You are on page 1of 54

Pentaksiran Formatif

• Merupakan proses memperoleh maklumat


tentang pembelajaran pelajar utk
menambahbaikkan aktiviti PdP.
• Bertujuan membentuk & memperbaiki
pembelajaran (Abu Bakar, 1986; Black & William,
1998).
• Dijalankan secara berterusan dalam proses PdP.
• Boleh membantu pengajaran guru & juga dapat
memberi maklum balas tentang sejauh mana
sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai pelajar.
Pentaksiran Formatif
• Menekankan kepentingan mendapatkan maklum balas
yg segera daripada pelajar.
• Maklum balas ini boleh dalam bentuk:
– Lisan/soal jawab
– Bertulis seperti kuiz, lembaran kerja, kerja kursus & kerja
rumah
• Merupakan salah satu jenis pentaksiran masteri, di
mana hasilnya boleh digunakan untuk aktiviti
pemulihan.
• Biasanya tidak digunakan untuk tujuan penggredan
(Hanna, 1993).
• Bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran pelajar, ia
merupakan pentaksiran bagi pembelajaran pelajar
(McMillan, 2008).
• Rujukan berasaskan kriteria sering digunakan.
Pentaksiran Sumatif
• Merupakan pentaksiran yg memberi
gambaran menyeluruh tentang pencapaian
terhadap objektif yg luas (Abu Bakar, 1986).
• Biasanya dijalankan pada akhir semester/akhir
tahun.
• Memberikan nilai yg membezakan pencapaian
seseorang pelajar dengan pelajar yg lain &
sering kali digunakan untuk membuat
pemilihan & perbandingan .
Pentaksiran Sumatif
• Ia juga memberi maklumat tentang pencapaian pelajar
pada akhir sesuatu jangka masa (Abu Bakar, 1986)
dengan tujuan untuk mendokumentasikan pencapaian
pelajar (Hanna, 1993; Rowntree, 1992).
• Bertujuan untuk menggred pelajar (Hanna, 1993;
Mokhtar, 1995) & melaporkan pencapaian pelajar
kepada ibu bapa & pihak sekolah.
• Contoh:
– Peperiksaan akhir semester
– UPSR
– SPM
– STPM
Perbezaan atr Pentaksiran Formatif & Sumatif
Aspek Pentaksiran Formatif Pentaksiran Sumatif
Konsep Ditadbir secara formal/tidak formal bagi Dijalankan secara formal bagi mengesan
mengesan kemajuan/penguasaan pelajar pencapaian pelajar dalam tempoh
terhadap sesuatu pembelajaran. tertentu persekolahan.

Tujuan Mengenal pasti tahap penguasaan & kemajuan Mengenal pasti pencapaian pelajar pd
pelajar & seterusnya mengambil tindakan akhir sesuatu tempoh bagi memberikan
susulan bagi membaiki kelemahan yg wujud. gred pencapaian pelajar.
Masa Sepanjang PdP berlangsung. Pada penghujung sesi persekolahan
seperti akhir semester/tahun.
Kaedah Formal: Ujian Bertulis Formal – Ujian Bertulis, Ujian Lisan
Informal: Pemerhatian, Soal Jawab, Tugasan,
Latihan
Dibuat secara individu/ kumpulan

Contoh Kuiz, ujian diagnostik, laporan amali, lembaran Peperiksaan akhir semester/akhir tahun,
kerja, kerja rumah dsbnya. peperiksaan peringkat kebangsaan.
Selepas Membaiki kelemahan murid serta merta Menempatkan murid mengikut kumpulan
Pentaksiran dengan mengulang semula topik pembelajaran pencapaian yg sesuai.
– pemulihan Memberikan pengiktirafan – Sijil, Hadiah
Menjalankan aktiviti pengukuhan – pengayaan dsb.
Membaiki kurikulum
Ujian Objektif
• Nitko (2004):
– Merupakan ujian yg mengemukakan soalan² yg
memerlukan pelajar memilih jawapan tepat daripada
pilihan yg diberikan.
• Ng (1991):
– Merupakan ujian dalam mana pemarkahannya adalah
objektif, iaitu jawapan yg sama mesti diberi markah yg
sama.
• Boon, Lee & Lawrence (2017):
– Memerlukan pelajar pilih respons daripada senarai pilihan
jawapan/mengemukakan respons sendiri.
– Kaedah penskoran:
• Mempunyai satu jawapan betul sahaja.
– Respons pelajar bersifat dikotomus.
Item Ujian Objektif

