You are on page 1of 89

KULIAH 2 :

MODEL-MODEL PENGAJARAN

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


EDUP2093 : PEDAGOGI
KULIAH 2 : MODEL-MODEL PENGAJARAN
31-08-2020
I jam

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Hasil Pembelajaran
• Menjelaskan model-model pengajaran
• Model Pemprosesan Maklumat
• Model Behavioral
• Model Sosial
• Model Personal
• Mengkaji model-model pengajaran dan membuat
perbandingan am tentang ciri-cirinya
• Menganalisis model-model pengajaran dan implikasinya
terhadap PdP di dalam bilik darjah.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


PENGENALAN

APAKAH MAKSUD MODEL


PENGAJARAN?

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Pengenalan Model Pengajaran
• Model pengajaran merupakan pelan atau corak yang boleh
dijadikan panduan guru semasa merancang kurikulum,
mereka bentuk bahan pengajaran, dan panduan untuk
merancang pengajaran dalam bilik darjah. (Joyce dan
Weil,1980).
• Model pengajaran juga dianggap sebagai blueprint
pengajaran.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Pengenalan Model Pengajaran
• Model pengajaran yang terdiri daripada prosedur-prosedur
mudah pengajaran dan pembelajaran boleh dijadikan
panduan kepada perancang dan guru kerana prosedur
mengajar amat penting untuk menghasilkan pengajaran yang
berkesan.
• Model pengajaran membantu guru memperoleh maklum
balas tentang keberkesanan pengajaran dan aktiviti susulan
yang perlu diambil untuk penambahbaikan.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model-Model Pengajaran
• Terdapat banyak model-model pengajaran yang boleh
digunakan dalam merancang pengajaran.
• Bruce, Weil & Calhoun (2009) mengkategorikan model
pengajaran kepada empat keluarga iaitu;
• Model Pemprosesan Maklumat
• Model Behavioral
• Model Sosial
• Model Personal

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


MODEL PENGAJARAN

Model
Model Sosial
Behavioural

Model
Model
Pemprosesan
Personal
Maklumat
Model
Pengajaran

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
• Model pemprosesan maklumat menyamakan ingatan
manusia dengan komputer, iaitu menggunakan model input-
output.
• Maklumat merupakan input yang diperoleh manusia
daripada persekitaran pembelajaran.
• Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan. Kemudian,
maklumat ini boleh menjadi output melalui proses retrievel.
• Melibatkan proses menerima, mengenkod, menyimpan dan
mengingat kembali maklumat.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat

TERIMAPROSES SIMPANKELUAR

• Proses yang terlibat dalam membentuk ‘ingatan’ ialah encoding,storage


danretrieval.
• Encoding merujuk kepada proses mendapatkan maklumat.
• storage ialah proses penyimpanan maklumat ,perubahan turut berlaku dalam
sistem saraf yang membolehkan ianya membentuk memory trace.
• retrival pula merupakan proses mengeluar dan mengguna maklumat.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
• Tiga fasa ingatan tersebut adalah ingatan sensori/deria,
ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

• Ingatan sensori/Deria (Sensory Memory)


• Dikenali juga sebagai daftar sensori/ sensory register sensory
• Input utama daripada penglihatan dan bunyi.
• Pemprosesan berlaku dalam 3-5 saat
• Input disalur kepada ingatan jangka pendek untuk pemprosesan
sebenar.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


UJI MINDA

Nine Swap Cell Ring Lust


Plugs Lamp Apple Table Sway
Army Bank Fire Hold Worm
Clock Horse Color Baby Sword
Desk Grab Find Bird Rock

