You are on page 1of 4

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU

Langkah Pembinaan JSU


Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu:
(1) mengkaji sukatan pelajaran,
(2) menganalisis objektif pengajaran,
(3) menentukan jenis soalan, dan
(4)menentukan bilangan soalan.


1. Mengkaji Sukatan Pelajaran
Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang
menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu
dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara
aspek-aspek yang dikaji ialah:
skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;
pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk;
kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain;
kompleksiti sesuatu tajuk; dan
masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis Objektif Pengajaran
Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk
menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap
kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran
diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya,
seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-maklumat di atas adalah
amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk
menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan
penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama,
iaitu:

i. Paksi Kandungan Paksi Objektif Pengajaran:
Kandungan Pengetahuan
Tajuk
Tajuk kecil Objektif Kognitif

Kandungan Kemahiran
Tajuk
Tajuk kecil
Objektif Psikomotor

Kandungan Afek/Perasaan
Tajuk
Tajuk kecil

Objektif Afektif

Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan
soalan,
yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang
biasanya
ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.

3. Menentukan Jenis Soalan
Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan
domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat
objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain
kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Struktur ayat pada peringkat
Aplikasi, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis Objektif yang
berbentuk melengkapkan ayat atau soalan jenis Subjektif yang berbentuk
menggubal ayat-ayat. Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan
dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

4. Menentukan Bilangan Soalan
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain
objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah
soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan
sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan
sesuatu ujian member markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian
tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa
yang ujian itu ingin mengukur.Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih
lanjut kemudian.




LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU

Langkah 1 : Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.

Langkah 2 : Tentukan soalan-soalan yang akan dibina itu.
a. Soalan objektif (30 soalan)
b. 1 markah bagi 1 item.
c. Jumlah soalan bagi setiap topik dikira :
= __Jumlah masa _ X Jumlah soalan
Jumlah Masa Keseluruhan

Langkah 3 : Tentukan model aras kesukaran item.
Biasanya JSU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom
3 domain:
i. Kognitif
ii. Afektif
iii. Psikomotor

Domain kognitif (Aras daripada mudah kepada aras sukar)

6. Penilaian
5. Sintesis
4. Analisis
3. Aplikasi
2. Kefahaman
1. Pengetahuan

Langkah 4 : Apakah jenis ujian yang akan diuji?
Ujian objektif
Ujian struktur
Ujian esei

Langkah 5 :
Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei).
Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar).
Pemarkahan.

Langkah 6 :
Menyatakan mata pelajaran.
Tingkatan.
Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

You might also like