You are on page 1of 33

Ujian Prestasi

Ujian ini mengukur keupayaan atau kecekapan murid sebagai ukuran tambahan di
sekolah. Contohnya penglibatan murid dalam Ko-kurikulum sekolah. Selain daripada itu
ujian ini juga melihat bagaimana pelajar memanipulasikan alatan yang konkrit seperti
penggunaan gambar dan radas dalam kata erti kata lain mementingkan kemahiran
pengendalian alatan oleh pelajar. Ujian ini tidak bertumpu kepada aspek bahasa dan
ujian kertas pensel.
Dalam pendidikan Jasmani contohnya pelajar diuji keupayaan mereka dalam teknik
menggunakan alatan Pendidikan Jasmani yang pelbagai dan salah satu daripadanya
ialah teknik pass baton yang betul. Kemudian senarai semak diberikan kepada pelajar
dan pelajar sendiri boleh menilai prestasi mereka sendiri. Guru selalunya bertindak
sebagai pemerhati dan pembimbing sahaja dan ujian ini dinilai berdasarkan
pemerhatian oleh guru kepada pelajar.

Ujian Objektif dan Ujian Subjektif


Ujian Objektif
Ujian ini memerlukan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon. Merupakan
item respon tetap (memilih satu jawapan beberapa jawapan). Di dalam ujian ini mengandungi
pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item. Terdapat dua bentuk
soalan objektif iaitu:
1. Item respon bebas
Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan
sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk
melengkapkan penyataan.
2. Item respon tetap (item objektif pilihan)
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat.
Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Jenis soalan respon tetap;
1. Format salah betul
2. Padanan
3. Aneka pilihan
Kelebihan
1. Mudah disemak
2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
3. Menguji banyak topik
4. Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
5. Mengukur proses mental yang tinggi
Kelemahan
1. Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
2. Potensi untuk meneka jawapan tinggi

3. Sukar untuk dibina


4. Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
5. Calon bijak tidak perlu belajar banyak
6. Tidak dapat mengukur keaslian
Ujian Subjektif
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji
pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara
tulisan. Terdapat dua jenis iaitu:
Jenis respons terhad
o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas
o contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik
Jenis respons lanjutan
o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa
perenggan
o contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar sekolah dengan
merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.
Kelebihan
Mudah digubal
Sesuai untuk semua mata pelajaran
Sesuai untuk semua aras taksonomi
Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
Mengurangkan konsep meneka.
Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh
membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
Kelemahan
Bidang yg diuji terhad
Soalan boleh diramal
Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.

Tujuan dan kepentingan Ujian


TUJUAN
1. Sebagai penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru.
2. Sebagai alat mencari punca kelemahan murid.
3. Bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pengajaran guru.
4. Menilai prestasi dan kemajuan pelajar.
5. Mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar.
6. Membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan.
7. Membuat ramalan tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak dalam peperiksaan
besar.

8. Bagi membuat klasifikasi / pembahagian murid.


9. Memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke sekolah-sekolah terbaik.
10. Membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan.
KEPENTINGAN
1. Membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep dan kemahiran.
2. Membekalkan murid dan ibu bapanya dengan laporan kemajuan yang boleh digunakan untuk
bimbingan proses pembelajaran.
3. megesahkan suatu paras pencapaian pelajar.
4. Membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu ahli profesional lain untuk
membimbing pelajar secara individu.
5. Menentukan cara pengajaran kumpulan efisien dan efektif.
Posted by AJ at 11:32 PM

INTERAKSI 4 : PEMBINAAN UJIAN

PEMBINAAN UJIAN
LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN
Terdapat lima langkah am pembinaan item ujian, iaitu;
1. Menyediakan JSU

Langkah awal dalam pembinaan item ujian adalah


dengan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Hal ini bertujuan untuk
memastikan item-item ujian yang dibina ini meliputi keseluruhan kandungan
pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan
sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini akan dapat menjamin
soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat menguukur pengetahuan,
kemahiran atau sikap yang guru ingin pelajarnya kuasai. Objektif pengajaran
juga menjadi panduan kepada guru tentang bentuk soalan yang digunakan.

2. Menulis Item Ujian


Setelah siap menyediakan JSU, guru boleh bersedia bagi
membina atau menulis item-item ujian. Terdapat beberapa prinsip bagi
pembinaan item ujian yang sama dan boleh digunakan untuk menulis item-item
ini, iaitu;
o Arahan menjawab bagi setiap stem hendaklah ringkas dan mudah
difahami pelajar.
o Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat
memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut,
yang seterusnya akan membantu pelajar memberikan jawapan seperti
yang dikehendaki soalan.

o Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/


kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan
bukannya berbentuk pengetahuan atau kepintaran am.
o Sekiranya soalan dalam bentuk item betul atau salah/ pernyataan yang
"tidak benar", arahan bagi soalan tersebut hendaklah jelas. Contohnya
dengan menggunakan huruf besar.
o Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan
ukuran yang dikehendaki.
3. Menyemak Item Ujian
Selepas semua item ujian siap ditulis, guru perlu
menyemak semula item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi
menentukan perkara-perkara berikut:
o Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah
tepat dan mudah difahami oleh murid.
o Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami murid
dan mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan
mencukupi.
o Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan
objektif pengajaran.
o Soalan yang diberi, terutamanya soalan objektif tidak mengandungi
petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki.
4. Menilai Item Ujian
Selepas semua item disemak oleh penggubalnya, item-item
ini perlu disemak oleh pakar mata pelajaran. Semakan ini perlu dilakukan bagi
menentukan perkara-perkara berikut;
o Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan mudah
difahami oleh murid.
o Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi
maklumat yang cukup untuk murid menjawabnya.
o Soalan-soalan yang dibina mencukupi dan seimbang untuk mengukur
kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.
o Jawapan yang diberikan oleh penggubal soalan adalah mengikut kehendak
soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.

5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item


Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata
pelajaran, sebaiknya kajian rintis dilakukan terhadap keseluruhan item ujian.
Kajian ini bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-item kepada murid
yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran. Tujuannya adalah untuk
menentukan perkara-perkara berikut;
o

Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat


difahami pelajar dan tidak terdapat kesilapan ejaan/ istilah yang
digunakan.

o Soalan yang kehendak soalan adalah jelas dan soalan yang mengandungi
maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.
o Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan
pelajaran yang diajar guru dan tidak ada soalan yang terkeluar daripada
kandungan tersebut.
o Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan
mengikut kehendak soalan.

