You are on page 1of 2

PENDAHULUAN

Sejajar dengan perkembangan negara kini, murid-murid berkebolehan berfikir aras tinggi
amat diperlukan dalam mengikuti pembelajaran sains abad ke-21. Tambahan, guru yang efektif
tidak sekadar menyampaikan maklumat tetapi mampu mempengaruhi muridnya untuk belajar
dengan berkesan (Akhiar dan Shamsina, 2015). Berikutan itu, persekitaran pengajaran dan
pembelajaran (P&P) termasuk infrastruktur serta sumber P&P perlu diubahsuai supaya dapat
memenuhi keperluan tersebut. Guru dan murid kini perlu dilatih untuk mengaplikasikan unsur
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) terutamanya dalam menganalisis item-item ujian yang
dilaksanakan di sekolah.

PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Pengajaran guru berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan


Kurikulum Standard Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan
abad ke-21 seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014,
iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025). Penyataan ini membuktikan bahawa pembelajaran abad ke-21
merupakan satu keperluan untuk pendidikan masa kini. Secara tidak langsung, guru dan murid
harus melakukan transformasi dari segi cara mengajar dan belajar seiring dengan
perkembangan teknologi yang sedia ada. Beberapa ciri pembelajaran abad ke-21 perlulah
dikenal pasti serta dikuasai oleh guru dan murid.

Pertama, pendekatan pengajaran berpusatkan murid amat digalakkan dalam abad ke-21
iaitu, guru masih boleh mengajar tetapi bukan lagi sebagai sumber utama ilmu pengetahuan
dalam P&P. Tiada lagi istilah murid hanya perlu mendengar guru bercakap dan menyerap
maklumat sepanjang proses P&P berlangsung. Hal ini demikian kerana dalam pembelajaran
abad ke-21, murid perlu berusaha mendapat maklumat baru untuk menyumbang kepada
masyarakat. Murid juga mesti berupaya menggabungkan maklumat baru dengan pengetahuan
sedia ada dan mengaplikasikan hasil gabungan kedua-dua elemen tersebut untuk
menyelesaikan masalah. Guru hanya ditugaskan sebagai fasilitator dan murid mengumpul
maklumat dengan sendiri di bawah panduan serta bimbingan guru. Ciri pembelajaran ini
menekankan pembelajaran adalah berdasarkan penemuan bukan hafalan fakta semata-mata.
Oleh itu, pelbagai kaedah pembelajaran yang berpusatkan murid boleh digunakan oleh guru
semasa proses P&P dilaksanakan.
Ciri pembelajaran abad ke-21 yang kedua ialah murid belajar untuk bekerja secara
kolaboratif. Keadaan ini menjadi suatu kepentingan kerana masyarakat hari ini bekerja secara
kolaboratif di serata dunia bagi mendapatkan hasil produk yang optimum. Bertitik tolak daripada
hal itu, seseorang murid digalakkan bekerja bersama-sama murid lain untuk mendapatkan
maklumat yang dihasratkan. Namun, kolaboratif yang dilaksanakan perlu dinamik. Murid perlu
belajar bagaimana untuk mengenal pasti pelbagai kekuatan dan bakat setiap orang yang
berbeza yang boleh diketengahkan serta bertukar-tukar pendapat berdasarkan hasil dapatan
tersebut.

You might also like