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
• Ingatan Jangka Pendek
• Maklumat yang dipindah ke dalam ingatan jangka pendek akan
berada dalam keadaan aktif selama 15-20 saat tanpa latihan dan
lebih lama jika ada praktis.
• Menurut George Miller's “Magical Number 7” (1956), Kapasiti
ingatan jangka pendek terhad kepada 7 + 2 item.
• Maklumat dalam ingatan jangka pendek akan hilang/pudar jika
tidak diulangi dalam masa 20 saat atau bilangan item melebihi 5-9
unit.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
• Ingatan Jangka Pendek
• Cara untuk menangani tugasan kognitif dalam ingatan jangka
pendek :
• Chunking, bermaksud bahagikan kepada bahagian-bahagian kecil.
contohnya mengingat nombor telefon, 88432575 kepada 88-43-25-75,
iaitu 4 chunk berbanding 8 unit.
• ulang sebut berkali-kali. Contoh: kawan memberikan nombor telefon dan
sementara anda mencari kertas untuk menulisnya, anda akan mengulang
nombor itu supaya tidak lupa. Proses ini dipanggil ulangan berkekalan.
(maintenance rehearsal). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang
dalam masa 10-20 saat.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
• Ingatan Jangka Panjang dan Simpanan
• Maklumat untuk rujukan masa depan disimpan dalam ingatan
jangka panjang.
• Ingatan jangka panjang merupakan stor pengetahuan yang kekal,
seperti kebolehan mengingat nombor telefon.
• Mempunyai kapasiti dan tempoh masa yang tidak terhad.
• Konsep yang dibelajari disimpan dalam jaringan perkaitan yang
bermakna secara hierarki (skema).
• Tiga kategori dalam ingatan jangka panjang iaitu semantik,
episodik dan prosedural.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
• Ingatan Jangka Panjang dan Simpanan
• Semantik ialah ingat terhadap fakta dan disimpan secara
kandungan. Mengingat formula-formula matematik dan cara
penyelesaian sesuatu masalah ialah contoh ingatan semantik.
• Episodik ialah ingat terhadap sesuatu peristiwa secara konteks,
episodik. Mengingati peristiwa yang lalu seperti perkahwinan atau
konvokesyen, kemalangan merupakan contoh ingatan episodik
dan
• Prosedural ialah memori tentang bagaimana melakukan sesuatu
terutamanya yang melibatkan melibatkan langkah-langkah dan
prosedur-prosedur amalan seharian. Contoh: membuat kuih,
memandu kereta ke tempat kerja, berwudu’, solat

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat

Model Pemprosesan Maklumat

Pencapaian
Ekspositori Inkuri Synectics
Konsep

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Pencapaian Konsep(Concept Attainment)
• Menurut Bruner, Goodnow dan Austin (dalam Suherman
1992) menyatakan bahawa model pencapaian konsep
dirancang untuk membantu pelajar mempelajari konsep
konsep yang dapat digunakan untuk mengorganisasikan
maklumat, sehingga dapat memberi kemudahan bagi mereka
mempelajari konsep itu dengan cara yang lebih efektif.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Pencapaian Konsep (Concept Attainment)
• Dengan kata lain, model pembelajaran ini adalah untuk
menyusun data sehingga konsep-konsep penting dapat
dipelajari secara cepat dan efisien.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Pencapaian Konsep(Concept Attainment)
• Dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran konsep,
guru harus memilih konsep-konsep dan pendekatan yang
sesuai seperti pengajaran secara langsung ataupun
mendefinisikan konsep.
• Dalam penyampaian secara pencapaian konsep guru terus
memberikan contoh sesuatu konsep tanpa mendefinisikan
konsep sehingga penghujung pelajaran sepertimana dalam
pengajaran berdasarkan kaedah pengajaran induktif.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Pencapaian Konsep(Concept Attainment)
• Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah
berstruktur, sistematik dan berpusatkan guru.
• Pelajar sebagai penerima yang pasif.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Pencapaian Konsep(Concept Attainment)
• Pengajaran pencapaian konsep bukan direka bentuk untuk
mengajar maklumat yang banyak kepada pelajar.
• Ia sekadar belajar konsep utama