PEMBINAAN ITEM UJIAN

PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF


Menurut Gronland (1977), soalan objektif dibentuk daripada beberapa item yang boleh
diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika
memeriksa tindak balas yang serupa. Hal ini bermaksud item/ soalan objektif
mempunyai jawapan tepat/ tertentu/ spesifik, seperti item betul-salah, aneka pilihan,
padanan atau pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada
betul atau salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul,
atau perkataan pelengkap yang betul.
BAHAGIAN-BAHAGIAN ITEM OBJEKTIF

Stimulus (rangsangan)
Bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan didasarkan.
Berbentuk teks, grafik, jadual, perbualan
Stem (badan)
Mengandungi tugasan dan berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan.
Jawapan pilihan
Mengandungi jawapan pilihan, berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau jadual.

ITEM-ITEM OBJEKTIF

1. Pembinaan Item Beraneka Pilihan


Terdiri daripada :
o Stimulus
o Stem
o Jawapan pilihan

Dikatakan sukar dibina dan sukar dijawab tapi mudah diperiksa (mudah
menggunakan OMR), perlu dijawab dengan tepat.

Prinsip penyediaan soalan berbentuk beraneka pilihan;


o Arahan hendaklah jelas dan mudah difahami.
o Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak
berbunga-bunga.

o Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan.


o Tuliskan setiap jawapan pilihan secara menarik supaya setiap jawapan
yang diberikan adalah munasabah.
o Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak.
o Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang.
o Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.
o Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun,
supaya wujud suatu sistem susunan jawapan pilihan.

1.

Contoh Item Beraneka Pilihan


Banyak maklumat dapat diperolehi murid-murid .......................... Pameran Antidadah yang dianjurkan oleh

pihak sekolah.

A di
B antara
C dengan
D daripada
PEMBINAAN ITEM BETUL-SALAH
Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki murid
untuk menentukan sama ada pernyataan yang diberikan betul atau salah.
PRINSIP ITEM BETUL-SALAH

1. Arahan hendaklah jelas.


2. Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga
supaya murid tidak membuang masa untuk memahaminya.
3. Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, supaya dapat
mengelakkan murid daripada meneka jawapan.
4. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.
5. Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas betul atau
yang jelas salah.
6. Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang daripada yang
salah, untuk mengelakkan murid meneka jawapan.
7. Elakkan daripada menggunakan perkataan selalu atau tidak pernah dalam
pernyataan, untuk mengelakkan murid meneka jawapan.
8. Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan jawapan
yang salah.

CONTOH ITEM BETUL- SALAH

PEMBINAAN ITEM MENGISI RUANG KOSONG


Item ini terdiri daripada dua bahagian

Stimulus (jika ada)

Pernyataan yang mengandungi ruang kosong untuk diisi murid.

Item ini sangat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki murid
memberikan jawapan pendek yang tepat.
PRINSIP-PRINSIP PEMBINAAN ITEM MENGISI RUANG KOSONG
1. Arahan hendaklah jelas sama ada murid perlu mengisi ruang kosong dalam
kertas soalan atau kertas jawapan.
2. Pernyataan ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas.
3. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.
4. Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada perkataan yang penting
sahaja.
5. Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong dalam sesuatu
pernyataan, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.
6. Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung pernyataan supaya
perkataan yang dikehendaki jelas kepada pelajar.
CONTOH ITEM MENGISI RUANG KOSONG
Tiga warna utama yang telah dipelajari dalam kelas sains ialah ________, ________
dan ________.
PEMBINAAN ITEM PADANAN

Item ini terdiri daripada dua set maklumat yang perlu dipadankan oleh murid.
Kedua-dua set maklumat ini terdiri daripada perkataan, set, pinsip atau
pernyataan.

Perlu dipastikan bahawa maklumat dalam set pertama mempunyai perkaitan


dengan maklumat dalam set kedua.

Item ini sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan murid mengaitkan
fakta dan konsep.

PRINSIP-PRINSIP PEMBINAAN ITEM PADANAN


1. Arahan hendaklah jelas sama ada murid perlu membuat padanan satu ke-satu
atau padanan yang lain.
2. Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga.

3. Aras kesukaran bagi setipa perkaitan hendaklah setara.


4. Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang tepat dengan
padanannya.
5. Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan dalam sesuatu
maklumat supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.
6. Bilangan padanan tidek terlalu banyak.
CONTOH ITEM PADANAN

PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIF

Item subjektif bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak
spesifik seperti jawapan kepada item objektif. Item ini membenarkan subjektiviti dalam
jawapan yang diberikan. Item ini digunakan untuk pelajar mempamerkan kedalaman
pengetahuan yang dimiliki. Maka, item ini sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang
lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis, membuat
pertimbangan, menilai, membuat keputusan yang memerlukan kemahiran berfikir.
PRINSIP AM PENYEDIAAN ITEM SUBJEKTIF
1. Penulis perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran agar agar
soalan yang dihasilkan menepati kriteria yang diingini.
2. Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada murid perlu
manjawab dalam kertas soalan atau kertas jawapan.
3. Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga.
4. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberi
markah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.

5. Soalan perlu ditulis supaya murid dapat membayangkan satu kerangka struktur
yang akan memandu murid untuk mnejawab soalan tersebut.
6. Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya
untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.
7. Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek daripada soalan berjawapan
panjang supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.

PEMBINAAN ITEM ESEI BERJAWAPAN PENDEK

Item jenis ini memerlukan murid memberikan jawapan pendek yang memberi
peluang kepada mereka menyampaikan pendapat, hujah atau idea sendiri.

Item bentuk ini amat sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman, dan
aplikasi/ penyelesaian masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran
berfikir.

Item jenis ini boleh dibina agar jawapannya menjadi lebih objektif.

PEMBINAAN ITEM ESEI BERJAWAPAN TERBUKA

Item bentuk ini membenarkan murid merancang dan memberikan jawapan


secara bebas.

Item ini amat sesuai untuk mengukur konstruk, yang memerlukan murid
menggunakan beberapa kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan.

Item jenis ini juga membolehkan murid mempamerkan proses pemikiran kritis
dan kreatif.

Disebabkan jawapannya amat terbuka, maka pembina item perlu menyediakan


skema/ peraturan permarkahan yang jelas, terperinci dan menyeluruh agar
penilaian pencapaian pelajar dapat dibuat sewajarnya.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN ITEM BERJAWAPAN TERBUKA

KEKUATAN

Item jenis ini menggalakkan


murid untuk;
Meneroka pelbagai cara atau
pendekatan untuk
menyelesaikan sesuatu
masalah.

