You are on page 1of 50

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH( BMM3103)

TAJUK : PEMBINAAN UJIAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF

Pengajaran dan pembelajaran melibatkan murid dan guru. Oleh itu, wajarlah guru membuat penilaian untuk mandapatkan maklum balas tentang keberkesanan kedua-dua pihak, iaitu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Keputusan ujian dan penilaian seharusnya digunakan oleh guru sebagai petunjuk kejayaan dan kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2

Ciri-Ciri Ujian Yang baik


1. Sifat Kesahannya. Ujian hendaklah betul-betul menguji secara tepat apa yang hendak diuji.
2. Sifat Kebolehpercayaan. Ujian hendaklah betul-betul mengukur dan menilai tahap pencapaian murid dalam satu masa tertentu. 3. i. ii. iii. iv. Sifat praktisnya. Mudah disediakan Mudah ditadbirkan Menjimatkan Menguji pengetahuan murid dan releven dengan sukatan v. Tidak terlalu sulit memeriksanya.

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA UJIAN

1. Menyemak unit-unit yang diajar dan menentukan JPU 2. Menentukan objektif ujian dan menyediakan rangka ujian. 3. Menulis soalan 4. Mentadbir ujian 5. Menganalisa keputusan 6. Menilai pengajaran 7. Menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan.

SOALAN TERDIRI DARIPADA SOALAN OBJEKTIF SOALAN SUBJEKTIF

1.1 DEFINISI Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon. Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif.

Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir.
6

- Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. - Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama. - Menurut Gronland pada tahun 1977, soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa.
7

1.2 CONTOH-CONTOH SOALAN OBJEKTIF


i. Item Respon Bebas: Contoh: a) Apakah lawan bagi perkataan rajin?(malas) b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam?(tidak memakai kasut) ii. Item Melengkapkan Penyataan. contoh: a) Kita mesti_______bermain sekarang kerana hujan sudah turun. b) Saya terpaksa______adik saya kerana emak saya bekerja.

-Memerlukan calon menanda, membulat, menggaris atau menyuaikan gerakbalas yang tepat. -Ada ketika guru menggunakan setuju ( S ) atau tidak setuju ( TS ) pada penyataan atau ya ( Y ) atau tidak ( T ) pada soalan. Bentuk item ini biasa dibina dalam empat jenis: a. Item betul/salah b. Item padanan c. Item pengelasan d. Item aneka pilihan

Bentuk item/betul salah mengandungi pokok soalan berbentuk kenyataan dengan Betul/Salah sebagai pilihan jawapan. Contoh : a). Ikan paus ialah satu jenis amfibia. Betul Salah

b). Pahang Terletak di Malaysia Timur. Betul Salah

10

1. Kenyataan betul atau salah hendaklah berkaitan dengan perkaraperkara yang penting sahaja. 2. Kenyataan yang digubal hendaklah benar-benar betul atau salah sahaja. 3. Jangan membina kenyataan yang terlalu nyata betul atau terlalu benar- benar salah kerana ini tidak akan benar-benar menguji calon secara objektif. 4. Pada prinsipnya, gubal lebih banyak kenyataan dalam bentuk salah daripada kenyataan yang betul ,kerana ramai calon yang lebih cenderung memilih betul sebagai jawapan apabila mereka kurang pasti sama ada kenyataan itu betul atau salah. 5. Elakkan daripada menggunakan perkataan seperti semua, tiaptiap, hanya dan sebagainya yang merupakan petunjuk kepada atau salah kenyataan itu. 6. Elakkan menggunakan kenyataan-kenyataan yang dipetik sebulatbulatnya daripada buku teks. Ini akan menolong calon menjawab tanpa berfikir.
11

- Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. - Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan - semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang. Contoh: (a) Suaikan tempat-tempat berjuang dengan tokoh-tokoh yang berkaitan. Sabah Kelantan (b)
Kata Bilangan 1. 2. Kata Adjektif Sifatan Kata Adjektif Pancaindera Contoh A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.