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Pencapaian Konsep(Concept Attainment)
• Satu pelajaran konsep merangkumi empat fasa atau langkah,
iaitu:
• Mengemukakan maklumat
• Memberikan contoh-contoh input berkait dan tidak berkait (Yes -
examplers and No - non-examplers)
• Melaksanakan ujian untuk pencapaian konsep.
• Menganalisis proses-proses pemikiran Pelajar
• Contoh konsep ialah seperti; konsep segi tiga sama, kata
nama.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Pencapaian Konsep(Concept Attainment)
• Aplikasi dalam PdP:
• Guru perlu memperjelas sesuatu konsep baharu yang diajar
kepada murid dengan huraian yang jelas dan mantap.
• Penerangan + ABM yang sesuai
• Isi pelajaran disusun secara sistematik
• Guna kaedah deduktif – Fakta + huraian + contoh yang spesifik

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel)
• Perkataan ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan
terperinci.
• Dalam konteks pengajaran, ekspositori merupakan
penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara
langsung kepada murid-murid di dalam kelas.
• Oleh itu, kaedah ekspositori ialah cara penyampaian
pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi
dengan tujuan mengajar sesuatu.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel)
• Dalam model ekspositori ini, guru memberi penerangan
terlebih dahulu dan pelajar mendengar dengan teliti hingga
mereka mamahami dan mengingatinya atau merekodkan isi
penting dalam buku rekod mereka.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
• Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel)

▪ Model ini amat sesuai untuk menerangkan, konsep, fakta, prinsip atau
hukum dan idea, dimana ianya dipersembahkan dan difahami, bukan
ditemukan.
▪ Pengajaran ekspositori menekankan pembelajaran verbal yang
bermakna, bukannya pembelajaran hafalan.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel)
• Cara-cara penyampaian dengan menggunakan model
ekspositori adalah dihuraikan seperti berikut:
• menerang, menginterpretasi dan menghuraikan idea dan konsep
daripada buku teks.
• menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis atau
membina bentuk -bentuk geometri.
• menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan
kemahiran -kemahiran yang telah dipelajari.
• menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel)
• Tiga fasa utama dalam pengajaran ekspositori:
I. Penyusun awal (advance organizers) dikemukakan untuk
memperkenalkan suatu pelajaran
• Penyusun Awal (advance organizers) merujuk kepada maklumat yang
dipersembahkan sebelum pembelajaran dan ini digunakan untuk
menyusun dan menginterpretasi maklumat baharu.
• Penyusun awal bertujuan untuk mengaitkan idea baru dengan idea yang
lama serta menggerakkan struktur kognitif pelajar supaya proses asimilasi
maklumat baharu lebih mudah dan berkesan

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel)
II. Tugasan pembelajaran atau bahan dikemukakan -
bahan baharu disampaikan melalui kuliah,
perbincangan, video atau tugasan pelajar.
III. Pengukuhan organisasi kognitif - mengaitkan maklumat
baharu ke dalam struktur yang digambarkan dalam
penyusun awal (advance organizers)

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel)
• Implikasi model pengajaran ekspositori terhadap pengajaran
dan pembelajaran:
• Guru harus memastikan murid telah menguasai fakta dan konsep
asas terlebih dahulu tentang sesuatu topik pelajaran yang hendak
diajar dengan menggunakan kaedah ekspositori.
• Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Perlu
bermula dengan penyusun awal.
• Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada murid. Guru
digalakkan menyusun isi pelajaran secara berperingkat.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel)
▪ Implikasi model pengajaran ekspositori terhadap pengajaran dan
pembelajaran:
iv. Murid juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti
mengumpul maklumat, analisis, sintesis dan membuat
kesimpulan.
v. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan
sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara
tersusun.
vi. Pembelajaran deduktif diamalkan dimana guru akan
memberikan prinsip-prinsip am sebelum memberikan contoh-
contoh spesifik.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Inkuiri (Suchman)
• Diperkenalkan oleh Richard Suchman.
• Berlandaskan andaian bahawa strategi-strategi yang
digunakan oleh ahli sains untuk menjalankan kaji selidik, dan
boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata
pelajaran di sekolah, khasnya mata pelajaran sains.
• Model inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk
mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan,
atau daripada masalah yang dikemukakan.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Inkuiri (Suchman)
• Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti
soalan kajian, membentuk hipotesis, merancang aktiviti
kajian, menjalankan kajian siasatan dan membuat rumusan
atau mendapatkan jawapan.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Inkuiri (Suchman)
• Langkah-langkah Model Inkuiri Suchman:
• Guru menentukan dan mengemukakan masalah
• Guru menerangkan proses inkuiri untuk menyelesaikan masalah
• Murid dibimbing membuat hipotesis dengan mengumpulkan data
• Murid-murid menggunakan data untuk menguji hipotesis untuk
membentuk teori.
• Murid-murid berbincang dan membuat rumusan tentang peraturan
atau syarat yang berkaitan teori
• Guru dan murid bersama berbincang dan menganalisis proses inkuiri
untuk membaiki kelemahan penyelesaian masalah