Membuat pertimbangan dan


penilaian tentang sesuatu idea
atau maklumat.

Mempamerkan sesuatu idea


yang asli.

Menggabungkan pelbagai
pengetahuan, idea dan
maklumat .

Mengenal pasti, memilih,


menyusun, dan
mempersembahkan sesuatu
perkara atau idea dalam
bentuk komunikasi bertulis.

KELEMAHAN
Namun begitu, item jenis ini
memerlukan

Pemeriksa yang terlatih untuk


memeriksa jawapan.

Masa yang panjang untuk


memeriksa jawapan.

Masa yang panjang untuk


murid menulis jawapan.

Murid menulis secara jelas


dan boleh dibaca.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN JENIS ITEM OBJEKTIF


KEKUATAN ITEM-ITEM
SUBJEKTIF

KELEMAHAN ITEM-ITEM
SUBJEKTIF

Persampelan kandungan yang


luas.

Sukar membina item terutama


bagi aras yang tinggi.

Dapat diperiksa secara

Menggalakkan tekaan.

objektif.

Dapat diperiksa oleh mesin.

Cepat dan mudah diperiksa.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN JENIS ITEM SUBJEKTIF


KEKUATAN ITEM-ITEM SUBJEKTIF

KELEMAHAN ITEM-ITEM
SUBJEKTIF

Keupayaan mengukur objektif


pengajaran pada peringkat tinggi.

Persampelan kandungan agak


sempit.

Dapat mengelakkan daripada


tekaan.

Susah dan lambat diperiksa.

Tidak dapat diperiksa secara


objektif.

Tidak dapat diperiksa oleh mesin.

Item mudah dibina.

Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif

UJIAN FORMATIF

UJIAN SUMATIF

Fungsi

Menghasilkan maklumat
kepada pelajar dan guru.
Mengesan punca
kelemahan untuk
pemulihan

Pensijilan atau penggredan di


akhir kursus

Masa diberi

Sepanjang pengajaran

Di akhir kursus.

Tekanan dalam
penilaian

t/ laku kognitif,
psikomotor dan afektif

T / laku kognitif

Fokus pengukuran Satu satu segmen

Objektif kursus

Sifat sampelan

Terhad kepada tugasan


pembelajaran

Beraneka jenis

Kesukaran item

Berubah ubah
mengikut segmen

Semua peringkat : senang


susah

Jenis alat

Alat pengukur formatif


yang dibentuk khas

Peperiksaan akhir tahun

Skor

Ujian rujukan kriteria

Biasanya ujian rujukan norma

Cara melapor
skor

Gagal atau lulus

Jumlah skor

Contoh

Ujian bulanan , lembaran


kerja

UPSR, PMR, SPM, STPM


Ujian Sem

Posted by AJ at 11:46 PM
Langkah-langkah Pembinaan JSU
1. Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji
2. Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran
3. Bina carta dua hala
4. Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran
5. Tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid
6. Semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati
kehendak objektifkurikulum
Posted by AJ at 12:14 AM No comments:
Labels: Penilaian dan Pentaksiran Pengajian Sosial (PSS3110)
Jadual Spesifikasi Ujian

- Dikenali juga sebagai jadual Penentuan Ujian (JPU)


- Satu blue print ujian / test specification
- Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran
- Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran
merupakan taksonomi penguasaan
- Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian
- Membantu penggubal membina item soalan
Tujuan JSU
- Ujian tidak dibina secara sembarangan
- Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
- Panduan kepada penggubal soalan
- Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa
- Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang
Posted by AJ at 12:11 AM 1 comment:
Labels: Penilaian dan Pentaksiran Pengajian Sosial (PSS3110)
Jenis-jenis ujian

Posted by AJ at 12:08 AM No comments:


Labels: Penilaian dan Pentaksiran Pengajian Sosial (PSS3110)

Monday, June 6, 2011


Kesahan dan kebolehpercayaan dalam Ujian

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

Ujian Yang Baik Mempunyai Kesahan Dan Kebolehpercayaan Yang Tinggi. Mengapakah
Ciri Tersebut Penting Dan Bagaimanakah Kesahan Dan Kebolehpercayaan Ujian
Ditingkatkan?

Sistem penilaian memang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan. Setiap perancangan
kurikulum mesti diikuti dengan penilaian. Kebanyakan penilaian yang diamalkan dinegara kita
adalah penilaian berbentuk ujian. Mengikut Ebel (1979), sebenarnya pembina ujian menghadapi
dua persoalan :

pertama, untuk menentukan apa yang ingin diukur, dan

kedua, membuat keputusan bagaimana mengukurnya.

Sementara dari segi makna ujian pula Crombach (1970) telah memberikan satu definisi ujian
yang agak luas, iaitu satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang dan
memperihalkannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem berkategori.

Kenyataan di atas memberikan gambaran bahawa ujian bukan merupakan sesuatu yang boleh
dilakukan begitu sahaja. Malah ianya memerlukan perancangan dan pengendalian yang
sistematik. Bagaimana pula dengan penilaian? Penilaian mencakupi lebih luas dan lebih
menyeluruh jika dibandingkan dengan ujian. Mengikut Popham (1975), penilaian pendidikan
yang sistematik mengandungi satu tafsiran formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara
lebih luas, penilaian pendidikan itu mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program
pengajaran, dan matlamat ke arah mana usaha pengajaran dihalakan.

Dari sudut pengajaran, penilaian boleh didefinisikan sebagai satu proses sistematik untuk
menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar (Gronlund, 1981).
Ini jelas menunjukkan bahawa penilaian adalah merupakan suatu cara atau alat bagi mengukur
keberkesanan pengajaran di samping untuk menentukan sama ada objektif pengajaran boleh
dicapai.

Sebagaimana yang kita ketahui, ujian atau peperiksaan adalah satu aspek penting dalam
sistem pendidikan kita. Berbagai bentuk ujian bertulis boleh diadakan oleh guru dari semasa ke
semasa, seperti ujian betul/salah, mengisi tempat kosong, mamadankan, ujian beraneka pilihan
dan juga bentuk esei. Pada asasnya, semua ini bertujuan mendapatkan maklumat. Daripada
maklumat yang didapati itu, guru dapat mengukur pencapaian murid, mengetahui kelemahankelemahannya , meramal keupayaannya, memilihnya untuk sesuatu tujuan, atau sebagainya.
Walau apa pun format ujian yang hendak dibina, atau dipilih, pastikanlah bahawa ujian itu
mempunyai ciri-ciri tertentu yang menjadikannya suatu ujian yang baik. Antara ciri-ciri penting
ujian yang baik ialah seperti kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability).

