You are on page 1of 2

TUGASAN 2

Pusat Pemeliharaan Tuntung Di Bota merupakan pertubuhan kerajaan yang


bertanggungjawab menjaga, mengurus dan memelihara hidup yang hampir pupus.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara diberi kuasa untuk
menggeledah,

menangkap

dan

menyiasat,

pengeluar

lesen-lesen

tertentu,

kesalahan dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memberi perlindungan terhadap


hidupan liar di Malaysia. Peranan fungsi Konservasi Ex-situ Jabatan PERHILITAN
adalah untuk merancang, mengurus, mengendali dan menyelaras program dan
aktiviti pembiakan spesies hidupan liar yang menyumbang ke arah konservasi dan
komersil. Proses pembiakan hidupan liar secara ex-situ memerlukan perkhidmatan
rawatan hidupan liar, aplikasi bioteknologi, pengurusan genetik serta penyelidikan.
Pemuliharaan ini dijalankan di beberapa negeri seperti di Kedah, Pulau Pinang,
Terengganu dan beberapa negeri yang lain.
Pusat Pemeliharaan ini terletak di Kampung Bota Kanan dalam daerah Perak
Tengah, 50km dari barat daya Ipoh.

Ianya terletak berhampiran dengan tebing

sebelah kanan Sungai Perak, meliputi kawasan berpasir dengan keluasan lebih satu
hektar. Pusat ternakan tuntung ini diwujudkan bagi mengatasi masalah kepupusan
binatang berkenaan di samping bertindak untuk memulihara ekosistem tuntung.
Kompleks berkenaan dilengkapi pelbagai kemudahan dalam usaha memelihara
spesies berkenaan seperti kolam pemeliharaan ibu tuntung, pusat penetasan serta
bilik pameran.

Pusat ini terdiri daripada sebuah bangunan pentadbiran yang

mempunyai pejabat, bilik kuliah, makmal dan ruang legar untuk pameran. Terdapat
juga 4 buah kolam ibu, sebuah kolam anak dan tapak penetasan di sekitar kawasan
pusat ini untuk menempatkan tuntung dewasa bertelur, anak-anak tuntung yang baru
menetas dan untuk proses pengeraman telur-telur tuntung.

Selain berupaya

menjadi aset pelancongan popular, kompleks berkenaan penting terutama bagi


generasi muda mengenali dan menjalankan kajian mengenai tuntung.

Pemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan liar


di luar habitat semula jadi mereka. Ia juga merupakan pemuliharaan terhadap
organisma atau spesies flora dan fauna yang diambil dari lapangan atau daripada
habitat asalnya. Spesies yang diancam kepupusan atau akan mengalami kepupusan

akan dilindungi dan dibiakkan semula di dalam kurungan atau habitat buatan
manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi
spesies tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai.

Pemuliharaan

jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk
memelihara flora dan fauna yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk
penyelidikan biologi secara berterusan, dan sebagai rujukan untuk kegunaan di
masa akan datang. Ianya memberi pelbagai manfaat dan faedah dalam memastikan
sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan
pemuliharaan ini.
Pemuliharaan in-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang
telah sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini sedikit sukar dijalankan
disebabkan oleh keadaan habitat dan ekosistem semulajadi mereka yang semakin
hari

semakin

banyak

mengalami

perubahan

serta

pembangunan.

Usaha

pemuliharaan in-situ ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui pelbagai teknik bagi
memastikan ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.
Namun, terdapat juga beberapa orang ahli ekologis yang berpendapat
bahawa hanya pemuliharaan in-situ adalah cara dan langkah yang terbaik untuk
mengekalkan kewujudan sesuatu spesis berbanding dengan memulihara haiwan di
luar hbitat asal mereka. Ini adalah kerana zoo dan taman-taman pemuliharaan
yang lain ialah ekosistem tiruan manakala hutan adalah ekosistem semula jadi.
Perbezaan antara ekosistem semulajadi dan ekosistem tiruan ialah ekosistem
semulajadi boleh diadaptasi oleh kebanyakakan spesis hidupan tetapi hanya
beberapa spesis sahaja yang mampu untuk hidup di dalam ekosistem tiruan. Spesis
yang tidak mampu beradaptasi akhirnya akan mati dan pupus. Bagi sesetengah
spesis yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian, kebanyakkan berpendapat
adalah kurang wajar untuk mewujudkan semula spesis tersebut. Ini kerana spesis
tersebut dikatakan memberi banyak gangguan kepada manusia dan akan memberi
kesan jika masih wujud. Berkemungkinan juga spesis tersebut telah pupus
disebabkan perubahan cuaca dan alam yang tidak sesuai lagi bagi mereka.

You might also like