You are on page 1of 6

LAPORAN PEMBINAAN ITEM

Berdasarkan soalan, kami diminta membina 20 item ujian aneka pilihan. Dalam melaksanakan
pembinaan item, beberapa langkah dibuat bagi memastikan item ujian yang dibina adalah
sesuai dan menepati kehendak soalan. Tiga langkah tersebut ialah:

1. merujuk JSU
2. menulis item ujian
3. menyemak item ujian

Sebelum item ujian dibina, kami membuat pembacaan terlebih dahulu berkaitan prinsip-
prinsip asas pembinaan soalan objektif. Hal ini kerana menurut Mohamad Fauzi Yunus (2013),
pembinaan item objektif adalah rumit kerana beberapa prinsip asas perlu diambil kira dalam
pembinaan soalan-soalan objektif. Antara prinsip asas pembinaan soalan-soalan objektif
ialah:

1. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu memilih jawapan yang betul atau
paling tepat/terbaik, sebab ada kalanya semua jawapan yang diberi adalah betul.
2. Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-
bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.
3. Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan pilihan, tetapi
dimasukkan dalam badan soalan.
4. Tuliskan setiap jawapan pilihan secara yang menarik supaya setiap jawapan yang
diberikan adalah munasabah.
5. Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut sistem tertentu,
untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan betul.
6. Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang, supaya tidak memberi petanda
kepada pelajar tentang jawapan betul.
7. Jawapan berbentuk “Semua di atas” atau “Tiada satu pun di atas” sebagai jawapan
pilihan perlu dikurangkan, supaya pelajar tidak mudah memilih jawapan betul.
8. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan mempunyai aras
kesukaran yang sama.
9. jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya wujud
satu sistem susunan jawapan pilihan.
Terdapat tiga bahagian item beraneka pilihan iaitu stimulus, stem atau badan dan jawapan.
Stimulus ialah bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan itu
didasarkan, mungkin berbentuk teks, grafik, jadual atau perbualan. Stem ialah bahagian
soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap
atau soalan. Jawapan pula ialah bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan, yang
biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau jadual dan lain-lain lagi. Jawapan
akan ditanda oleh murid dalam borang OMR yang disediakan.

Berpandukan JSU yang telah kami bina, kami menulis item ujian. Penulisan item ujian
beraneka pilihan ini adalah mengikut prinsip yang berikut:

1. Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar,
2. Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami
maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan
membantu pelajar memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.
3. Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan yang spesifik
daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan am.
4. Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang “benar”, tetapi ada kalanya kita
meminta mereka memberi jawapan yang “tidak benar”. Dalam keadaan ini, arahan
menjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan huruf besar.
5. Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang
dikehendaki. Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua titik
perpuluhan.
Jumlah keseluruhan item yang dibina ialah 20. Oleh itu kami telah membina:
 10 item beraras rendah iaitu 5 item kemahiran mengingat dan 5 item kemahiran
memahami.
 6 item beraras sederhana iaitu 4 item kemahiran mengaplikasi dan 2 item kemahiran
menganalisis.
 4 item beraras tinggi iaitu 2 item kemahiran menilai dan 2 item kemahiran mencipta.
Berikut merupakan beberapa soalan yang kami bina:
ARAS SOALAN
mengingat Antara yang berikut, yang manakah bukan peraturan bilik sains?
A. Nyalakan penunu bunsen dengan cara yang betul.
B. Elakkan bertanya soalan ketika berada di dalam bilik sains.
C. Mengalir susun kerusi dan kemas bilik sains sebelum keluar.
D. Buang bahan buangan cecair ke dalam sinki dengan air paip
yang mengalir.

memahami Mengapakah murid perlu mematuhi peraturan bilik sains?


A. untuk meningkatkan disiplin diri dalam setiap murid
B. supaya murid berasa seronok dan selesa berada di dalam bilik
sains
C. untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan,kecederaan
atau kerosakan
D. untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran
supaya berjalan dengan lancar

mengaplikasi Rajah di bawah menunjukkan sebiji guli bergolek ke arah dinding.

Ke arah manakah guli itu akan bergolek selepas ia melanggar dinding?


A. J
B. K
C. L
D. M
menganalisis Rajah berikut menunjukkan keadaan sepohon pokok selepas
diletakkan di dalam kotak gelap selama 5 hari.

Manakah inferens yang betul tentang pokok itu?


A. Batang pokok tidak menyukai ruang yang gelap
B. Batang pokok bergerak balas terhadap ruang kosong
C. Daun dan pucuk bergerak balas terhadap udara segar
D. Daun dan pucuk bergerak balas terhadap cahaya matahari

menilai Zaidi mahu membuat laporan untuk eksperimennya. Pada pandangan


anda, yang manakah bentuk laporan yang tidak berkesan?
A. Jadual
B. Carta pai
C. Graf palang
D. Nota ringkas

mencipta Ramalkan tempoh masa belon udara kecil terbang sekiranya kepingan
plastik digunakan menggantikan kertas keras.
A. Sekiranya kertas keras digunakan masa penerbangan belon udaea
kecil adalah lebih pendek
B. Sekiranya kertas keras digunakan masa penerbangan belon udaea
kecil adalah lebih panjang
C. Sekiranya kepingan plastik digunakan masa penerbangan belon
udara kecil adalah lebih pendek
D. Sekiranya kepingan plastik digunakan masa penerbangan belon
udara kecil adalah lebih panjang
Kemudian, item ujian yang dibina disemak. Kami telah meminta pensyarah jabatan ilmu
pendidikan iaitu Datin Dr. Halimatussa’adiah untuk menyemak item ujian yang telah kami bina.
Tujuan semakan dibuat adalah untuk memastikan:
 Arahan soalan adalah tepat dan mudah difahami murid.
 Penggunaan bahasa yang mudah difahami murid.
 Gambar atau ilustrasi yang jelas.
 Soalan yang dibina mengikut JSU yang dibuat.
 Kepanjangan jawapan pilihan.
Kami telah berjumpa beliau sebanyak tiga kali untuk proses penyemakan item yang dibina.
Setelah soalan yang dibina, memenuhi prinsip pembinaan item dan disahkan oleh Datin Dr.
Halimatussa’adiah kami membuat 30 salinan soalan-soalan tersebut untuk ditadbir di sekolah.
BIBLIOGRAFI

Mohamad Fauzi Yunus. (2013). Pembinaan Soalan dan Analisis Item. Kuala Lumpur: Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Open University Malaysia (OUM). (2013). Pembinaan Item Ujian. Kuala Lumpur: Open
University Malaysia.

Azman Ghazali. (2015). Assingment BMM 3013. Diakses pada 30 Mac 2018 di
https://www.academia.edu/1984744/assingment_BMM_3013.

You might also like