Tok Janggut Mat Salleh

B. Budak baik Selalu dipuji. 12

- Seperti item padanan, item pengelasan ini dibentuk dalam dua kumpulan objek atau perkara yang berkaitan. Tetapi calon perlu menjawab dengan menulis huruf atau angka yang tepat di dalam tempat yang disediakan. Contoh (a) Soalan A dan E disenaraikan dengan benda-benda dan 1 -5 disenaraikan dengan penjodoh bilangannya. Padankan benda-benda dengan penjodoh bilangannya dengan menulis HURUF yang sesuai di atas garisan yang disediakan.
Benda-benda Penjodoh Bilangan Jawapan

A. B. C. D. E.

surat payung selipar pisau kertas

1. 2. 3. 4. 5.

bilah pucuk keping pasang kali

----------------------------------------------------------------------13

- Item aneka pilihan merupakan bentuk ujian objektif paling kerap digunakan dalam ujian dan peperiksaan. - Bentuk item aneka pilihan mengandungi satu pokok item yang berfungsi sebagai soalan dan diikuti dengan beberapa gerak balas ( biasanya empat atau lima ) yang berfungsi sebagai pilihan jawapan. Di antara empat atau lima gerak balas satu jawapan yang beul dinamakan kunci atau penanda. Gerak balas yang lain dinamakan sebagai penganggu atau disktrator. - Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap. - Jenis item aneka pilihan; 1.Berbentuk soalan 2.Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap 3.Analogi 4.Antonim 5.Jenis negatif 6.Mengisi tempat kosong 7.Jenis campuran 8.Teknik kloz 9.Mengelaskan

14

1.4.1 Item bentuk soalan


1. Apakah yang diperlukan untuk menjadikan susu getah pekat dengan cepat ? A B C D Ammonia Air Asid formik Asid hidroklorik
15

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. _______________ kerbau sedang berkubang. A. B. C. D. Sekawan Berkawan Kawanan Terkawan

16

Setiap pasang perkataan soalan di ikuti dgn empat @ lebih pasangan perkataan pilihan.

Pilih pasangan pilihan yg berkaitan dgn

pasangan soalan.
Hitam : Putih (A). Merah:Tua (B). Merah:Hijau (C). Merah:Jambu (D). Kain:Merah

17

1.4.4

Antonim ( berlawanan )

Setiap soalan di dimulakan dgn huruf besar diikuti dgn empat @ lebih pasangan perkataan pilihan. Pilih perkataan yg berlawanan / bersamaan dgn perkataan berhuruf besar UJIAN FORMATIF (A). (B). (C). (D). Ujian Sumatif Ujian Subjketif Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria

18

Calon dikehendaki mencari fakta yg bertentangan Pokok soalan kerap kali mengandungi perkataan KECUALI, BUKAN, PALING KURANG Kesemua jawapan adalah betul kecuali satu yang salah Pernyataan di bawah menunjukkan beberapa jenis kesahan dalam penilaian, kecuali (A). kesahan isi (B). kesahan ramalan (C). kesahan serentak (D). kesahan pentadbiran

19

1.4.6 Item Jenis Cantuman


Tanah Tinggi Cameron penting disebabkan I II III IV A B C D penjanaan elektrik hidro tanaman teh tanaman jualan pasar perusahaan pelancongan I dan II sahaja I dan III sahaja II dan III sahaja I,II dan IV

20

Benjamin Bloom (1956) dalam Taxonomy of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive Domain (New York: David McKay) telah memperkenalkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi ini terkenal dengan nama Taksonomi Bloom (lihat Lampiran 5).

21

Aras kemahiran dalam bidang kognitif


1. Pengetahuan Aras kognitif yang terendah yang melibatkan proses mengingat kembali maklumat, fakta,definisi dan sebagainya. 2. Kefahaman Aras kognitif yang melibatkan proses mula mengembangkan pemikiran. Pada aras ini pelajar menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri.

Kata-kata kerja
Manakah , Apakah, Siapakah, Bilakah, Berikan, Senaraikan,Nyatakan. Huraikan, Benarkan, Jelaskan,Terangkan, Tukarkan,Mengapa

3.