Item Objektif

Jenis
Jenis memilih
Mengemukakan
respons
respons

Jawapan Pendek Item Betul-


Item Objektif Item Aneka
& Isi Tempat salah/Benar- Item Padanan
Bergred Pilihan
Kosong palsu
Jenis Item Ujian Objektif

Item Memilih Item Mengemukakan


Respons Respons
• Aneka Pilihan • Isi Tempat Kosong
• Aneka Gabungan • Objektif Bergred
• Betul/Salah
• Pemadanan
• Isi Tempat Kosong
Item Aneka Pilihan
• Merupakan item yg terdiri daripada pokok asal
(stem) & beberapa alternatif/pilihan yg
merupakan jawapan yang munasabah (Gronlund,
2006; Nitko, 2004; Poon, 1991).
• Pokok asal item aneka pilihan boleh dalam
bentuk soalan atau pernyataan yang tidak
lengkap.
• Alternatif pula terdiri daripada satu jawapan yg
betul & beberapa pilihan salah yg berfungsi
sebagai pengganggu (Gronlund, 2006; McMillan,
2008; Reynolds, et al., 2006).
Item Aneka Gabungan
• Item yg memerlukan pelajar memilih jawapan
yg tepat/terbaik daripada gabungan elemen
yg diberikan.
Item Pemadanan
• Nitko (2004):
– Merupakan item yg memadankan 2 perkara berasaskan
logik & pertalian.
• Item pemadanan akan mengemukan beberapa
masalah atau soalan & beberapa penyelesaian.
• Pelajar dikehendaki memadankan penyelesaian yg
betul kepada masalah yang berkenaan.
• Penyelesaian boleh digunakan lebih daripada sekali.
• Dapat menilai pengetahuan pelajar tentang fakta,
pertalian/perhubungan antara sesuatu dengan
berkesan.
• Contoh:
– Pemadanan definisi dengan sesuatu perkataan, kejadian
dengan tarikh berlakunya, simbol dengan namanya &
orang dengan gambarnya.
Item Isi Tempat Kosong
• Item yg mengandungi ruang utk pelajar
mengisi jawapan.
• Pelajar perlu menulis jawapan yg betul dengan
memilih daripada beberapa pilihan jawapan
yg diberikan.
Item Betul/Salah
• Merupakan item aneka pilihan yg mempunyai
2 pilihan sahaja.
• Pelajar dikehendaki menentukan betul/salah
kenyataan yg diberikan.
• Pilihan yg biasa digunakan adalah:
– Betul-Salah
– Ya-Tidak
– Benar-Tidak Benar
– Sama-Bertentangan
Item Mengemukakan Respons
• Item yg memerlukan pelajar melengkapkan
respons/membina jawapannya sendiri.
• Mempunyai jawapan yg objektif, iaitu hanya satu
jawapan yg betul.
• Pelajar perlu beri jawapan sendiri.