KESAHAN

Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul
maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itu dikatakan
sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau
sepatutnya diukur.

Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Youngman
& Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997). Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan
interpretasi markat ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan
tertentu alat ukur tersebut. Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan
isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity)
dan kesahan gagasan (construct validity) (Fraenkel & Wallen, 1996).

Kesahan sesuatu ujian tidak dapat ditentukan secara langsung seperti mengukur
ketinggian seseorang. Keputusan ujian, atau skor markah memberi gambaran sebenar atai
tidak sebenar tentang apa yang hendak diukur. Oleh itu ia tidak dengan sendirinya sah.
Kesahannya bergantung kepada beberapa jenis kesahan.

a) Kesahan isi (content validity)

Ini ialah kesahan yang terpenting bagi seseorang guru yang hendak menyediakan ujian.
Isi ujian ditentukan dengan menilai apakah tujuan ujian itu diadakan, kandungan sukatan
pelajaran, penekanan yang diberi kepada tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran peringkat atau
kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk. Bagi sebarang ujian bertulis maka sangat penting
bagi guru supaya sentiasa menyedari tujuan utama ujian itu. Kemudian ia hendaklah memilih
atau menyediakan item ujian-ujian yang sesuai. Jenis-jenis item pula bergantung kepada jenis
pencapaian murid-murid, aras kesukaran, dan peringkat objektif pelajaran yang hendak diuji.
Contohnya, item ujian akhir tahun (ujian sumatif) misalnya tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu,
sedangkan tajuk-tajuk lain diabaikan, maka ujian itu dikatakan tidak sah dari segi isi kerana
tidak meliputi sukatan pelajaran.

b) Kesahan telahan/ ramalan

Kesahan ramalan adalah berkait rapat dengan ujian meramal kebolehan atau kelayakan
seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas pada masa depan. Contohnya guru biasa
mengadakan peperiksaan percubaan diperingkat sekolah sebelum murid-murid mengambil
peperiksaan PMR, SPM, atau sebagainya. Berdasarkan pencapaian murid-murid ini maka kita
dapat meramal kejayaan murid-murid dalam peperiksaan sebenar tersebut. Demikian juga bagi
Ujian Kelayakan Latihan Perguruan (UKELP). Sekiranya calon-calon yang lulus dalam UKELP
dan dipilih mengikuti kursus perguruan juga berjaya dan mendapat sijil atau diploma perguruan
serta menjadi guru yang berkesan maka UKELP itu mempunyai kesahan ramalan yang tinggi.

c) Kesahan Semasa/Serentak

Kesahan semasa penting bagi guru merujuk pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian
itu selaras dengan pencapaian kemudian dalam suatu ujian yang serupanya. Sekiranya ujian
kedua yang sama taraf dengan ujian yang pertama ditakbirkan tidak lama kemudian,
pencapaian calon biasanya lebih baik daripada ujian pertama, kerana calon yang berkenaan
telah memperolehi sedikit sebanyak pengalaman daripada ujian yang pertama.

d) Kesahan Gagasan

Kesahan gagasan amat penting diadakan untuk mengukur sejauh mana seseorang itu
menunjukkan trait personaliti, tingkah laku, atau trait mental, seperti sifat peramah, bertanggung

jawab, adil, introvert, bermotivasi, kreatif, cergas otak dan sebagainya. Semua ini merupakan
idea atau gagasan psikologi perlu dianalisa untuk mengenal pasti proses-proses atau ciri-ciri
yang dikaitkan dengan sesuatu trait agar item-item ujian yang khusus dan tepat dapat
disediakan. Berdasarkan teori atau kajian ini, kita boleh membuat berbagai-bagai ramalan yang
ada hubungannya dengan gagasan tersebut. Misalnya kita boleh menelah bahawa seseorang
murid yang kreatif juga merupakan seorang yang imaginatif.

Meningkatkan Kesahan Dalam Ujian

a) Cara yang baik untuk meningkatkan dan memastikan kesahan sesuatu ujian ialah dengan
menyediakan blue print, atau rancangan persediaan yang dinamakan Jadual Penentuan Ujian
(JPU). JPU ini dapat memastikan kesahan isi ujian yang akan disediakan. Di mana dalam JPU
guru hendaklah menetapkan tajuk-tajuk yang hendak diuji, peringkat objektif mengikut
Taksonomi Bloom atau Taksonomi yang seumpamanya, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu
objektif dan tajuk. Penentuan objektif pelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung
kepada matapelajaran, tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat kebolehan murid-murid yang
menduduki ujian itu. Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi kandungan tiap-tiap
tajuk dalam sukatan pelajaran.

b) Bagi meningkatkan kesahan gagasan ialah dengan mencari korelasi diantara markah pada
ujian yang dibentuk dengan markah ujian tentang trait yang diperkatakan itu. Hal ini bermakna
bahawa jikalau kita mahu menentukan kesahan gagasan untuk satu ujian yang dikatakan
mengukur semangat berdikari, maka kita terpaksa mencari korelasi markahnya dengan satu
markah bagi ujian lain yang mengukur trait yang sama.

c) Kesahan gagasan boleh ditingkatkan dengan mencubakan ujian ini kepada satu kumpulan
yang diketahui mempunyai trait itu. Sifat hormat menghormati boleh dikatakan sangat tinggi
dikalanganm ahli-ahli agama. Ataupun sifat mencari keuntungan yang maksimum terdapat
dikalangan peniaga-peniaga. Oleh itu sesuatu ujian itu bolehlah ditadbirkan kepada golongangolongan yang dikatakan mempunyai sifat ataupun trait yang dikehendaki itu. Jika markah
kumpulan itu tinggi maka dapatlah dikatakan yang ujian itu mempunyai kesahan gagasan yang
tinggi.

d) Dengan menjalankan satu ekperimen dan membuat ujian detik-detik startegik di dalam
ekperimen itu. Ini bermakna kesahan berasaskan pendirian yang keadaan mengubah sesuatu
trait itu dapat diwujudkan. Keadaan yang berlainan itu memberi kesan kepada trait seseorang
itu. Umpamanya sifat putus asa akan bertambah serius jikalau seseorang itu menghadapi

kegagalan demi kegagalan. Oleh itu untuk mendapatkan kesahan bagi satu ujian yang
mengukur trait putus asa ini, maka ujian ini bolehlah diberi kepada satu kumpulan yang
dimasukkan ke dalam satu ekperimen apabila keadaan dikelolakan supaya mereka yang
dieksperimenkan itu mengalami kegagalan berturut-turut. Jikalau markah pada ujian itu
menunjukkan pertambahan dari satu masa ke satu masa yang berikutnya maka dapatlah
dikatakan yang ujian itu mempunyai kesahan.

