You are on page 1of 36

Kerangka Konsep

Jenis Pentaksiran
• Pentaksiran merupakan indikator dalam melihat
penguasaan pelajar menguasai kemahiran dan
mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

• Pentaksiran yang dijalankan dalam bentuk ujian yang


baik dan berkesan perlu mempunyai elemen
motivasi, dapat mencabar minda pelajar dan juga
meningkatkan motivasi pelajar bagi menimba ilmu.
Jenis Pentaksiran
• Pentaksiran yang dijalankan di sekolah mempunyai
tiga aktiviti iaitu;
Jenis Pentaksiran
Pentaksiran Mengesan Pentaksiran Mengesan Pentaksiran Mengesan
Penguasaan Kemajuan Pencapaian
1.Proses pentaksiran ini 1.Jenis aktiviti pentaksiran ini 1.Aktiviti pentaksiran mengesan
dijalankan di dalam bilik darjah dapat membantu guru untuk pencapaian dijalankan setelah
semasa guru mengajar. menilai kemampuan dan guru mengajar dalam tempoh
kemajuan pelajar dengan satu penggal yang melibatkan
2.Proses ini dijalankan bagi kemahiran-kemahiran yang telah beberapa topik pelajaran.
membolehkan guru untuk dipelajari dalam bilik darjah.
mengesan kelemahan 2.Tujuan dijalankan aktiviti ini
penguasaan murid bagi satu-satu 2.Melalui hasil pentaksiran, guru adalah untuk mengesan
kemahiran dan dapat membantu dapat membuat perancangan pencapaian murid dalam
guru membaiki kelemahan terhadap para pelajarnya sama beberapa topik pelajaran serta
tersebut dengan serta-merta. ada mereka memerlukan aktiviti bagi menentukan kedudukan
pengayaan atau pemulihan dan mereka dalam kumpulan
3.Jenis pentaksiran yang direkodkan dalam borang Rekod mereka.
digunakan ialah pentaksiran Prestasi.
formatif yang boleh dilaksanakan 3.Pentaksiran ini hanya
dalam bentuk kuiz, soal jawab, 3.Maklumat ini memudahkan dijalankan secara formal sahaja
pemerhatian dan juga ujian guru membuat rancangan dan keputusan pentaksiran akan
kertas dan pensil dengan jangka pengajaran harian mereka. direkodkan dalam Rekod Profil.
masa yang singkat.
4.Aktiviti ini boleh dijalankan
secara formal atau tidak formal.
PENTAKSIRAN FORMATIF

• Pentaksiran formatif merupakan penilaian


berterusan guru terhadap pelajar sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran.
• Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2010),
pentaksiran formatif ialah jenis pentaksiran semasa
atau sesuatu tajuk pembelajaran yang ditadbirkan
apabila guru-guru menamati satu unit pembelajaran
atau satu kemahiran pembelajaran yang spesifik.
• Pentaksiran formatif kerap kali dijalankan selepas
sesuatu kemahiran dijalankan semasa waktu
pelajaran.
• Contoh pentaksiran formatif ialah kuiz, soal jawab,
latihan bertulis dan pemerhatian.
TUJUAN UTAMA PENTAKSIRAN FORMATIF

1. Mengesan kelemahan dan pembelajaran pelajar secara


individu serta-merta(cepat)
2. Dapat memaklumkan kepada guru dan pelajar mengenai
kefahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan.
3. Membantu para pelajar lebih sedar mengenai kelemahan dan
masalah yang mereka alami dalam proses pembelajaran.
4. Membolehkan guru untuk merancang pengajaran yang
bersesuaian dengan pengetahuan, kemahiran dan kesediaan
pelajar untuk belajar.
5. Membantu guru menyedari kelemahan pengajaran mereka
yang dapat membantu mereka untuk merancang pengajaran
yang sesuai dengan pencapaian pelajar.
PENTAKSIRAN SUMATIF
• Pentaksiran sumatif merupakan penilaian yang dibuat pada
akhir pengajaran gurubagi menentukan tahap pembelajaran
di kalangan pelajar.
• Terdapat perbezaanantara pentaksiran sumatif dengan
formatif iaitu formatif lebih bertumpu kepada penguasaan
pelajar dalam sesuatu topik atau tajuk.
• Manakala pentaksiran sumatif lebih menjurus kepada
pencapaian dan penguasaan pelajar setelah keseluruhan
subjek itu diajar.
• Pentaksiran sumatif meliputi bentuk formal yang melibatkan
ujian
kertas dan pensil, peperiksaan amali atau bertulis.
• Contohnya pentaksiran sumatif dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PT3, SPM
dan STPM.
TUJUAN PENTAKSIRAN SUMATIF