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Inkuiri (Suchman)
• Implikasi Model Inkuiri Suchman dalam PdP:
• Menentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan pelajaran dan
menyediakan bahan pelajaran yang sesuai.
• Merancang langkah-langkah membentuk sesuatu konsep, prinsip
ataupun teori dengan jelas.
• Membimbing dan membetulkan aktiviti-aktiviti pelajar yang terpesong
daripada objektif pelajaran.
• Menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam proses inkuiri
dengan guru memainkan peranan sebagai pemudahcara yang berkesan.
• Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau
penilaian terhadap hasil inkuiri pelajar.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan maklumat
Model Synectics
• Dipelopori oleh Gordon (1961).
• Istilah synectics bermaksud membawa kesemua perkara
dalam satu perkaitan yang bersepadu.
• Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan
metafora) yang direka cipta oleh Gordon merupakan suatu
pendekatan yang menarik terhadap pembentukan pemikiran
kreatif.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan maklumat
Model Synectics
• Elemen utama dalam model synectics ialah penggunaan
analogi, di mana murid menggunakan analogi untuk
menyelesaikan masalah.
• Kesepaduan perkara melibatkan kreativiti untuk membentuk
struktur yang baru.
• Setiap pemikiran kreatif berasaskan kepada pemikiran
synectics.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Synectics
• Satu pendekatan yang amat menarik untuk mencipta inovasi.
• Murid akan mula menganalisis elemen berdasarkan masalah
tersebut atau menyediakan satu senarai karangan fakta yang
penting.
• Ini merujuk kepada pengetahuan @ pengalaman sedia ada.
• Synectics memberi peluang untuk melihat objek atau
peristiwa yang berlaku, meluahkan perasaan & menghadapi
masalah dari perspektif baru.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Pemprosesan Maklumat
Model Synectics
• Aktiviti utama dalam pembelajaran Synectic:
• Sumbang saran (brainstorming)
• Perbincangan di dalam kelas
• Perbincangan di dalam kumpulan

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


MODEL BEHAVIORAL

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Behavioral
• Model pengajaran ini menumpukan kepada tingkah laku
yang dapat diperhati dan tugasan yang jelas serta cara untuk
memaklumkan kemajuan kepada murid, maka model
pengajaran ini mempunyai asas penyelidikan yang luas
(Joyce, Calhoun dan Hopkins, 2002).
• Antara model dalam kumpulan model pengajaran
behavioural adalah Pengajaran Masteri (Bloom, 1968) dan
Pengajaran Langsung (Good et al., 1994)