Aras kognitif yang menguji kebolehan calon memahamii, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum, teori yang telah dipelajari.

Aplikasi

tunjukkan, kirakan,selesaikan,demonstrasikan,susunk an,uruskan,gunakan. Bezakan,bandingkan,asingkan,tafsirkan, bahagikan,klasifikasikan.

4.

Analisis

Aras yang menguji kebolehan calon membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain.

5.

Sintesis

Aras kebolehan calon mengintegrasikan fakta atau idea.

Gabungkan, merekabentuk,kumpulan,gubahkan,karangkan.
Nilaikan,rumuskan,tafsirkan,kritikan,bandingkan, ulaskan,bezakan,huraikan,buktikan. 22

6. Penilaian

Aras kognitif yang menguji calon untuk membuktikan,menilai,mengesahkan,mengkritik,pendapat,cpt aan,karya,prinsip,teori dan sebagainya.

3.1.2 Aras Kefahaman


1. Hasan jarang lewat ke sekolah. Maksud perkataan lewat ialah: A cepat B tepat C lambat D lebih

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris. 2. Abang menggali lubang untuk dibuat telaga. A menanam B mengorek C menimbus D mencungkil

23

3.1.1 ARAS PENGETAHUAN CONTOH SOALAN : 1.Apakah maksud perkataan leka? A.Lalai. B.Prihatin. C.Rajin. D.Malas. 2. Di manakah letak ibu negara Malaysia? A.Surabaya. B.Kuala Lumpur. C.Kota Kinabalu. D.Kangar.

24

3.1.3 Aras Aplikasi


Pilih simpulan bahasa yang betul.

1. Jangan peduli jemputan Ali kerana dia_______ sahaja. A ajak-ajak ayam B cakar ayam C cakap angin D cakap kosong
2. Mengapakah kita tidak boleh derhaka terhadap ibu? A Ibu sudah tua B Ibu hidup susah C Ibu ingin hidup bahagia D Ibu yang melahirkan kita

25

3.1.4 Aras Analisis


Baca ayat di bawah, kemudian jawab soalan di bawah. Pertandingan Puisi Pelbagai Kaum yang terbuka kepada semua pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Gaya telah mendapat sambutan hangat. 1.Rangkai kata sambutan hangat dalam ayat bermaksud A.Menyampaikan sesuatu dengan penuh semangat. B.Menerima penyertaan yang amat menggalakkan. C.Melakukan dengan bersungguh-sungguh. D.Medapat perhatian daripada orang lain. Jamilah sentiasa meniupkan semangat kepada farid agar adiknya dapat berjalan semula. 2.Apakah maksud rangkai kata meniupkan semangat dalam ayat? A.Menunjukkan ketabahan. B.Memberikan perangsang. C.Menjalani pemulihan. D.Membina ketahanan.
26

3.1.5 Aras Sintesis


1. Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi serangkap pantun yang lengkap. Masak sebiji di atas peti Hutang budi dibawa mati Pisang emas dibawa belayar Hutang emas boleh dibayar _________________________, _________________________; _________________________, _________________________. 2. Aminah lahir pada tahun 1985. Pada tahun bilakah dia menduduki peperiksaan PMR? A.1997 B.1998 C.1999 D.2000
27

3.1.6

Aras penilaian

Kamalia menasihati adiknya supaya berhati-hati memilih kawan kerana sebarang kesilapan akan merugikannya.
A B C Jangan memilih kawan yang merugikan kamu, kata Kamalia. Adik saya sentiasa berhati-hati memilih kawan supaya tidak merugikan dirinya, kata Kamalia. Adik, kakak cadangkan agar berhati-hati memilih kawan supaya diri kamu tidak rugi, kata Kamalia. Berhati-hati semasa memilih kawan agar tidak merugikan kamu, kata Kamalia kepada adiknya.