e) Langkah utama bagi mendapatkan kesahan ini ialah menentukan kriteria tentang apa yang
dikatakan kemampuan atau kejayaan di dalam sesuatu perkara yang diramalkan itu.
Umpamanya perlu diketahui apakah ciri-ciri yang ada pada jurutaip yang dikatakan baik itu
ataupun apakah ciri-ciri kejayaan di dalam pelajaran di sekolah menengah. Jurutaip yang baik
mungkin dapat menaip sebanyak 80 perkataan dalam satu mionit, mengetahui semua format
surat menyurat, dapat mengeja dengan tidak membuat salah lebih daripada 2% daripada
perkataan yang terdapat pada sesuatu kerja yang dikendalikan, dapat menaip terus menerus
dalam jangkamasa 1 jam, dan berbagai- bagai lagi. Bagi kejayaan dalam pelajaran sekolah
menengah pula, mungkin perkara- perkara yang penting ialah mendapat markah tidak kurang
daripada 60% di dalam tiap-tiap ujian yang diambil, menolong rakan sebaya di dalam hal-hal
pelajaran di sekolah dan mengambil peranan aktif semasa di bilik darjah.

f) Cara yang ideal bagi meningkatkan kesahan ialah mencari korelasi diantara ujian ayang
diberi sebelum calon-calon itu melalui pengalaman yang berkenaan dengan perlakuan yang di
dalam konteks kriatiria pada akhir pengalaman itu. Kesahan ujian itu boleh diterima jikalau
didapati calon yang tinggi markah dalam ujian itu mencapai prestasi yang dikehendaki di dalam
kretiria itu, dan calon yang rendah markahnya tidak menunjukkan prestasi di dalam kretiria itu.

Kebolehpercayaan

Salah satu daripada kriteria tersebut di atas ialah reliabiliti (kebolehpercayaan). Menurut
Mokhtar (1995), reliabiliti ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara dua pengukuran
terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat seseorang.

Reliabiliti adalah istilah yang keliru di sini dan setengah penulis cuba menggantikannya dengan
consistency. Walau bagaimana pun, persoalan asas reliabiliti adalah: Adalah penilai lain setuju
dengan interpretasi tingkah laku pelajar? Tetapi variasi yang mengganggu pula adalah: Adakah
saya menterjemah tingkah lakunya dalam keadaan yang sama jika saya melihatnya lagi?
(Rowntree, 1977).

Secara umum, kesilapan angkubah pengukuran adalah banyak terdapat dalam skor ujian dalam
pendidikan (atau, dengan kata lain, ujian pendidikan cenderung kepada tidak reliabel)
melainkan kerja yang lebih berhati-hati dilakukan bagi menentukan aras reliabiliti yang diterima
(Martuza, 1977). Ini menunjukkan bahawa reliabiliti bukan sahaja skor yang sama didapati
walau pun orang lain yang menilainya, tetapi jika kita harus memberikan skor yang sama juga
walau pun kita menilai pada masa yang berbeza.

Fakta mengenai reliabiliti rendah memeriksa kertas peperiksaan secara individu telah
ditunjukkan oleh Dicker (1973), yang menemukan bahawa pekali korelasi hanya 0.46 apabila 24
guru memeriksa sekali dan kemudian diperiksa semula selepas tiga bulan. Aschersleben (1971)
menganalisis pemeriksaan oleh 24 guru ke atas 623 pelajar dalam empat ujian matematik yang
bersiri dan empat ujian dictation. Beliau mendapati kebanyakan korelasi adalah di bawah 0.60,
dengan kertas matematik menunjukkan, secara purata, nilai lebih kecil (Ingenkamp, 1977). Ini
menunjukkan bahawa pemeriksaan seseorang pemeriksa bukan sahaja tidak tekal tetapi amat
berbeza di antara seorang pemeriksa dengan pemeriksa lain. Dengan kata lain pemeriksaan
mereka mempunyai reliabiliti yang rendah.

Soalan yang dibina jika tidak mempunyai reliabilti atau mempunyai reliabiliti rendah tidak akan
dapat menggambarkan pencapaian pelajar dan seterusnya akan menjadikan sistem penilaian
yang sia-sia. Oleh itu para pendidik perlu berhati-hati dalam membina alat penilaian.

Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan, ketepatan, dan


kebolehbergantungan ujian berkenaan. Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai akan
menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk kepada beberapa pentadbiran ujian yang telah
dijalankan), tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan.

Pada kebiasaannya , sesuatu ukuran itu tidak lepas daripada ralat (error). Ini amat
ketara dalam prestasi fizikal. Jauh lompatan seseorang misalnya, tidak sentiasa sama kerana
pengaruh halaju angin kedaan fizikalnya, kedaan atau jenis kasut yang dipakai, latihan, larian
atau sebagainya. Sedangkan berat seseorang pun boleh berubah dalam satu hari disebabkan
oleh pakaiannya, kenyang laparnya dan lain-lain.

Kepentingan Kebolehpercayaan

Apabila kita menilai ataupun menguji murid-murid, kita akan menyoal diri kita sendiri adakah
jawapan yang diberikan itu tidak berubah-ubah dan dapat mencerminkan kemahiran, kebolehan
dan nilai pada murid itu. Jika benar maka ujian yang kita berikan itu bolehlah kita anggapkan
sebagai stabil. Ujian yang stabil ialah ujian yang dapat memberikan market yang sama apabila
murid itu mengambil ujian itu beberapa kali di dalam satu jangka masa yang pendek. Katakan
kita menyediakan satu ujian penggal matematik. Untuk menentukan samada ujian itu stabil atau
tidak , kita boleh memberikan dua kali ujian kepada murid kelas kita. Biarkan jarak di antara
ujian pertama dengan yang kedua itu lebih kurang satu ataupun dua minggu. Jikalau markah
bagi tiap-tiap murid di dalam ujian pertama itu lebih kurang sama dengan markah yang
diperolehi untuk ujian kedua , maka ujian itu bolehlah dianggap stabil ataupun boleh dipercayai.