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model
Behavioral

Pengajaran Pengajaran
Masteri Langsung

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Behavioral
Pengajaran Masteri (Bloom, 1968)
• Merupakan satu kaedah pengajaran secara individu yang
menggunakan kurikulum berstruktur yang dibahagikan kepada
unit kecil pengetahuan dan kemahiran yang akan dipelajari.
• Model ini memastikan majoriti murid sampai ke tahap masteri
kerana masa pembelajaran adalah fleksibel dan setiap pelajar
menerima arahan sasaran pembelajaran, latihan yang diperlukan
dan maklum balas.
• Pembelajaran masteri melibatkan pengajaran berasaskan
kumpulan 26 tradisional, pemulihan dan pengayaan secara
individu.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Behavioral
Pengajaran Masteri (Bloom, 1968)
• Pembelajaran masteri adalah suatu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran
sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001).
• Dalam strategi ini, guru mendiagnosis kebolehan dan kemudian
mencadangkan aktiviti pengajaran individu yang sesuai.
• Dua unsur utama pembelajaran masteri adalah arahan yang tepat
dan penggunaan masa.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Behavioral
Pengajaran Masteri (Bloom, 1968)
• Elemen penting dalam pembelajaran masteri ialah:
• Tentukan dengan jelas apa yang perlu dipelajari dan bagaimana
penilaian dilaksanakan.
• Membenarkan murid belajar mengikut kemampuannya sendiri
• Menilai kemajuan dan memberi maklum balas yang sepatutnya;
dan
• Menguji untuk menentukan bahawa kriteria pembelajaran telah
dicapai.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Behavioral
Pengajaran Masteri (Bloom, 1968)
• Prinsip-prinsip pembelajaran masteri:
• Semua murid normal boleh menguasai apa-apa yang diajar oleh
guru.
• Pembelajaran dipecah kepada unit-unit kecil dimana pengetahuan
disusun daripada mudah kepada sukar
• Masa yang diperuntukkan harus mencukupi dan fleksibel untuk
semua murid mencapai objektif/hasil pembelajaran.
• Guru berkeyakinan bahawa semua murid yang berbeza boleh
menguasai apa-apa yang diajar. Guru juga perlu mendorong murid
untuk menguasai sesuatu perkara yang diajar.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Behavioral
Pengajaran Masteri (Bloom, 1968)
• Prinsip-prinsip pembelajaran masteri:
• Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar
dengan mengambil kira gaya pembelajaran murid.
• Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah atau aktiviti
pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat menguasai
apa-apa yang diajar dalam masa yang singkat.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Behavioral
• Pengajaran Masteri (Bloom, 1968)
• Prinsip-prinsip pembelajaran masteri:
• Guru perlu berkemahiran dalam :
• Mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap pencapaian murid.
• Mengetahui perbezaan antara murid.
• Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran serta merancang
pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Behavioral
Pengajaran Masteri (Bloom, 1968)
• Prinsip-prinsip pembelajaran masteri:
• Guru perlu berkemahiran dalam :
• Menguruskan pelbagai bahan bantu mengajar.
• Menyimpan rekod kemajuan murid.
• Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil
pembelajaran.
• Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan
yang sesuai.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Behavioral
Pengajaran Langsung
• Berasaskan teori bahaviorisme dan pembelajaran sosial.
• Guru yang mengajar mengikut prinsip-prinsip, merangka objektif
yang mendeskripsikan dengan tepat tingkah laku yang perlu
dilakukan murid.
• Menyediakan pengalaman pembelajaran seperti amalan di mana
pembelajaran pelajar boleh dipantau dan maklum balas
disediakan.
• Memberikan perhatian kepada bagaimana tingkah laku di dalam
bilik darjah diberikan ganjaran.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Behavioral
Pengajaran Langsung
• Merupakan satu pendekatan untuk pengajaran kemahiran-
kemahiran asas, di mana pelajaran terarah matlamat dan
persekitaran pembelajaran adalah berstruktur.
• Pengajaran langsung terdiri daripada tiga aspek, iaitu jenis hasil
pembelajaran murid, aliran aktiviti pengajaran dan persekitaran
pembelajaran.
• Direka bentuk untuk merangsang pembelajaran pengetahuan
murid yang distrukturkan serta diajar secara langkah demi
langkah.
• Berpusatkan guru.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Behavioral
Pengajaran Langsung
• Mengandungi lima langkah, iaitu:
• penentuan set
• penerangan/demonstrasi
• praktis/latihan terbimbing
• maklum balas
• amalan/praktis lanjutan