1. Menentukan pencapaian pembelajaran pelajar dalam kelas.


2. Membuat perbandingan pencapaian pelajar di antara kelas.
3. Pelajar diberikan gred mengikut pencapaian mereka semasa
pentasiran.
4. Keputusan pentasiran dapat digunakan untuk merancang
aktiviti pengajaran pada masa akan datang.
5. Pentaksiran sumatif dapat membantu guru dan pelajar
dalam menjuruskan pelajar ke jurusan akademik
berdasarkan keputusan pentaksiran.
Pentaksiran Formatif vs Pentaksiran Sumatif

• Menurut Mok Soon Sang (2007) perbezaan terdiri dari segi


pengertian, tujuan, aktiviti, masa, bentuk, sasaran, liputan,
rekod dan tindakan.
Pentaksiran Formatif Pentaksiran Sumatif

Jadual 4.1 : Perbezaan antara Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif


Sumber : Lee Shek Mee & Mok Soon Sang (1998) Pengujian dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman
Jenis Ujian:Ujian Objektif dan Subjektif
• 1. Ujian Objektif
• Dalam pentaksiran, ujian objektif merupakan jenis
ujian yang terdiri daripada ujian kertas dan pensil.
• PelbagaI bentuk ujian objektif yang boleh
diaplikasikan oleh guru semasa membina jenis
ujian ini.
• Jenis ujian ini hanya memerlukan jawapan yang
pendek dan ringkas atau memberikan respons
terhadap soalan yang diberikan.
• Ciri utama soalan objektif ialah soalan yang
diberikan lebih spesifik .
Contoh
bentuk-
bentuk
ujian
objektif
KELEBIHAN UJIAN OBJEKTIF KELEMAHAN UJIAN OBJEKTIF

1. Bilangan item boleh ditadbirkan. 1. Tiada kebebasan idea kepada


pelajar ketika menjawab.
2. Jawab dalam masa yang
singkat 2. Tiada kemahiran dalam
penulisan dan pembinaan ayat.
3. Mudah untuk guru menanda
kertas jawapan pelajar 3. Jawapan berunsur KBAT dengan
menyusun idea sendiri tidak
4. Jawapan adalah tetap dan dapat diaplikasikan.
skema pemarkahan mudah
disediakan. 4. Pelajar yang mempunyai daya
mengingat fakta mempunyai
kelebihan ketika menjawab
soalan objektif.
UJIAN SUBJEKTIF
Ujian subjektif - pelajar menjawab soalan dengan menggunakan
bentuk perkataan atau dalam bentuk esei / ayat sama ada dalam
perenggan atau dalam bentuk esei panjang.

KEBAIKAN SOALAN SUBJEKTIF KELEMAHAN SOALAN SUBJEKTIF


1. Dapat menguji kefahaman pelajar 1.`Bilangan soalan tidak dapat diberikan
banyak.
2. Membantu dalam menjana idea dan
pendapat calon peperiksaan. 2. Soalan subjektif memerlukan guru
mempunyai kecekapan dalam bidang.
3. Boleh aplikasikan unsur KBAT semasa
membina soalam subjektif. 3. Para pemeriksan perlu mahir dan
cekap dengan jenis ujian pentaksiran.
JENIS SOALAN SUBJEKTIF
Jenis Respons Terhad Jenis Respons Lanjutan(Terbuka)
• Jenis item ini menghadkan kandungan • Calon bebas untuk melanjutkan
dan gaya jawapan. jawapannya, menggunakan pemikiran-
pemikiran sendiri dan pendapat,
• Ia memerlukan calon untuk menjawab menggunakan gaya penulisan sendiri
secara tepat, dalam satu frasa, ayat tetapi menepati topik.
atau pernyataan pendek. • Biasanya, soalan jenis ini
• Biasanya soalan-soalan ini bermula menggunakan perkataan seperti “
dengan perkataan seperti Bincangkan sebab-sebab yang
Apa….. Nyata….., Senarai…., Hurai….., mungkin…..” , “ Bandingbeza ……” , “
Definisi….., dan sebagainya. Sebagai Bagaimana , pada pendapat anda …..”
contoh: “ Dalam satu ayat, definisikan • Sebagai contoh, “ Bincangkan
istilah penilaian” kepentingan penilaian dalam bilik
darjah”
CONTOH:
Nyatakan dua tujuan penubuhan Negeri- CONTOH:
Negeri Melayu Bersekutu pada tahun Pada pendapat anda, mengapa
1896? berlakunya kesesakan lalu lintas di Kuala
Berikan maksud untuk fotosintesis? Lumpur?
   