Kebolehpercayaan ujian sangat penting oleh kerana kita tidak mahu markah yang diperolehi itu
dalah disebabkan oleh nasib. Kita mahukan markah itu datangnya daripada kemampuan murid
itu sendiri. Kebolehpercayaan adalah satu perkara yang senang dilihat didalam ukuran seperti
berat, panjang, tinggi dan lain-lain yang berbentuk maujud. Sesuatu ukuran panjang itu sudah
tentu memberi bacaan yang sama jikalau barang yang sama diukur berulang kali. Begitu juaga
dengan sesuatu penimbang berat itu sudah tentu memberi bacaan yang sama jikalau kita
menimbang benda yang sama berulangkali. Bacaan yang berlainan akan menimbulkan syak
wasangka kepada kita oleh kerana alat-alat sukatan itu tidak lagi stabil.

Bagi ujian ataupun penilaian yang kita sediakan , kebolehpercayaan adalah satu ciri yang patut
kita pastikan sebagai dapat diterima. Jika tidak, penilaian yang kita lakukan itu tidak akan
memberi peluang yang cukup kepada murid-murid membuktikan yang mereka mempunyai
kemahiran, pengetahuan dan sikap yang dinilaikan itu. Satu peluang sahaja sudah tentu tidak
mengcukupi. Umpamanya kita mahu menguji samada murid itu dapat menolak nombor-nombor
tidak lebih dariapada 20 dan dengan bertangan. Kita tidak hanya memberikan satu soalan
sahaja..Kita akan mengemukakan beberapa soalan yang dapat menguji kemahiran yang sama.
Jika murid itu dapat peluang menjawab sebilangan besar soalan-soalan itu , maka baharulah
kita berpuas hati dan menerima hasilnya sebagai mencerminkan keupayaan murid itu . Dengan
kata lain, kebolehpercayaan pada ujian ini ialah untuk kita memastikan yang ujian atupun alat
penilaian itu memberi peluang kepada murid mengemukakan jawapan yang mencerminkan
keupayaannya dan bukanlah disebab kan oleh nasib.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan

Panjang pendek ujian itu boleh mempengaruhi keutuhan. Biasanya, semakin panjang ujian
maka semakin tepat skornya kerana semakin kurang pergantungan kepada tekaan atau
kebetulan. Demikian juga ujian yang bersifat objektif yang mempunyai keutuhan yang lebih
tinggi kerana tidak terdedah kepada berbagai-bagai interpretasi. Ujian yang sah biasanya utuh,
tetapi ujian yang utuh tidak semestinya sah. Skor yang konsisten tidak semestinya mengukur
apa yang hendak diukur. Item-item ujian hanya merupakan sampel bagi bidang yang diuji .
variasi dalam sampel mungkin terdapat dalam dua ujian yang setara bentuknya. Hal ini
merupakan satu lagi punca ralat.Oleh kerana guru yang membina dan mentadbir ujian kepada
murid-murid, maka perhubungan guru murid yang baik biasanya akan menambah keutuhan
keputusannya. Keadaan fizikal dan mental yang positif, azam dan motivasi, galakan guru,
kebiasaan dengan format ujian juaga akan memberi kesan yang positif terhadap
kebolehpercayaan.

Perbezaan skor mungkin timbul lantaran perbezaan cara ujian itu ditadbirkan. Untuk
meningkatkan kebolehpercayaan , arahan-arahan mestilah tepat dan jelas. Murid-murid
haruslah diberi masa yang cukup, terutama dalam ujian daya (power test). Mereka mestilah
diawasi dengan teliti semasa ujian.

Kadang-kadang kebolehpercayaan ditentukan dengan cara uji-ulang (retest) . Sebarang


manfaat yang didapati oleh murid-murid daripada ujian pertama akan mengurangkan
kebolehpercayaan. Contohnya dalam ulang uji murid-murid mungkin lebih biasa dengan
format , atau lebih faham dengan item-item ujian. Oleh itu, mereka mendapat skor yang lebih
tinggi. Hal ini menunjukkan betapa perlunya penjelasan yang sempurna sebelum ujian pertama
dimulakan.

Keadaan persekitaran boleh mempengaruhi murid-murid dan skor mereka. Persekitaran yang
sesuai, seperti kerusi meja yang selesa , ruang dan cahaya yang cukup , ventilasi yang baik,
akan menambahkan kebolehpercayaan, manakala keadaan hangar bingar, misalnya akan
menganggu konsentrasi murid-murid dan menjejaskan kebolehpercayaan ujian.Apabila sesuatu
ujian itu bersifat subjektif , biasanya markah yang diberi untuk jawapan yang sama adalah
berbeza mengikut pemeriksa, walaupun skim permarkahan ada disediakan. Malahan, penilaian
seseorang pemeriksa mungkin berubah mengikut masa dan keadaan. Perkara ini tidak berlaku
dalam ujian objektif, kerana semua responnya adalah tepat. Mana-mana pemeriksa akan
memberi markah yang sama untuk respon yang sama. Oleh itu, keobjektifan merupakan satu
syarat bagi keutuhan.

Meningkatkan Kebolehpercayaan Dalam Ujian

Pada lazimnya , adalah sangat sukar bagi guru untuk membentuk satu ujian yang
mempunyai ciri kebolehpercayaan yang tinggi. Ini adalah kerana pencapaian murid dalam
situasi yang berlainan akan dipengaruhi oleh factor-faktor berlainan seperti bilangan soalan,
emosi dan kesihatan calon, keadaan persekitaran dan cara memeriksa. Oleh itu untuk
meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian , guru harus mengurangkan segala
punca perubahan faktor-faktor tersebut.

Faktor pertama ialah keadaan tempat murid-murid itu mengambil ujian. Keadaan yang tidak
selesa menyebabkan murid-muird tidak dapat menjawab seperti yang selalu ditunjukkan. Jika
bilik itu bising dan panas umpamanya , muird tidak akan dapat menjawab soalan dengan
sebaik-sebaiknya. Jika murid itu tidak sihat ketika mengambil ujian , maka jawapannyapun tidak
sebaik yang dapat ditunjukkannya jikalau dia di dalam keadaan sihat. Oleh itu , guru haruslah
memastikan yang keadaan tempat murid itu semasa mengambil ujian adalah baik

Faktor kedua ialah kejelasan yang terdapat pada arahan dan item-item ujian itu. Arahan dan
item-item yang kurang jelas boleh menimbulkan interpretasi yang berlainan dariapada murimurid. Oleh itu semasa menyediakan ujian ataupun penilaian , guru seharusnya memastikan
yang arahan dan item-item, sama ada dalam bentuk kenyataan, gambar dan lain-lain lagi itu
jelas.