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Behavioral
Pengajaran Langsung
• Proses pengajaran langsung:
• Pengenalan menarik perhatian pelajar, dalam bentuk seperti
mengenal maklumat baru.
• Perkembangan - merangkumi penerangan jelas tentang maklumat
dengan memberikan banyak contoh
• Latihan terbimbing Latihan secara aktif dapat meningkatkan
ingatan, pembelajaran akan lebih automatik dan membolehkan
pelajar memindahkan pembelajaran kepada situasi baharu.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Behavioral
Pengajaran Langsung
• Proses pengajaran langsung:
• Penutup Pelajaran dirumuskan dan guru berpeluang untuk
mengimbas kembali apa yang diajar
• Latihan kendiri - bertujuan menentukan tahap penguasaan
yang dicapai yang dicapai oleh pelajar
• Aplikasi Model Pengajaran Langsung dalam bilik darjah:
• Sesuai bagi pengajaran maklumat dan kemahiran asas yang
terkandung dalam kurikulum teras

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


MODEL SOSIAL

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Sosial
• Menurut Joyce et al. (2001), Model sosial melatih pelajar
menggunakan kemahiran mendengar dan memahami
konteks, berkebolehan menyusun maklumat serta merta
dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat
menggabung semua maklumat untuk menyelesaikan
masalah.
• Model sosial ini melatih pelajar agar berkebolehan
menyusun maklumat serta-merta dan mensintesis maklumat
untuk menyelesaikan masalah.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Sosial
• Model ini membantu untuk memperkembangkan perspektif
individu dan kumpulan dalam memperjelas dan
mengembangkan idea-idea.
• Mementingkan unsur interaksi sosial sambil murid- murid
bekerjasama untuk menyempurnakan suatu tugasan.
• Contoh: - mengumpul - mengkaji dan menganalisis
maklumat - menilai dan mentafsir - membuat kesimpulan

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Sosial

Pembelajaran
Main Peranan Simulasi
Koperatif

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Sosial
Pembelajaran Koperatif
• Pelopor: John Dewey dan Herbert Thelen.
• Pembelajaran koperatif berkisar atas tiga perkara:
• Pencapaian akademik,
• Penerimaan kepelbagaian (Pemahaman peribadi)
• Perkembangan sosial.
• Pelajar-pelajar dalam situasi pembelajaran dikehendaki
bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk
menyelesaikan satu tugasan bersama demi mencapai matlamat
yang sama.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Sosial
Pembelajaran Koperatif
• Konsep Utama Pembelajaran Koperatif:
• Pasukan
• Pengurusan pembelajaran koperatif
• Keinginan untuk bekerjasama
• Kemahiran untuk bekerjasama
• Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Sosial
Pembelajaran Koperatif
• Implikasi dalam PdP
• Pembelajaran koperatif berhasrat untuk mengubah norma
dalam kalangan pelajar muda agar mereka dapat menerima
hakikat untuk mencapai kecemerlangan dalam tugasan dan
pembelajaran.
• Model ini dapat memanfaatkan kumpulan pelajar
berpencapaian rendah dan tinggi apabila mereka
menyelesaikan tugasan pembelajaran bersama.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Sosial
Main Peranan
• Pelopor: Fanny Shaftel.
• Tujuan:
• Kajian tentang nilai dan peranan dalam interaksi sosial.
• Kefahaman peribadi tentang nilai dan tingkahlaku

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Sosial
Main Peranan
• Suatu situasi lakonan yang melibatkan murid memegang
sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya atau diri individu
lain.
• Lakonan dengan berpandukan skrip yang disediakan oleh
guru atau tanpa skrip

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Sosial
Main Peranan
• Jenis-jenis Peranan
• Memerihal
• Demonstrasi
• Latihan
• Cerminan
• Kepekaan