Ujian Rujukan Norma dan Kriteria
UJIAN RUJUKAN NORMA UJIAN RUJUKAN KRITERIA
• Sebab utama penggunaan ujian rujukan • Ujian rujukan kriteria (criterion-
norma (norm-referenced) adalah untuk referenced) dapat memastikan apa yang
mengklasifikasi pelajar. pelajar boleh buat atau sebaliknya, dan
tidak membandingkannya dengan pelajar
• Ujian-ujian ini direka bentuk untuk lain (Anastasi, 1988).
menunjukkan perbezaan diantara dan
dalam kalangan pelajar agar menghasilkan • Ujian rujukan kriteria melapor prestasi
darjat pelajar secara berurutan sepanjang pelajar berbanding tahap prestasi yang
suatu kontinum pencapaian daripada ditentukan pada suatu set matlamat atau
pencapai tinggi hingga ke pencapai rendah hasil pembelajaran yang termaktub dalam
(Anastasi, 1988). kurikulum.
• Penilaian ini dibuat selepas sesuatu ujian
SUMATIF. • Ujian rujukan kriteria digunakan apabila
guru ingin mengetahui sejauh mana
pelajar telah memperoleh pengetahuan
dan kecekapam yang mereka diharap
telah kuasai.
• Penilaian ini dibuat selepas sesuatu ujian
FORMATIF
Perbezaan Ujian Rujukan Norma(URN) dan Ujian Rujukan Kriteria(URK)
Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik merupakan jenis pentaksiran selaras dengan
perkembangan sistem pendidikan terutama dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia kita yang menyeluruh dalam
mentaksir perkembangan para pelajar dengan pelbagai instrumen
pentaksiran.

Pentaksirian ini dijalankan dari pelbagai aspek seperti


pengetahuan pelajar, penyelesaian masalah, kemahiran sosial,
kreativiti pelajar, sumbangan pelajar dalam mencungkil
kepelbagaian potensi diri.

Pentaksiran autentik secara tidak langsung dapat memberi


peluang kepada para pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran diri mereka secara menyeluruh dan tidak hanya
terhad dalam bentuk ujian sahaja.
Tujuan Pentaksiran Autentik

Membuka peluang penerokaan kekuatan diri


pelajar.
Memberi peluang pemikiran kritis dan kreatif
pelajar semasa pentaksiran ini dijalankan.
Merangsang pemikiran pelajar dengan
menggunakan pengetahuan dan kehidupan
sebenar mereka.
Mencungkil bakat, keperibadian, potensi dan
kekuatan dalam diri pelajar untuk
digemblengkan dalam pentaksiran yang
dijalankan.
PENTAKSIRAN AUTENTIK

PORTFOLIO

PENTAKSIRAN
KENDIRI PRESTASI
AUTENTIK

RAKAN
SEBAYA
PORTFOLIO
APAKAH MAKSUD PENTAKSIRAN PERANAN PENTAKSIRAN PORTFOLIO
PORTFOLIO?
 satu pentaksiran alternatif dalam
membantu melaksnakan pentaksiran Guru dapat mengenal pasti kekuatan
kepada para pelajar. dan kelemahan pelajar
 dijalankan dengan pembinaan folio
pelajar dalam bentuk koleksi kerja Pelajar dapar mempelbagaikan
secara berterusan. kreativiti dan potensi diri semasa
 jenis pentaksiran yang bersifat multi- membina portfolia.
dimensi dan bukan hanya dalam
bidang tertentu sahaja. Membentuk pelajar yang
 pentaksiran portfolio mengutamakan bertanggungjawab terhadap tugasan
proses kerja dan kreativiti seseorang yang diberikan kepada mereka.
dan berlandaskan soalan pentaksiran
yang diberikan oleh guru. Memberikan peluang kepada pelajar
dalam penerokaan dan peningkatan
proses pembelajaran kendiri.
Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.

