You are on page 1of 6

ARAS- ARAS PENYOALAN. 8.1.

Selain teknik menyoal, kemahiran mempelbagaikan jenis soalan mengikut aras- arasnya juga boleh dikuasai melalui pengajaran mikro Aras kemahiran soalan boleh dikelaskan kepada enam peringkat seperti yang dinyatakan oleh Bloom dalam bukunya taxonomy of education objectives . Peringkat- peringkat itu ialah : 1. Pengetahuan 2. Kefahaman 3. Aplikasi 4. Analisis 5. Sintesis 6. Penilaian

8.2. CONTOH- CONTOH SOALAN MENGIKUT TAKSONOMI BLOOM 8.2.1. PENGETAHUAN Peringkat ini menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas, istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, terangkan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya. Contoh : a) Beri definisi tingkah laku responden b) Senaraikan 3 langkah mengajar pelajar yang membaca c) Siapakah mencipta lampu elektrik yang pertama? Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan seperti berikut: a) Siapakah nama kawan baik awak? b) Apakah pekerjaan bapa awak? c) Di manakah letaknya rumah awak? d) Apakah nama hari selepas hari ahad? 8.2.2. KEFAHAMAN

Peringkat ini menguji kebolehan cara menterjemah, memahami dan menginterprestasikan fakta asa, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah : terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan,jelaskan, mengapa dan sebagainya. Contoh : (a) Mengapa 3 x 8 = 24? (b) Terangkan dengan perkataan anda sendiri tentang taksonomi bloom (c) Huraikan maksud pancaindera. Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan seperti berikut: a) Mengapa kita potong kuku? b) Mengapakah burung boleh terbang? c) Tuliskan huruf A hingga Z menggunakan huruf besar. 8.2.3. APLIKASI Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang biasanya digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan, dan sebagainya. Contoh : (a) Bagaimana kita mengajar pelajar supaya mereka boleh membuat ayat dengan menggunakan perkataan berdikari ? (b) Kirakan luas segitiga bersudut tegak yang mempunyai panjang sisi 3 cm, 4 cm, 5 cm. (c) Dengan menggunakan kaedah inkuiri penemuan, terangkan bagaimana anda membimbing pelajar- pelajar anda memahami ciri- ciri tanah.

Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan seperti berikut: a) Bagaimanakah untuk menukarkan air yang berwarna putih menjadi merah? b) Selesaikan hasil tambah 2 biji guli yang sedia ada dengan 3 biji guli yang diberikan oleh bapa. c) Carikan 3 perbezaan daripada gambar 1 dengan gambar 2. 8.2.4 PERINGKAT ANALISIS Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor- faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan peringkat ini ialah bandingkan, bezakan, menganalisiskan, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, dan sebagainya. Contoh : (a) Bezakan maksud bersama dengan bersama- sama (b) Yang manakah ujian yang lebih sesuai digunakan dalam penilaian kemajuan : ujian objektif atau ujian subjektif ? Mengapa? (c) Bandingkan kelebihan bekerja di bandar dengan luar bandar Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanakkanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti: a) Bandingkan dari segi saiz kaki gajah dengan kaki tikus. b) Bezakan malam dengan siang. Warnakan suasana siang sahaja. c) Bezakan daun dengan bunga. Warnakan bunga sahaja. 8.2.5 PERINGKAT SINTESIS Peringkat sintesis ini menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsirkan dan

merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang biasanya digunakan dalam peringkat sintesis ini alah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan, dan sebagainya. Contoh a) Gubahkan satu puisi bertajuk Nelayan,. b) Dengan menggunakan kaedah induksi, rumuskan hukum tukar tertib bagi operasi darab. c) Bincangkan unsur-unsur kebudayaan yang boleh dipertimbangkan untuk mengintegrasikannya dalam Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanakkanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti: a) Dengan menggabungkan 2 jenis warna merah dan putih, warnakan diatas kertas dan lihat hasil warna yang baru. Namakan warna tersebut. b) Bincangkan warna-warna yang boleh digunakan untuk menghasilkan warna kuning. c) Bentukkan bentuk rumah dengan menggunakan blok-blok yang diberikan.

8.2.6 PERINGKAT PENILAIAN Peringkat ini adalah peringkat yang tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan pelajar membuktikan , mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu kenyataan, ciptaan , karya, prinsip, teori dan sebagainya. Contoh : (a) Kritikan puisi nelayan yang ditulis oleh Usman Awang

(b) Buktikan a2 =b2 + c2 dalam sebuah segitiga bersudut tegak dimana a ialah panjang sisi hipotenuse, b dan c ialah panjang sisi yang lain. (c) pendidikan kemajuan asas negara nilaikan Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanakkanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti: a) Beri pendapat awak tentang apa yang dilakonkan oleh guru tadi. b) Beri pendapat awak tentang lukisan yang dilukis oleh kawan awak ini. c) Beri pendapat awak tentang pakaian yang dipakai oleh guru pada hari ini. 8.3. Di dalam aktivti pengajaran mikro, aras- aras kemahiran penyoalan biasanaya digunakan sampai ke peringkat analisi sahaja. Peringkat sintesis dan penilaian tidak sesuai digunakan bagi pelajar yang memberi jawapan secara lisan, memandangkan, kebanyakan soalannya berbentuk divergen, kecuali untuk kemahiran membincang. 8.4. Lazimnya penyoalan konvergen, iaitu fokus soalan yang menumpukan kepada satu idea, digunakan bersama- sama dengan aras- aras kemahiran penyoalan. Misalnya, dari segi kemahiran menggunakan soalan konvergen untuk pengajaran matematik, guru dapat menggunakan beragai-bagai jenis soalan untuk menguji pengetahuan, kefahaman penggunaan serta kemahiran menganalisis yang diperolehi oleh pelajar tentang penguasaan matematik mengikut Taksonomi Bloom. Contoh- contoh soalan konvergen mengikut peringkat- peringkat yang disebutkan adalah diberikan seperti berikut :

8.5 Peringkat pengetahuan (a) Sebutkan rumus luas sfera (b) Apakah maksud senti dalam sentimeter? Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen seperti berikut: a) Tuliskan simbol hasil tambah.

b) Tuliskan simbol hasil tolak. 8.6. Peringkat kefahaman (a) Terangkan maksud 3 x 5 = 15 (b) Apakah hukum tukar tertib bagi operasi 2 = 8? Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen seperti berikut: a) Apakah hasil tambah akan menjadikan jumlah semakin bertambah atau berkurang. b) Apakah hasil tolak akan menjadikan jumlah semakin bertambah atau berkurang. 8.7. Peringkat penggunaan (a) Gunakan hukum sekutuan untuk mendapatkan jawapan bagi operasi 213 + 75 + 25 denagn lebih cepat (b) Kirakan perimeter sebuah segiempat sama sisi apabila luasnya ialah 16cm2. Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen seperti berikut: a) Dengan menggunakan hasil tambah, jumlahkan 2 guli dengan 3 guli supaya akan menjadikan jumlah guli semakin banyak? b) Berapakah guli yang diperlukan untuk ditambah dengan 2 supaya jawapannya menjadi 8? 8.8. Peringkat analisis. (a) Apakah perbezaan di antara segitiga sama sisi dan segitiga sama kaki? (b) Apakah ciri- ciri persamaan yang didapati di antara prisma dengan kubus? Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen seperti berikut: a) Apakah perbezaan dari segi jumlah kaki di antara 4 kaki gajah dengan 2 kaki manusia? b) Apakah persamaan dari segi jumlah diantara kaki gajah dan kaki harimau?

You might also like