• Isi Tempat Kosong:


– Pelajar mengemukakan jawapan sendiri.
– Contoh: Melengkapkan jadual, melengkapkan ayat dsbnya.
• Objektif Bergred
– Item yg mempunyai lebih daripada 1 jawapan.
Kelebihan Ujian Objektif
• Penskoran boleh dilakukan dengan cepat.
• Membenarkan perwakilan isi kandungan mata
pelajaran yg mencukupi.
• Kebolehpercayaan ujian yg tinggi.
• Evidens boleh didapati dengan segera & seragam.
• Mudah untuk distrukturkan berdasarkan masalah
yg ingin dikemukakan.
• Lebih mudah dalam urusan pentadbiran &
penskoran.
Kelemahan Objektif
• Kemungkinan berlakunya penekaan.
• Respons pelajar terhad.
Ujian Subjektif
• Gronlund (2006):
– Ujian yg mengemukakan item yg memerlukan pelajar
mengeluarkan fikiran sendiri & memberi jawapan sendiri.
– Boleh berbentuk esei/jawapan pendek.
• Lembaga Peperiksaan (2013):
– Item yg membenarkan subjektiviti dlm jawapan pelajar.
• Ujian yg pemarkahannya bersifat subjektif & item
dalam ujian itu adalah berbentuk esei.
• Memerlukan pelajar mengemukakan jawapan yg
bersifat polikotomus.
• Sesuai utk menguji tahap pemikiran aras tinggi seperti
mengaplikasi, menganalisis, menilai & mencipta.
Jenis Item Ujian Subjektif

Item
berstruktur

Item
Ujian
Subjektif
Item Item
Respons responds
terbuka terhad
Item Berstruktur
• Item yg terdiri daripada 1 siri tugasan yg
berturutan & berkaitan atr satu sama lain dgn
merujuk satu stimulus.
• Jawapan setiap tugasan adalah saling
berkaitan.
Item Respons Terhad
• Item yg membataskan pelajar dlm aspek skop item &
peruntukan markah.
• Respons yg diperlukan merupakan satu frasa, beberapa
ayat/satu perenggan sahaja.
• Jenis item ini menghadkan kandungan & gaya jawapan.
• Biasanya soalan bermula dengan perkataan seperti
Apa….. Nyata….., Senarai…., Hurai….., Definisi….., &
sebagainya.
• Contoh:
– Berikan maksud pentaksiran?
– Nyatakan dua tujuan penubuhan Negeri² Melayu
Bersekutu pada tahun 1896?
Item Respons Terbuka
• Memberi pelajar peluang untuk memilih tujuhala &
skop jawapan.
• Pelajar bebas untuk melanjutkan jawapannya,
menggunakan pemikiran-pemikiran sendiri &
pendapat, menggunakan gaya penulisan sendiri tetapi
menepati topik.
• Biasanya, soalan jenis ini menggunakan perkataan
seperti “ Bincangkan …..”, “ Banding bezakan ……” , “
Bagaimana , pada pendapat anda …..”
• Contoh:
– Banding bezakan konsep penilaian & pentaksiran.
– Pada pendapat anda, mengapa berlakunya kesesakan
lalu lintas di Pulau Pinang?
Ujian Rujukan Norma
• Membandingkan prestasi seseorang pelajar dengan
pelajar² lain yg menduduki ujian yg sama.
• Juga dikenali sebagai Ujian Pencapaian Relatif.
• Bertujuan utk mendikriminasikan pelajar, iaitu
membezakan pelajar yg terpandai daripada pelajar yg
kurang pandai.
• Markah lulus tidak ditetapkan.
• Sebaran prestasi keseluruhan kumpulan pelajar yg
menentukan bilangan kategori pencapaian.
• Contoh : bil. Murid dapat gred ‘A’ ditetapkan berdasarkan
taburan markah semua murid yg menduduki peperiksaan
yg sama bukan keupayaan murid berdasarkan kriteria yg
perlu dicapainya.
Ujian Rujukan Norma
• Penetapan standard bergantung pada taburan
markah dlm lengkung normal.
• Mengandungi item yg sederhana kesukarannya
kerana item yg sederhana kesukarannya
mempunyai kuasa dikriminasi yg lebih tinggi.
• Kesukaran item ujian ini lazimnya ditaburkan dari
mudah ke susah, iaitu 25% aras rendah (mudah),
50% aras sederhana & 25% aras tinggi (susah).
• Contoh:
– SPM
– STPM
– UPSR
Ujian Rujukan Kriteria
• Membandingkan pencapaian pelajar mengikut
kriteria/standard yg telah ditetapkan.
• Bertujuan utk tentukan taraf pencapaian
seseorang yg dikehendaki dlm sesuatu bidang
kemahiran & diadakan setelah sesuatu kemahiran
diajar.
• Contoh:
– Dalam kemahiran membaca, pencapaian murid akan
ditentukan mengikut kriteria seperti ketepatan
sebutan, kelancaran bacaan, kejelasan sebutan
dsbnya.
Ujian Rujukan Kriteria
• Menentukan sama ada pelajar berkenaan menguasai
kemahiran dalam peringkat yg dikehendaki/tidak.
• Sesuai untuk pembelajaran masteri & bersifat formatif.
• Keputusan ujian dibandingkan dengan kriteria yang
telah ditetapkan sebagai peringkat pencapaian
minimum.
• Contoh:
– Pelajar hendaklah menjawab sekurang-kurangnya 4
daripada 5 soalan dengan tepat.
– Pelajar dpt menjawab dgn betul 70% soalan yg disediakan.
Contoh Ujian Rujukan Kriteria