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Sosial
Main Peranan
• Implikasi main peranan
• Pelajar boleh menguasai kemahiran-kemahiran seperti
kemahiran bahasa daripada laras bahasa dan sebutan
• Pelajar dapat memahami tingkah laku orang lain melalui
dalam lakonan dan perbincangan.
• Model ini dijangka dapat membantu pelajar yang pasif
melibatkan diri dalam aktiviti main peranan dan seterusnya
membina keyakinan diri mereka.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Sosial
Main Peranan
• Implikasi main peranan
• Pelajar juga dapat memupuk sifat-sifat sosial.
• Mereka diberikan peluang melahirkan pelbagai perasaan mengikut
situasi watak yang dimainkan, berbincang serta memikirkan
masalah sendiri dan dengan ini dapat memahami diri sendri secara
lebih mendalam.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Sosial
Main Peranan
• Implikasi main peranan
• Model ini dijangka dapat membantu peljar yang pasif melibatkan
diri dalam aktiviti main peranan dan seterusnya membina
keyakinan diri mereka.
• Pelajar juga dapat memupuk sifat-sifat sosial

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Sosial
Simulasi
• Suatu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai (seolah-
olah) keadaan yang sebenar dengan tujuan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dalam keadaan yang
terkawal.
• Situasi pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan
• Contoh: “Pertarungan antara Hang Jebat dengan Hang Tuah”

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Sosial
Simulasi
• Simulasi boleh dalam bentuk permainan, permasalahan,
berbentuk persaingan atau koperatif.
• Model ini terdapat empat fasa, iaitu:
• Orientasi
• Latihan peserta
• Proses simulasi dan
• Perbincangan.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Sosial
• Implikasi model soaial dalam PdP:
• Pelajar meniru tingkah laku positif secara tidak langsung yang
ditonjolkan oleh watak-watak dalam main peranan dan simulasi.
• Peranan guru sebagai role model harus memastikan dan
mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya
pelajar dapat menirunya.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Sosial
• Implikasi model sosial dalam PdP:
• Berfokus kepada penggunaan prinsip-prinsip psikologikal dalam
bilik darjah.
• Melibatkan guru-murid, murid-murid, dan murid guru.
• Pola interaksi yang positif akan membawa kepada peningkatan
murid-murid daripada aspek akademik, sikap, dan konsep kendiri.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


MODEL PERSONAL

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Personal
• Berdasarkan Teori Humanis.
• Menekankan kesedaran peribadi murid.
• Pemupukan konsep kendiri dan harga diri murid yang tinggi.
• Guru perlu menjadi role model kepada murid-murid.
Perspektif kendiri murid.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Personal
• Murid perlu memahami diri sendiri dengan lebih baik
• Melahirkan murid yang prihatin bertanggungjawab
• Murid mampu memperoleh pencapaian yang lebih optimum
dalam pelbagai bidang

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Personal
Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui kaunseling)
• Model ini diasaskan oleh Carl Rogers menggambarkan
falsafah dan teknik pengajaran model personal.
• Model ini ingin membentuk satu komuniti pelajar yang
berdisiplin serta mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Personal
Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui kaunseling)
• Dalam model ini, pengajaran dengan berfokuskan hubungan
manusia berbanding pengajaran konsep mata pelajaran.
• Rogers menggunakan terapi sebagai cara pengajaran. Guru
dianggap sebagai kaunselor, di mana penekanan merupakan
satu pakatan antara guru dengan pelajar.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Personal
Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui kaunseling)
• Guru memainkan peranan untuk membimbing pelajar ke
arah memahami bagaimana pelajar boleh memainkan
peranan utama dalam pembelajaran mereka demi
pencapaian matlamat kendiri.
• Dalam proses perkembangan diri, guru memberikan maklum
balas tentang kemajuan diri dan membantu pelajar
menyelesaikan masalah ataupun tugasan.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Personal
Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui kaunseling)
• Menurut Joyce et al., (2002), tujuan model tidak direktif
(non-directive) adalah:
• Menghala tuju pelajar ke arah kesihatan mental dan emosi
yang lebih tinggi dengan membentuk keyakinan kendiri,
penghargaan diri yang realistik dan perasaan empati
terhadap orang lain.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Personal
Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui kaunseling)
• Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan
keperluan dan aspirasi, di mana setiap pelajar diambil
sebagai pakatan untuk menentukan apa dan bagaimana
pelajar akan belajar.
• Membentuk jenis pemikirn kualitatif yang khusus seperti
kreativiti dan ekspresi peribadi.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Personal
Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui kaunseling)
• Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan
keperluan dan aspirasi, di mana setiap pelajar diambil
sebagai pakatan untuk menentukan apa dan bagaimana
pelajar akan belajar.
• Membentuk jenis pemikirn kualitatif yang khusus seperti
kreativiti dan ekspresi peribadi.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Fasa-fasa Dalam Model Pembelajaran Non-directive