2. Pilih ayat-ayat bahasa baku berikut:

I II III IV

Buku ini telah dibaca oleh saya Tampalkan notis pada papan kenyataan Gambar itu telah kamu lukis dahulu Saya mengambil surat dari pejabat pos I dan II II dan III sahaja I dan IV sahaja I,II dan IV sahaja
28

A. B. C. D.

4.0 Panduan pembinaan


1. Stimulus (rangsangan) merupakan bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk teks, grafik, jadual, atau perbualan. 2. Stam merupakan bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan. 3. Jawapan pilihan merupakan bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.

29

Perkara berikut harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan:
1. Arahan mesti jelas dan mudah difahami. 2. Ayat yang digunakan tidak berbunga-bunga. 3. Jawapan yang disediakan haruslah logik. 4. Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah. 5. Aras kesukaran haruslah setara. 6. Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor. 7. Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.

30

4. 1

Kelebihan Ujian Objektif

Ujian objektif mempunyai beberapa kelebihan dan di antaranya ialah: a) Ujian ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih tepat. b) Ia bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan dari segi pemarkahan tersebut terjamin. c) Tidak menggalakkan penipuan. d) Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi. e) Ia boleh diskor dengan tepat. f) Ia juga boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-orang yang terlatih.
31

4.2 kelemahan-kelemahan ujian objektif : a) Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sentisis ideaidea dan melahirkannya secara sepadu. b) Ada kecenderungan menggalakkkan pelajarpelajar meneka. c) Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir. d) Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya. e) Ia tidak dapat mengukur keaslian.

2.0 SOALAN SUBJEKTIF

33

2.1

DEFINISI

Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.

34

2.3 Terdapat dua jenis soalan subjektif:

Item jenis struktur

Item jenis esei

35

UJIAN SUBJEKTIF
Berbentuk karangan / esei MM bebas bertindak balas terhadap soalan yg diberi sptmemilih,menceritakan,mengemukakan pandangan dengan menggunakan perkataan sendiri. Jawapan mungkin satu ayat, perenggan atau karanganPemeriksaan secara subjektif dilakukan berdasarkan kriteria pemarkahan yg dibuat sebelum ujian.

Dua jenis ujian subjektif - Jawapan pendek - Jawapan tidak terhad.


36

JENIS JAWAPAN PENDEK Jawapan Pendek / Gerak balas terhad

Soalan yg tentukan bentuk dan batasan kandungan gerak balas calon / gerakbalas yg ringkas (satu frasa, ayat

Kata dasar : Apakah, Manakah, Berapakah, Siapakah, Bilakah, Berikan, Nyatakan, Senaraikan, Terangkan, Tafsirkan, Tulis
37

Contoh contoh soalan:

1. Berikan dua kelebihan bersukan (a)________________________ (b)________________________


2. Tiga sebab pentingnya kita membaca buku ialah: (a) ____________________________ (b) ____________________________ (c) ____________________________

38

UJIAN BERSTRUKTUR
Item ini mengandungi maklumat dalam pokok item. Calon dikehendaki mengkaji maklumat tersebut dan seterusnya memberi respon kepada maklumat tersebut dengan menjawab beberapa item untuk menguji kefahamannya terhadap situasi yang diberi. Contoh
Berikan tiga sebab mengapa JPU perlu disediakan oleh guru? i.______________________________________________________ ii.______________________________________________________ iii.______________________________________________________

39

PRINSIP PEMBINAAN SOALAN JENIS STRUKTUR


Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasanya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.
40

JENIS JAWAPAN TIDAK TERHAD Esei


Ujian esei digunakan dengan tujuan untuk melihat kebolehan pelajar mengeluarkan pendapat dan menganalisis secara lebih mendalam tentang idea yang diberikan.

Aras soalan yang perlu dikenal pasti kerana item esei amat bergantung kepada hasil atau bentuk jawapan yang dikehendaki. Terdapat dua item esei Item Terbuka / Gerakbalas Lanjutan
41

Item Terbuka / Gerakbalas Lanjutan


Memerlukan calon menulis tentang sesuatu topik yang dikemukakan dlm ayat yg lengkap, perenggan atau dalam karangan yang lebih panjang. Libat soalan jenis perbincangan / calon bebas menjawab / hurai idea @ pendapat. Ukur proses pemikiran, daya kreasi, inferensi, keaslian idea, induksi dan imaginasi lebih tinggi aras analisis, sintesis dan penilaian.

