You are on page 1of 13

TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956.
Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh
pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.
1) Domain kognitif
digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual.
2) Domain afektif
digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar
melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai
perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan
sebagainya.
3) Domain psikomotor
pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan
melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.
Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur
kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras
rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis,
sintesis dan penilaian.Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin
S. Bloom untuk tujuan pendidikan.
Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras.
Namun, sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara
berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan
terminologi. Sebagai contoh, tema pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis,
sintesis dan penilaian ditukarkan kepada mengingat, memahami, mengaplikasi,
menganalis, menilai dan membina.

1. Pengetahuan (Knowledge)
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa
dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.
Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.
2. Pemahaman (Comprehension)
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain,
menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh
kepada konsep, menterjemah draf.
Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.
3. Aplikasi (Application)
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data,
dan lain-lain.
Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
4. Analisis (Analysis)
Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta
daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Contoh: Bezakan, pasti, pilih.
5. Sintesis (Synthesis)
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan
masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
6. Penilaian (Evaluation)
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau
luaran, menafsir dan mengkritik.
Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )


Jadual Spesifiikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian
dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk,
konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan
iaitu mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang merangkumi komponen
pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini
dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang
relevan mengikut sukatan pelajaran dan objektif pengajaran.
Menurut Hale, (1980), penilaian terhadap item-item tersebut juga perlu dilakukan
oleh pakar mata pelajaran tertentu. Ini penting bagi memastikan kualiti item ujian dari
segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil.
Kubiszyn dan Borich (2003) pula berpendapat, JSU adalah carta dua hala
yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta
tersebut menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula
menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
Oleh itu pengubalan kertas ujian perlu mengikut pelbagai proses dengan
terlebih dahulu menyediakan JSU, diikuti dengan membuat ujian rintis dan
mengemaskini setiap item ujian tersebut sebelum item ujian itu ditadbir. JSU juga
akan menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan
objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.
Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU boleh menjadi panduan kepada
guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran
daripada awal hingga akhir. Apa Pentingnya JSU Seseorang guru wajar membina
Jadual Spesifikasi ujian (JSU) sebelum membina soalan yang akan dijadikan kayu
ukur kepada murid-murid. JSU mempunyai peranan yang penting dalam pembinaan
soalan yang kita hasilkan.
Antara kepentingan JSU adalah untuk mengelakkan daripada seseorang
guru membina ujian secara sembarangan. Sekurang-kurangnya dengan adanya
JSU, seseorang guru itu akan menghasilkan soalan-soalan yang akan diuji oleh

murid-muridnnya setelah melalui beberapa garis panduan yang telah ditetapkan.


Antara perkara yang diambil kira dalam pembinaan soalan termasuklah tahap
kemampuan murid serta bentuk soalan itu sendiri. Tidak secara langsung seseorang
guru itu akan dapat mengelakan daripada memberikan penilaian kepada seseorang
murid itu secara sesuka hati sahaja.
JSU juga berperanan untuk menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian
itu. Selain itu ianya juga telah dapat menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan
aras-aras kemahiran. Dalam menghasilkan JSU, kita perlu menyenaraikan topiktopik yang telah kita ajar dan sepatutnya telah dikuasai oleh murid-murid. Dengan
adanya proses menghasilkan JSU, kita akan memilih topik-topik yang akan diuji dan
dalam masa yang sama kita dapat merasakan kepentingan satu-satu topik itu untuk
dijadikan soalan.
Seseorang guru juga dapat menentukan perimbangan antara topik-topik
dengan aras-aras kemahiran yang akan diuji kepada murid-muridya sekiranya
mereka membina JSU. Selain itu JSU juga dapat memperlihatkan kertas ujian dapat
dibina secara sistematik dan terancang. Kesahan dari segi persampelan sukatan
pelajaran juga adalah terjamin.
Kita tidak dapat mengetahui tahap pencapaian dalam menguasai satu-satu
topik yang telah dipelajari oleh seseorang murid. Melalui penilaian atau memberikan
ujian berkaitan topik itu sahajalah kita dapat melihat tahap penguasaan mereka.
Walaubagaimanapun, guru perlu memberikan ujian mengikut format yang sesuai
kepada murid-murid untuk menilai kebolehan mereka dari pelbagai segi. Untuk
menentukan format ujian ini, pembinaan JSU amat diperlukan. Hasilnya barulah
guru dapat menentukan format ujian tersebut.
Pembinaan JSU juga dapat membantu guru dalam membentuk soalan.
Bentuk-bentuk soalan samada objektif, subjektif, struktur ataupun esei. Bilangan
soalan pula adalah bergantung kepada pentingnya satu-satu topik itu atau merujuk
pada objektif pelajaran. Melalui bentuk yang telah ditetapkan itu, guru akan mudah
untuk memberikan penilaian atau memberikan markah pada soalan-soalan yang
telah dijawab murid. Selain itu, ianya dapat menjimatkan masa guru untuk
menyemak kertas-kertas jawapan murid. Contohnya bagi soalan-soalan berbentuk

objektif, seseorang guru memerlukan masa yang lebih singkat untuk memeriksa atau
menyemak kertas jawapan murid berbanding dalam bentuk struktur atau esei.
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PASIR PUTEH
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 1
Bahagian A
Jawab semua soalan. Bulatkan jawapan yang betul.
1.

Orang Islam bersembahyang di _____________.


A. Kuil
B. Masjid
C. Gereja
D. Tokong

2.