Ujian Ujian
Kepantasan Diagnostik
Menaip

Ujian
Ujian Amali
Memandu
Perbandingan Jenis Ujian
Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria

Penggunaan Membandingkan pencapaian Membandingkan pencapaian dengan


dan keupayaan individu. kriteria yang telah ditetapkan.

Kayu Berdasarkan perbezaan Berdasarkan pencapaian dengan


pengukuran pencapaian individu. kriteria yang telah ditetapkan.

Disiplin Mempunyai disiplin mata Tertumpu kepada tugasan


pelajaran yang luas. pembelajaran yang terhad.

Pelan Ujian Jadual penentuan yang umum Kriteria terperinci ditentukan.


digunakan.
Item Ujian Soalan disusun pada Semua soalan mempunyai peringkat
peringkat kesukaran yang yang sama.
berbeza.

Pencapaian Diukur dari segi kedudukan Jadual yang telah terbina digunakan
dalam kumpulan. untuk merujuk taraf pencapaian
pelajar.
Autentik
• Autentik:
– Merujuk kepada sesuatu yg asli, nyata, mempunyai kesahan &
kebolehpercayaan pada darjah yang tinggi.

Pentaksiran Autentik
• Lihanna (2003):
– Merujuk kpd bentuk penilaian yg berdasarkan pencapaian sebenar yg
ditunjukkan oleh pelajar secara berterusan.
• Boon, Lee & Lawrence (2017):
– Merupakan penilaian yg dilakukan terhadap pelajar yg melaksanakan
aktiviti/tugasan yg merujuk situasi kehidupan sebenar & dapat
mempamerkan aplikasi pengetahuan & kemahiran yg bermakna.
• Grace, (1992):
– Merupakan amalan yg melibatkan kanak² secara realistik dalam
menilai kemajuan mereka.
– Pentaksiran yg dilaksanakan secara berterusan.
– Bersifat realistik & bermakna.
Pentaksiran Autentik
• Meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek yg merangkumi:
– pengetahuan pelajar
– pemahaman yg mendalam
– penyelesaian masalah
– kemahiran sosial
– sikap terhadap persekitaran
– simulasi terhadap situasi dunia sebenar
• Merupakan suatu proses yg melibatkan pelbagai bentuk
pengukuran prestasi yg dapat mereflek tahap pembelajaran
pelajar.
• Pentaksiran autentik diperlukan apabila sesuatu kemahiran
itu tidak dapat diuji dengan ujian bertulis sahaja.
• Contoh:
– Kerja amali dalam mata pelajaran Sains.
– Keupayaan berkomunikasi secara lisan dalam mata pelajaran
bahasa.
Pentaksiran Autentik
• Tahap kemahiran/kompetensi pelajar dinilai
melalui laporan, persembahan, projek, kertas
kerja & produk.
• Pelajar diberi peluang untuk membuat
keputusan, menyelesaikan masalah & kreatif.
• Fokus adalah pemahaman yg mendalam &
