkesan. Maka dalam esei
ini, saya akan memperincikan implikasi teori pembelajaran Behaviorisme terhadap
peningkatan motivasi dan pembelajaran murid di bilik darjah.

2.0 IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME TERHADAP PENINGKATAN

MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN MURID DI BILIK DARJAH

2.1 Teori Pembelajaran Ivan Pavlov

Berdasarkan teori pembelajaran Behaviorisme Ivan Pavlov, beliau berpendapat


pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan dan gerak balas. Ia juga dikenali sebagai
pelaziman klasik. Oleh itu, guru-guru boleh menggunakan peneguhan positif bagi
meransang murid-murid berusaha untuk meningkatkan kemahiran menulis. Sebagai contoh,
seorang guru meminta murid lain untuk memberikan tepukan atau pujian (rangsangan)
apabila murid tersebut dapat menguasai kemahiran menulis seperti mampu menulis
perkataan “membaca” dengan betul atau berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan (gerak
balas) semasa Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) dijalankan. Setiap kali murid
berjaya menjawab soalan kita digalakkan untuk menyuruh murid lain untuk memberi
tepukan. Di samping itu, ia akan jadi lebih menarik jika guru mencipta satu tepukan berirama
untuk ganjaran yang berbeza. Jelaslah bahawa teori pembelajaran Behaviorisme mampu
meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid di bilik darjah.

2.2 Teori Pembelajaran J. B Watson

3
Menurut Watson dalam buku Teori-Teori Pembelajaran, emosi pelajar boleh dibentuk
melalui proses pelaziman. Kajian yang dijalankan oleh Watson terhadap emosi Albert
dengan seekor tikus putih menunjukkan kanak- kanak tersebut menjadi takut dan menangis
apabila bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus. Walaupun pada
awalnya kanak-kanak tidak berasa takut pada kemunculan tikus sahaja. Lama- kelamaaan,
Albert menjadi takut apabila kemunculan tikus walaupun tiada bunyi dikeluarkan. Oleh hal
yang demikian, melalui eksperimen tersebut telah membuktikan guru memainkan peranan
penting untuk membina suasana bilik darjah yang kondusif dan selesa, serta kaedah
pembelajaran yang menarik supaya pelajar dapat membentuk emosi yang positif demi
menimbulkan rasa minat murid-murid terhadap setiap mata pelajaran yang dipelajari.
Misalnya, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat
pelajar terhadap subjek Sejarah. Sebagai contoh, guru boleh menayangkan filem “Edge of
The World” melalui Youtube semasa mengajar sejarah Tahun 5 yang bertajuk Bangkit
Berjuang Penjajah Ditentang. Peransangan bahan yang konkrit kepada murid-murid dapat
meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari sesuatu perkara.

Selain itu, teori pembelajaran Watson juga menekankan kekerapan murid dalam
mengulang kaji dan memahami setiap tajuk yang dipelajari supaya dapat mengingati
kembali konsep-konsep pelajaran dengan mudah. Sebagai contoh, sebelum pelajar
menduduki peperiksaan SPM, dia perlu mengulang kaji setiap fakta dan peristiwa mengikut
susunan dalam buku teks sejarah tingkatan 4 dan 5. Hal ini membantu pelajar mengingati
setiap fakta sejarah dan mengelakkan berlaku kekeliruan semasa mengingati tahun dan
peristiwa. Misalnya, pelajar harus menyusun tarikh dan peristiwa penjajahan negara asing
terhadap tanah melayu sebelum memahami proses-proses bagaimana Malaysia terbentuk.
Di samping itu, guru perlu memberikan latihan dengan kerap untuk mengukuhkan ingatan
murid supaya mereka dapat mengaplikasikan konsep-konsep yang diulang kaji semasa
menduduki peperiksaan.

2.3 Teori Pembelajaran Edward Lee Thorndike

Menurut Mok Soon Sang, kesimpulan yang dihasilkan oleh Edward Lee Thorndike
dalam kajian teori cuba ralat berpendapat proses pembelajaran berlaku apabila gerak balas
yang terbentuk akan berulang apabila ganjaran diberi kepada seseorang. Namun, jika denda
dilakukan, maka gerak balas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan.

Hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan merupakan hasil prinsip
pembelajaran daripada eksperimennya. Hukum kesediaan ialah seseorang murid perlu
mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal, emosi dan psikomotor sebelum bermula

4
belajar. Oleh itu, semasa waktu set induksi, guru boleh berinteraksi dan menanyakan
perkara umum kepada murid supaya kesediaan murid dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat dijalankan. Contohnya, semasa guru mengajar sejarah bertajuk zaman prasejarah,
guru boleh menunjukkan seketul batu. Selepas itu, guru minta murid menyatakan kegunaan
batu. Guru boleh kaitkan batu sebagai alatan penting di zaman pra sejarah.

Hukum latihan ialah memberi latihan kepada murid-murid secara berulang untuk
meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Guru-guru digalakkan memberi pelbagai jenis
latihan, lembaran kerja atau kaedah lakonan dan mengaplikasikan kemahiran dengan lebih
kerap. Misalnya, murid-murid boleh melakukan aktivti-aktivti tambahan dengan
menggunakan kaedah lakonan dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru boleh
menyediakan modul pembelajaran sejarah semasa Pengajaran dan pembelajaran di rumah
(PdPR) Sejarah dijalankan secara luar talian, murid akan menyiapkan modul yang diberikan
dan menghantar semula kepada guru untuk diperiksa. Kemudian, guru akan menyerahkan
modul yang berikutnya.

Hukum Kesan ialah kesan yang menyeronokkan dapat meningkatkan pertalian antara
ransangan dan tindak balas. Maka, pencapaian dapat diperolehi dengan baik apabila
seseorang murid mendapat kesan pembelajaran yang memuaskan. Contohnya, suasana
kelas akan menjadi seronok sekiranya guru boleh berpakaian seperti seorang pendekar
yang lengkap dengan tengkolok dan replika keris semasa mengajar sejarah Hang Tuah.
Selain itu, perasaan puas hati dalam kalangan pelajar semasa menyelesaikan latihan harus
dicapai dengan memberi kuiz dalam talian, latihan teka silang kata, dan melukis peta minda
berdasarkan tajuk yang diberi. Hal ini bertujuan meningkatkan motivasi dan minat mereka
untuk belajar. Di samping itu, guru perlu bersikap peramah dan memberi dorongan kepada
pelajar yang lemah supaya mereka mempunyai keyakinan diri untuk mencuba sehingga
mencapai kejayaan.

2.4 Teori Pembelajaran Skinner

Berdasarkan kajian ”Skinner Box” yang dijalankan oleh Skinner menunjukkan teori
pelaziman operan boleh diperkuatkan atau dihapuskan jika peneguhan diberi sebaik sahaja
gerak balas itu ditunjukkan. Kajian ini membawa Skinner kepada penggunaan ganjaran dan
hukuman dalam aktivti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah terhadap setiap tingkah
laku yang dihasilkan oleh murid. Beliau membahagikan peneguhan kepada dua jenis, iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah ganjaran diberikan
selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan menyebabkan tingkah laku itu bertambah atau
berulang. Misalnya guru memberi senyuman dan memuji pelajar yang dapat menjawab

5
soalan guru dengan baik. Peneguhan positif harus diberi kepada murid secara ikhlas kerana
dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Manakala peneguhan
negatif merupakan sesuatu yang tidak selesa dan menyakitkan selepas sesuatu tingkah laku
ditunjukkan. Contohya, guru memarahi murid yang tidak menyiapkan kerja sekolahnya dan
mendenda murid tersebut berdiri di atas kerusi. Sehubungan itu, implikasi Teori Pelaziman
Operan Skinner dalam pengajaran dan pembelajaran hendaklah diberi peneguhan secara
berterusan supaya kemahiran ini dapat dikukuhkan dan dikekalkan. Oleh itu, guru perlu
memberi peneguhan positif supaya dapat meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid di
bilik darjah kerana keseronokan peneguh positif adalah lebih berkesan daripada peneguhan
negatif yang membawa kesakitan.

3.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, teori pembelajaran Behaviorisme adalah sangat penting untuk


meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid di bilik darjah. Teori pembelajaran
behaviouris sehingga kini masih diamalkan dan memberi kesan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Teori ini boleh diaplikasikan dengan pendekatan lain semasa pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) dijalankan mengikut keperluan murid kerana teori ini
memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak dan sudah pasti di dalam bilik
darjah atau PdPR di rumah kebolehan dan tahap penguasaan murid adalah berbeza. Oleh
itu, guru memainkan peranan penting untuk membantu murid menikmati perkembangan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dengan menjalankan akviti
PdPR yang menarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara rangsangan
dan gerak balas.

You might also like