Faktor ketiga berkait dengan panjangnya ujian ataupun penilaian itu. Ujian yang banyak
itemnya itu selalunya lebih stabil oleh kerana guru berpeluang menyoalnya beberapa kali.
Sebaliknya, ujian yang banyak item itu memakan masa yang panjang. Murid yang rendah
umurnya sudah tentu tidak dapat memberi tumpuan yang dikehendaki. Kita tahu lama masa
yang dapat ditumpukan oleh murid terhadap sesuatu itu berbeza. Walau bagaimanapun, murid
di peringkat sekolah rendah mempunyai tumpuan yang terhad. Mereka cepat jemu dan dengan
itu tidak akan dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Bagi mengelakkan perkara ini
daripada berlaku, guru seharusnya menyediakan ujian yang tidak terlalu memakan masa yang
panjang. Guru juga boleh memenggalkan ujian guru untuk diberikan beberpa kali.

Faktor keempat ialah, pemeriksaan dan pemarkahan. Ujian objektif tidak menimbulkan
masalah. Tetapi ujian ataupun penilaian yang berkaitan dengan sikap, nilai dan juga amali sukar

diperiksa dan diberikan markah secara objektif. Masalah ini sering berlaku di dalam ujian-ujian
terbuka yang guru lakukan. Di dalam pemerhatian juga, guru dapati yang pemarkahan sukar
diberi dengan tepat. Bagi mengelakkan perkara-perkara
ini, guru harus menyediakan satu skim pemeriksaan dan pemarkahan yang jelas dan kita patuhi
pada skimini apabila membuat pemeriksaan dan pemarkahan.

Faktor kelima dalam meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian ataupun
penilaian ilah dengan memberikan bilangan soalan yang berpatutan. Biasanya semakin
bilangan solan bertambah, maka semakin tepat pencapaian murid itu., kerana bilangan soalan
ditambah akan dapat mengurangkan peluang untuk murid meneka.

Posted by AJ at 11:54 PM 3 comments:


Labels: Penilaian dan Pentaksiran Pengajian Sosial (PSS3110)
Ujian Bakat dan Ujian Personaliti
Ujian Bakat
Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Suatu waktu
dahulu bakat dikenal sebagai kebolehan istimewa semulajadi yang dimiliki oleh
seseorang individu. Pada umumnya ujian bakat dapat dibahagikan kepada dua
kumpulan, iaitu: (i) ujian bakat yang berasaskan kajian secara besar-besaran.
Misalnya pada tahun 1930, kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota tentang
bakat mekanikal; dan (ii) ujian bakat yang berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian
itu dijalankan bagi keperluan tertentu.
Pada umumnya, ujian ini memberikan maklumat asas dalam membuat telahan
prestasi masa depan calon. Ujian ini lazimnya digunakan untuk pemilihan calon
melakukan pekerjaan tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan
biasiswa dan sebagainya. Contoh ujian bakat seperti ujian kemasukan ke maktab
perguruan (UKELP). Ujian ini juga digunakan bagi tujuan mengelompokkan individu
dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon atau individu.
Ujian Personaliti
Ujian personaliti ialah ujian yang disediakan untuk mengenal pasti potensi diri,
personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang yang
diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk ujian, inventori,
indikator dan indeks. Contoh ujian personaliti seperti Ujian Keirsey Temperament.
Posted by AJ at 11:51 PM No comments:

Labels: Penilaian dan Pentaksiran Pengajian Sosial (PSS3110)


Ujian Prestasi dan Ujian Daya

Ujian Prestasi
Ujian prestasi memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan
kepada menjawab soalan. Penekanan yang diberikan tertumpu kepada kebolehan murid-murid
melakukan sesuatu tugasan yang diberi berbanding hanya menjawab soalan sahaja. Hal ini
kerana maklumat personaliti seseorang tidak bernilai jika dia menyedari bahawa dia sedang
dinilai. Dengan itu dia akan melakukan dengan sebaik yang mungkin. Dalam konteks ujian
prestasi, tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai `baik. Misalnya tidak ada ukuran baik
atau buruknya minat seseorang itu pada dunia perladangan. Individu yang berminat boleh
meneruskan ladang dan sebaliknya boleh memilih bidang lain yang bersesuaian dengan
minatnya.
Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah
seperti pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat pelajar. Pemerhatian
boleh dilaksanakan semasa murid melaksanakan tugas yang diberikan, misalnya perbincangan
kumpulan, peranan murid dalam aktiviti. Manakala melalui laporan kendiri pelajar sendiri menilai
diri sendiri melalui soal selidik tertentu yang menilai peribadi diri.
Ujian Daya
Ujian daya mempunya pendekatan yang berlainan di mana terdapat soalan yang mempunyai
aras kesukaran yang tinggi. Bilangan soalan dalam ujian daya juga juga sangat terhad. Ujian
daya adalah lebih sesuai untuk pelajar yang lebih matang kerana soalan-soalan dalan ujian ini
memerlukan penjelasan yang terperinci.
Posted by AJ at 11:49 PM No comments:
Labels: Penilaian dan Pentaksiran Pengajian Sosial (PSS3110)
Ujian Objektif dan Ujian Subjektif
Ujian Objektif
Ujian ini memerlukan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
Merupakan item respon tetap (memilih satu jawapan beberapa jawapan). Di dalam
ujian ini mengandungi pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi

setiap item. Terdapat dua bentuk soalan objektif iaitu:


1. Item respon bebas
Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri
jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga
soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.
2. Item respon tetap (item objektif pilihan)
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau
paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Jenis soalan respon
tetap;
1. Format salah betul
2. Padanan
3. Aneka pilihan
Kelebihan
1. Mudah disemak
2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
3. Menguji banyak topik
4. Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
5. Mengukur proses mental yang tinggi
Kelemahan
1. Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
2. Potensi untuk meneka jawapan tinggi
3. Sukar untuk dibina
4. Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
5. Calon bijak tidak perlu belajar banyak
6. Tidak dapat mengukur keaslian
Ujian Subjektif
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan
untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan
kognitif calon melalui respon secara tulisan. Terdapat dua jenis iaitu:
Jenis respons terhad
o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas
o contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik
Jenis respons lanjutan
o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau
beberapa perenggan
o contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar
sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.
Kelebihan
Mudah digubal
Sesuai untuk semua mata pelajaran

Sesuai untuk semua aras taksonomi


Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
Mengurangkan konsep meneka.
Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang
samar-samar.
Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan
boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
Kelemahan
Bidang yg diuji terhad
Soalan boleh diramal
Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.
Posted by AJ at 11:47 PM No comments:
Labels: Penilaian dan Pentaksiran Pengajian Sosial (PSS3110)
Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif

UJIAN FORMATIF

Fungsi

Menghasilkan maklumat
kepada pelajar dan guru.