aplikasi, bukan untuk menguji fakta
pengetahuan sahaja (McMillan, 2008).
Ciri² Pentaksiran Autentik
• Mentaksir pemahaman pelajar melalui
tugasan/aktiviti.
• Tugasan/aktiviti relevan dgn kehidupan sebenar
pelajar.
• Pelajar perlu menganalisis, mensintesis,
mengaplikasi & buat refleksi.
• Pelajar membina maksud yg tersirat.
• Ada peluang utk berkolaboratif.
• Tugasan/aktiviti boleh diintegrasikan & merentas
pelbagai bidang pelajaran.
• Pelajar perlu menyelesaikan tugasan/aktiviti dari
pelbagai perspektif & gunakan pelbagai sumber.
Prinsip Asas Pentaksiran Autentik
• Menggalakkan pemikiran aras tinggi.
• Pelajar perlu menghasilkan jawapan & bukannya
memilih jawapan dari senarai pilihan.
• Seiring dgn pengajaran.
• Berdasarkan kriteria yg jelas & perlu diberitahu
pelajar.
• Menggunakan tugasan pelajar yg dikumpulkan
dari semasa ke semasa.
• Benarkan interpretasi & tafsiran yg pelbagai.
• Pelajar belajar utk menilai hasil kerja sendiri.
AUTENTIK TRADISIONAL

Melaksanakan tugasan. Dalam bentuk ujian/peperiksaan.


Pelbagai jenis pentaksiran (Cth: esei, potfolio, Kaedah pentaksiran secara ujian bertulis, ujian
eksperimen, persembahan, pameran dsbnya). lisan dsbnya.

Murid mengalami situasi sebenar dalam Tidak menunjukkan keadaan sebenar apa
sesuatu perkara/ujian. yg murid tahu.

Berfokuskan murid. Berfokuskan guru.


Soalan adalah bertumpu kepada aras tinggi. Soalan adalah secara terus tanpa memerlukan
pemikiran yg kompleks

Pentaksiran berterusan dari semasa ke semasa Beroreintasikan peperiksaan.

Menggalakan kolaboratif. Individu.


Murid menganalisis, sintesis & menggunakan Murid akan mengingat kembali fakta/idea yg
apa yg diperolehi dalam skop yg lebih luas. diperoleh dalam sesuatu ujian.

Kriteria pemarkahan ditentukan, rubrik Pencapaian ditentukan melalui gred.


disediakan untuk mencapai keputusan yg
terbaik.
Jenis Pentaksiran Autentik
Pentaksiran
Portfolio

Pentaksiran
Pentaksiran Prestasi
Atas Talian (Performance
based )
Pentaksiran
Autentik

Penilaian Penilaian
Kendiri Rakan Sebaya
Pentaksiran Portfolio
• Gronlund (2006) & Nitko (2004):
– Merupakan koleksi hasil kerja pelajar untuk menunjukkan
perkembangan pembelajaran pelajar dalam suatu jangka
masa.
• Boon, Lee & Lawrence (2017):
– Pentaksiran yg dilakukan terhadap koleksi hasil kerja
pelajar/evidens kemajuan pembelajaran pelajar yg
dilakukan bersama guru & murid berdasarkan kriteria yg
telah ditetapkan.