Ah Leong bersembahyang di tokong. Dia beragama ____________.


A. Islam
B. Hindu
C. Buddha
D. Kristian

3.

Zarida mencuci _____________ sebelum makan.


A. Tangan
B. Jari
C. Kaki
D. Muka

4.

Suzana menggosok gigi menggunakan _____________


A. sabun mandi
B. berus gigi
C. sikat
D. tuala

5.

Saya digunakan untuk melihat. Apakah saya?


A. Kaki
B. Mulut
C. Mata
D. Telinga

6.

Kita menggunakan tangan untuk ____________.


A. Melihat bunga
B. Memegang sesuatu benda
C. Mendengar bunyi
D. Untuk makan dan minum

7.

Siti rajin membaca buku dan menyiapkan kerja sekolah

Apakah nilai murni yang ada pada Siti?


A. Baik hati
B. Hemah tinggi
C. Berterima kasih
D. Kerajinan
8.

Maria mendapat keputusan yang baik kerana dia ___________ belajar.


A. malas
B. rajin
C. diam
D. berani

9.

Kita perlu mengucapkan _______________ kepada kawan yang menang.


A. takziah
B. terima kasih
C. selamat pagi
D. tahniah

10.

Apakah ucapan yang sesuai ketika bertemu guru?


A. Selamat malam, ayah
B. Selamat pagi, cikgu
C. Silakan duduk, pakcik
D. Silalah masuk, abang

11.

Jangan bermain pisau. Anda mungkin akan _____________.


A. lemas
B. jatuh
C. luka
D. sakit perut

12.

Ali berlumba basikal dengan Ahmad. Apakah akibat daripada perlakuan


tersebut?
A. Sakit gigi
B. Selamat
C. Kemalangan
D. Demam

13.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan sikap sederhana?


A. Ali membeli sepuluh batang pensel
B. Mary mempunyai banyak alat permainan
C. Johan membelanjakan semua wang sakunya
D. Baju Kamala lusuh tetapi bersih

14.

Hana memadam suis lampu sebelum keluar


Apakah nilai murni yang diamalkan oleh Hana?
A. Kesederhanaan
B. Baik hati
C. Kejujuran
D. Hemah tinggi

15.

Apakah maksud jujur?


A. Tidak ikhlas
B. Bercakap benar
C. Tidak amanah
D. Bercakap bohong

16.

Jika kita melakukan kesalahan kita perlu ______________


A. menepatinya
B. mengakuinya
C. melupakannya
D. memulangkannya

17.

Rajin pergi sekolah,


Dapat nombor satu,
Kawan kita susah,
Mesti kita bantu.

Apakah nilai murni dalam pantun di atas?


A. Ikhlas
B. Kejujuran
C. Berterima kasih
D. Baik hati

18.

Anda melihat orang tua berdiri di dalam bas. Anda patut bangun dan
berkata ______________.
A. Sila duduk, pakcik.
B. Sila masuk, pakcik.
C. Sila keluar, pakcik.
D. Sila berdiri, pakcik.

19.

Saya membantu ayah _______________ kereta.


A. merosak
B. menconteng
C. mencuci
D. memandu

20.

Kakak membelikan pensel baru untuk saya, saya mengucapkan


_______________
A. sama-sama
B. terima kasih
C. tahniah
D. takziah

21.

Ibu tersayang,
Terima kasih kerana menjaga saya.
Daripada,Ina
Kepada siapakah ucapan di atas ditujukan?
A. ibu
B. bapa
C. guru
D. sahabat

22.

Keluarga Yasmin saling sayang menyayangi antara satu sama lain.


Keluarga mereka sangat ____________.
A. kaya
B. susah
C. derita
D. bahagia

23.

Anak-anak mestilah _________________ kata ibu bapa.


A. melawan
B. mendengar
C. membohongi
D. mengejek-ejek

24.

Abang berjaya dalam pertandingan melukis. Kami semua berasa


______________.
A. bangga
B. sedih
C. curiga
D. bahagia

25.

Salmi membantu ibu membasuh pinggan di dapur. Apakah nilai murni


yang diamalkan oleh Salmi?
A. Baik hati
B. Kebersihan diri
C. Kejujuran
D. Hormat dan taat kepada ibubapa

26.

Adik-beradik yang baik akan saling _______________ antara satu sama


lain.
A. mencaci
B. membantu
C. bergaduh
D. membenci

27.

Kita perlu _________________ antara satu sama lain.


A. berlawan
B. bergaduh
C. berbaik-baik
D. bermusuh

28.

Anda

ternampak

rakan

anda

sedang

kesakitan.

Anda

patut

_______________.
A. membiarkannya
B. memberitahu guru
C. mengusiknya
D. mentertawakannya
29.

Buku-buku di perpustakaan boleh dibaca dan _____________ oleh semua


orang.
A. dikoyak
B. dipinjam
C. diconteng
D. dijual

30.

Amalan ______________ barang boleh mengeratkan hubungan dengan


rakan.
A. menyimpan
B. menyorok
C. mengguna
D. berkongsi

SKEMA JAWAPAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 (BAHAGIAN A)

1. B
2. C
3. A
4. B
5. C
6. B
7. D
8. B
9. D
10. B
11. C
12. C
13. D
14. A
15. B
16. B
17. D
18. A
19. C
20. B
21. A
22. D
23. B
24. A
25. D
26. B
27. C
28. B
29. B
30. D

You might also like