• Portfolio Kerja Harian


• Portfolio Hasil Terbaik
• Portfolio Dokumen
Tujuan Portfolio Kegunaan Portfolio

Memberi peluang pelajar  menilai perkembangan dalam satu


mendokumentasi kemahiran dan tempoh (authentic assessment).
pengetahuan yang diperoleh melalui • menilai perkembangan kemahiran dan
pengalaman sewaktu menyempurnakan kebolehan.
tugasan. • digunakan bagi menggambarkan
Menggalakkan pelajar menyemak dan keperluan spesifik dalam
menganalisis pembelajaran mereka penyempurnaan gred.
secara sistematik. • menilai secara sumatif
Menyediakan ruang pelajar membuat • menunjukkan kesesuaian kurikulum dan
refleksi dan menentukan matlamat kejayaan pelajar
peribadi.
Prestasi

bentuk pentaksiran yang berbeza dari bentuk pentaksiran


tradisional.
pentaksiran yang digunakan untuk menilai proses penglibatan
mereka dalam sesuatu tugasan.
berbentuk tidak formal dan membolehkan para pelajar
menggunakan daya kreativiti dan kebolehan interaksi dalam
kumpulan bagi membantu penyediaan tugasan yang diberikan.
Proses pentaksiran prestasi ini dapat mengintegrasikan pelbagai
kemahiran seperti membaca dan menulis dan digabungkan juga
dengan pelbagai kaedah seperti portfolio, laporan lisan, bercerita,
sketsa, boneka dan temuduga, kaedah permainan, simulasi dan
lain-lain lagi.
Prestasi

Boleh menguji kebolehan ketika menghadapi


ujian.
Mendapatkan maklumat secara berterusan.
Dapat membantu menilai aktiviti yang dijalankan
sepanjang proses.
Penglibatan secara aktif sebahagian besar pelajar.
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
secara tersusun dan sistematik.
3. Penilaian Rakan Sebaya
penilaian rakan sebaya merupakan jenis
penilaian autentik yang meilbatkan para pelajar
menilai rakan-rakan mereka sendiri.

Menurut Brown (1999),


pentaksiran rakan sebaya sangat
membantu dalam keberkesanan
pentaksiran formatif dan juga
pentaksiran sumatif.
3. Penilaian Rakan Sebaya
Pentaksiran ini dapat dijalankan apabila aktivti
kumpulan dilaksanakan dan markah dalam
penglibatan pelajar diambil kira dalam proses
pentaksiran.

Secara tidak langsung pentaksiran rakan


sebaya ini dapat membantu
pembentukan motivasi diri pelajar,
ketrampilan, sumbangan, kehadiran dan
penglibatan mereka dalam aktiviti yang
dijalankan.
Peranan Penilaian Rakan Sebaya

Memberi peluang mereka


berinteraksi sesama mereka
Meningkatkan nilai keyakinan
diri dalam membuat keputusan.
Memberikan peranan yang
membolehkan mereka terlibat
sama dalam aktiviti pentaksiran.
4. Penilaian Kendiri

penilaian yang dijalankan untuk pelajar membuat penilaian


terhadap kekuatan dan kelemahan dalam diri mereka sendiri.

membolehkan pelajar secara individu merancang serta


mendapat panduan untuk melaksanakan perancangan
pembelajaran serta untuk memberikan keyakinan kepada
mereka dalam menilai perkembangan diri mereka.

membantu para pelajar untuk bersikap kritis terhadap


tugasan yang diberikan kepada mereka.
Memberikan
peluang kepada
para pelajar Memberi
menilai kekuatan keyakinan akan
dan kelemahan diri kepentingan
mereka. penilaian kendiri ini
kepada mereka.

Memberikan
Mengemukakan soalan-soalan yang
senarai semak dapat membantu
yang dapat mereka sepanjang
membantu para proses penilaian
pelajar menilai kendiri ini
dijalankan.
Pentaksiran Atas Talian
• Pentaksiran atas talian merupakan kaedah penilaian
yang digunakan oleh guru menggunakan kaedah
pentaksiran berbantukan komputer.
• Kaedah ini mudah dilaksanakan dan dapat menarik
minat pelajar untuk melaksanakannya.
• Para guru hanya perlu menyediakan bentuk-bentuk
ujian dan disimpan dalam bentuk ‘softcopy’ dengan
pelbagai soalan.
Dapat mengakses bahan pentaksiran dengan mudah.
Pelbagai bentuk ujian dapat dilaksanakan dalam sesuatu pentaksiran.
Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan pelajar dan guru.
Melaksanakan dan mengaplikasikan Pembelajaran Abad ke 21 dalam proses P&P .

Kebaikan

Kelemahan

 Kemudahan internet sukar diperoleh di kawasan sekolah.


 Jumlah komputer di sekolah yang tidak dapat menampung penggunaan pelajar.
 Keterbatasan pengetahuan dan kepakaran guru dalam menggubal soalan pentaksiran
atas talian.
 Sejumlah set soalan perlu disediakan dan ditetapkan oleh guru bag memastikan
setiap pelajar menjawab nombor soalan yang berbeza pada satu-satu masa.

You might also like