UJIAN SUMATIF

Pensijilan atau penggredan di


akhir kursus

Mengesan punca
kelemahan untuk
pemulihan

Masa diberi

Sepanjang pengajaran

Di akhir kursus.

Tekanan dalam
penilaian

t/ laku kognitif, psikomotor


dan afektif

T / laku kognitif

Fokus pengukuran

Satu satu segmen

Objektif kursus

Sifat sampelan

Terhad kepada tugasan


pembelajaran

Beraneka jenis

Kesukaran item

Berubah ubah mengikut


segmen

Semua peringkat : senang


susah

Jenis alat

Alat pengukur formatif yang


dibentuk khas

Peperiksaan akhir tahun

Skor

Ujian rujukan kriteria

Biasanya ujian rujukan norma

Cara melapor

Gagal atau lulus

Jumlah skor

Ujian bulanan , lembaran


kerja

UPSR, PMR, SPM, STPM Ujian


Sem

skor

Contoh

Posted by AJ at 11:46 PM No comments:


Labels: Penilaian dan Pentaksiran Pengajian Sosial (PSS3110)
Ujian Formatif dan Ujian Sumatif

Ujian Formatif
Ujian formatif ialah ujian yang diberikan secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran, bagi setiap tajuk yang diajar. Tujuan ujian ini ialah untuk menilai
keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Hasil
daripada ujian ini boleh digunakan oleh guru untuk mengadakan aktiviti pemulihan,
memperbaiki pendekatan/kaedah mengajar dan juga boleh digunakan oleh pelajar untuk
memperbaiki pendekatan/kaedah pembelajaran. Bagi tujuan pemulihan, prosedur membina
soalan ujian ialah seperti berikut:
i.

Menentukan tajuk pengajaran yang ingin diuji.

ii.

Menentukan aspek dan tahap penguasaan yang perlu dicapai oleh pelajar bagi tajuk pengajaran
berkenaan. Misalnya, pelajar perlu mendapat 80% untuk menunjukkan mereka sudah
menguasai tajuk tersebut.

iii.

Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk pada peringkat perlakuan berdasarkan


taksonomi objektif pengajaran. Guru perlu menyusun elemen-elemen ini mengikut tahap objektif
dan mengaitkannya supaya saling bertautan.

iv.

Membina soalan ujian mengikut bilangan elemen dalam tajuk, iaitu setiap elemen perlu diuji
melalui sekurang-kurangnya satu soalan. Soalan ujian yang sesuai perlu dibina untuk mengukur
penguasaan pelajar terhadap semua elemen ini.

Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu
peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Ia
bertujuan untuk menentukan pencapaian pembelajaran dan pemeringkatan gred murid. Satu
lagi ujian sumatif ialah untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai oleh
murid.

Biasanya ia akan meliputi seluruh sukatan pelajaran untuk satu peringkat pembelajaran. Ujian
sumatif boleh dijalankan selepas satu peringkat pengajaran dan pembelajaran dalam satu

kursus yang tertentu. Sebagai contoh, ia boleh dijalankan pada akhir penggal, tahun atau sesi
persekolahan. Guru akan membandingkan pencapaian antara calon untuk menentukan taraf
kedudukan murid-murid dalam bilik darjah.
Posted by AJ at 11:44 PM No comments:
Labels: Penilaian dan Pentaksiran Pengajian Sosial (PSS3110)
Perbezaan antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria

Posted by AJ at 11:42 PM No comments:


Labels: Penilaian dan Pentaksiran Pengajian Sosial (PSS3110)
Ujian Rujukan Kriteria
Rujukan kriteria pula digunakan sekiranya pensyarah ingin membandingkan prestasi
pencapaian seseorang pelajar dengan kriteria yang ditetapkan. Ujian rujukan
kriteria memberi penekanan sama ada seseorang pelajar telah menguasai sesuatu
isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Ujian rujukan kriteria tidak mengambil kira
kedudukan seseorang pelajar berbanding dengan pelajar lain.
Meskipun ujian rujukan kriteria sesuai untuk kursus berbentuk kumulatif iaitu pelajar
perlu menguasai setiap unit sebelum unit berikutnya, kriteria yang digunakan
dalam ujian rujukan ini tidak semestinya berbentuk akhiran atau sumatif.
Maksudnya kriteria yang digunakan tidak semestinya isi sesuatu kursus yang hanya
diperoleh pada akhir kursus. Para pensyarah boleh menggunakan kriteria berbentuk
formatif iaitu ciri-ciri setiap unit pelajaran. Justeru itu, para pensyarah perlu

membina banyak ujian rujukan kriteria bagi membuat penilaian sama ada
seseorang pelajar telah menguasai sesuatu kemahiran yang diuji. Soalan-soalan
ujian rujukan kriteria perlu mempunyai tahap padanan yang tinggi dengan objektif
pembelajaran.
Rajah berikut menjelaskan perbandingan antara ciri-ciri rujukan norma dengan ciriciri rujukan kriteria.
Posted by AJ at 11:37 PM No comments:
Labels: Penilaian dan Pentaksiran Pengajian Sosial (PSS3110)
Ujian Rujukan Norma

Rujukan berasaskan norma digunakan sekiranya pensyarah ingin membandingkan prestasi


pencapaian individu pelajar dengan prestasi pencapaian pelajar lain sama ada dalam kumpulan
yang sama atau kumpulan yang berbeza mengikut kelas atau kumpulan. Apa yang ditekankan
adalah apakah pelajar A lebih mahir dari pelajar B? Keputusan rujukan norma sesuai digunakan
bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke dalam sesuatu program pendidikan.
Ujian rujukan norma tidak memberi maklumat sama ada pelajar sudah menguasai sesuatu isi
pelajaran dan kemahiran yang diajar. Soalan ujian rujukan norma biasanya bersifat umum
dengan matlamat untuk memaksimumkan perbezaan pencapaian antara seorang pelajar
dengan pelajar lain. Soalan ujian rujukan norma mengambil berat aspek kesukaran ujian agar
soalan-soalan mempunyai kepelbagaian aras kesukaran serta tidak terlalu sukar dan terlalu
mudah dengan jangkaan jawapan betul 50 peratus. Soalan ujian rujukan norma juga
mempunyai indeks diskriminasi antara pelajar pandai dan pelajar lemah yang tinggi. Dalam
pelaporannya, ujian rujukan norma kadang-kadang menggunakan kelok normal sebagai asas
perbandingan pencapaian antara pelajar.

You might also like