• Kaedah yg digunakan oleh guru untuk mengumpul &


merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka
masa tertentu.
Pentaksiran Portfolio
• Bertujuan utk memotivasikan pelajar & meningkatkan
pembelajaran mereka melalui refleksi & penilaian
mereka sendiri terhadap kerja mereka, & juga
digunakan utk menilai proses pemikiran pelajar
(McMillan, 2008).
• Digunakan dalam proses PdP utk menilai
perkembangan pembelajaran pelajar & juga digunakan
utk menentukan gred & memberi laporan kemajuan
pelajar kepada ibu bapa (Linn & Gronlund, 2000).
• Penilaian portfolio boleh berbentuk (McMillan, 2008):
– Penulisan abstrak bagi sesebuah artikel
– Penulisan karangan
– Perakaman video atau audio
– Lukisan
– Refleksi kendiri pelajar
Ciri² Pentaksiran Portfolio
• Pentaksiran yg dilakukan oleh guru bersama² dgn
pelajar.
• Dokumentasi berstruktur yg memerlukan pelaksanaan
perancangan & penilaian yg teliti.
• Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara
kolaboratif utk mencapai kefahaman &
mendokumentasikan pemikiran secara kritis & kreatif.
• Pemilihan evidens/hasil kerja pelajar dari peringkat
awal hingga akhir.
• Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui
kerjasama.
• Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara
urutan & logik.
• Portfolio bersifat reflektif yg dirangsang melalui
persoalan.
Portfolio
Produk

Jenis2
Portfolio
Portfolio Portfolio
Proses Penilaian
Portfolio Produk
• Juga dikenali sebagai portfolio hasil terbaik.
• Merupakan koleksi hasil kerja terbaik pelajar dlm suatu
jangka masa tertentu.
• Contoh:
– Portfolio Bahasa Inggeris pelajar terdiri daripada:
• Esei
• Puisi
• Cerita pendek
• Analisis sastera
• Biografi
• Pelajar diberi peluang utk memilih hasil kerja terbaik.
• Refleksi adalah tertumpu kpd kekuatan hasil kerja, cara
menghasilkan tugasan bagi mencapai standard/melebihi
standard.
Portfolio Proses
• Memberi tumpuan kpd proses pembelajaran bukan
produk akhir.
• Contoh:
– Portfolio Proses tugasan penulisan Bahasa Melayu perlu
merangkumi hasil penulisan pelbagai peringkat seperti:
• Garis kasar
• Draf pertama
• Respons/pandangan rakan sebaya & guru
• Semakan awal
• Draf akhir yg belum disunting
• Refleksi tertumpu kpd proses pembelajaran seperti
pendekatan terbaik, yg tidak berkesan, maklumat diri
sendiri & strategi/pendekatan yg boleh digunakan dlm
tugasan akan datang.
Portfolio Penilaian
• Bertujuan utk mempamerkan satu siri
penilaian sepanjang PdP/pencapaian pelajar.
• Mendokumentasikan ujian, pemerhatian,
rekod/evidens penilaian.
• Contoh:
– Matematik:
• Kuiz
• Ujian
• Penjelasan bertulis tentang pendekatan pelajar dgn
menyelesaikan masalah/menentukan formula utk
digunakan.
Kelebihan Portfolio
• Membolehkan guru memantau perkembangan
pembelajaran pelajar.
• Membolehkan guru membuat penilaian secara
holistik.
• Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod
pemerhatian & penilaian, nota anekdot, rekod
pelaksanaan tugasan & kadar pencapaian hasil
kerja pelajar.
• Membolehkan penilaian dalam bidang afektif
tentang usaha & aplikasi dapatan melalui
pemerhatian tingkah laku, penglibatan dalam
kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan & komitmen
sewaktu membina portfolio.
Pentaksiran Prestasi
• Nitko (2004):
– Merupakan pentaksiran tentang setakat mana pelajar
dapat mempamerkan tugasan secara hands on dgn
mengaplikasi pengetahuan & kemahiran yg telah dipelajari.
• Popham (2005):
– Pendekatan utk mengukur prestasi pelajar melalui
penyempurnaan tugasan yg ditetapkan.
– Tugasan perlu bersifat asli.
• Boon, Lee & Lawrence (2017):
– Aktiviti/tugasan yg dapat menilai apa yg pelajar boleh buat
berdasarkan pengetahuan & kemahiran yg telah dipelajari
dlm keadaan sebenar.
Pentaksiran Prestasi
• Menilai keupayaan pelajar dlm melakukan
sesuatu atau menggunakan sesuatu kemahiran
dlm menghasilkan sesuatu yg baharu & kreatif
• Merupakan satu bentuk pentaksiran yg
melibatkan pelajar:
– Beraktiviti atau menyediakan tugasan yg asli
– Membuat kajian sendiri
– Mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi
– Menghasilkan sesuatu yg kreatif
Ciri² Pentaksiran Prestasi
• Tugasan dalam situasi sebenar.
• Dilaksanakan sebagai sebahagian daripada
proses PdP.
• Pelajar perlu buat inovasi/cipta sesuatu
produk.
• Mengukur apa yg pelajar boleh buat dgn
pengetahuan & kemahiran yg dipelajari.
Kelebihan Pentaksiran Prestasi
• Mengukur secara langsung.
• Mentaksir secara konstruktif.
• Diintegrasikan dlm PdP
• Pelajar berpeluang mempamerkan keupayaan
dlm pelbagai bentuk.
Jenis² Pentaksiran Prestasi
Projek