42

Kata dasar lazimnya:


Huraikan, Terangkan, Bincangkan, Bezakan, Bandingkan, Nilaikan, Rencanakan, Tunjukkan, Rancangkan, Bagaimanakah, Mengapakah, Tafsirkan dll

43

Kata dasar lazimnya Huraikan, Terangkan, Bincangkan, Bezakan, Bandingkan, Nilaikan, Rencanakan, Tunjukkan, Rancangkan, Bagaimanakah, Mengapakah, Tafsirkan dll Contoh : - Bezakan konsep-konsep Penilaian Formatif dengan Penilaian Sumatif - Huraikan kelebihan dan kelemahan ujian objketif - Bagaimanakah nilai-nilai murni dpt diterapkan dalam jiwa kanak-kanak.

44

PANDUAN MEMBINA SOALAN SUBJEKTIF(GERAK BALAS LANJUTAN / TERBUKA)


1.

Bina soalan berdasarkan isi pelajaran yg telah dipelajari


Guna bahasa jelas / tepat utk elak kekeliruan Soalan spasifik supaya MM dpt menjawab ikut skop& masa yang ditetapkan

2. 3.

4. Item harus meliputi topik pelajaran dan dlm pelbagaiaras kemahiran utk meningkatkan kesahan. 5. Skima pemarkahan perlu disediakan utk tingkatkan keobjektifan 6. Jgn beri soalan pilihan ttp wajibkan calon menjawabsemua soalan utk tingkatkan kebolehpercayaan.

45

Item Berpandu
Memerlukan calon menulis tentang sesuatu topik yg dikemukakan dalam ayat yang lengkap, perenggan @ karangan yang lebih panjang tetapi perlu mengikut arahan dan tuntutan yang diberi.

Contoh Soalan Item Berpandu Setiap pelajar diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum di institut. Pilih satu daripada aktiviti kokurikulum yg anda sertai dan menulis sebuah karangan dengan menggunakan isi-isi penting berikut : i. Nama jenis aktiviti kokurikulum ii. Tujuan iii. Aktiviti-aktiviti iv. Faedah-faedah v. Kejayaan yg telah dicapai
46

PANDUAN MEMBINA SOALAN SUBJEKTIF(GERAK BALAS TERHAD / TERTUTUP) Dibina dlm btk soalan @ lengkapan Bina item btk soalan lebih banyak sbb maksud soalan lebih jelas berbanding btk lengkapan Bina item btk lengkapan sbb item berbtk pernyataan kelihatan memerlukan jawapan yg panjang ttp sebenarnya tdk Soalan lengkapan harus ada tempat kosong di akhir pernyataan Perkataan pelengkap harus merupakan perkataan yg penting dlm pernyataan Elak terlalu banyak tempat kosong dlm satu pernyataan Tempat kosong perlu disediakan sama panjangsama ada jawapan itu panjang @pendek supayacalon tdk mendapat klu. Setiap soalan hanya mempunyai satu jawapan yg betul sahaja.
47

KELEBIHAN-KELEBIHAN SOALAN SUBJEKTIF


a) Ia boleh dibina dengan mudah. Bilangan soalan yang dibina sedikit. b) Ujian jenis ini berupaya mengurangkan tekaan jawapan. c) Ia berupaya memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehannya. d) Membolehkan calon-calon menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka menghampiri situasi sebenar.

48

Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ujian ini memperlihatkan: a) Nilai potensi diagnostik yang rendah b) Ia cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz karangan dan menuliskannya dalam ujian itu. c) Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orang yang terlatih. d) Pemeriksaan kurang boleh dipercayai. e) Tidak dapat menyumbang kepada sample isi yang luas. f) Ia memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa memeriksanya. Ia mahal dan membosankan. g) Tidak bebas daripada artikulasi lisan. Ia memerlukan kefasihan berbahas.
49

50

You might also like