Fasa 2 Fasa 3
Fasa 1
Meneroka masalah. Pelajar digalak Membentuk pengertian baru.
Kenal pasti dan mendefinisi situasi
untuk menerangkan masalah. Pelajar membincang masalah.
Guru menggalakkan luahan
Guru menerima dan memperjelas Guru memberikan sokongan
perasaan pelajar
perasaan pelajar kepada pelajar

Diterjemahkan daripada Joyce et al. (2002)


Fasa 4 Fasa 5
Perancangan dan membuat Integrasi/kesepaduan. Pelajar Tindakan luar daripada temu
keputusan. Pelajar merancang memperoleh pengertian lanjutan bual: Pelajar sendiri mengambil
untuk membuat keputusan Guru dan membentuk tindakan yang tindakan positif
memperjelas keputusan- lebih positif. Guru memberikan
keputusan yang mungkin diambil sokongan kepada pelajar.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Personal
• Implikasi model personal dalam pengajaran dan
pembelajaran:
• Persekitaran pembelajaran perlu diwujudkan supaya individu
membentuk kesedaran diri dan identiti sejak awal lagi.
• Model personal membantu setiap pelajar bertanggungjawab
terhadap perkembangan dan berjaya mencapai penghargaan diri
serta keharmonian kendiri.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Model Personal
• Implikasi model personal dalam pengajaran dan
pembelajaran:
• Guru perlu membentuk serta menggabungkan aspek intelek
dengan emosi demi melahirkan suatu personaliti seimbang.
• Guru perlu menyediakan iklim sosial yang mengizinkan pelajar
meluahkan perasaan dan bebas untuk mengekspresi perasaan
mereka.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Rumusan
• Terdapat pelbagai model pengajaran yang boleh digunakan
oleh guru-guru sebagai panduan dalam merancang dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan.
• Guru perlu sentiasa mempelbagaikan pengajaran untuk
meningkatkan minat dan pencapaian murid .

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Rujukan:
Bloom, B.S.(1976). Human characteristics and school learning.New York: McGrawHill Co.
Ewell, P.T. (1997), Organizing for Learning: A point of entry. Draft. [Online] [Diakses: 20 Mac 2017]. Bolehdidapati:
http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.html
Gagne, R. (1985), Conditions of Learning. New York: Holt, Rinehart and Winston
Durfensne, A., & Turcotte, S. (1997). Cognitive style and its implications for navigation strategies. [Online], [Diakses: 5 April 2004]. Boleh
didapati: http://www.esi.umontreal.ca/~dufresne/CONTENU2.html.
Halim Ahmad (2013), Teori pembelajaran social Albert Bandura. [Online], [Diakses: 20 Mac 2017]. Boleh didapati:
http://http://greenlanternroom.blogspot.my/2013/05/teori-pembelajaran-sosial-albert-bandura.html
Model-model pembelajaran [Online] [Diakses 20 Mac 2017] Boleh didapati: http://www.ipgkti.edu.my/kdc/12.%20Tajuk%202_Model%20-
Model%20Pengajaran.pdf
Mok Soon Sang.(2009), Psikologi Pendidikan untuk pengajaran & pembelajaran.Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan Alam Belajar (Edisi Kedua).Selangor Darul Ehsan: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan Pembelajaran.Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Slavin, R.E. (2011). Educational psychology.Theory and practice.(10th ed.). Boston: Allyn and Bacon.

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


Penghargaan
• Abd Rashid bin Ismail - Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus
Tuanku Bainun

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI


SEKIAN
TERIMA KASIH

INTELEK PROGRESIF BERKUALITI

You might also like