Persembahan Portfolio

Pemerhatian
Pentaksiran Buku
Prestasi Skrap

Tugasan
Produk
Bertulis
Amali/
Praktikal
Penilaian Kendiri

• Boon, Lee & Lawrence (2017):


– Penilaian yg dilakukan oleh pelajar sendiri
mengenai kemajuan pembelajaran mereka
berdasarkan matlamat pembelajaran/standard yg
perlu dicapai.
Penilaian Kendiri
• Langkah yg perlu diikuti:
– Tetapkan tujuan.
– Tentukan kriteria yg hendak dinilai & sediakan
senarai semak.
– Pilih cara utk dapatkan maklumat
• Maklum balas pelajar
• Refleksi (senarai semak & rubrik)
• Pemerhatian rakan sebaya
– Analisis maklumat yg diperoleh.
– Rumusan.
Penilaian Rakan Sebaya

• Boon, Lee & Lawrence (2017):


– Pelajar menilai & memberi maklum balas hasil
kerja rakan mereka secara individu/berkumpulan.
– Penilaian berdasarkan kriteria rubrik/senarai
semak yg disediakan.
Kepentingan Melibatkan Pelajar dlm
Penilaian Kendiri & Maklum Balas Rakan Sebaya
• Memberi galakan kepada pelajar untuk berkomunikasi.
• Menggalakkan pelajar untuk belajar secara terperinci.
• Membantu pelajar untuk memperoleh hasil
pembelajaran yg lebih baik.
• Cara yg berkesan untuk menyemak objektif/kriteria
penilaian.
• Dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang
perkara² yg perlu diberikan penekanan.
• Meringankan beban guru dalam membuat penilaian.
• Meningkatkan penglibatan pelajar dalam memantau &
menilai pencapaian mereka.
• Membantu mewujudkan suasana bekerjasama di
dalam kelas.
Pentaksiran Atas Talian
• Proses pentaksiran secara elektronik yg
menggunakan TMK dalam aktiviti
pentaksiran termasuk maklum balas.

• Juga dikenali sebagai online assessment.


• Proses pentaksiran dilaksanakan dgn
menggunakan komputer & internet.
• Lebih menyeronokkan pelajar & menjimatkan
masa guru.
Pentaksiran Atas Talian
• Merangkumi aktiviti²:
– Perancangan & penggubalan alat pentaksiran.
– Pentadbiran pentaksiran.
– Penandaan & pemprosesan maklumat pentaksiran.
– Proses pelaporan & perekodan.
– Pemindahan data di peringkat sekolah, PPD, JPN &
KPM.
• Contoh:
– Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(SPPBS)

You might also like